Thursday, April 22, 2010

Cepatnya masa itu berlalu..

Pejam celik pejam celik dah nk balik pun hubby. Jumaat ni (23/4) insyaAllah sampai la dia nanti. Wow..40 hari ditinggalkan suami seakan tak terasa mujahadahnya. Mungkin sbb ana pun sibuk dgn kerja disamping uruskan sekolah & hobi ana iaitu mem'baking'. Masa sebelum hubby bayan hidayat ana dah pesan dah pada dia lepas bayan hidayat putus hubungan ya. Maksud ana tak perlulah call / sms pada ana .. pandai la ana jaga diri sendiri & anak2 sepanjang hubby tak ada. 1..2..3.. hari okay aje..masuk hari ke 10 dh mula dah ada SMS dari hubby..tapi ana tak reply pun (bole gitu?) 3, 4, 5, SMS ana buat tak tau aje. Tup tup tiba-tiba di satu tengahari dpt SMS dr hubby "Buzy ke?" hmmmm...pastu ana tak reply gak. Buat bodoh lagi. Agak hubby geram, tak tahan dia call ana. Hahahaha. Di situlah bermulanya balas membalas SMS. Hampeh betul kalau keluar bawa henpon ni. Memang susah nak tawajuh. Berbeza kalau keluar tak bawa henpon. Cuma berutusan surat aje.
Hubby pernah keluar India Bangladesh 4 bulan. Masa tu betul2 terputus hubungan. Ya Allah...rindunya...Allah saja yg tahu. Betapa terasa sangat sunyi dan sepi dunia ni. Menangis2 sebab teringatkan dia..sob..sob..Kerap mimpikan dia. Tapi yang peliknya dalam mimpi tu dia mesti pakai jubah putih dan rasa macam antara mimpi dengan tidak. Pernah juga terasa seperti hubby datang cium pipi ana. Bila ana sedar dia tiada. Dan beberapa kali juga terdengar pintu bilik diketuk orang. Bila tanya hubby, jawapan dia masa tu dia baru nak naik kapal terbang atau baru nk bertolak ke sesuatu tempat. Begitu juga malam dia nk bertolak dari Bangladesh ke Malaysia sekali lagi terdengar pintu bilik di ketuk orang. MasyaAllah...hebatnya Allah... Rupanya itu semua bagaikan isyarat akan setiap pergerakan hubby semasa dia keluar.
Semasa hubby keluar khuruj kali ni beberapa kejadian ajaib telah berlaku pada ana..tapi biarlah ianya menjadi rahsia..hehehe
Tidak kurang juga ada sedikit dugaan dari Allah. Tapi ana tabah sajalah menghadapinya sebab perkara ni kena bincang juga dengan hubby bila dia balik nanti. Kesimpulannya jgn mudah percayakan orang walau dulu kita dah macam adik beradik dengan dia. Memang amat menyakitkan hati ini tapi ana percaya setiap yg berlaku ada hikmahNya atau mungkin Allah ingin berikan yg lebih baik lagi. InsyaAllah.

Monday, April 5, 2010

Its Our Anniversary...

Semalam adalah hari ulangtahun perkahwinan kami yg 11 tahun. Begitu cepat masa berlalu hingga tanpa aku sedari sudah 11 tahun aku menjadi isterinya. Mengimbau kembali saat kami berkenalan & bercinta terasa amat lucu. Kami bertemu kerana bekerja di sykt yg sama cuma berlainan jabatan. Memandangkan ketika itu cuma aku (si dara yg paling cun) dan dia (si teruna yg paling tampan) di pejabat itu maka kami sering menjadi bahan usikan teman-teman. Tapi sebenarnya masing2 sudah punyai pilihan hati sendiri dan dia pun bukanlah suka sangat dengan aku dan aku pun biasa2 aje dengan dia.

Entah bagaimana ditakdirkan kekasihnya berubah hati. Mengahwini jejaka lain dgn alasan selama ini dia hanya menganggap hubby aku sbg kawan shj. Dgn erti kata lain hubby bertepuk sebelah tangan. Ketika itu kami masih lagi berkawan setakat kawan sepejabat hinggalah satu hari aku membawa album peribadiku sewaktu belajar dulu dan dia juga turut melihat albumku lalu jatuh hati padaku (sebab aku fotogenik?).

Semanjak itu kami menjadi rapat walaupun sebenarnya aku sudah punyai pilihan hati sendiri. Bila aku bawa dia bertemu dgn org tuaku, penerimaan mereka berbeza. Abah tak suka pada cara dia. Mak pula suka pada dia. "Pilihlah org yg mempunyai pegangan agama yg kuat" anjur mak padaku sekaligus menandakan yg mak kurang senang dgn pilihan hatiku seorang mualaf. Aku turuti kata mak.

Ya..dia memang mempunyai latar belakang keluarga & agama yg agak baik juga. Setiap kali keluar dating dgn dia, jika kami akan menonton wayang jam 4.30 ptg pasti dia akan ajak aku solat Asar terlebih dahulu walaupun terpaksa masuk panggung lewat setengah jam. Kali pertama keluar dating kami tgk cerita TITANIC. Syahdunya..huhuhu...Tapi sekarang rasanya dah hampir 8 tahun kami tak tgk wayang semenjak kami buat usaha dakwah ini. Hatta TV pun x ada kat rumah ni semenjak 6 tahun dahulu...

11 tahun menyemai kebahagiaan bersama dia lahirlah 6 orang buah cinta kami. Cahayamata yg pertama sedang menanti kami di syurga. InsyaAllah. 5 lagi menjadi amanah utk kami didik menjadi anak yg soleh & solehah. Nur Sumaiyah Syuhadah menjadi saksi cinta kami ketika dia lahir pada anniversary kami yg ke 8 dulu. Selamat hari lahir untuk Sumaiyah :)
Moga cinta kami tetap subur dan mekar hingga bertemu pula di syurga. Amin..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails