Thursday, December 2, 2010

ESTAWOO - Subhanallah!

In the program called (ONE FAMILY) on MAJD channel . The speaker was Dr.Yahya Alyahya (head of the CALL to Islam Committee) . He said that Muslims are never disorganized; they just need to be CONVINCED
THEN HE TOLD A STORY OF AN AMERICAN NON MUSLIM MAN WHO WAS DISCUSSING ABOUT ISLAM WITH HIM WHILE HE WAS WATCHING LIVE ON BROADCAST OF SALAT ISHA FROM KAABAH, ON TV The American man was so amazed of how crowded is the masjid, more than 3 million Muslims were there at the last nights of the holy month of Ramadan, so crowded, so disorganized.

The sheikh asked the Non-Muslim man: How long do you think they'll take to organize themselves in rows and start the Salaat?

He answered: at least 2-3 hours

The sheikh said: but the masjid (HARAM) of Kaaba is 4 floors

The man said: OH, this's will make it about 12 hours then

The sheikh said: put in your mind that they are from countries all over the world with different languages.

The American man said: THEN IT's IMPOSSIBLE TO ORGANIZE THEM BY ANY MEANS!!

Then the Salaat time came, and sheikh Sudais of Makkah stood up and said (ESTAWOO)=Arrange yourselve
And within seconds, the whole scene changed and the crowd of 3 million Muslims arranged themselves in well-organized rows in NO TIME !!


The American man stared at the TV screen for a moment, and then said:

ASH-ASH-HADU ALLAH ILAHA ILLA ALLAH WA ASH-HADU ANNA MOHAMMADAN RASOOLOLLAH. (I bear witness that there is none worthy of worship but ALLAH, and I bear witness that Mohammad is His Servant and Messenger)
"O Allaah grant a good end to all our matters and save us from humiliation in the world and the punishment of the Hereafter." (Sunan Ahmed)

Monday, October 11, 2010

Selamat tinggal .... Jumpa lagi...

Assalammualaikum...
Terlalu banyak yg ingin dicoretkan dlm blog peribadi ini tapi kesuntukan masa yg tak pernah cukup membataskan coretan ana di sini. InsyaAllah ana & hubby akan bertolak ke tanah suci pada 13/10/2010 dari Senai Airport. Ini adalah penerbangan pertama dari Johor. Jika tiada halangan ana akan berada di tanah suci selama 44 hari.
Sebenarnya semenjak dari bulan Syawal lagi ana dah mula membuat persiapan. Tapi yg sebenarnya bukanlah persiapan untuk mengerjakan haji. Lebih kepada persiapan pada yg akan ditinggalkan. Macam2 nk kena fikir dan uruskan untuk memastikan yg ana tidak menyusahkan pada yg akan ditinggalkan...Lagi 2 hari bertolak baru la sibuk nk uruskan diri sendiri. Huhuhu...
Dikesempatan ini ana ingin mohon maaf pada semua sepanjang ana menulis blog ini jika ada salah dan silap. Buat keluarga. teman2, dan sesiapa sahaja doakan semoga ana & hubby mendapat yg mabrur dan dipermudahkan segala urusan di tanah suci nanti.
Labbaik Allah humma labbaik
Labbaik la sharika laka labbaik
Innal hamdaWan-ni'mata
Laka walmulkLaa sharika lak.
Ya Allah... engkau pilihlah aku & suami untuk menjadi tetamuMu ya Allah....Mudahkan urusan kami. Berkati perjalanan kami. Ampunkan dosa-dosa kami. Moga kami mendapat haji yg mabrur. Amin..Ya Rabbal Alamin....

Thursday, September 23, 2010

Ramadhan yg aku sia-siakan...

Assalammualaikum wbt...
Hari ni dah pun 13 Syawal. Sekejapnya masa berlalu. Sebenarnya aku merasa terkilan sangat pada Ramadhan lalu sbb tak dapat istiqamah untuk membuat 'extra' amal ibadat pada bulan yg mulia itu kecuali berpuasa seperti biasa. 10 Ramadhan yg terakhir pun x dapat nk bangun setiap hari untuk mencari malam lailatul qadar. Andai ini adalah Ramadhan terakhir dlm hidup aku alangkah ruginya aku... Niat, azam nk bangun malam memang ada setiap hari tapi dengan iman yg lemah + kepenatan bekerja siang hari menyebabkan aku lena tidur sampai ke pagi..huhuhu...teruknya aku! Aku mohon semoga Allah ampuni aku & diberi kesempatan untuk bertemu lagi Ramadhan pada tahun depan.

Tahun ini juga buat pertama kali Aisyah yg berusia 6 tahun dapat berpuasa penuh. Alhamdulillah. Addin juga berpuasa penuh kecuali Yayah cuma dapat puasa 15 hari shj sbb kesihatan Yayah tak mengizinkan. Persiapan raya tahun ni pun ala kadar sahaja. Beli baju raya pun untuk anak2 aje. Mama & abah tahun ni tak berapa nk ada mood nak beraya. Sekadar beraya rumah pakcik makcik & adik beradik shj sebab kami lebih tumpukan pada persiapan nak pergi haji. InsyaAllah kami akan berlepas ke Tanah Suci pada 13/10/2010.
Jadual kehidupan aku hingga ke tarikh nk berangkat ke Mekah tersangat la padatnya...alhamdulillah dalam kesibukan waktu dan kesempitan ruang dapat juga aku keluar masturat. Tapi 3h aje pada 18/9-21/9. Citer keluar masturat next entry ye. Aku dah nak masuk opis ni..hehehe.
Sekian, wassalam.

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Ikhlas dari kami sekeluarga;
Abdul Najib
Ahliah Najib
Muhammad Izzuddin
Nur Maisarah Suaidah
Nur Aisyah Humaira
Nur Sumayyah Syuhadah
Nur Fatimah Azzahra
Semoga lebaran ini menjadi lebaran yg paling istimewa & bermakna buat anta semua & keluarga. InsyaAllah..

Wednesday, September 1, 2010

Kisah Nabi Musa a.s.

Assalammualaikum..
Pagi tadi dapat SMS dari hubby. Nk share kt blog ni. Kisah yg ringkas tapi menarik & menusuk ke kalbu ana..

Tadi abang bayan Subuh. ada 1 cerita 1 hari Musa a.s. tanya
"Ya Allah, kenapa kau tidak berikan kalimah iman pd semua manusia? "
maka untuk beri jawapan kepada soalan Musa a.s. Allah swt perintahkan dia ambil bakul dan masuk ke dalam taman yg penuh dgn macam2 jenis bunga & Allah suruh Musa a.s petik bunga2 yg ada di sana. Musa a.s telah petik bunga2 yg jadi kesukaannya lalu berjumpa Allah.
Ditanya pada Musa "Wahai Musa kenapa kau petik hanya sebahagian sahaja dari bunga yg ada?"
Jawab Musa a.s "Aku petik bunga2 yg jadi kesukaan aku saja"
Lalu Allah bgtau pada Musa a.s. "Begitu juga aku berikan kalimah ini pada siapa saja yg aku suka"
Syukur Allah swt telah beri kalimah iman pada kita semua. Amin.

Tuesday, August 24, 2010

Andainya Engkau Ada...

Hari ini genap 11 tahun engkau pergi meninggalkan kami. Andai engkau ada, usiamu sudah pun mencecah 11 tahun. Wajahmu tak ubah seperti Abah. Putih, berambut kerinting, dagumu sedikit panjang, keningmu lebar & hitam. Bila memandang wajah abah sedang tidur, sama seperti wajahmu yg mama cuma dapat tatap seketika sebelum engkau disemadikan selamanya.

Kepedihan & kesedihan kehilanganmu mmg tak dapat digambarkan bila mama berpantang tanpa adanya tangisan bayi. Sungguh pedih ujian yg Allah turunkan. Kehilangan anak sulung yg mama nanti2 kan. Allah lebih sayangkanmu. Engkau hanya bernafas di bumi Allah ini selama 5 jam shj. Doktor kata paru-parumu masih tidak matang. Engkau tidak mampu untuk bernafas sendiri memandangkan engkau baru nk masuk 5 bulan dlm kandungan mama. Mama tak tahu silapnya dimana. 3 hari air ketuban mama bocor tak berhenti. Berbagai cara doktor lakukan untuk menyelamatkan engkau. Masuk hari ketiga mama terus rasa sakit nk bersalin. Mama tak tahu apa yg perlu mama buat. Mama tak ada pengalaman. Bila doktor usung mama ke dewan bersalin mama redha. Mudah shj mama melahirkan engkau. Tapi ketika engkau keluar engkau langsung tak menangis. Mama dengar doktor jerit "baby cramp!" tapi mama masih tak faham.

Kemudian mama diusung ke wad pula. Ketika mama hampir terlelap, doktor datang & bagitau mama yg engkau 50-50 dan doktor kata apa2 pun yg berlaku mama kena tabah. Mama diam aje. Mama seperti dah jangka yg engkau mungkin tak dapat diselamatkan. Sebelum subuh Abah sampai. Abah datang & cium mama. Perlahan-lahan abah kata "Baby kita dah tak ada...". Seingat mama ketika itu mama tidak menangis sbb mama redha pada ketentuan Ilahi. Tapi selama berpantang mama sering menangis bila teringatkan engkau. Hinggalah mama terbaca tentang Syafaat anak yg meninggal semasa kecil membuatkan hati mama gembira. Nantikan mama & abah di syurga ye...

Mama doa agar mama cepat2 mengandung lagi. Alhamdulillah engkau punyai seorang adik lelaki & 4 orang adik perempuan. Namun Allah masih belum makbulkan doa mama untuk dapat seorang anak lelaki yg saling tak tumpah seperti wajahmu. MUHAMMAD FIKRI IZZUDDIN ...engkau sentiasa di dalam ingatan mama...selamanya...abadi di sini...


"Abah kata Abang Long dah jadi ahli jannah. Mama & abah kena usaha sungguh2 utk jadi ahli jannah juga"

Satu-satunya baby boy mama..Muhammad Izzuddin

Tuesday, August 10, 2010

Pesanan Rasullulah (SAW) pada hari terakhir Sya'aban

Assalamualaikum wbr,
Buat renungan untuk semua muslimin/muslimat sekalian,

Hazrat Salman R.A berkata, Rasulullah SAW telah bersabda kpd kami pada hari terakhir bulan syaaban, ” Wahai manusia, telah datang kpd kamu satu bulan yang agung lagi diberkati, satu bulan yang didalam nya terdapat satu malam yang lebih nbaik drpd seribu bulan (lailatulkadar), satu bulan yang Allah jdikan pusa pada siang hari sebagai satu amalan fardhu, dan berdiri pada malam hari (bertarawikh) sebagai satu amalan sunat. Sesiapa yang cuba menghampiri Allah pada bulan itu dgn mana-mana amalan sunat, maka seumpama seorang yang telah menunaikan satu amalan fardhu pada bulan-bulan yg lain, dan sesiapa yang menunaikan satu fardhu pada bulan itu, adalah seumpama menunaikan 70 fardhu pada bulan-bulan lain.

Bulan itu adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah syurga. Bulan itu adalah bulan simpati, dan bulan yang ditambahkan rezeki kpd orang-orang yg beriman. Sesiapa yang member seseorang yg berpuasa itu berbuka, maka pemberiannya itu merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan dirinya dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun daripada ganjaran nya.
Patra sahabat r.an.hum berkata,” bukan lah setiap drpd kami mempunyai sesuatu untuk diberi kpd orang yg berpuasa untuk berbuka puasa,” Maka Rasulullah SAW bersabda,” Allah memberikan pahala itu kpd sesiapa sahaja yang memberikan walau sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kpd orang yang berpuasa untuk berbuka puasa”.

Bulan itu adalah satu bulan yg pada awalnya merupakan rahmat, pada pertengahan nya adalah pengampunan dan pada akhirnya merupakan kelepasan dsaripada neraka. Sesiapa yang meringankan bebanan hamba-hambanya (pekerja-pekerjanya) pada bulan itu, maka dia akan diampunkan oleh Allah dan akan dilepaskan daripada azab api neraka…

Perbanyakanlah pada bulan ini empat perkara. Dua perkara yang kamu dapat meredhakan tuhan kamu dan dua perkara lagi yang tidak bolah tidak kamu perlukan. Adapun dua perkara yang kamu dapat meredhakan Tuhan kamu dengan nya adalah penyaksian bahawa tiada tuhan selain drpd Allah (La ilaha illallah) dan kamummemohon istighfar daripada Nya. Manakal dua yang tidak boleh tidak kamunperlukan ialah memohon syurga daripada Allah dan meminta perlindungan dari api neraka.

Sesiapa yang memberi minum kpd mana-mana oerang yang berpuasa maka Allah akan memberi minum dari telagaku (pada hari khiamat), dengan sekali minum, dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk kedalam syurga…” – wallahua’lam.

I'm sorry if I ever hurt your feelings, talk behind your back or offended you in anyway - please forgive me. Bersempena kehadiran bulan Ramadhan yang mulia ini, saya mengambil kesempatan memohon ampun maaf diatas segala kesilapan yang sengaja atau tidak. Selamat menyambut Ramadan al Mubarak 1431H.

Thursday, July 29, 2010

Persediaan nk pergi Haji ~1

Buku Fadhilat Haji..1 hubby beli 1 hadiah dr Ahliah Abu Bakar. Bagus sgt buku ni. Bila baca baru la tahu mcm2 kelebihan haji. Semakin berkobar2 nk pergi haji. Pergi haji nanti pun nk bawa buku ni untuk rujukan.
Buku nota ni dapat ketika mengikuti kursus haji bersiri. Maklumat di dalam pun lengkap. Setiap tahun tabung haji akan kemaskini buku ni. Juga sgt bagus untuk rujukan.

Yg ini pulak dapat masa pergi kursus haji intensif. Semuanya PERCUMA.
Passport dah siap buat. Lepas ni kena buat visa pulak. InsyaAllah azam tahun 2011 nk keluar masturat 40H india sebelum passport tu mati.
Kasut lembut dah beli dah...murah aje tu..
Bangle pun dah dapat. Wah..dah bertahun tak pakai gelang. Pergi haji kena pakai gelang besi pulak. Gelang ni tabung haji yg bagi bukan I tempah u..

Khuruj pada Nisfu Syaaban

Assalammualaikum,
Hubby telah selamat keluar khuruj pada Nisfu Syaaban tahun ini. Ini adalah kali kedua hubby keluar 40H pada tahun ini. Hubby azam dengan pergi Haji nanti cukup la dia keluar 4 bulan walaupun sebenarnya khuruj & menunaikan haji itu dua perkara yg berbeza.
Pagi Ahad lalu, ketika hantar hubby ke stesyen bas ana kelihatan sgt tenang. Kami pergi bersarapan bersama anak2. Bas akan bertolak jam 9pg. Seperti biasa sebelum naik bas ana akan bersalaman dgn hubby, tetiba perasaan ini bertukar menjadi sebak, sedih, sayu & macam2 lagi la hingga ana mengalirkan air mata di situ dan cepat2 masuk kereta semula sebelum bas beredar sbb ana tak mahu hubby nampak yg ana menangis.
Tak tahu kenapa hati ini merasa begitu. Masa dia keluar pada Mac yg lalu hati ana tidak begini. Sedikit pun tiada perasaan apa2. Masa berlalu pun tidak terasa hingga la hubby tangguh. Kali ni perasaan sedih itu seperti dia akan khuruj 4 bulan pula.
"Abang azam kali ini abang keluar lebih baik dari yg lepas2"
Begitu la kata hubby selepas jemaah dibentuk dan jemaah hubby akan khuruj ke Miri. Pagi tadi jam 7.20 hubby telah pun berlepas ke Miri. Karkuzari dari hubby ramai yg keluar pada nisfu syaaban thn ini berbanding tahun2 lepas. Setiap hari ada saja 30-40 karkun yg sedia untuk khuruj (kalau x silap atau maybe 30-40 jemaah?)
Semoga Allah pandang pengorbanan kami yg sedikit ini. Isteri seharusnya menggalakkan suami keluar khuruj sekurang2nya 40h dlm setahun. Sebaiknya 4bulan dalam setahun. InsyaAllah anti akan dibangkitkan bersama2 Siti Khadijah, Siti Aisyah & para sahabiah nanti. Amin....

Tuesday, July 20, 2010

Tiada apa yg ingin dikongsi bersama..

Assalammualaikum..

Setelah sekian lama baru hari ini berkesempatan untuk update blog ini. Tiada apayg istimewa untuk dikongsi bersama selain dari kebizian saban hari dengan urusan dunia..



1. Kursus haji bersiri & kursus haji intensif dah pun selamat diikuti. Lepas raya nanti akan ada pula kursus haji perdana.

2. Taklim mingguan insyaAllah lepas ni bole sambung balik sbb dah byk minggu tak dapat pergi sbb pergi kursus haji bersiri. InsyaAllah nk bawa karkunah baru ke taklim minggu ni.

3. Nurmaisarah Suaidah selamat menjalani pembedahan appendiks & hernia. Selama 2 thn Yayah sakit perut on & off tp yg last sekali hari tu sakitnya agak teruk. So ana minta doktor buat pemeriksaan lanjut & terperinci. Rupanya Yaya menghidap appendiks yg kronik juga hernia ( 1:10 sakit ini kena pada perempuan) - Allah maha kuasa. Alhamdulillah dh selamat. Moga Allah beri kesihatan yg lebih baik pada Yayah selepas ini..

Yayah semasa di operation theatre. Sebenarnya ana tak inform Yayah yg dia akan menjalani pembedahan sbb takut Yayah lemah semangat. Ana cuma kata doktor nk check perut Yayah aje.. Ana sendiri pun takut kalau nk kena bedah..Yayah selepas operation. Nampak pucat sgt wajah anak mama. Mama menangis tgk Yayah lepas operation. Sikit aje ujian Allah bagi tp cukup untuk membuatkan mama sedih sangat..Ya Allah...



4. Ana ditawarkan kenaikan pangkat tapi sampai skrg ana masih tak sign offer letter tu. Rasanya macam terpaksa tolak sbb x sanggup nak pikul tanggungjawab yg besar.

5. Hubby akan keluar lagi untuk kesekian kalinya dalam minggu ini. Josh sungguh dia. Ana aje yg semakin sejuk beku..huhu..sampai terkeluar kata2 "Tak bole ke abang tak keluar lagi tahun ni?" .. bukan apa .. tahun ni nisah 40H hubby dh sempurnakan pada Mac lalu. Nanti bulan Oktober kami akan pergi haji pulak. Nampaknya tahun ni seolah-olah dia keluar 3 bulan pulak. Tapi tak apa la...kalau abang nk keluar juga, saya redha..bukan saya tak pernah kena tinggal 4 bulan. 40H tu kejap aje..before raya InsyaAllah abang balik.

Monday, June 28, 2010

Doa antara dua sujud

Dalam tidak sedar. Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan

Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup

Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita
Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..
Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu

Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain (Hadis riwayat Al-Qudhi)

Monday, May 10, 2010

Melawat Ladang Gaharu

POKOK GAHARU A.K.A POKOK JUTAWAN
POKOK NANAS KAEDAH TISSUE CULTURE BENIH POKOK NANAS
Hari Sabtu lepas ikut hubby pergi melawat ladang gaharu kepunyaan seorang karkun. Hmmm..pening kepala makcik tengok Mr Hubby beria-ia sangat nk bercucuk tanam sekarang ni. Rumput kat rumah pun tak terbela ini kan pula nk berladang bagai. Hmmm...suka hati la bang..I cuma mampu doakan apa yg abang buat semuanya mendapat redha Allah. Kalau confirm nk berladang ni jangan pulak lupa 5 amal masjid. Rezeki yg Allah bagi bukan untuk besarkan rumah atau beli kereta besar tapi adalah untuk membesarkan agama Allah...I pun sekarang dah semakin sibuk dengan urusan dunia. Ingat nk slow down sikit ni... Bila amal ibadat kurang..fikiran pun menjadi kusut..Ya Allah...engkau mudahkanlah urusanku di dunia & di akhirat...Ok la..layan gambar2 dia atas..Sekian. Wassalam.

Monday, May 3, 2010

Menanti Lambaian Kaabah

Semalam adalah kali pertama ana mengikuti kursus haji bersama hubby. Bulan lepas ketika hubby keluar ana dapat surat tawaran terpilih mengerjakan haji pada tahun ini daripada Tabung Haji. Tak terkata semasa membaca surat tersebut. Syukur yang amat sangat kerana Allah telah pilih untuk pergi haji cuma perlu tunggu saatnya berlepas nanti ke tanah suci. Semasa kursus semalam kelihatan ramai makcik2 & pakcik yg hadir. Tak pulak ana nampak yg muda2 macam ana & hubby (perasan muda ke?) hehehe..

Labbaik Allah humma labbaik
Labbaik la sharika laka labbaik
Innal hamdaWan-ni'mata
Laka walmulkLaa sharika lak.

Ya Allah...berdiri bulu roma ni ketika bersama-sama menyebut kalimah di atas. Seakan terbayang-bayang kaabah di depan mata. Terasa begitu syahdu & mendayu di hati ini. Begitu mendalam & menusuk ke jiwa. Sekian lama ana berniat untuk mengerjakan haji sebelum mencecah umur 40 tahun. Alhamdulillah Allah mudahkan. DiberikanNya keberkatan di dalam rezeki ana. Berdikit-dikit mengumpul duit untuk cepat-cepat menunaikan rukun islam ke-5.

Semalam masa sembang-sembang dgn abah, abah kata semasa abah pergi haji dulu abah memang berdoa pada Allah agar anak-anak abah yg membiayai pemergian haji mak & abah dapat cepat2 menunaikan haji juga. Tiba2 abah sebak..tersedu sedan abah menangis. Abah kata abah menangis bila ana bgtau abah yg ana dh dapat surat terpilih pergi haji. Abah bersyukur doa abah Allah makbulkan. Kalau abah meninggal pun abah tak terkilan sebab dapat juga abah tengok salah seorang anak abah pergi haji. Sob..sob...ana pun nangis juga....Huhuhu....Memang doa ibu & bapa mudah dimakbulkan. Kalau kita berbuat baik pada ibubapa InsyaAllah mudahlah urusan hidup kita kerana kita berjalan di atas bumi Allah ini dengan keredhaan & doa ibu bapa kita. Mencelah pulak adik ana "Waaa...dalam adik beradik kita ko la dulu jadi Hajah ye..pada hal dalam adik beradik kita ko la yg paling gonjeng". (Iye...aku la yg paling hidayat. Aku la yg paling teruk. Tapi Allah sayangkan aku. Dikurniakan aku seorang suami yg baik hingga dia dapat merubah aku menjadi isteri, ibu & anak yg tidak lagi seperti dulu...aku bersyukur padamu ya Allah...)

Berbalik pada kisah nk pergi haji ni sebenarnya ana & hubby mula mendaftar di tabung haji pada tahun lepas. Selepas mencukupkan simpanan kami, bulan Februari 2010 yg lalu kami pun menulis surat rayuan kepada tabung haji. Salah satu sebab yg kami berikan ialah kami ingin membawa makcik kami yg telah lanjut usia. Alhamdulillah tak sampai 2 bulan pun kami dah dapat surat tawaran dari Tabung Haji. Ini semua ketentuan Allah. Disamping usaha, doa & tawakal Allah telah mudahkan urusan kami. Ada yg menanti sekian lama baru terpilih. Tak kurang juga yg dah merayu beberapa kali masih tak dapat jawapan. Alhamdulillah untuk kami Allah mudahkan segalanya. Namun kami tak boleh lupa. Selagi kami tak berlepas ke Tanah Suci kami kena terus doa semoga kami benar-benar terpilih untuk menjadi tetamu Allah. Amin.

Thursday, April 22, 2010

Cepatnya masa itu berlalu..

Pejam celik pejam celik dah nk balik pun hubby. Jumaat ni (23/4) insyaAllah sampai la dia nanti. Wow..40 hari ditinggalkan suami seakan tak terasa mujahadahnya. Mungkin sbb ana pun sibuk dgn kerja disamping uruskan sekolah & hobi ana iaitu mem'baking'. Masa sebelum hubby bayan hidayat ana dah pesan dah pada dia lepas bayan hidayat putus hubungan ya. Maksud ana tak perlulah call / sms pada ana .. pandai la ana jaga diri sendiri & anak2 sepanjang hubby tak ada. 1..2..3.. hari okay aje..masuk hari ke 10 dh mula dah ada SMS dari hubby..tapi ana tak reply pun (bole gitu?) 3, 4, 5, SMS ana buat tak tau aje. Tup tup tiba-tiba di satu tengahari dpt SMS dr hubby "Buzy ke?" hmmmm...pastu ana tak reply gak. Buat bodoh lagi. Agak hubby geram, tak tahan dia call ana. Hahahaha. Di situlah bermulanya balas membalas SMS. Hampeh betul kalau keluar bawa henpon ni. Memang susah nak tawajuh. Berbeza kalau keluar tak bawa henpon. Cuma berutusan surat aje.
Hubby pernah keluar India Bangladesh 4 bulan. Masa tu betul2 terputus hubungan. Ya Allah...rindunya...Allah saja yg tahu. Betapa terasa sangat sunyi dan sepi dunia ni. Menangis2 sebab teringatkan dia..sob..sob..Kerap mimpikan dia. Tapi yang peliknya dalam mimpi tu dia mesti pakai jubah putih dan rasa macam antara mimpi dengan tidak. Pernah juga terasa seperti hubby datang cium pipi ana. Bila ana sedar dia tiada. Dan beberapa kali juga terdengar pintu bilik diketuk orang. Bila tanya hubby, jawapan dia masa tu dia baru nak naik kapal terbang atau baru nk bertolak ke sesuatu tempat. Begitu juga malam dia nk bertolak dari Bangladesh ke Malaysia sekali lagi terdengar pintu bilik di ketuk orang. MasyaAllah...hebatnya Allah... Rupanya itu semua bagaikan isyarat akan setiap pergerakan hubby semasa dia keluar.
Semasa hubby keluar khuruj kali ni beberapa kejadian ajaib telah berlaku pada ana..tapi biarlah ianya menjadi rahsia..hehehe
Tidak kurang juga ada sedikit dugaan dari Allah. Tapi ana tabah sajalah menghadapinya sebab perkara ni kena bincang juga dengan hubby bila dia balik nanti. Kesimpulannya jgn mudah percayakan orang walau dulu kita dah macam adik beradik dengan dia. Memang amat menyakitkan hati ini tapi ana percaya setiap yg berlaku ada hikmahNya atau mungkin Allah ingin berikan yg lebih baik lagi. InsyaAllah.

Monday, April 5, 2010

Its Our Anniversary...

Semalam adalah hari ulangtahun perkahwinan kami yg 11 tahun. Begitu cepat masa berlalu hingga tanpa aku sedari sudah 11 tahun aku menjadi isterinya. Mengimbau kembali saat kami berkenalan & bercinta terasa amat lucu. Kami bertemu kerana bekerja di sykt yg sama cuma berlainan jabatan. Memandangkan ketika itu cuma aku (si dara yg paling cun) dan dia (si teruna yg paling tampan) di pejabat itu maka kami sering menjadi bahan usikan teman-teman. Tapi sebenarnya masing2 sudah punyai pilihan hati sendiri dan dia pun bukanlah suka sangat dengan aku dan aku pun biasa2 aje dengan dia.

Entah bagaimana ditakdirkan kekasihnya berubah hati. Mengahwini jejaka lain dgn alasan selama ini dia hanya menganggap hubby aku sbg kawan shj. Dgn erti kata lain hubby bertepuk sebelah tangan. Ketika itu kami masih lagi berkawan setakat kawan sepejabat hinggalah satu hari aku membawa album peribadiku sewaktu belajar dulu dan dia juga turut melihat albumku lalu jatuh hati padaku (sebab aku fotogenik?).

Semanjak itu kami menjadi rapat walaupun sebenarnya aku sudah punyai pilihan hati sendiri. Bila aku bawa dia bertemu dgn org tuaku, penerimaan mereka berbeza. Abah tak suka pada cara dia. Mak pula suka pada dia. "Pilihlah org yg mempunyai pegangan agama yg kuat" anjur mak padaku sekaligus menandakan yg mak kurang senang dgn pilihan hatiku seorang mualaf. Aku turuti kata mak.

Ya..dia memang mempunyai latar belakang keluarga & agama yg agak baik juga. Setiap kali keluar dating dgn dia, jika kami akan menonton wayang jam 4.30 ptg pasti dia akan ajak aku solat Asar terlebih dahulu walaupun terpaksa masuk panggung lewat setengah jam. Kali pertama keluar dating kami tgk cerita TITANIC. Syahdunya..huhuhu...Tapi sekarang rasanya dah hampir 8 tahun kami tak tgk wayang semenjak kami buat usaha dakwah ini. Hatta TV pun x ada kat rumah ni semenjak 6 tahun dahulu...

11 tahun menyemai kebahagiaan bersama dia lahirlah 6 orang buah cinta kami. Cahayamata yg pertama sedang menanti kami di syurga. InsyaAllah. 5 lagi menjadi amanah utk kami didik menjadi anak yg soleh & solehah. Nur Sumaiyah Syuhadah menjadi saksi cinta kami ketika dia lahir pada anniversary kami yg ke 8 dulu. Selamat hari lahir untuk Sumaiyah :)
Moga cinta kami tetap subur dan mekar hingga bertemu pula di syurga. Amin..

Monday, March 22, 2010

Allah Balas Pengorbanan Ana??

Assalam..
Belum pun 2 minggu hubby keluar khuruj, telah berlaku satu kejadian AJAIB pada aku (bukan Sudin Ajaib ya..). Minggu lepas aku mendapat panggilan telefon daripada seseorang. Bila je dengar suara dia terus hati ni berdebar-debar. Maklum la BOSS dari KL yg call mana taknya seram..aku ada buat silap apa2 ke? ish..
Rupa2 nya Boss nk cakap pasal aku punye request nk mintak assistant. Aku dah tak sanggup lagi buat kerja2 opis ni. Kerja semakin melambak. Assistant tak dak. Letihhh den..tapi yg pasti tepat pukul 5.30 aku akan balik. Tak kira la ada kapal masuk kaa, kapal keluar kaaa..hatta kapal karam pun.. on time mesti balik punye. Tu yg aku suka kerja kat sini. Sebab2 lain syok kerja kat sini ialah masih lagi dapat jaga amal. Tiada halangan nak buat solat dhuha, nk solat awal waktu, nk zikir panjang2. Masa amat fleksible. Itu tak termasuk boleh keluar time opis hour kalau ada urusan peribadi. Sebab itu aku bertahan kerja di sini dah masuk hampir 10 tahun. Dan...asbab kerja di sini juga dapat bantu hubby untuk keluar khuruj lagi dan lagi..Walaubagaimana pun aku ada target..Jika Allah izinkan satu hari nanti aku akan berhenti juga apabila target aku tercapai nanti. InsyaAllah.
Berbalik pada citer Boss call tadi..ada citer lain sebenarnya...
Boss : U betul2 perlukan assistant ke?
Aku : Ya boss..kalau tak takkan saya request
Boss : Kan u dah ada 2 org staff tu?
Aku : 2 org tu more on operations..yg ni utk admin boss
Boss : Mcm ni la... saya sebenarnya baru je rekeman u untuk jadi manager. boss2 besar kat sini semua dah approved. tunggu HR aje. Jadi saya terpaksa hold yr request. Kita akan ada org chart yg baru. Bila approve, baru saya akan proceed yr request..kita buat satu-satu dulu..
hmmm..errrr....hmmmm...i'm speechless...
Aku akan jadi manager? Aku akan dinaikkan pangkat? Betul ke??
Aku tak tahu aku happy atau sebaliknya. Kenapa tiba-tiba? Kenapa Ya Allah??
Aku tak bersedia....aku tak mampu nk laksanakan tanggungjawab besar itu Ya Allah..
Dan aku risau jika dengan pangkat itu aku akan lalai padaMu ya Allah..
Bila aku fikirkan semula..Aku terfikir...Adakah Allah membalas pengorbanan aku selama ini? Dinaikkan pangkat ketika hubby keluar khuruj...Apa hikmah di sebalik semua ini??
Terus terang aku tidak pernah berniat utk bekerja di sini dgn mengharapkan gaji yg besar atau pangkat yg besar. Aku bekerja ikhlas kerana Allah kerana pekerjaan ini juga satu ibadat. Selama 10 thn bekerja di sini aku tak pernah meminta yg bukan2 dari Boss aku. Aku tak pernah fikir apa yang Company boleh bagi pada aku tapi aku lebih fikirkan apa yg aku boleh sumbangkan pada Company. 3 thn lepas, ketika org lain mendapat salary adjustment, aku la yg paling sikit dapat adjustment. cuma 15% sedangkan org lain hingga 50%. Tapi aku email pada Boss, ucapkan terima kasih. Aku bersyukur. Boss kata dia terkilan sbb apa yg dia rekemen utk aku HR tak approve. Masih lagi aku ingat kata2 boss aku, "The best reward is Barkath from Allah".
Besar mana pun pangkat / gaji kita jika tiada keberkatan dari Allah tiadalah maknanya. Dan aku bersyukur kerana Allah lindungi aku & keluarga di bawah keberkatan dan rahmatNya..
Abang..tak sabar nk tunggu abang balik. Nk mengadu tentang perkara ini. Segala keputusan akan dibuat selepas abang balik nanti. InsyaAllah.

Wednesday, March 17, 2010

Keluar lagi dan lagi hingga kita tiada lagi..

Assalam,
Hari ni baru 4 hari hubby keluar khuruj meninggalkan kami sekeluarga untuk kesekian kalinya. Sedih?? Hiba?? Duka?? Lara ?? atau huru hara?? Oh! betapa sadisnya anggapan sebegitu. Ana redha dia keluar. Anak2 juga redha. Kami telah biasa ditinggalkan. Sudah 2 tahun hubby keluar 4 bulan cuma tahun ni terpaksa keluar awal tahun & selama 40 hari shj atas sbb2 tertentu.

Route hubby kali ni ke Sabah. Takaza kawasan pendalaman. Katanya ke Pulau Banggi...

Hmmm..mmg tak pernah dengar nama pulau tu. Hubby kata kos ke sana agak tinggi sikit. Doa ana & anak2 moga Allah pelihara hubby. Selamat pergi & balik. Insya-Allah.

Monday, February 22, 2010

Petikan Bayan Markaz Johor Bahru - 23/2/2010

Assalammualaikum...
Kelebihan wanita yg redha ditinggalkan suami untuk khuruj di jalan Allah maka isteri akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari suami..
Kelebihan isteri yang sama-sama keluar dgn suami khuruj di jalan Allah akan masuk syurga 1000 tahun lebih awal dari suami.
Ketika isteri melangkah masuk ke syurga..syurga menjadi gelap gelita. Datanglah bidadari bertanya "Siapakah engkau?"
"Akulah isteri kepada ...."
"Tahukah engkau tidak layak masuk ke syurga ini? Lihatlah keadaan diri engkau yg sudah tua..kerepot..hodoh...& kendur sana sini? Mana mungkin engkau layak di sini? Aku sahaja yg layak menjadi ketua bidadari" kata bidadari tersebut.
Sang isteri begitu sedih mendengar kata-kata sang bidadari yg amat jelita itu. Sesungguhnya Allah swt maha mendengar. Diturunkan 2 hujan. Hujan pertama menjadikan sang isteri cantik jelita. Lebih jelita dari bidadari tersebut. Hujan kedua pula menjadikan hati sang isteri bercahaya seperti NUR.
Bidadari terpegun & tidak mahu mengaku kalah.
"Engkau tetap tidak layak menjadi ketua bidadari di sini. Engkau Allah ciptakan dari tanah yg kotor & jijik. Sedang aku Allah ciptakan dari haruman kasturi. Aku lebih mulia dari engkau"
Sang isteri bersedih lagi. Namun Allah turunkan ilham kepadanya. Lalu berkatalah sang isteri..
"Benar. Memang Allah ciptakan aku dari tanah. Tapi aku punya perasaan sedangkan engkau tidak. Ketika suami aku keluar di jalan Allah..aku telan perasaan. Ketika aku bermujahadah sedang suamiku keluar di jalan Allah, aku telan perasaan. Aku bersabar dan tabah. Aku telan semua kepahitan dan susah payah ketika aku ditinggalkan suami untuk khuruj di jalan Allah. Dan aku redha serta ikhlas ketika suami aku keluar di jalan Allah".
Sang bidadari terdiam. Tewaslah dia dengan kata2 sang isteri tadi. Sang isteri mengambil alih tempat sang bidadari sebagai ketua bidadari. Begitulah kelebihan isteri para da'ie. Allah janjikan syurga yg serendah2nya sekecil dunia ini.
Insya-Allah.

Thursday, February 18, 2010

Asbab kelemahan ana...

Assalam..
Asbab kelemahan ana, rumah ana x terpilih untuk menerima jemaah masturat. Niat suci, murni & ikhlas ku tak kesampaian. Allah tak pilih walaupun beberapa persiapan kecil telah dibuat sebagai persediaan. Kami kena istighfar banyak2 ni. Moga Allah akan pilih rumah kami pada masa akan datang.

Dah terlanjur rumah kami tak terpilih tu..apa lagi mula la plan macam2 dgn hubby nk g jalan2 bawa anak2. Almaklum, sejak raya tahun lepas memang tak ada ke mana2 sbb 'guru besar' bizi. Makanya bertolak la kami ke Malacca pada pagi hari Ahad. Destinasi kami ke Merlimau rumah kakak ana. Plan nk pergi A Famosa Resort mandi manda tapi disebabkan nak masuk situ punye la sesak maka kami tukar plan. Tambahan pula byrn masuk untuk mandi aje RM48 (dewasa) & RM24 (kanak2). Kira2 punye kira lebih baik duit tu digunakan untuk hubby keluar akhir bulan ni nanti. Akhirnya kami jalan2 di bandar Melaka aje.
Naik bas 2 tingkat keliling bandar Melaka. Fuhhh..rasa macam g London..hehehe

Naik river cruise..abis suma jalan laut & darat kat Melaka kami ronda..

Anak2 dengan kazen diaorang..
Pedas Hot Spring. Okay gak tempat ni..


Kebiasaannya selepas kami berjalan2 hubby akan keluar khuruj 4B. Tapi tahun ni hubby plan keluar 2B jalan kaki pada 28 Februari 2010. Doakan semoga Allah pilih dan semoga pengorbanan kami yg sedikit ini akan menjadi asbab hidayat seluruh alam.
InsyaAllah.

Tuesday, February 9, 2010

Jangan Gelak Okay...



Tetiba aje terjumpa gambar ni dalam my camera. Ni mesti kerja si kakak Maisarah. Dia ikatkan rambut Sumayyah n then amik gambo. Mayah pun apa lg la..siap posing maut gitu. Si kecik Fatimah pun tumpang sekaki. Apa punye gaya ni? Ala-ala model tak terlatih. Gaya orang tgh susah hati pun ada juga tu. Gelagat anak-anak permata hatiku :)

Monday, February 8, 2010

Kisah seekor semut

salam,
pernah tak anta semua tengok semut? mesti pernah kan? ok...pernah tak tengok seekor semut membawa nasi utk diaorang makan? pernah...x pernah...ok...apa saja jawapannya ni ana nak cerita sikit kisah seekor semut..

Seekor semut kelihatan berusaha bersungguh2 untuk membawa sebiji nasi ke sarangnya. Dia berjaya membawa nasi tersebut walaupun terpaksa bersusah payah, terhoyong hayang , semput dsb memanjat dinding rumah sambil membawa nasi tersebut untuk dibawa ke sarangnya..akhirnya dengan segala usahanya nasi tersebut berjaya juga dibawa sampai ke lubang sarang...tapi...opppsss...nasi lebih besar dari lubang sarang semut...so apa jadi? dah tentu la nasi tadi tak dapat dibawa masuk ke dalam sarang dia...huhuhu...

Begitulah kita manusia pada hari ini. Berusaha bersungguh2 untuk dunia. Kerja bermati-matian. Tinggal anak bini. Tak pun kerja sampai larut malam. Tujuannya untuk dapat hidup sempurna. senang. mewah. dapat beli kereta BESAR, rumah BESAR, isteri pun makin BESAR tapi akhirnya semua itu akan ditinggalkan. Lubang kubur tak muat beb nak masukkan rumah & kete besar tu. Begitulah kita pada hari ini. Bangun aje tidur fikirkan satu benda aje. Benda yg ada kepala tapi tak de kaki. Apa dia tu?? Teka-teki ni ....DUIT la ...apa lagi... Kita lupa bila kita mati yang kita bawa cuma amalan kita sahaja semasa di dunia. AMALAN. Bagaimanakah amalan kita semasa di dunia. Allah pandang tak amalan kita? Ikhlas tak amalan kita?

Fikir-fikirkanlah...

Ingatan untuk diri ana sendiri.

Sekian, wasalam.

Tuesday, February 2, 2010

Citer dari kawan lama..

Salam,
pagi tadi ketika sedang enak breakfast di kopitiam bersama hubby tiba2 muncul kawan lama yg dah lama jugak la tak berjumpa. Tok mat dah berusia 60 tahun tp masih lagi bekerja. Bekerja dgn salah satu oil & gas company ( sure lebat masuk tu..). Apa yg ana nk story ni bukanlah tentang brp byk pendapatan dia bekerja offshore tapi tentang cerita dia pasal seorang ustaz ni.

Alkisah, seorang ustaz dari Indonesia telah pun di bayar gaji oleh sykt tempat dia bekerja khas untuk menjadi imam & memantau urusan agama di offshore tu. Ok la..ustaz pun terima job tu. Gaji tak seberapa. Cuma dibayar RM2k berbanding pekerja lain sekurang2nya RM200/day. Okay..jgn salah faham...ustaz tu tak bising pun gaji dia kecik..cuma...ustaz tu kata .."gaji saya kecik, cuma 2 ribu shj sebulan. tapi saya ambil yg perlu sahaja. selebihnya saya sedekah".

Meremang bulu roma ana dengar kawan tu punye cerita. Terus ana terdiam. Terfikir pd diri sendiri. Ambil yg perlu, selebihnya sedekah. huhuhu. ana tak lagi sampai ke tahap tu. so, amacam ada yg sedia? gaji 5 ribu, ambil yg perlu selebihnya sedekah..kira jgn tak kira... brp yg perlu tu??? oh! tak cukup pulak gaji aku bulan ni..huhuhu.

Lu pikir la sendiri!

Monday, February 1, 2010

When she is away..

Salam..
Lamanya tak update blog ni. Kebizian ku berada pada tahap gaban. Byk kerja yg perlu dibereskan sehingga tak tau yg mana satu nk didahulukan. Kadang2 (selalu) rasa dah bosan dengan hidup ni. Dunia memang begini. Terpaksa bersusah payah untuk sesuatu. Tapi dunia juga sebagai landasan untuk kesenangan pada kehidupan yg abadi. Jika kita mementingkan dunia maka hidup nescaya huru hara, porak peranda & tiada ketenangan. Tapi jika kita banyak berkorban di dunia untuk agama insyaAllah dunia akan datang ikram kepada kita.

Dah 4 hari my assistant aka my bibik balik bercuti ke kampung selama 2 minggu. Sebenarnya ana bukanlah kisah sgt kalau bibik tak ada cz i'm sure i can handle everything cuma ana rasa sedih & kesian pd Fatimah yg terlalu rindukan her ummi (Anak2 panggi bibik ana UMMI). Dah 2-3 ari muka monyok dan demam pulak. Ana tau dia mencari2 ummi dia .. Ye la sejak dari dlm pantang memang ummi dia yg gendong dia sana sini sebab ana banyak menguruskan Sumaiyah yg masih tak reti nk mengalah dgn adik baru dia. Mau tak rindu gitu...Lagi pun anak2 mesra dgn bibik maybe sbb perbezaan umur tak jauh beza. Ana sendiri senang dia bekerja dgn ana. Pd pandangan ana peribadinya baik sekali. Jgn solat di awal waktu, lemah lembut & tangkas buat kerja. Dia balik bercuti sbb abangnya berkahwin & nk melepas rindu pada keluarga.

Plan CNY ni nk terima jemaah. Siang2 dah cakap dgn hubby walau apa juga yg berlaku ana nk terima jemaah CNY ni. Selama wat usaha ni tak penah terima masturat. Azam je lebih tapi Allah tak pilih2 juga. Makanya segala tempahan kek utk hari Valentine & kek kahwen terpaksa di tolak. Begitu juga tempahan catering. Tak apa..dah bukan rezeki. Moga pengorbanan yg sedikit ini Allah akan pandang. InsyaAllah. Pada akhir bulan ni juga hubby azam keluar 2 bulan. Thn ni dia akan keluar awal sbb pada bulan Okt nnt kami ada plan lain. Itu pun kalau jadi & Allah pilih.

Tuesday, January 19, 2010

Akikah Nur Fatimah Azzahra - Part 1

SAMPAI DI LADANG MENTERNAK KAMBING

KAMBING BIRI-BIRI YG DITERNAK UNTUK BAKA
FATIMAH SEDIH TGK KAMBING YG NK DISEMBELIH..
INI LA KAMBING YG BAKAL DI AKIKAHKAN UTK FATIMAH
TERPAKSA MEREDAH SEMAK UTK KE TEMPAT SEMBELIHAN
KAMBING KENA TAMBAT MENANTI UTK DISEMBELIH. KALAU TERLEPAS NI CONFIRM SUSAH NK TANGKAP NI... SELAMAT.......INNALILLAH...

Wednesday, January 13, 2010

Amalan terbaik dalam hidup ini

Amalan Terbaik (Kadang-kadang kita terlupa dan terleka)

1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatandalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi
11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan
saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi
13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi 14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh
15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah
17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum
18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu
19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman
20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana
21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung 22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah
24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah
25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA
26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) - Bukhari
27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH
28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur
29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan
30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) - Bukhari
31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW
32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh
33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari
34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - bukhari
36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang
37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud 38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya
39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim 40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari
41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih
43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih
44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain
45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu dawud 46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya
47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar
48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib
49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami
50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.

Friday, January 8, 2010

Bertemu Jesus Christ di hutan

Received this story thru email from a friend of mine for sharing..

"Suatu hari, seorang ayah telah memanggil anaknya yang baru pulang ke kampung untukberhari raya. Selama ini sang ayah tidak percaya dengan khabar angin yang mengatakananaknya telah murtad dengan memeluk agama Nasrani justeru setiap kali Hari Raya diaakan pulang ke kampung menyambutnya bersama keluarga.Cuma setiap kali waktu sembahyang, anak lelakinya itu akan menghilangkan diri yangdisangka oleh si ayah pergi ke surau atau masjid di pekan berhampiran. Ketika solatHari Raya juga begitu. Oleh kerana itu tidak timbul sebarang rasa syak pada diri siayah akan perubahan aqidah anaknya itu. Sehinggalah apabila muncul dengan hebatnyakisah-kisah orang Melayu yang murtad, sementelahan pula sering diasak olehkhabar-khabar angin yang bertiup kencang umpama puting beliung, si ayah tergerakuntuk bertanya sendiri dengan anaknya. Sang ayah percaya, anaknya akan bercakapbenar kepadanya kerana itulah yang diajar selama ini. Sebaik sang anak melayarkan punggungnya di atas sofa empuk di ruang tamu, si ayahmula membuka tutur bicaranya, " Nak, ayah tahu selama ini tidak ada ahli keluargakita yang pernah dilatih untuk berbohong, bercakap bohong atau tidak jujur sesamakita." Si anak mula gelisah melihat mata ayahnya yang berkaca merenung tepat ke arahmatanya yang berselindung di sebalik lapisan kaca mata. " Pada pagi ini secara jujur ayah ingin mengetahui kebenaran. Tidak ada lainmelainkan kebenaran yang sejujur-jujurnya, "sambung si ayah sambil tangannya pantasmemutarkan biji tasbih. Menahan perasaan mungkin. Si anak menundukkan kepalanya merenung lantai. Tidak berani menatang wajah seorangayah yang sangat difahami akan perangai dan ketegasannya sejak dari lahir lagi.Benak fikirannya pantas meneka apakah soalan yang bakal menerjahnya hari itu. " Benarkah seperti apa yang ayah dengar, bahawa kau telah meninggalkan agama Islamyang suci untuk mengikut agama Nasrani ? Ayah mahukan kebenaran. Jika ia kebenaran,ayah pun akan turut serta dengan kebenaran itu...." Tersentak si anak mendengar bait-bait kata ayahnya. Serba salah untuk menjawabpertanyaan itu. Dia tidak pernah diajar berbohong. Lagipun kata-kata ayahnya mahukan" kebenaran" mengundang seribu makna yang tidak dapat ditafsirkan. Mungkin inisaatnya untuk dia menyerlahkan kebenaran. Kebenaran tentang dirinya, tentanganutannya. Dengan suara perlahan, agak gementar, terketar, dia menjawab." Ya Ayah.Saya minta maaf. Tetapi saya telah menemui kebenaran... ." Sang ayah hanya tersenyum. Tasbih di tangannya menjadi perlahan. Sang pemuda semakinbingung. Masakan seorang ayah yang sangat kuat pegangan agamanya tidak menjadi marahsetelah mengetahui kebenaran ? Sambil tersenyum si ayah bertanya lagi," Nak.Ceritakan kenapa engkau jadi begini ? " Dengan suara yang kembali normal, si anak bercerita tentang pengalamannya semasaberkhemah di hutan Belum satu ketika dahulu dan dia telah tersesat selama hampirsatu minggu. Semasa tersesat, setiap kali selepas solat, dia telah berdoa agarditunjukkan jalan keluar. Sehinggalah pada hari keenam dia hampir berasa putusasa.Tiba-tiba muncul satu cahaya dari langit, dan seorang lelaki berdiri dihadapannya. Sambil tangan kanannya memegang tongkat, tangan kirinya memimpin pemudatersebut menuju jalan keluar. Dia selamat, dan lelaki berjubah itu lenyap." Ayahtahu siapa lelaki itu ? " tanya pemuda itu kepada ayahnya. Sang ayah menggelengkankepala, perlahan." Dia Jesus Christ, ayah. " Suasana hening seketika." Mana engkau tahu dia itu Jesus Christ ? Kau ada bertanyakepadanya ?" Si ayah memecah suasana." Tidak, kami tidak berbicara sepatah pun. Sayatahu dia itu Jesus Christ kerana rupanya serupa dengan gambar-gambar Jesus Christyang pernah saya lihat. Lagipun tongkat yang dipegangnya berupa salib, ayah." Si ayah tersenyum lebar. Si pemuda semakin keliru. Mungkin ayahnya telah menemui "kebenaran ".Inilah peluang dakwah untuk ayah, kemudian ahli keluarga yang lain. " Lantas, kau telah temui kebenaran ? Dan kau menjadi Nasrani ? " Tanya si ayahdengan senyuman yang tidak pernah lekang." Ya, saya yakin akan kebenaran JesusChrist...., juruselamat manusia akhir zaman ......" " Anak, anak. Sebenarnya kau tersesat.... ", jawab si ayah. Sang anak terkedu seketika. Kalau dia tersesat kenapa ayahnya tidak melentingseperti mana ketika dia tidak solat semasa darjah tiga dahulu. Habis balar-balarbadannya disebat kerana dia tidak sembahyang. Tapi, kini..... " Nak, ayah juga bernah ketemu dan diselamatkan oleh Jesus Christ ketika ayahterumbang-ambing semasa di lautan dahulu.." sambung si ayah yang pernah menjadinelayan ketika mudanya. Si ayah menghela nafasnya panjang. Si anak semakin terujauntuk mendengar." Ayah berada di lautan selama dua belas hari dan tidak putus-putusberdoa agar selamat. Pada hari terakhir ayah juga hampir putus asa dan hanyaberserah kepada siapa sahaja yang bakal menyelamatkan ayah......" Ayah berhenti seketika. Merenung jauh seakan mahu mengingati peristiwa lampau itu.Kemudian menyambung, " Tiba-tiba datang satu cahaya dari langit, muncul pula ikanlumba-lumba di keliling perahu ayah. Satu lembaga manusia memegang tongkat berbentuksalib berada betul-betul di hadapan ayah sambil tersenyum. Dia telah mengarahkanikan lumba-lumba seakan menunda perahu ayah hingga ke pesisir pantai kampung kita." Si anak semakin teruja mendengarnya. Si ayah menyambung lagi, *" Apabila ayah sudahpasti akan selamat, ayah memberanikan diri memberikan salam kepada lelaki itu dandia telah menjawab salam ayah. Ayah bertanya, siapakah gerangan dia itu. Dia tidakmenjawab, cuma tersenyum sambil mengatakan, dia adalah juru selamat manusia yangakan membantu seorang pemimpin membunuh pemimpin kejahatan. Kemudian dia hilang."* " Kemudian ayah terlihat gambarnya di rumah jiran kita Michael Wong, sebiji sepertiorang yang ayah temui atas perahu. Ayah bertanya kepada Michael Wong siapakah yangada pada gambar itu, lalu dikatakan itulah Jesus Christ, penyelamat manusia.Ternyata ayah telah menemui kebenaran... " Si anak tidak sabar-sabar bertanya kepada ayahnya, " kalau begitu kenapa ayah masihIslam ? " Si ayah tidak terus menjawab, sebaliknya ketawa kacil yang panjang. " Kerana Jesus Christ itu Islam dan dia akan turun satu masa nanti untukmenyelamatkan manusia serta membantu seorang pemimpin iaitu Imam Mahdi membunuhDajal pemimpin kejahatan. Bukankah hal itu telah banyak Nabi Muhammad beritahu dalamhadis-hadisnya. Kerana itu ayah tetap Islam justeru Jesus Christ telah menjawabsalam ayah secara Islam."Sang anak terpinga-pinga semakin keliru agaknya. Sang ayahtersenyum sambil menepuk-nepuk bahu anaknya, " Engkau silap kerana tidak bertanyasendiri kepada Jesus Christ yang engkau temui dalam satu saat dan peluang yang tidakpernah orang lain dapati, sebaliknya engkau membuat andaian sendiri bahawa JesusChrist itu adalah kebenaran Nasrani. Tidak ! Jesus Christ aadalah kebenaran tentangIslam....." sambil si ayah meninggalkan anaknya tersandar di kerusi...... ................"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails