Wednesday, December 30, 2009

Ikram Muslimin






Wow! Semalam balik dari amik anak2 di taska , sampai aje di rumah ada bau semacam. Rupanya hubby ikram masakkan nasi ayam :). Sebenarnya ana dah beberapa kali mintak hubby khidmat taam. Ye la asyik khidmat taam pada jemaah aje. Sesekali cuba la khidmat taam untuk ahliah tercinta ni ;). Nampaknya masakan hubby ada improvement. Sedap hubby masak semalam.

Ana : "Abah masak sedap tak?"
Anak-anak : "Seddddaaaapppp.."
Ana : "Siapa bagi sedap?"
Anak-anak : "ALLAH!"

Alhamdulillah..

Thursday, December 24, 2009

Nur Fatimah Azzahra

Salam, 22 Muharam ni genap la Fatimah setahun. Alhamdulillah Fatimah dah pandai jalan ketika umur dia 10 bulan setengah. Addin dulu jalan umur 11 bulan. Bermakna Fatimah telah pecah rekod. InsyaAllah bila mama & abah ada masa nanti plan nk buat majlis kenduri akikah & birthday Fatimah & Addin sekali. Addin lahir pada 4 Muharam. So boleh celebrate sekali :). Plan nk buat akikah dah lama tapi asyik tertunda aje. Maklumlah bizi memanjang dengan urusan dunia. huhuhu

Monday, December 21, 2009

Bagaimana kita hidup begitulah kita akan mati

Dalam Ramadhan yg baru berlalu kami terima berita tentang kematian Pak Usop Batu Pahat yg selalu khidmat dimasjid Sri Petaling. Beliau bukanlah org yg hebat bersyarah atau tinggi melangit ilmunya tetapi beliau seorang yg banyak khidmat utk agama dan ada beberapa perkara yg patut kita contohi beliau.

Beliau cuma seorang pemotong rumput dan pada waktu malam beliau akan mengambil upah memisahkan cili dari tangkainya lebih kurang 3 guni sehari. Upah bagi 1 guni ialah RM3.00 . 3 guni bermakna upahnya ialah RM9.00 ringgit. Ada seorang beritahu beliau upah itu adalah terlalu sedikit dan sangat tidak berbaloi berbanding dgn masa yg ambil utk menghabiskannya.

Kata beliau," Pada saya upahnya bukanlah keutamaan krn setiap kali memisahkan cili saya dapat habiskan satu zikir kepada Allah. Jadi dengan kerja ini saya dapat berzikir kepada Allah sebanyak 3 guni cili pada satu malam." Allahu Akbar...

Nabi saw beritahu." Tiada perkara perkara yg paling dikesalkan oleh manusia apabila masuk syurga kecuali masa yg berlalu didunia tanpa zikrullah."


Bagaimanakah dgn kita? NILAI DUNIA kita nampak tapi NILAI IMAN & AMAL kita buat tak endah. Bila kematian datang menjemput barulah kita faham nilai kehidupan yg sebenar. Itulah sebabnya bagi org yg dah mati kalau boleh nak kembali ke dunia walau sebentar sekadar nak sebut satu subhanallah. Tapi sudah menjadi sunnatullah setiap org hanya diberi sekali saja peluang utk hidup dan menggunakannya dgn sebaik-baiknya.

Jadi gunalah DIRI, MASA & HARTA dgn sebaik-baiknya dgn cara yg Allah kehendaki iaitu pengorbananan dijalan Allah & buat usaha agama spt Nabi saw. Tasykil.

Source : http://tokayahmotivasi.blogspot.com/

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah 1431H

FADHILAT BULAN MUHARRAM AMALAN PADA 1 DAN 10 MUHARRAM

Muharram (محرّم) adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah (Al Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah; “Sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.”

Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

Kelebihan Hari Assyuuraa' & Amalan Pada 30 Zulhijjah & 1 Muharram.

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud;

Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram, maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang puasa pada hari Assyuuraa', maka akan diberikan pahala 10,000 orang Haji dan Umrah, dan 10,000 orang mati syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa', maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa', maka seolah-olah memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka.

Sahabat bertanya; Ya, Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Assyuuraa' dari lain-lain hari.

Jawab Rasulullah: Benar!.

Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Assyuuraa',
dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Assyuuraa';
dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Assyuuraa';
dan Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Assyuuraa';
dan menenggelamkan Fir'aun pada hari Assyuuraa';
dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Assyuuraa'
dan Allah memberi taubat kepada Adam pada hari Assyuuraa';
dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyuuraa';
dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Assyuuraa';
dan akan terjadi Qiyamat pada hari Assyuuraa'
Peristiwa 10 Muharram
10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain ?" Sabdanya :

1.ALLAH menciptakan alam, langit, bintang dan sebagainya

2.ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram

3.Diciptakan lautan pada 10 Muharram

4.Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram

5.Diciptakan Arasy, Luh Mahfuz pada 10 Muharram

6.Diciptakan Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram

7.Dimasukkan Nabi Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram

8.Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s. pada 10 Muharram

9.Diselamatkan Nabi Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram

10.Diselamatkan anaknya Nabi Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram

11.Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram

12.Diampunkan kesilapan Nabi Daud a.s. pada 10 Muharram

13.Dilahirkan Nabi Isa a.s. pada 10 Muharram

14.Dikeluarkan Nabi Yunus a.s. daripada perut ikan Nun setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam pada 10 Muharram

15.Disembuhkan penyakit Nabi Ayub a.s. pada 10 Muharram

16.Diangkat Nabi Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram

17.Diterima taubat Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram

18.Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Nabi Sulaiman a.s.

19.Diciptakan Arasy pada 10 Muharram

20.Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram

21.Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram

22.Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.pada 10 Muharram

Peristiwa lain

Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Diangkat Nabi Idris a.s. ke langit pada 10 Muharram
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan oleh Allah.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ikrimah berkata; Hari Assyuuraa' ialah hari diterimanya taubatnya Nabi Adam. Dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dari perahunya. Maka ia berpuasa syukur; dan ia pula hari tenggelamnya Fir'aun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa a.s. dan Bani Israil. Maka mereka berpuasa; kerana itu jika dapat; engkau berpuasalah pada hari Assyuuraa'.

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Muhammad bin Maisarah berkata; Bahawa siapa yang melapangkan pada keluarganya pada hari Assyuuraa', maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun itu.

Sufyan berkata; Telah kami cuba, maka rasakan kebenarannya.

Said bin Jubair dari Ibn Abbas r.a. berkata; Ketika Nabi SAW. baru hijrah ke Madinah, mendapatkan kaum Yahudi puasa pada hari Assyuuraa'; maka tanya kepada mereka tentang itu. Jawab mereka; "Hari itu Allah memenangkan Nabi Musa a.s. dari Bani Israil terhadap Fir'aun dan kaumnya. Maka kami puasa kerana mengagungkan hari ini". Maka sabda Nabi SAW.; "Kami lebih layak mengikuti jejak Musa dari kamu". maka Nabi SAW. menyuruh sahabat supaya berpuasa.

Abul Laits berkata; Dinamakan Assyuuraa' kerana ia jatuh pada sepuluh bulan Muharram. Ada lain pendapat yang mengatakan hari Assyuuraa' kerana Allah telah memuliakan pada Nabi-nabi dengan sepuluh kehormatan;

1.Allah telah menerima taubat Nabi Adam a.s.

2.Allah menaikkan darjat Nabi Idris a.s.

3.Hari berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s.

4.Nabi Ibrahim a.s dilahirkan pada hari Assyuuraa' dan diangkatkan sebagai kholilulLah juga diselamatkan dari api.

5.Allah menerima taubat Nabi Daud a.s.

6.Allah mengangkat Nabi Isa a.s. ke langit

7.Allah menyelamatkan Nabi Musa a.s.

8.Allah menenggelamkan Fir'aun

9.Allah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan

10.Allah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s.


Semua ini terjadi pada hari Assyuuraa'. Sebahagian lain berpendapat, dinamakan hari Assyuuraa' kerana ia kesepuluh dari kemulian-kemulian yang diberikan Allah pada umat ini. Bulan Rejab. Allah menjadikannya sebagai kemuliaan nagi umat ini dan melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan umat-umat ini atas lain-lain umat.

Bulan Sya'baan Allah melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan Nabi Muhammad SAW. atas semua Nabi.
Bulan Ramadhan Allah melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan Allah terhadap semua makhluk.
Lailatul qadr yang terlebih baik dari seribu bulan yang lain.
Hari Idul Fitri sebagai hari pembalasan(penerimaan upah)
Hari-hari sepuluh (1 hingga 10 Zulhijjah) iaitu hari-hari untuk berzikir kepada Allah.
Hari Arafah yang dosanya dapat menebuskan dosa dua tahun.
Hari Idul Adha iaitu hari berqurban.
Hari Jumaat yang termulia dari semua hari.
Hari Assyuuraa' yang puasanya dapat menebus satu tahun dosa.
Dan masing-masing waktu yang tersebut itu ada kemuliaan dari Allah diberikan kepada umat ini untuk membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka. Di bawah ini ada beberapa terjemahan hadith untuk panduan kita bersama;

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seutama-utama puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam". (Sahih Muslim)

Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.; "Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura adalah seperti berpuasa setahun dan siapa yang bersedekah pada hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun." (Riwayat Albazzar)

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah. Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura. Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu".(Sahih Muslim)

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (SahihMuslim)

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura.(Sahih Bukhari)

Rasulullah s.a.w. bersabda; "Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi." - Riwayat Al Baihaqi

Friday, December 11, 2009

I WANT FREEDOM..

Aku dalam dilema menghadapi permasalahan seorang sahabatku. Aku tak pasti apa yg dicarinya atau yang dinginkannya apb dia mengambil keputusan untuk memohon cerai dari suaminya. Alasan yg diberikan terlalu rapuh..
1. Dia akui suaminya seorang yg baik tetapi dia dah tak sanggup lagi tinggal bersama dengan suaminya
2. Anak-anaknya tak dengar kata maka dia merasakan rumah bukan tempat yg aman lagi baginya
3. Dia inginkan kebebasan. Setelah berkahwin pergerakannya terbatas & hidupnya seperti dikongkong suami. Suami tak benarkan dia keluar bersama kawan-kawan.
4. Dia merasakan anak-anak menyusahkan hidupnya. Aduhai..kasihan sungguh pada anaknya
5. Dia tidak dapat menerima kehadiran anak bongsunya dan merasa amat benci sekali

Ketika dia meluahkan perasaannya aku turut menangis. Bukan kerana aku simpati pada dia tapi kerana aku terkenangkan anak-anaknya yg tentunya masih perlukan kasih sayang seorang ibu. Aku tahu dia juga mempunyai hubungan dengan lelaki lain tapi aku tidak mampu membuat apa2 selain dari menasihati dia.

Inilah akibatnya apabila seorang wanita tidak di usahakan agama atas dirinya.
Apabila wanita tidak di didik suami seawal usia perkahwinan tentang tanggungjawab isteri & ibu. Maka wanita tersebut tidak faham akan hakikat sebuah perkahwinan & redha pada jodoh yg telah ditentukanNya walhal dia sendiri yg memilih pasangan hidupnya itu.

Ya Allah..selagi hayat dikandung badan aku akan cuba untuk taat pada suamiku kerana aku tahu syurga itu di bawah tapak kaki suami. Aku akan cuba menjadi ibu yg paling baik sekali agar anak2 aku menjadi anak yg soleh & solehah. Jadikanlah rumahtangga kami aman & damai sehingga akhir hayatku. Amin..

Friday, December 4, 2009

Pesanan buat suami (Dr Fadzilah Kamsah)

A. Untuk lelaki yg bernama SUAMI dan buat rujukan utk kaum ISTERI – Dr Fadhilah Kamsah

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga s eda ngkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak s eda ngkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan
perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri nak mampus pun tak perasan.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang
perempuan ni enteng sahaja.


Allah s.w.t. berfirman

"Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"

Tuesday, December 1, 2009

Bayi menggigil di luar rumah

BATU PAHAT: Sangkaan mereka suara tangisan anak kucing kebasahan akibat hujan di luar rumah, namun sebuah keluarga di Lorong Naib Resam, Pekan Sri Gading di sini, sebenarnya dikejutkan dengan penemuan seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di anjung rumah mereka, pagi semalam.
Lebih menyayat hati, bayi yang baru dilahirkan itu ditemui dalam keadaan menggigil dan kebiruan akibat kesejukan serta dibaluti dengan sehelai kain batik basah.
Kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu benar-benar menggemparkan keluarga Rohizad Kasman, 42, sebaik anak keduanya, Nurul Hazimah, 12, terdengar tangisan bayi berkenaan ketika bersiap untuk ke sekolah agama bagi menduduki peperiksaan.
Katanya, pada mulanya Nurul Hazimah memberitahu ibunya, Daing Maizaton Daing Ahmad, 40, bahawa dia terganggu dengan bunyi anak kucing yang mendayu seperti menangis meminta tolong memandangkan kawasan itu sering menjadi lokasi penduduk membuang haiwan itu.
“Bagaimanapun, timbul perasaan curiga di benak anak saya apabila mendapati suara anak kucing itu semakin lemah dan disebabkan ingin tahu, dia membuka pintu dapur rumah.
“Nurul terus ke depan anjung sebelum menjerit memanggil ibunya sambil berkata ada bayi ditinggalkan di hadapan rumah,” katanya ketika ditemui, semalam.
Menurutnya, isterinya terpaksa menangguhkan solat Subuh sekejap dan bergegas keluar rumah untuk mengangkat bayi berkenaan yang sedang dibasahi hujan.
“Apabila saya mengangkat bayi berkenaan, saya dapati tali pusatnya masih belum dipotong manakala urinya terjatuh. Saya terus memanggil seorang saudara yang bekerja di Klinik Kesihatan Sri Gading untuk dibawa ke klinik berkenaan bagi mendapatkan rawatan.
“Selepas mendapat suntikan dan dimandikan, saya mengazankan bayi perempuan seberat 3.1 kilogram itu sekali gus menyebabkan saya menitiskan air mata mengenangkan nasibnya yang hampir menjadi korban akibat kejahilan manusia,” katanya.


* Alhamdulillah bayi tersebut masih panjang UMUR..

Bayi ini telah pun dibuang di rumah sepupu ana. Ana baru tahu kisah ini semasa Hari Raya Haji yg lalu. Ana x mahu komen apa2 cuma ana doakan si ibu bayi ini akan insaf dan mendapat hidayah. Walaupun si ibu seperti tidak berperikemanusiaan tetapi syukur bayi itu tidak dibunuh atau dibuang ke dlm tong sampah atau dihumban ke dlm sungai. Ini bermakna ibu bayi itu masih lagi waras dan fikir bagaimana bayi ini akan selamat dengan diletak di anjung rumah sepupu ana yg rata2 penduduk kampung itu berbangsa cina. Bayi itu sekarang berada di ICU kerana infection & keadaannya kritikal. InsyaAllah sepupu ana nak ambil bayi itu sebagai anak angkatnya. Moga bayi itu akan menjadi anak yg solehah.

p/s: "Addin, tak ada pulak orang nak buang baby boy kat umah kita ek. Kalau ada, mama nak baby tu. Boleh dia jadi kawan Addin" :) Oh! betapa susahnya untuk mendapat sorang lagi anak lelaki. Kalau ada sesiapa nak bagi baby boy ana sedia terima. InsyaAllah.

Diam ketika Azan

ADAB MENDENGAR AZAN

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya Yang tidak Kita ketahui.Coba Kita amati.. Mengapa Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat Berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik Mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratulmaut' .
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. '
Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan Diri, jangan berkata apa-apa pun sewaktu azan Berkumandang . Sebagai orang beragama Islam Kita wajib
Menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan Diri. Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas siapa yang berbicara ketika azan, Allah Akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan Kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita
Tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' yang Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan
Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .'semasa sakaratul maut menghampiri kami... Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .'

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails