Monday, February 22, 2010

Petikan Bayan Markaz Johor Bahru - 23/2/2010

Assalammualaikum...
Kelebihan wanita yg redha ditinggalkan suami untuk khuruj di jalan Allah maka isteri akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari suami..
Kelebihan isteri yang sama-sama keluar dgn suami khuruj di jalan Allah akan masuk syurga 1000 tahun lebih awal dari suami.
Ketika isteri melangkah masuk ke syurga..syurga menjadi gelap gelita. Datanglah bidadari bertanya "Siapakah engkau?"
"Akulah isteri kepada ...."
"Tahukah engkau tidak layak masuk ke syurga ini? Lihatlah keadaan diri engkau yg sudah tua..kerepot..hodoh...& kendur sana sini? Mana mungkin engkau layak di sini? Aku sahaja yg layak menjadi ketua bidadari" kata bidadari tersebut.
Sang isteri begitu sedih mendengar kata-kata sang bidadari yg amat jelita itu. Sesungguhnya Allah swt maha mendengar. Diturunkan 2 hujan. Hujan pertama menjadikan sang isteri cantik jelita. Lebih jelita dari bidadari tersebut. Hujan kedua pula menjadikan hati sang isteri bercahaya seperti NUR.
Bidadari terpegun & tidak mahu mengaku kalah.
"Engkau tetap tidak layak menjadi ketua bidadari di sini. Engkau Allah ciptakan dari tanah yg kotor & jijik. Sedang aku Allah ciptakan dari haruman kasturi. Aku lebih mulia dari engkau"
Sang isteri bersedih lagi. Namun Allah turunkan ilham kepadanya. Lalu berkatalah sang isteri..
"Benar. Memang Allah ciptakan aku dari tanah. Tapi aku punya perasaan sedangkan engkau tidak. Ketika suami aku keluar di jalan Allah..aku telan perasaan. Ketika aku bermujahadah sedang suamiku keluar di jalan Allah, aku telan perasaan. Aku bersabar dan tabah. Aku telan semua kepahitan dan susah payah ketika aku ditinggalkan suami untuk khuruj di jalan Allah. Dan aku redha serta ikhlas ketika suami aku keluar di jalan Allah".
Sang bidadari terdiam. Tewaslah dia dengan kata2 sang isteri tadi. Sang isteri mengambil alih tempat sang bidadari sebagai ketua bidadari. Begitulah kelebihan isteri para da'ie. Allah janjikan syurga yg serendah2nya sekecil dunia ini.
Insya-Allah.

4 comments:

  1. salam,mintak pandangan atau nasihat/komen berkaitan dengan artikel terbaru yang di tulis di blog saya.Pandangan dan komen/nasihat dari anda amat saya alu2kan untuk di jadikan pengajaran kepada saya..

    ReplyDelete
  2. hmmm tersenyum lebar sy membaca bayan ni..suami sdg khuruj 3 hari...kami baru 2 minggu nikah.ikutkan hati xnak berjauhan walau sehari.tp Alhamdulillah Allah izinkan sy yg masih hijau dgn dunia tabligh ni utk lepaskan suami kuar.Alhamdulillah rasa tenang jer...n rasa cinta tu makin dalam.mgkin betul kata org..kita hanya akan lebih menghargai sesuatu hanya pabila sesuatu tu xde depan mata kita...pengorbanan ckit je kan berbanding sahabiah dulu... =)

    ReplyDelete
  3. subhanallah...subhanallah...
    begitu besar ganjaran dgn sedikit pengorbanan. azam utk keluarkan mahram kte ke jalan Allah.

    ReplyDelete
  4. kita niatkan kerja dakwah sampai akhir hayat dan sampai anak cucu kita

    ReplyDelete

Assalammualaikum, sila tinggalkan komen anda jika ada. Atas sebab masa & tuntutan kerja kemungkinan komen anda tidak dapat dijawab oleh saya. Harap maklum. Jazakallah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails