Monday, April 5, 2010

Its Our Anniversary...

Semalam adalah hari ulangtahun perkahwinan kami yg 11 tahun. Begitu cepat masa berlalu hingga tanpa aku sedari sudah 11 tahun aku menjadi isterinya. Mengimbau kembali saat kami berkenalan & bercinta terasa amat lucu. Kami bertemu kerana bekerja di sykt yg sama cuma berlainan jabatan. Memandangkan ketika itu cuma aku (si dara yg paling cun) dan dia (si teruna yg paling tampan) di pejabat itu maka kami sering menjadi bahan usikan teman-teman. Tapi sebenarnya masing2 sudah punyai pilihan hati sendiri dan dia pun bukanlah suka sangat dengan aku dan aku pun biasa2 aje dengan dia.

Entah bagaimana ditakdirkan kekasihnya berubah hati. Mengahwini jejaka lain dgn alasan selama ini dia hanya menganggap hubby aku sbg kawan shj. Dgn erti kata lain hubby bertepuk sebelah tangan. Ketika itu kami masih lagi berkawan setakat kawan sepejabat hinggalah satu hari aku membawa album peribadiku sewaktu belajar dulu dan dia juga turut melihat albumku lalu jatuh hati padaku (sebab aku fotogenik?).

Semanjak itu kami menjadi rapat walaupun sebenarnya aku sudah punyai pilihan hati sendiri. Bila aku bawa dia bertemu dgn org tuaku, penerimaan mereka berbeza. Abah tak suka pada cara dia. Mak pula suka pada dia. "Pilihlah org yg mempunyai pegangan agama yg kuat" anjur mak padaku sekaligus menandakan yg mak kurang senang dgn pilihan hatiku seorang mualaf. Aku turuti kata mak.

Ya..dia memang mempunyai latar belakang keluarga & agama yg agak baik juga. Setiap kali keluar dating dgn dia, jika kami akan menonton wayang jam 4.30 ptg pasti dia akan ajak aku solat Asar terlebih dahulu walaupun terpaksa masuk panggung lewat setengah jam. Kali pertama keluar dating kami tgk cerita TITANIC. Syahdunya..huhuhu...Tapi sekarang rasanya dah hampir 8 tahun kami tak tgk wayang semenjak kami buat usaha dakwah ini. Hatta TV pun x ada kat rumah ni semenjak 6 tahun dahulu...

11 tahun menyemai kebahagiaan bersama dia lahirlah 6 orang buah cinta kami. Cahayamata yg pertama sedang menanti kami di syurga. InsyaAllah. 5 lagi menjadi amanah utk kami didik menjadi anak yg soleh & solehah. Nur Sumaiyah Syuhadah menjadi saksi cinta kami ketika dia lahir pada anniversary kami yg ke 8 dulu. Selamat hari lahir untuk Sumaiyah :)
Moga cinta kami tetap subur dan mekar hingga bertemu pula di syurga. Amin..

3 comments:

  1. Assalamualaikum Anna,
    Happy anniversary...semoga kekal hingga ke syurga...menarik kisah cinta awak!!!hehe, tu la jodoh kan? Ni mesti tgh rindu dendam nii... Sambut anniversary tanpa suami...dia masih khuruj kan? Kami ni pulak, selalu terlupa je anniversary...tau2 dah 22 thn!!!Doakan kami juga...

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum, saya ummu syahidah dari Bengkulu Indonesia. Kami pernah khuruj masturot ke Penang, dah banyak kawan dan keluarga dapat di sana. Salam kenal ya, smoga kita bisa dipertemukan Allah swt dalam suasana khuruj, insya Allah. Mari tegakkan bendera dakwah dimanapun dan kemanapun.

    ReplyDelete
  3. Semoga Allah swt kurniakan mawaddah wa rahmah dalam rumah tangga akak, dunia dan di akhirat. Doakan saya juga, ya. Baru sahaja melayari bahtera perkahwinan , x sambut anniversary pun lagi..semoga rumah tangga kita semua seperti rumah tangga yang dikehendaki Allah swt, mawaddah wa rahmah..ameen...(",)

    ReplyDelete

Assalammualaikum, sila tinggalkan komen anda jika ada. Atas sebab masa & tuntutan kerja kemungkinan komen anda tidak dapat dijawab oleh saya. Harap maklum. Jazakallah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails