Tuesday, May 31, 2011

Layannzzz...




Buku2 yg menemaniku di waktu terluang.

Friday, May 27, 2011

Tengah buat apa tu??

Tengah buat apa tu?? Haaa... begini la suasana setiap pagi Jumaat di opis ana. Setiap hari sebelum mula kerja akan diadakan "tool box" pada jam 8.00pg. Pd setiap Jumaat pula akan dibacakan Taalim Kitab Fadhail Amal utk didengar bersama-sama serta sedikit tazkirah Jumaat. Usaha ini telah dilakukan oleh seorang karkun di tempat ana. Dia juga la yg telah mencadangkan setiap bulan diadakan kuliah bulanan sbg pengisian rohani. Karkun ni ahlia dia seorang mualaf yg dulunya menganut agama kristian. Bukan shj penganut kristian tp juga pendakwah kristian. Benarlah bahawa Allah swt boleh memberikan hidayahNya kepada mana2 hamba yg disukaiNya. Nanti kalau ana ada kelapangan ana akan ceritakan tentang bagaimana ahlia dia ni yg dulunya pendakwah kristian bole mendapat hidayah. InsyaAllah.

Wednesday, May 25, 2011

Matahari di atas Kaabah pd 28/5 InsyaAllah

Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A'zam. Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat. Jadi ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’bah.

Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata’ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah. Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama).

Dengan ketentuan ALLAH ‘Azza wa Jalla ini, membolehkan ummat ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa dan menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat. SubhanALLAH…

_______________________________

Bilakah Istiwa A’zam berlaku?
Di Malaysia, waktu berlakunya fenomena ini ialah pada:

28 MEI setiap tahun, tepat pukul 5.16 petang, dan
16 JULAI setiap tahun, tepat pukul 5.28 petang.

Apa yang perlu dilakukan untuk menyemak qiblat dengan tepat?

Sebelum

Pastikan jam yang selalu dibuat rujukan oleh tuan/puan mengikuti waktu piawai yang tepat. Untuk menentukan ketepatan waktu, tuan/puan boleh memeriksanya dengan SIRIM atau boleh juga merujuk kepada waktu yang terpapar di televisyen atau radio. Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang betul. Justeru, betulkan jam tuan/puan mengikut waktu piawai yang betul.

Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen.

Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata.

Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat dengan terang dan jelas.
Dan pastikan juga tuan/puan boleh melihat matahari dari kedudukan tempat tuan/puan pacakkan objek lurus tersebut dan tidak terlindung.

Tunggu dengan sabar waktu yang disebutkan di atas.
Ketika peristiwa ini berlaku:

Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.

Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu. (Rujuk gambar di atas)

Tandakan arah qiblat.

Selepas.

Yakinlah bahawa itu merupakan arah qiblat yang tepat.
Bersyukurlah kepada ALLAH subhanahu wata’ala yang telah memberikan peluang untuk tuan/puan memeriksa arah qiblat melalui kaedah ini.

Hadapkanlah tubuh tuan/puan ke arah qiblat tersebut dengan penuh khusyuk ketika solat fardhu dan sunnat.

Mudah-mudahan perkongsian ini boleh memberikan manfaat buat tuan/puan yang mahu mengambil manfaat. Sebarkan, insyaALLAH…

Tuan/puan juga boleh mengambil manfaat dari website Falak Online berkenaan hal di atas.

Monday, May 23, 2011

Oh My GOD!

Jumaat lepas tiba-tiba staff aku berdiri depan pintu bilik aku...
"Puan sibuk tak?"
"Tak la..kenapa?"
"Saya ada perkara nak cakap sikit dengan puan" kata Faz sambil duduk dihadapan aku
"Hal apa? Cakap la..."
"Sya nk bgtau puan saya dah termengandung"
Mujur aku tak tersedak minum air nescafe yg baru aku hirup. Cepat2 aku telan air nescafe tuh.
"Skrg dh brp bulan? Bila you due?" tanyaku pantas
"Baru 5 minggu. Saya due 22/12"
"tak pe la. tahniah. anak you pun dh 2 tahun kan"
"Aah...Itu je yg saya nk bgtau puan"
"Orait.. Ingatkan nk bgtau apa tadi" cepat2 aku tulis due date Faz n tampal kt tepi skrin komp aku supaya aku tak lupa. Maklum la aku ni boleh tahan jugak pelupanya..
OMG...OMG...Ya Allah..... Ya Allah... baru aku sedar Faz due pada 22/12. Habis la plan aku... Ya Allah...macam mana ni??? termenung aku dibuatnya...


Hubby baru je balik khuruj 40H hari Sabtu lepas & dengan tak sabarnya aku berkata,


"Boleh tak kita kuar masturat awal?"


terkejut beruk hubby aku sambil tgk muka aku (tapi muka dia maintain hensem daripada beruk. hahaha). Baru je balik dh kena tasykil keluar masturat pulak? mimpi ke apa bini aku ni (dlm hati hubby aku berkata agaknya)


"Semalam Faz baru je ckp dgn saya dia pregnant & due 22/12. Macam mana kita nak keluar IPB kalau dia cuti bersalin. Boss mesti tak kasi saya cuti juga" walaupun aku yakin bukan cuti yg keluarkan kita tapi Allah yg keluarkan kita. tapi aku tak nak la menyusahkan boss aku. aku kena buat plan B cz plan A nk keluar cuti sek bulan Nov nanti.


"abg x kisah" jawabnya ringkas


"so nk kuar bila?" tanyaku lagi


"Kita keluar 12/11. tangguh 21/12" kata hubby lepas dia tgk kalendar


"hmmm.. kalau Faz terberanak awal camana?" aku seperti tak bersetuju.


susah juga aku fikirkan hal ini. mcm2 nk kena fikir ni. bila aku kuar sape pulak nk hntr ank aku g sekolah. adik perempuan aku skrg duduk rumah kakak aku sbb jaga bapak aku yg sakit. dia ok aje bila aku mntak tolong. dia suka layan anak2 aku tp for time being dia jaga abah. rumah mak dekat dgn rumah aku tapi bila abah sakit semua duduk rumah kak teh. nk minta mak jaga anak2 aku pun mak dah tak berapa sihat. tapi aku juga tak bole kuar time cuti sekolah. hubby pulak plan akan keluar lagi 40H, 15 syaaban ni InsyaAllah. perbincangan kami tergantung tanpa ada keputusan. kena masyuarat balik sape yg sedia nk tolong khidmat jaga anak2 aku. kemungkinan besar kami akan keluar 15 Syaaban. apa2 pun aku kena discuss dulu dgn boss aku & buat perancangan awal. kena tawajuh & doa pada Allah moga permudahkan segala urusan.


InsyaAllah.

Wednesday, May 18, 2011

Happy Birthday To Me :)

Nur Fatimah Azzahra memotong kek mewakili aku..

dalam sedar tak sedar, dah pun 35 tahun aku hidup di dunia ini. alhamdulillah atas segala nikmat yg Allah berikan. kronologi hidup aku amat cantik sekali Allah tentukan. sepanjang 35 tahun aku hidup dalam keadaan susah, senang, pahit & manis yg aku rasai. .....


18/5/1976 ~ Lahir ke dunia ini pada jam 5.50 pagi di kg aku di Batu Pahat. Bersamaan juga 19 Jamadilawal 1396h. aku anak yg ke 5 dr 8 beradik.


1983 ~ Bersekolah darjah 1 di Sek Keb Pengkalan Rinting, Tampoi


1988 ~ Batch pertama menduduki UPSR


1989 - 1991 ~ Bersekolah di Sek Men Dato'Abdul Rahman Yassin hingga tngktn 3


1992 - 1993 ~ Bersekolah di SMV Perdagangan JB


1994 - 1996 ~ Melanjutkan pelajaran ke Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan


1997 ~ Mendaftar diri di UKM ( tapi tidak pernah hadir kuliah huhuhu.... )



1997 ~ Mula bekerja di Digi telecom sbg Customer Service Officer


( mak aku sedih time ni sbb dia nak aku ambil degree tp aku tak nak. aku kata aku nk kerja, InsyaAllah lg 3 tahun aku akan dpt gaji besar mcm org ada degree hehehe ). Bertemu jodoh dgn hubby di sini. klik utk citer selanjutnya...


1999 ~ Tahun yg penuh tragis dlm hidup aku. Mendirikan rumahtangga pada tahun ini. Aku juga dibuang kerja pada thn ini kerana kesalahan 'menggodem sistem'. dapat anak pertama tahun ini tapi anak sulungku meninggal dunia kerana tak cukup bulan.


2000 ~ Mendapat kerja di sebuah sykt oil & gas & masih berkhidmat hingga kini


2001 ~ Mendapat cahayamata kedua Muhammad Izzuddin


2002 ~ Mendapat cahayamata ketiga Nur Maisarah Suaidah pada 20/5/2002. Hadiah paling istimewa sempena birthday aku yg ke 26. Hubby kali pertama keluar 3h pada thn ini & aku ketika itu amat benci dgn usaha dakwah ini sbb bila hubby tak ada aku susah nk pergi kerja & uruskan 2 org anak. aku tak pandai bawak kete....


2004 ~ Mendapat cahayamata keempat Nur Aisyah Humaira. Hubby 1st time keluar 40H tapi aku redha atas apa yg dia pilih. Aku juga mendapat hidayah pada tahun ini. Aku kena transfer ke KL tapi aku tak nak. Aku ckp kat Boss aku "Saya redha kalau rezeki saya disini cuma setakat ini. Sya tak akan pindah ke KL walaupun kontrak sya tak akn disambung" Mula setup business tahun ini sbg persediaan if I am jobless, tapi dlm masa yg sama boss tak jadi trsf aku ke KL. So aku kerja sambil uruskan business aku hingga kini .


2005 ~ first time keluar masturat 3H. Rasa kesal yg amat sgt kerana lambat dpt hidayat. Bila keluar ni baru aku sedar bahawa belajar tinggi2 tp tak tahu sunah rasulullah saw. apa yg aku belajar semasa keluar ni tidak pernah aku belajar semasa di sekolah mahu pun di politeknik dulu. azam utk bertudung labuh. aku kena berubah....Its now...or never...



2007 ~ Mendapat cahayamata kelima Nur Sumayyah Syuhadah pada anniversary aku yg ke 8 iaitu 4/4/2007.


2009 ~ Mendapat cahayamata ke enam Nur Fatimah Azzahra. Mula create blog ini sewaktu dlm pantang sekadar mengisi masa terluang.


2010 ~ Dinaikkan pangkat pada tahun ini tp aku tolak tawaran tersebut sbb takut tak terpikul tanggungjawab. Aku tak sign pun offer letter tu tapi mendapat gaji dgn tangga gaji yg baru. Alhamdulillah. Aku & hubby juga dapat menunaikan haji pada thn ini. Impian kami berdua sekian lama dan sejarah dalam hidup aku yg paling indah menjadi tetamu Allah swt.


18/5/2011 ~ Allah panjangkan umur aku utk membuat catatan di blog ini...


Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik. Kalau la aku tidak dibuang kerja pada tahun 1999, tak tahu la skrg ni aku jadi apa. Kemungkinan aku masih lagi bekerja di situ dgn memakai skirt pendek & tak bertudung. Asbab aku dibuang kerja maka hubby pun cr kerja di tempat lain. Hubby dpt kerja 1 opis dgn senior dia masa kat UITM. Senior dia ni la yg tasykil hubby kuar. Aku pulak dapat kerja yg lebih baik. Allah mudahkan rezeki aku. Dan aku merasakan kehidupan aku kini lebih baik berbanding dahulu.


Sesungguhnya Allah maha mengetahui. Jika kita tak dapat apa yg kita inginkan hari ini yakinlah Allah akan memberikan yg lebih baik dari apa yg kita inginkan pada esok hari. InsyaAllah.

Monday, May 16, 2011

Kuliah Bulan Mei 2011

Alhamdulillah dgn izin Allah kuliah bulanan telah selamat diadakan di pejabat aku hari Jumaat lepas. Spt yg dirancangkan, tajuk bulan ini ialah "Solat yg khusyuk & khuduk". Sedikit perkongsian yg dapat aku catatkan drpd ceramah tersebut;

1. Solat adalah perintah secara langsung drpd Allah kepada Rasulullah saw semasa peristiwa israk mikraj


2. Apabila kita mandi 5X sehari maka tubuh badan kita akan menjadi bersih. Solat 5X sehari dapat menghapuskan dosa (sedarlah diri kita ini banyak dosa...)


3. Solat yg tidak sempurna akan dilempar semula ke muka kita seperti kain buruk.


4. Jagalaha wuduk kita. Solat yg sempurna bermula dari wuduk yg sempurna.


5. Jgn membazir air semasa berwuduk. Semakin byk air yg kita bazirkan maka semakin byk la ke'khusyuk'kan dalam solat kita yg hilang ( ini fist time aku dgr & baru aku tahu. Aku perasan hubby ambil wuduk dgn air yg sgt kecil tp aku tak pernah tanya kenapa. skrg baru aku faham)


6. Berwuduk dgn mengadap kiblat jika boleh.


7. Sunah Rasulullah berwuduk secara duduk. beliau tidak pernah mengambil wuduk sambil berdiri (ini pun baru aku tahu). Seorang sahabat yg uzur telah diminta oleh sahabat yg lain untuk berwuduk sambil berdiri. jawab sahabat tadi aku tidak pernah lihat Rasulullah berwuduk sambil berdiri oleh itu aku tidak akan sekali2 berwuduk sambil berdiri jawab sahabat tersebut.


8. Pakailah pakaian yg terbaik sekali semasa solat kerana kita akan mengadap RAJA seluruh alam.


9. Sahabat apabila bersolat tumpuan mereka hanya pada Allah. Ustaz ada cerita kisah Saidina Ali yg dicabut panah di kaki beliau ketika sedang bersolat sebab khusyuknya beliau dlm solat hingga tidak terasa sakit ketika panah itu dicabut.


10. Solat untuk selesaikan masalah dunia & akhirat. Jika solat tidak dapat menyelesaikan masalah dunia apatah lagi untuk menyelesaikan masalah akhirat.


11. Utk dapatkan roh dalam solat kita kena fikir & risau atas org yg tak bersolat. nasihatkan mereka dgn penuh kasih sayang. kita tak berhak untuk menghukum org lain.


12. Syaitan suka mengganggu org yg sedang bersolat. syaitan akan berbisik dan mengatakan solat kita tak diterima Allah. Kita kena yakin Allah akan terima solat kita dan doa...


13. Org yg bersolat berada di dalam jaminan Allah. Org yg tak bersolat maka Allah tidak akan menjamin dia.


14. Solat memudahkan rezeki. Solat sunat isyrak dan dhuha utk murah rezeki.


15. Allah akan buka akhirat dlm solat supaya dtg keinsafan dlm diri kita.


Selesai ceramah ada sesi soal jawab;


1. Kalau kita kerja offshore bolehkah kita solat jama' & qasar?


Solat jama' & qasar utk org yg bermusafir dan tidak pasti brp hari perjalanan. Kalau kerja offshore & kita dah tau brp lama kita akan berada di offshore maka solat jama' & qasar tidak boleh (maafkan aku kalau jwpn aku tersalah. yg ini aku ingat2 lupa & tak catat)


2. Sesetgh penceramah menganjurkan solat berjemaah di rumah bersama isteri & anak2 utk mengeratkan hubungan keluarga. mana lebih afdhal solat di masjid atau dirumah?


Org lelaki kena berjemaah di masjid. Ada hadis nabi mengatakan jika nabi tidak fikirkan wanita & anak kecil yg ada didalam rumah nescaya nabi akan bakar rumah org yg tidak solat berjemaah di masjid.


3. Boleh tak org perempuan solat berjemaah di masjid?


Kita tidak bole larang wanita bersolat di masjid. tetapi seelok2nya wanita bersolat di rumah dan di dalam biliknya sendiri. jika suami solat di masjid, maka wanita akan dpt juga pahala suaminya malahan lebih lagi sbb wanita itu juga dpt pahala dr solatnya sendiri.


4. Macam mana cara berwuduk dgn duduk?


Sama seperti wuduk biasa cuma kita duduk shj. atau pun kita bole mencangkung.


5. Solat hajat ada berjemaah ke? kena niat makmuman ke?


Solat hajat tak ada berjemaah. Bole solat bersama2 tp niatnya sendiri2.



Seronok rasanya bila ada sesi soal jawab begini. Ini bermakna staff ada kemusykilan. Pada yg malu2 tu depa jumpa ustaz secara personal. Sebelum kuliah juga buat pertama kalinya kami sama2 solat hajat mohon keselamatan di pejabat kami sbb baru2 ni ada berlaku kemalangan di site.


Di dalam meeting mingguan boss aku kata tajuk solat ni biarlah disambung lagi utk bulan jun & julai. Boss kata next kuliah mungkin bole minta ustaz tunjukkan cara solat yg betul serta praktikal wuduk. Boss juga minta diletakkan 1 kerusi di tempat wuduk & aku lihat skrg boss wuduk sambil duduk. Begitu juga staff2 yg lain mula amalkan sunah Rasulullah saw. Alhamdulillah... aku amat berharap agat keadaan di pejabat ini akan berubah sebelum aku letak jawatan satu hari nanti. InsyaAllah.

Wednesday, May 11, 2011

Kenapa Allah menguji kita?

Semalam, tatkala aku tekun menyudahkan kerjaku tiba2 hp berdering.. di screen hp terpampang nama ANI. hmmm... pasti dia dh selamat bersalin. Pagi tadi aku dimaklumkan yg dia tidak dpt hadir bekerja kerana pergi ke hospital. Katanya sakit perut mcm nk bersalin. Sedangkan due date pada 3/6/2011.

'Assalammualaikum akak, Hani dh selamat bersalin pukul 7 pg tadi. Baby boy' terdengar suara suami Ani di hujung talian.
'Iye ke? alhamdulillah... tak sangka cepat pulak bersalin. tahniah2... baby boy pulak tu. bagi akak je la baby boy tu' kataku bergurau dengan suami ani.
'ok la kak, saya nk bgtau itu aje. tima kasih'
'ok. kirim salam ani ea'
talian telefon terus dimatikan.


Fikiranku menerawang jauh. teringat kembali saat aku melahirkan Nur Maisarah Suaidah 9 tahun yg lalu. Terasa aku berada di puncak kebahagiaan apabila dikurniakan seorang anak lelaki (Addin) dan seorang anak perempuan (Yayah) ditambah pula dengan anugerah seorang suami yg amat baik. Seperti lengkap sudah hidupku kini. Aku telah menjadi seorang isteri dan kemudian seorang ibu pula. Impian semua wanita pastinya seperti itu. Kadangkala, kita hidup mewah tapi Allah tidak kurniakan zuriat. Kita hidup miskin tapi Allah kurniakan zuriat yg ramai. Sedang kita hidup senang dan Allah kurniakan zuriat yg ramai maka nikmat manakah yg engkau dustakan?


tit.. tit..tit.... tanda bunyi sms di hp aku. kubaca sms dari ani "salam akak. ani dh selamat bersalin 7pg td. maaf lambat bgtau bru dpt hp dr husb. baby suspect down sindrom" ya Allah.. hatiku bagai direntap2 bila membaca msg itu. kesedihan terus menyelubungi aku. baby down sindrom?? satu hakikat yg sukar utk aku menerima apatah lagi ibu muda seperti ani. Lantas aku terus telefon ani. Inginkan kepastian. Ani kata muka baby mmg mcm down sindrom. baby masih lagi ditahan di wad. aku hanya mampu kata 'sabarlah ani... redhalah kalau itu telah Allah tetapkan'. Aku dengar dia menangis. Hiba sungguh hati aku. Ani kata mudah sgt dia melahirkan dan aku kata 'tgk tu.. engkau bersalin pun senang..insyAllah senang juga nk jaga bby ni nanti. pasti ada hikmahnya. sabar ye ani...' kataku lagi x pasti apakah itu kata2 yg terbaik utk memujuk duka di hati ani. 'iye kak..terima aje la. nk buat macam mana..' dari nada suaranya aku tahu dia kecewa.





seharian kepalaku terus memikirkan baby ani. sunggug berat ujian yg Allah berikan. berat bahu memandang berat lagi bahu yg memikul. dia baru berusia 27 tahun. anak keduanya down sindrom. ani adalah pekerjaku yg baik. taat, hormat dan sedikit lurus bendul. pekerja yg paling lama berkhidmat dgn aku. aku berharap kalau doktor sahkan mmg betul bby itu down sindrom moga tahap down sindrom itu tidak terlalu teruk. bukan mudah utk jaga baby down sindrom. perlukan tahap kesabaran yg tinggi. perlukan pembelajaran di sekolah kanak2 spastik. kadangkala ada masyarakat yg memandang rendah pada kanak2 down sindrom. aku harap ani tabah & sabar.



Oh ye...aku teringat ketika aku mengandungkan Addin, aku pergi pasar malam. sedang aku membeli, tiba-tiba seorang budak down sindrom menghampiri aku dan pegang perut aku sambil tersenyum. aku memang terkejut yg amat masa tu. cepat2 aku kata 'selisih nauzubillah.. jgn la aku terkenan budak ni'



Bermacam2 ujian yg Allah beri pada hambaNya. Mengapa Allah menguji kita?


1. Kerana Allah ingin menguji keimanan kita

2. Kerana Allah ingin menguji kesabaran kita

3. Kerana Allah sayangkan kita

4. Kerana Allah ingin kita dekat padaNya



"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut: 2-3)

Friday, May 6, 2011

Tentang ISLAM

1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia, juga tempat pertama di Britain menewaskan nama Jack dan Harry.

2. Albania merupakan negara satu-satunya Islam di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam

3. Kata-kata berikut ini diambil dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl.

4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita ( secara perkiraan matematik ).
Kata “lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24

5. Tidak ada apa-apa di dalam Kaabah.

6. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia.
Pemeluk Islam bertambah 2.9% setahun. Pertumbuhan ini lebih cepat berbanding pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% setahun.

7. Umat Hindu percaya bahawa di dalam Kaabah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama “Shiva Lingam”

8. Jikalau sekarang Al-Quran dihancurkan kesemuanya, maka versi arab dari Al-Quran akan segera di-recover oleh jutaan muslim,
yang disebut Hafiz yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Quran dari mulai awal sampai dengan akhir ayat.
Al Quran adalah satu-satunya kitab suci yang dihafal jutaan manusia sehingga keaslian/kesuciannya sentiasa terjaga.

9. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dari 1.4 juta askar Amerika, lebih kurang 3,700 daripadanya yang beragama Islam.

10. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20,000 orang AS masuk Islam setiap tahun selepas peristiwa 9/11.

11. Jasad Nabi Muhammad pernah dicuba dicuri 2 kali, namun kedua-duanya gagal.

12. Jasad Firaun (Ramses II) yang tenggelam di laut merah, baru ditemui oleh arkeologi Giovanni Battista Belzoni tahun 1817. Setelah 3000 tahun berada di bawah tanah dan pasir.

13. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah SAW menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat,sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama enam belas bulan.

14. Nabi Muhammad SAW tidak pandai membaca dan menulis, namun ingatannya sangat kuat dan sangat bijak.

15. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii … ummatii” yang menunjukkan betapa besar cintanya kepada umatnya.

16. Rasulullah SAW telah mengetuai 23 kali perang, hanya sekali sahaja kalah iaitu Perang Uhud.

17. Musa A.S adalah nama yang paling banyak disebut dalam Al-Quran, manakala Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran.

18. Semua anak lelaki Nabi Muhammad, iaitu Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun.
Ramai ulama mengatakan Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.

19. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran),
Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.

20. Makam Ibrahim bukanlah kubur Nabi Ibrahim A.S sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang. Makam Ibrahim adalah batu bekas tapak kaki baginda semasa Nabi Ibrahim membangun Kaabah.

Wallahualam

Tuesday, May 3, 2011

SMS from hubby..

SMS 1 - camana nk masak bubur kacang


SMS 2 - nk masak masam manis apa bahannya


SMS 3 - nk masak 2 ekor ayam masak merah sms kuantiti bahan




bila kena khidmat taam mula la SMS aku tanya itu ini. Selalu kt rumah breakfast is ready! lunch is ready! dinner is ready! siap masak terus makan. kalau sedap dia diam. kalau x sedap baru dia komen. faham sangat perangai hubby...




memang hampeh kalau keluar bawak handphone. selalu kalau hubby kuar aku mmg boleh tahan tak SMS / call hubby. 4 bulan, 4 bulan la aku akan menyepikan diri. tp hubby pulak mesti ada aje nk SMS aku. kuar kali ni dia tak ada call cuma SMS aje... kadang kul 12 mlm dia SMS aku "dah tido?" hmmm .. saje la tu nk mengacau aku tgh2 malam. hahaha




"terima kasih atas ingatan abang, anna tau abang rindukan anna kan?" huhuhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails