Monday, May 3, 2010

Menanti Lambaian Kaabah

Semalam adalah kali pertama ana mengikuti kursus haji bersama hubby. Bulan lepas ketika hubby keluar ana dapat surat tawaran terpilih mengerjakan haji pada tahun ini daripada Tabung Haji. Tak terkata semasa membaca surat tersebut. Syukur yang amat sangat kerana Allah telah pilih untuk pergi haji cuma perlu tunggu saatnya berlepas nanti ke tanah suci. Semasa kursus semalam kelihatan ramai makcik2 & pakcik yg hadir. Tak pulak ana nampak yg muda2 macam ana & hubby (perasan muda ke?) hehehe..

Labbaik Allah humma labbaik
Labbaik la sharika laka labbaik
Innal hamdaWan-ni'mata
Laka walmulkLaa sharika lak.

Ya Allah...berdiri bulu roma ni ketika bersama-sama menyebut kalimah di atas. Seakan terbayang-bayang kaabah di depan mata. Terasa begitu syahdu & mendayu di hati ini. Begitu mendalam & menusuk ke jiwa. Sekian lama ana berniat untuk mengerjakan haji sebelum mencecah umur 40 tahun. Alhamdulillah Allah mudahkan. DiberikanNya keberkatan di dalam rezeki ana. Berdikit-dikit mengumpul duit untuk cepat-cepat menunaikan rukun islam ke-5.

Semalam masa sembang-sembang dgn abah, abah kata semasa abah pergi haji dulu abah memang berdoa pada Allah agar anak-anak abah yg membiayai pemergian haji mak & abah dapat cepat2 menunaikan haji juga. Tiba2 abah sebak..tersedu sedan abah menangis. Abah kata abah menangis bila ana bgtau abah yg ana dh dapat surat terpilih pergi haji. Abah bersyukur doa abah Allah makbulkan. Kalau abah meninggal pun abah tak terkilan sebab dapat juga abah tengok salah seorang anak abah pergi haji. Sob..sob...ana pun nangis juga....Huhuhu....Memang doa ibu & bapa mudah dimakbulkan. Kalau kita berbuat baik pada ibubapa InsyaAllah mudahlah urusan hidup kita kerana kita berjalan di atas bumi Allah ini dengan keredhaan & doa ibu bapa kita. Mencelah pulak adik ana "Waaa...dalam adik beradik kita ko la dulu jadi Hajah ye..pada hal dalam adik beradik kita ko la yg paling gonjeng". (Iye...aku la yg paling hidayat. Aku la yg paling teruk. Tapi Allah sayangkan aku. Dikurniakan aku seorang suami yg baik hingga dia dapat merubah aku menjadi isteri, ibu & anak yg tidak lagi seperti dulu...aku bersyukur padamu ya Allah...)

Berbalik pada kisah nk pergi haji ni sebenarnya ana & hubby mula mendaftar di tabung haji pada tahun lepas. Selepas mencukupkan simpanan kami, bulan Februari 2010 yg lalu kami pun menulis surat rayuan kepada tabung haji. Salah satu sebab yg kami berikan ialah kami ingin membawa makcik kami yg telah lanjut usia. Alhamdulillah tak sampai 2 bulan pun kami dah dapat surat tawaran dari Tabung Haji. Ini semua ketentuan Allah. Disamping usaha, doa & tawakal Allah telah mudahkan urusan kami. Ada yg menanti sekian lama baru terpilih. Tak kurang juga yg dah merayu beberapa kali masih tak dapat jawapan. Alhamdulillah untuk kami Allah mudahkan segalanya. Namun kami tak boleh lupa. Selagi kami tak berlepas ke Tanah Suci kami kena terus doa semoga kami benar-benar terpilih untuk menjadi tetamu Allah. Amin.

1 comment:

  1. Tahniah...kirim salam kami sekeluarga pd Rasulullah saw dan doa utk akak sekeluarga terutama utk Muhammad Ammar. Jeles..jeles..hehe

    ReplyDelete

Assalammualaikum, sila tinggalkan komen anda jika ada. Atas sebab masa & tuntutan kerja kemungkinan komen anda tidak dapat dijawab oleh saya. Harap maklum. Jazakallah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails