Friday, December 9, 2011

Jumpa lagi InsyaAllah...

Assalam...
Lama rasanya sya tak update blog sya ini. Sya ingin update tp sya kesuntukan masa. Sya malu nk bg alasan sya sibuk wlp hakikatnya sya mmg sentiasa sibuk.
InsyaAllah sya akan ke TAWAU dari 12/12 - 26/12. Sya akan keluar masturat ke sana selama 15H. Itu shj pengorbanan yg mampu sya lakukan. Nampaknya sya belum lagi dijemput Allah utk berkelana di jalan Allah ke IPB. Sya skrg hamil 18 minggu. Alhamdulillah rezeki sya nk dapat anak lagi. Okay.. doakan yg baik2 utk sya ye. Doakan baby sya bakal jadi da'ie / da'ieah. Doakan juga Allah mudahkan segalanya untuk saya. Amin...

Thursday, November 17, 2011

Korban 1432H

Assalamualaikum wbt...

Syukur kepada Allah pada hari raya aidiladha yg lalu, kami diberi rezeki yg lebih untuk melaksanakan ibadah korban seekor lembu. Inilah korban pertama yg kami buat untuk kami sekeluarga iaitu lima org anak2 & kami suami isteri. Rasa teruja sgt melaksanakan ibadah ini & rasa seronok bila melalui pengalaman menyembelih, melapah dan membungkus daging lembu. Ada 5 ekor lembu yang dikorbankan dan dalam byk2 lembu tu, lembu kami paling senang nk disembelih. Disuruh baring, dia baring, di pegang lehernya, dia menadah sahaja untuk dikorbankan. Allah mudahkan segalanya. Yg lucunya ada juga lembu yg lari masa nk disembelih. Dah la lembu tu lari, dikejarnya pulak makcik2 yg ada kat situ.

Lembu kami tidaklah besar sgt. Sebenarnya imam mintak dr pembekal lembu , lembu yg montel-montel tapi bila lembunya sampai tak berapa montel pulak. Jadi Imam mintak diskaun dapatlah kurang RM200... Kata imam lain kali kita kena pergi ladang sendiri pilih lembu mana yg kita nak. Ooooo... begitu rupanya... manalah kami tahu... So lepas ni kalau nk korban, sila pilih lembu mana yg berkenan di hati anda :).

Jumlah keseluruhan berat lembu lebih kurang 70kg. Kami ambil 1/3 bahagian untuk kami berikan pada ahli keluarga, jiran-jiran & pekerja kami manakala selebihnya kami serahkan pada pihak surau untuk diagihkan pada penduduk setempat.

Bagi mama pulak, raya korban kali ni seperti tak bermakna. Nk tau kenapa??? Sebab mama sakit gigi yg amat sgt. Mama x bole makan ketupat & rendang yg Atok masak. Mama cuma jamah sikit2 aje. Aduhai...hilang nikmat nk rasa makanan bila Allah bg sakit gigi. huhuhu....

Daging korban pun mama masak lewat sebab kalau mama masak nnt mama tak dpt makan :) hahaha.... okay la layan gambar2 dibawah .. got to go :)

Lembu kami paling mudah nk dikorbankan :)
Lembu sedang bersiap sedia untuk dikorbankan
Innalillah .... moga Allah terima korban kami
Daging korban dibungkus2 untuk diagih2kan..

Thursday, November 3, 2011

15.10.2010 - Ziarah Dalam (Madinah)

Perjalan yg jauh dari Malaysia – Jeddah – Madinah yg mengambil masa selama 18 jam menjadi asbab mak ngahku jatuh sakit. Sesampainya di Madinah, Mak ngah demam & batuk2. Sepanjang di sana aku banyak khidmat mak ngah. Jaga makan & minum mak ngah. Bawa dia ke klinik yg disediakan TH di setiap hotel kelolaan TH. Dugaan buat aku & mak ngah. Alhamdulillah aku sihat di sana.
Seawal jam 6.30pg kami semua telah berkumpul di lorong belakang hotel kami utk program ziarah dalam. KT 15 & KT 16 bergabung utk program ini menjadikan lebih kurang 700 jemaah kesemuanya. Kami berjalan menuju ke Babus Salam. Utk jemeaah wanita diketuai oleh ustazah yang disediakan TH. Kami berjalan menuju ke luar Masjid Nabawi, perkuburan Baqi’ & Makam Rasul serta Raudhah. Perkuburan Baqi’ mula dibuka selepas subuh. Memandangkan ketika itu aku uzur maka aku tidak dapat memasuki Masjid Nabawi. Hanya dapat melihat keindahan masjid nabi dr luar shj. Tentu jauh bezanya masjid nabawi skrg dgn pd zaman Rasulullah yg mana ketika itu Cuma bertiangkan batang pokok kurma shj.
Keadaan di Madinah sgt tenang. Aku lihat penduduknya begitu lemah lembut. Tidak sukar duduk di Al haram hotel. Perjalanan ke masjid hanya mengambil masa lebih kurang 5-10 minit shj. Setiap waktu aku berulang alik dr masjid ke hotel sbb aku mempunyai tugas utk ambilkan makanan utk mak ngah. Selalunya aku beriktikaf di masjid drpd waktu mghrib hingga ke isya’. Soal makanan tidak menjadi masalah di sini. Banyak makanan dijual di gerai2 makanan sekitar masjid nabawi. Kedai runcit pun ada utk membeli barangan kering seperti roti, tuna & yg pasti aku lihat banyak produk keluaran Indonesia di sini seperti indomie & indocafe. TH menyediakan makanan 2x sehari iaitu makan tengahari & mkn malam. Manakala utk sarapan pagi di cafĂ© hotel ada menjual makanan Malaysia spt ns lemak, mee goreng pd harga yg amat berpatutan. Cuma kalau lambat beli, dh habislah jawabnya.
Dalam perjalanan menuju ke masjid, terdapat ramai penjaja jalanan yg menjual bermacam2 brg dr kain baju hinggalah ke barangan cenderahati seperti keychain dsb. Sepanjang jalan menuju ke masjid bole juga mencuci mata beraneka kedai2 pakaian, kedai kurma dan mcm2 lagilah yg tak perlulah aku cerita kat sini. Lagi pun Jemaah Malaysia mmg suka bershopping sakan kata orang TH. Dan aku termasuk juga dlm statistic tersebut. Hahaha… Malu nk mengaku.
Di Madinah juga terdapat segelintir peminta sedekah yg suka menghampiri anda sambil meminta anda menderma. Peminta sedekah bukan shj terdiri dr kanak2 tp juga org dewasa. Hubby pernah dihampiri seorang lelaki sambil memperkenalkan dirinya sbg pelajar di Madinah. Dia kata dia perlukan duit utk menampung kos belajar di madinah. Melihat dari wajahnya, kelihatan spt berbangsa Pakistan. Jika anda dihampiri org spt ini, terpulanglah pd anda hendak menderma atau tidak. Yg penting, jika kita bersedekah wlp sedikit tp ikhlas pasti ada ganjarannya di sisi Allah. Apatah lg jika anda melakukan kebaikan di madinah ganjran 50 ribu kali ganda pahala menanti anda.
Di bawah kubah hijau itulah terletaknya makam Rasulullah saw
Di Bin Dawood, ala2 supermarket gitew..
Lip lap lip lap.... sehelai mencecah SR600... mau beli ka???
Makanan yg disediakan TH di bungkus begini.

Monday, October 17, 2011

13.10.2010 - Johor Bahru - Jeddah - Madinah

Assalammualaikum...

Tibanya musim haji tahun ni, aku rasa rindu sekali saat2 aku menunaikan haji pada tahun 2010. Selepas setahun, baru rasa terpanggil nk menulis catatan perjalanan haji aku. Dah basi ceritanya tp tetap segar dlm ingatan aku. Aku telah terpilih menaiki KT13 pada 13/10/2010 iaitu penerbangan pertama dr Johor Bahru. Aku dijadualkan bertolak pada 12.20pmi. Setelah tidak tidur semalaman membuat persiapan terakhir, aku keluar rumah lbh kurang jam 7.00am menuju ke Airport Senai dengan iringan laungan takbir. Terasa hiba & sayu di hati saat melangkah keluar rumah. Semua keluarga aku hantar aku ke airport kecuali kak long manakala tiada seorang pun ahli keluarga suami aku yg hantar kami mungkin masing2 sibuk & tiada kesempatan. Anak2 mak ngah sibuk call aku tanya aku kat mana. Mereka seawal jam 4 pagi dah sampai ke airport tp aku selamba je pukul 7 pg baru nk bertolak.

Sampai di airport, kami terus mendaftar. Aku lihat hanya kurang dari 10 jemaah yg belum sampai termasuk aku. Setelah peluk cium semua ahli keluarga & anak2 dgn juraian airmata kami pun masuk ke balai berlepas. Entah kami kembali semula atau tidak itulah yg aku fikirkan. Panjang umur kita bertemu lagi. Kalau tak panjang umur selamat la aku bersemadi di bumi anbiya'..... Di airport kami menerima bermacam tajaan spt sling beg, tikar, uncang batu & kasut, brgn colgate, vitamin dan byk lagi lah.. Sebelum bertolak kami diberi taklimat oleh TH spt adab perjalanan, doa musafir, solat sunat musafir, tertib mengerjakan , doa2 dsb. Memandangkan aku bertolak awal, maka aku mengerjakan haji tamattuk. Tak perlu berpakaian ihram.

Jam 12.20 tengahari kami pun bertolak ke Jeddah Airport. Sampai di Jeddah airport jam 4.20pm waktu Saudi. Kami terus mengerjakan solat Jamak Zuhur & Asar.

Ketika itu susah juga la nk mengambil wudu' sbb KT13 shj berjumlah 300++ jemaah. Ni baru kat airport belum lagi kat Mekah. Bagaimanalah keadaan di Mekah nanti fikir aku. Jam 5pm kami mula check imigresen. Kami terpaksa beratur panjang dan siap pada jam 8.20pm. Aku lihat warga tua ada yg mula keletihan. Ketika ini, aku terfikir alangkah bagusnya kalau dpt menunaikan haji pada usia muda ketika kita masih sihat, ada kekuatan & tenaga. Namun, kuasa Allah siapa yg dpt menghalang? Kalau Allah bg kesihatan, wlp dah tua InsyaAllah kita mampu juga menunaikan haji.

Selepas selesai pemeriksaan imigresen, kami menunggu lagi bas menuju ke Madinah. Aku antara bas yg terakhir iaitu bas no 10. Kami semua dibahagikan mengikut bas. Duduk menunggu smpai naik letih dibuatnya. Setelah penat menunggu, bas kami tiba jam 10.45 mlm utk bertolak ke Madinah. Beg2 kami semua TH yg uruskan. Kami cuma bw beg sling & beg bimbit.

Jemaah haji KT13 -2010 sedang menunggu bas di Airport Jeddah


Perjalanan menuju ke Madinah sepatutnya cuma mengambil masa 8 jam shj tapi bas aku telah mengambil masa selama 12 jam. Kami smpai di Madinah jam 10.15pg. Ketika itu kaki aku dh mula bengkak akibat terlalu lama duduk di dalam bas. Dah smpai Madinah, driver bas mencari2 pula hotel Al-Haram. Pusing punye pusing akhirnya sampai juga di hotel tersebut. Alhamdulillah.

Room mate aku, dr kiri : kak mila, along, kak ruby, aku & mak ngah
Pemandangan kota madinah dr bilik aku ( Room 1103) - Al-Haram Hotel

Sampai di hotel aku terus bersiap2 nk pergi Masjid nabawi. Excited sgt aku nk pergi ke masjid. Buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke masjid nabawi utk solat zuhur.

Jemaah berbondong2 menuju ke masjid nabawi.

Monday, October 10, 2011

Musim Haji tiba lagi

** 26,000 jemaah haji Malaysia berkumpul di sini (Muzdalifah - 2010). Ketika ini aku dah 48 jam tidak tidur. Ajaibnya tidak pula terasa penat sambil muhasabah diri sendiri.



Assalammualaikum wbt...

Lama benar rasanya aku x update blog ni. Spt tiada mood sebenarnya sebab aku tgh 'malas' skrg (bukan ke ko mmg malas setiap hari? woha!). okay... aku memang pemalas..hehehe

Bulan ni.. musim haji tiba lagi. seronok rasanya bila lihat jemaah haji bertolak ke tanah suci. untungnya mereka yg menjadi tetamu Allah. Aku juga pasang niat untuk menjejakkan kaki lg ke sana menunaikan haji bersama anak2. InsyaAllah. Amin. Kalau dulu setiap kali org pergi haji aku akan berpesan untuk turut mendoakan aku & suami agar dapat pergi haji juga. Seingat aku, tak pernah la pulak aku kirim doa yang bukan2. Tapi kini, aku tetap minta kirim doa yg sama. Doakan moga aku terpilih lagi untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Walaupun mengerjakan haji itu jihad untuk wanita & amat mujahadah tapi itu semua semakin menguatkan keinginan untuk ke sana lagi. Alhamdulillah Allah memakbulkan doaku & suami untuk mengerjakan haji sebelum berumur 40 tahun.

Secara peribadinya, aku melihat ramai orang sekelililingku lebih drpd mampu untuk mengerjakan haji. Seringkali juga aku tasykil kawan2 untuk cepat2 menunaikan haji dikala usia masih muda, ada kesihatan, kekuatan dan ingatan utk mengerjakan rukun islam ke 5 ini. Tapi yg sering aku lihat ramai dikalangan kita lebih mementingkan keperluan duniawi mereka berbanding berazam untuk menyempurnakan rukun islam mereka.

Ramai di kalangan kita yg mampu untuk membayar deposit membeli kereta mewah melebihi 10 ribu, bahkan mampu pula untuk beli 2-3 biji kereta, atau pun mengubahsuai rumah mereka yg menelan belanja hingga ribuan ringgit tapi tidak ada sedikit niat pun untuk mendahulukan duit tersebut untuk menunaikan haji. Alasan yg sering diberikan 'belum sampai seru' , 'aku banyak dosa, kena bertaubat dulu'. Bagaimanalah hendak sampai seru jika niat pun tidak ada? buka akaun tabung haji pun belum lagi apatah lagi mendaftar haji? Bagaimana Allah nak bantu kalau kita sendiri pun tidak berusaha??

Aku sekadar ingin berkongsi pengalamanku. Aku mula menabung untuk pergi haji semenjak tahun 2000 iaitu ketika mula bekerja di tempat aku bekerja sekarang ini. Awalnya aku hanya menabung RM50 sebulan secara potongan gaji. Kemudian, bila gaji aku naik , kenaikan gaji itu tidak aku gunakan bahkan aku tambah lagi potongan gaji aku. Kata orang, pejam mata aje duit tu diketepikan. Kalau tak buat mcm tu sampai bila nak menabung? tapi adatlah.. bila terdesak, duit tu juga aku korek utk keperluan aku. dalam masa sama aku berniat & sering cakap pada kawan2 aku nk pergi haji sebelum umur aku 40 tahun. Pada tahun 2006, duit aku dah cukup untuk aku pergi haji bersama2 mak & abah aku. Tapi tak lepas pulak untuk hubby aku. Aku ada minta izin hubby untuk pergi haji dulu dgn mak & abah tapi hubby aku tak izinkan makanya aku batalkan niat aku & taat pada suami. Seringkali kami berdua doa moga Allah pilih kami pada tahun 2010 & alhamdulillah Allah makbulkan.

Aku sebenarnya mendaftar utk pergi haji pd tahun 2009 iaitu ketika selesai musim haji pada tahun itu. Aku & suami membuat surat rayuan pada bulan Februari 2010 & kemudian mendapat jawapan terpilih utk mengerjakan haji pada April 2010 ketika hubby sedang khuruj. Menitis airmata ketika membaca surat tawaran tersebut. Tak sangka Allah mudahkan segalanya. Alhamdulillah. Kini, mengikut laporan tabung haji, lebih 5 juta menjadi pendeposit tabung haji dan 775,000 pendeposit yg telah mendaftar utk menunaikan haji sedangkan kuota untuk Malaysia kebiasaannya ialah utk 26,000 jemaah shj. Dikatakan utk tahun 2011 kerajaan Arab Saudi menambah kuota untuk Malaysia menjadikan 30,000. Menurut tabung haji, jika daftar pada tahun ini giliran anda pada tahun 2030. Kawan aku yg mendaftar pada tahun 2005, gilirannya pada 2010 tapi atas sebab tertentu beliau menunda pemergian beliau pada tahun ini. Manakala aku mendaftar pada tahun 2009, giliran sebenar aku pada tahun 2023. Semakin lewat mendaftar bermakna semakin lamalah giliran anda. Oleh, itu segeralah mendaftar di Tabung Haji dgn simpanan minimum RM1,300. Belanjawan terkini pun dah bole guna duit KWSP. Apa tunggu lagii??? Tepuk dada tanya iman!

Wednesday, September 21, 2011

Anak mama & Puasa 6 .......

Alhamdulillah lagi sehari mama dapat habiskan puasa 6. Abah start puasa dulu jadi abah dh beraya dulu. Mama start lambat so lambat la mama beraya nampaknya....


Ecah & addin sama2 temankan mama puasa 6. Ecah kata dia nk ganti puasa 2 hari yg dia tinggalkan Ramadhan lalu sebab Ecah sakit gigi. Menangis2 Ecah masa sakit gigi. Mama pun terus suruh Ecah buka puasa. Lepas buka Ecah makan ubat tahan sakit.

"ngada-ngada sakit gigi sikit dah buka puasa" marah yaya pada ecah sambil menjeling tatkala lihat ecah berbuka puasa. Alhamdulillah ecah dah selamat ganti puasa dia walaupun ecah baru 7 tahun. Terharu rasa hati mama bila ecah kata waktu lunch ecah sembunyi bawah meja sebab tak makan. Ecah takut ustazah marah tak makan waktu lunch. Di sekolah ecah lunch mmg disediakan & pelajar diwajibkan makan. Mama dah kata cakap aje la dgn ustazah ecah puasa..takkan ustazah nk marah tapi ecah tak nak..


Addin pulak puasa penuh tapi addin ikut mama puasa sebab nk puasa 6 katanya. Mama dah 3 hari puasa 6 baru addin nak ikut puasa. mama janji dgn addin nanti mama dh habis puasa 6 mama akan temankan addin puasa pulak. mama ganti puasa mama yg dulu2 kalau ada yg tertinggal.


Yayah pulak ponteng puasa 1 hari. dia curi2 makan dalam bilik tapi mama tau yaya tak puasa sebab mama jumpa quaker oat bawah katil. yaya kata nk ganti puasa tapi bila mama kejut liat sungguh nk bangun. bila time orang buka, yaya buka macam dia pulak yg puasa. hmmm...yaya... yaya.... hidayat sikit anak mama yg sorang ni..


Sebenarnya mama terharu tgk anak2 mama. mama tak suruh pun ganti puasa atau puasa 6 tapi addin & ecah sendiri yg nak puasa. pd usia 7 thn & 10 thn mama rasa itu satu pencapaian yg baik. sedari kecil anak mama faham kewajipan berpuasa dan wajib ganti puasa apb meninggalkannya. mama & abah tak ingat bila mama mula puasa penuh di bulan Ramadhan. kalau tak silap mungkin masa mama darjah 4. puasa 6 pulak rasanya dah tua2 ni la baru tau kelebihan puasa 6. selepas masuk usaha dakwah ni. mama & abah dulu jahil. tak tau kelebihan sunnah Rasulullah saw.


Untuk anak2 mama, mama sentiasa doakan kebaikan & kejayaan semua di dunia & akhirat. moga jadi anak yg soleh & solehah. amin...

Monday, September 19, 2011

10 Sahabat yg dijamin Syurga

Di bawah ini diceritakan tentang sepuluh sahabat Rasullullah SAW yang telah dijamin masuk surga disertai penjelasan tentang nasab dan keluarga mereka. Sumber artikel diambil dari www.islamhouse.com

1. Abu Bakar as Siddiq ra

Nama aslinya adalah Abdullah bin abi Quhafah.

Ayahnya, Abu Quhafah yang nama aslinya adalah Usman bin Amir bin Amr bin Ka’b bin Sa’d bin Taim bin Murrah bin Ka’b bin Lu’ai bin Ghalib atTaimiy al Qurosy, bertemu silisilah/keturunan dengan Rasulullah saw di Murrah bin Ka’b.

Ibu Abu Bakar adalah Ummul Khair Salma binti Shokhr bin Amir bin Ka’b bin Sa’d bin Taim bin Murrah.

Usia beliau 63 tahun, sama seperti Rasulullah saw. Dia termasuk orang yang pertama masuk islam. Manusia terbaik setelah Rasulullah saw. Mengemban kekhilafahan selama 2,5 tahun. Riwayat-riwayat lain menyebutkan 2 tahun 4 bulan kurang 1 hari; 2 tahun;20 bulan

Putera-puterinya

1. Abdullah, awal masuk islam sehingga termasuk sahabat. Di saat Rasulullah saw dan Abu Bakar bersembunyi di dalam goa menghindari kejaran kafir Quraisy, ia pernah masuk goa itu juga. Dia terkena anak panah di Thaif, meninggal di saat ayahnya mengemban khilafah.

2. Asma’, pemilik dua ikat pinggang. Istri Zubeir bin Awwam. Hijrah ke Madinah di saat mengandung Abdulllah bin Zubeir. Sehingga Abdullah merupakan orang islam pertama yang lahir setelah hijrah. Ibu Asma’ adalah Qutailah binti Abdul Uzza berasal dari Bani Luay meninggal dalam keadaan kafir.

3. dan 4. Aisyah binti as-Siddiq, istri Nabi. Ia memiliki saudara seayah dan seibu yaitu Abdurrahman bin Abu Bakar, yang berada di barisan kaum musyrikin pada perang Badar, namun setelah itu ia masuk islam. Ibu Aisyah adalah Ummu Ruman binti Amir bin Uaimir bin Abdu Syams bin Attab bin Udzinah bin Subai’ bin Duhman bin al Harits. Masuk islam, dan ikut hijrah ke madinah dan wafat di zaman Rasulullah saw.

Cucu Abu Bakar: Abu Atik Muhammad bin Abdurrahman lahir di zaman Rasulullah saw, termasuk sahabat. Sehingga kami tidak tahu keluarga lain (selain Abu Bakar) yang dengan empat keturunan, semuanya tergolong sahabat (ayah Abu Bakar-Abu Bakar- Abdurrahman-Abu Atik)


5. Muhammad bin Abu Bakar. Lahir pada zaman haji wada’. Meninggal di Mesir dan dikuburkan di sana. Ibunya adalah Asma’ binti Umais al Khots’amiyyah.

6. Ummu Kultsum binti Abu Bakar. Lahir setelah Abu Bakar wafat. Ibunya adalah Habibah, riwayat lain menyebutkan Fakhitah binti Kharijah bin Zaid bin Abu Zuhair al Anshari. Ia dinikahi Thalhah bin Ubaidillah.

Keenam putera-puteri Abu Bakar adalah sahabat Nabi, kecuali Ummu Kultsum. Sementara Muhammad lahir masih zaman Nabi. Abu Bakar wafat pada tanggal 27 Jumadil Akhir 13H.

2. Abu Hafs Umar bin Khatab ra

Umar bin Khattab bin Nufail bin Abdil Uzza bin Riyah bin Abdullah bin Qurth bin Razakh bin Adiyy bin Ka’b bin Lu’ai bin Ghalib. Bertemu silisilah/keturunan dengan Rasulullah saw di Murrah bin Ka’b.

Ibunya adalah Khantamah binti Hasyim. Riwayat lain menyebutkan binti Hisyam bin al Mughirah bin Abdullah bin Umar bin Makhzum.

Umar masuk Islam di Mekah, dan mengikuti seluruh peperangan bersama Rasulullah saw

Putera-puterinya

1. Abu Abdurrahman Abdullah. Masuk Islam pada awal datangnya Islam. Berhijrah bersama ayahnya. Dan dia termasuk sahabat pilihan.

2. Hafshah, istri Nabi saw. Ibu Hafshah adalah Zaenab binti Math’un.

3. Ashim bin Umar. Lahir pada zaman Rasulullah saw. Ibunya adalah Ummu Ashim Jamilah binti Tsabit bin Abi al Aqlah.

4 dan 5. Zaid al Akbar bin Umar, dan Ruqayyah putri Ummu Kultsum binti Ali bin Abi Thalib.

6. Zaid al Ashghar dan Abdullah, keduanya putera Ummu Kultsum binti Jarwal al Khuzza’i.

7 dan 8. Abdurrahman al Akbar bin Umar dan Abdurrahman al Ausath, Abu Syahmah yang didera akibat minum khomr. Ibunya adalah Ummu Walad yang juga disebut Lahyah.

9. Abdurrahman al Ashghar bin Umar. Ibunya adalah Ummu Walad yang juga disebut Fakihah.

10. Iyadh bin Umar. Ibunya adalah Atikah binti Zaid bin Amr bin Nufail.

11. Abdullah al Ashghar bin Umar. Ibunya adalah Saidah binti Rafi’ al Anshariyyah. Dari Bani Amr bin Auf.

12. Fathimah binti Umar. Ibunya adalah Ummul Hakim binti Harits bin Hisyam.

13. Ummul Walid binti Umar. Tetapi kebenaran masih perlu diteliti lagi.

14. Zaenab binti Umar. Saudara Abdurrahman al Ashghar bin Umar.

Umar mengemban kekhalifahan selama 10 tahun 6,5 bulan. Terbunuh pada akhir DzulHijjah 23 Hijriyah, pada usia 63 tahun sesuai dengan usia Rasulullah saw. Akan tetapi ada perselisihan pendapat tentang usia beliau ini.

3. Abu Abdullah Ustman bin Affan ra

Ia adalah cucu dari Abu al Ash bin Umayyah bin Abdu Syams bin Abdu Manaf. Nasab keturunannya bertemu dengan Rasulullah saw di Abdu Manaf, yang merupakan kakek ke lima.

Nama ibunya adalah Arwa binti Kuraiz bin Rabiah bin Habib bin Abdi Syams bin Abdu Manaf. Sementara ibunya adalah putri Ummul Hakim al Baidha’ binti Abdul Muthalib.

Utsman masuk Islam pada awal datangnya Islam di Mekah. Melakukan hijrah 2 kali (Habasayah dan Medinah). Menikahi 2 puteri Rasulullah saw. Mengemban kekhilafahan selama 12 tahun kurang 10 hari. Ada riwayat menyebutkan kurang12 hari. Terbunuh pada 18 Dzul Hijjah tahun ke-35 Hijriah ba’da Ashar. Saat itu ia sedang puasa. Ia meninggal pada usia 82 tahun.

Putera-puterinya:

1. Abdullah al Akbar, dilahirkan oleh Ruqayyah, puteri Rasulullah saw. Meninggal dunia pada usia 6 tahun. Rasulullah saw ikut masuk liang lahat saat penguburannya.

2. Abdullah al Ashghar, dilahirkan oleh Fakhitah binti ‘Azwan, saudari Utbah.

3, 4, 5 dan 6. Umar, Khalid, Aban dan Maryam. Mereka dilahirkan oleh Ummu Amr binti Jundab bin Amr bin Humamah dari kabilah Azd daerah Daus.

7, 8 dan 9. Al Walid, Said dan Ummu Amr. Mereka dilahirkan oleh Fatimah binti Walid bin Abdu Syams bin Mughirah bin Abdullah bin Umar bin Makhzum.

10. Abdul Malik. Dia tidak mempunyai keturunan. Meninggal dunia tatkala telah dewasa. Dia dilahirkan oleh Ummul Banin binti Uyainah bin Hisn bin Hudzaifah bin Zaid.

11, 12, 13. Aisyah, Ummu Aban dan Ummu Amr. Mereka dilahirkan oleh Ramlah binti Syaibah bin Rabiah.

14,15,16. Ummu Khalid, Arwa dan Ummu Aban as Sughra. Mereka dilahirkan oleh Nailah binti Farafishah bin Ahwas bin Amr bin Tsa’labah bin Harits bin Hisn bin Dhamdham bin Adyy bin Janab bin Kalb bin Wabrah.

4. Abu al Hasan Ali bin Abi Thalib ra

Dia adalah cucu Abdul Mutthalib, sepupu Rasulullah saw. Dia dilahirkan oleh Fatimah binti Asad bin Hasyim bin Abdi Manaf. Fatimah adalah wanita Bani Hasyim pertama yang melahirkan keturunan dari Bani Hasyim. Masuk Islam di Mekah lalu hijrah ke Madinah dan wafat pada zaman Rasulullah saw.

Ali bin Abi Thalib menikah dengan Fatimah puteri Rasulullah saw. Kemudian lahirlah Hasan, Husein dan Muhassin dari pernikahan ini. Tetapi Muhassin wafat tatkala masih kecil.

Putera-puterinya yang lain

1. Muhammad bin Hanafiah. Ia dilahirkan oleh Khaulah binti Ja’far, dari Bani Hanifah.

2 dan 3. Umar bin Ali dan saudarinya Ruqayyah al Kubro.

4. Al Abbas al Akbar bin Ali, disebut juga as-Saqa. Ia terbunuh bersama Husein.

5, 6, 7, 8. Usman, Ja’far, Abdullah dan Banu Ali. Mereka saudara seayah dan seibu al Abbas al Akbar. Adapun ibu mereka adalah Ummul Banin al Kilabiyah.

9 dan 10. Ubaidullah dan Abu Bakar. Mereka tidak punya keturunan. Mereka dilahirkan oleh Laila binti Mas’ud anNahsyaliyyah.

11. Yahya bin Ali. Meninggal saat masih kecil. Lahir dari Asma’ binti Umais.

12. Muhammad bin Ali alAshghar. Ibunya adalah seorang budak yang bernama Daraj.

13 dan 14. Ummul Hasan dan Ramlah. Mereka dilahirkan Ummu Sa’d binti Urwah bin Mas’ud ats Tsaqofi.

15,16,17,18,19,20,21,22,23,24,25. Zaenab as Sughra, Ummu Kultsum as Sughra, Ruqayyah as Sughra, Ummu Hani’, Ummul Kiram, Umu Ja’far (nama aslinya Jumanah), Ummu Salamah, Maimunah, Khadijah, Fatimah, dan Umamah. Mereka ini dilahirkan dari para ibu yang berbeda-beda.

Ali mengemban kekhilafahan selama 4 tahun 7 bulan lebih beberapa hari. Ada beberapa pendapat berbeda mengenai hari. Ia mati terbunuh saat usianya 63 tahun. Ada beberapa riwayat lain menyebutkan 53 tahun, 58 tahun, 57 tahun. Pada saat itu disebut tahun Jama’ah, tahun 40 H.

5. Abu Muhammad Thalhah bin Ubaidillah ra

Ia cucu Usman bin Amr bin Ka’b bin Sa’d bin Taim bin Murrah bin Ka’b bin Luayy bin Ghalib. Bertemu silisilah/keturunan dengan Rasulullah saw di Murrah bin Ka’b.

Ibu Thalhah adalah Sha’bah binti Khadrami, saudari al Ala’ bin Khadrami. Nama aslinya al Khadrami adalah Abdullah bin Abbad bin Akbar bin Auf bin Malik bin Uwaif bin Khazraj bin Iyadh bin Sidq. Ibunya masuk Islam dan wafat dalam Islam.

Thalhah masuk islam pada awal datangnya islam di Mekah. Turut serta dalam Perang Uhud dan peperangan setelahnya. Dia tidak turut dalam Perang Badar karena saat itu ia di Syam untuk berdagang. Tetapi Rasulullah saw memberikannya harta rampasan perang Badar dan menetapkannya sebagai ahli Badar.

Putera-puterinya:

1 dan 2. Muhammad asSajjad dan Imran. Muhammad asSajjad terbunuh bersama ayahnya. Kedua putera tersebut dilahirkan Hamnah binti Jahsy.

3. Musa bin Thalhah. Dilahirkan Khaulah binti Qo’qo’ bin Ma’bad bin Zurarah.

4,5,6. Ya’kub, Ismail, Ishaq. Mereka dilahirkan Ummu Aban binti Utbah bin Rabiah.

7 dan 8. Zakaria dan Aisyah. Dilahirkan Ummu Kultsum binti Abu Bakar as Shiddik ra.

9. Ummu Ishaq binti Thalhah. Dilahirkan Ummul Haris binti Qasamah bin Handzalah at Thaiyyah.

Seluruh putera puteri Thalhah 11 orang. 2 anak yang lain ada riwayat yang menyebutkan Usman dan Shalih, namun riwayat ini kurang kuat.

Thalhah terbunuh pada Perang Jamal pada tahun 36 H. Saat itu ia berusia 62 tahun.

6. Abu Ubaidillah Zubair bin Awwam ra

Ia cucu Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushayy bin Kilab. Nasab keturunannya bertemu dengan Rasulullah saw di Qushayy bin Kilab, yang merupakan kakek ke lima.

Ibunya: Shafiyyah binti Abdul Mutthalib, bibi Rasulullah saw. Masuk Islam dan Hijrah ke Madinah.

Zubair berhijrah dua kali (Habasayah dan Medinah).dan ia shalat dua kiblat (sebelum dirubah menghadap ka’bah, dahulu kaum muslimin shalat menghadap masjidil Aqsa). Ia adalah orang yang pertama kali menghunus pedangnya di perang fi sabilillah. Ia disebut Hawaryy Rasulullah saw.

Putera-Ppterinya:

1. Abdulllah, ia merupakan orang islam pertama yang lahir setelah hijrah.

2,3,4,5,6,7,8. Al Mundzir,Urwah,Ashim, al Muhajir, Khadijah al Kubro, Ummul Hasan, Aisyah. Kedelapan anak tersebut dilahirkan Asma’ binti Abu Bakar ra.

8,10,11,12,13. Khalid, Amr, Habibah, Saudah, Hindun. Mereka dilahirkan Ummu Khalid binti Khalid bin Said bin al Ash.

14,15,16. Mush’ab, Hamzah, Ramlah. Mereka dilahirkan Rabbab binti Unaif al Kalbiyyah.

17,18,19. Ubaidah, Ja’far, Hafshah, mereka dilahirkan Zaenab binti Bisyr dari Bani Qais bin Tsa’labah.

20. Zaenab binti Zubair. Ia dilahirkan Ummu Kultsum binti Uqbah bin Abi Mu’aith.

21. Khadijah asShughra. Ia dilahirkan alJalal binti Qais dari Bani Asad bin Khuzaimah.

Seluruh putera puteri Zubeir 21 orang. Ia terbunuh pada Perang Jamal pada tahun 36 H. Saat itu ia berusia 67 tahun. Riwayat lain 66 tahun.

7. Sa’ad bin Abi Waqas ra

Nama Abi Waqas adalah Malik bin Uhaib bin Abdi Manaf bin Zuhrah bin Kilab. Bertemu silisilah/keturunan dengan Rasulullah saw di Kilab bin Murrah. Ibunya: Hamnah binti Sufyan bin Umayyah bin Abdu Syams bin Abdi Manaf.

Sa’ad masuk Islam pada awal datangnya Islam di Mekah. Ia berkata: “Saya adalah orang ketiga yang masuk Islam“

Turut serta dalam Perang Badar dan seluruh peperangan setelahnya bersama Rasulullah saw. Ia adalah orang yang pertama kali melontarkan anak panahnya di perang fi sabilillah. Adapun lontaran anak panahnya diarahkan pada sebuah pasukan yang di dalamnya terdapat Abu Sofyan. Pertemuan 2 pasukan itu terjadi dekat Rabigh di awal tahun pertama Rasulullah saw datang di Madinah.

Putera-puterinya:

1. Muhammad, ia dibunuh al Hajjaj.

2. Umar, dibunuh al Muhtar bin Abi Ubaid.

3 dan 4. Amir dan Mus’ab. Mereka berdua meriwayatkan hadist.

5,6,7. Umair, Shalih, Aisyah, mereka Bani Sa’d.

Wafat di istananya di Aqiq, yang jaraknya 10 mil dari Madinah. Lalu jenazahnya dipikul ke Madinah. Itu terjadi tahun 55 H. saat itu ia berusia 70 tahun lebih. Ia merupakan orang yang terakhir meninggal diantara 10 orang yang mendapat kabar gembira masuk surga.

8. Abu al ‘Awar Said bin Zaid bin Amr ra

Ia cucu Nufail bin Abdul Uzza bin Riyah bin Abdullah bin Qurt bin Razah bin Adyy bin Ka’b bin Luayy bin Ghalib. Bertemu silisilah/keturunan dengan Rasulullah saw di Ka’b bin Luayy. Ibunya: Fatimah binti Ba’jah bin Umayyah bin Khuwailid, dari Bani Mulaih dari Khuzaah.

Said bin Zaid adalah sepupu Umar bin Khatthab ra, dan menikah dengan saudara Umar, Ummu Jamil binti Khattab.

Ia masuk Islam pada awal datangnya islam di Mekah. Namun ia tidak turut dalam Perang Badar. Di antara puteranya adalah Abdullah, seorang penyair.

Zubeir bin Bakkar berkata: Said anaknya sedikit, dan di antara mereka tinggal di luar Madinah. Said meninggal tahun 51 H. Saat itu ia tengah berusia lebih dari 70 tahun.

9. Abu Muhammad Abdurrahman bin Auf bin Abdi Auf ra

Ia cucu Ibnu Abd bin al Haris bin Zuhrah bin Kilab. Bertemu silisilahnya dengan Rasulullah saw di Kilab bin Murrah.

Ibunya bernama as Syifa’. Riwayat lain menyebutkan al’Anqa’binti Auf bin Abdul Harits bin Zuhrah. Ia masuk Islam dan hijrah.

Abdurrahman bin Auf masuk Islam pada awal datangnya Islam di Mekah. Turut serta dalam Perang Badar dan seluruh peperangan setelahnya bersama Rasulullah saw. Dalam riwayat sahih disebutkan bahwa Rasulullah saw pernah menjadi makmum shalat padanya saat Perang Tabuk.

Putera-puterinya:

1. Salim al Akbar, meninggal sebelum datangnya Islam.

2. Ummul Qasim, lahir pada zaman Jahiliyah.

3. Muhammad, lahir setelah datangnya Islam. Dengan nama ini Abdurrahman dijuluki Abu Muhammad

4,5,6. Ibrahim, Humaid dan Ismail. Mereka dilahirkan Ummu Kultsum binti Uqbah bin Abi Mua’ith bin Abi Amr bin Umayyah bin Abdu Syams bin Abdi Manaf.

Ummu Kultsum termasuk wanita yang hijrah dan salah seorang yang telah baiat pada Rasulullah saw. Dan seluruh putera Abdurrahman yang lahir darinya, menjadi perawi hadist.

Urwah bin Abdurrahman, terbunuh di Afrika. Ia dilahirkan Nuhairah binti Hani’ bin Qabishah bin Mas’ud bin Sya’ban.

Halim al Asghar, terbunuh di Afrika. Ia dilahirkan Sahlah binti Suhail bin Amr. Ia saudara seibu Muhammad bin Abu Hudhaifah bin Utbah.

Abdullah al Akbar, terbunuh di Afrika. Ibunya dari bani Abdil Ashal. Abu Bakar bin Abdurrahman dan Abu Salamah al Fakih, ia Abdullah al Ashghar. Ibunya adalah Tumadhir binti al Ashbagh alKalbiyyah. Ia wanita dari Bani Kalbiy pertama yang dinikahi lelaki Quraisy.

Abdurrahman bin Abdurrahman dan Mus’ab bin Abdurrahman. Mush’ab pernah menjadi tawanan polisi Marwan bin Hakam di Madinah.

Abdurrahman meninggal di Madinah, dan dimakamkan di Baqi’ tahun 32 H saat kekhalifahan Usman bin Affan. Usman ikut menyolati jenazahnya. Ia wafat pada usia 72 tahun.

10. Abu Ubaidah Amir bin Abdullah bin al Jarrah ra

Ia cucu Hilal bin Uhaib bin Dhabbah bin al Harrits bin Fihr bin Malik. Dilahirkan Ummu Ghanm binti Jabir bin Abdul Uzza bin Amir bin Umairah bin Wadi’ah bin Al Harits bin Fihr. Dalam riwayat lain: Umaimah binti Ghanm bin Jabir bin Abdul Uzza. Bertemu silisilah/keturunan dengan Rasulullah saw di Fihr bin Malik.

Abu Ubaidah masuk Islam pada awal datangnya Islam di Mekah, sebelum Rasulullah saw masuk Darul Arqam. Turut serta dalam Perang Badar dan beberapa peperangan setelahnya bersama Rasulullah SAW. Pada saat Perang Uhud, ia mencabut dua gelang (dari rajutan baju besi) yang menancap di wajah Rasulullah saw dengan gigi depannya. Akibatnya, tanggallah 2 giginya.

Keturunan Abu Ubaidah ra, hanya 2 putera, yaitu Yazid dan Umar. Namun mereka meninggal, dan tak terdapat lagi penerus generasi Abu Ubaidah.

Abu Ubaidah ra. wafat karena wabah penyakit tha’un amwas pada tahun 18 H. Ia dimakamkan di Ghour Baisan di Desa Amta’. Saat itu usianya 58 tahun. Muadz bin Jabal ra. ikut menshalati jenazahnya. Ada riwayat lain menyebutkan Amr bin A’sh pun ikut.

Pada saat Perang Badar Abu Ubaidah membunuh ayahnya yang saat itu masih kafir. Karena peristiwa ini Allah menurunkan ayat:

“Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, Sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. meraka Itulah orang-orang yang telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. dan dimasukan-Nya mereka ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah ridha terhadap mereka, dan merekapun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. mereka Itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahwa Sesungguhnya hizbullah itu adalah golongan yang beruntung.”

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails