Wednesday, April 20, 2011

Apabila kerja tidak dianggap sebagai IBADAT

Assalammualaikum,



Semenjak akhir2 ini aku rasa amat malas nk pergi kerja. Setiap kali bangun pagi rasa benci nk pergi pejabat. Setelah hampir 11 tahun berkhidmat disini, perasaan ini menghantui fikiran aku semenjak aku pulang dari mengerjakan haji. Suasana di pejabat amat berbeza berbanding 10 tahun dahulu. Aku merasakan ofis ini bukan lagi tempat yang selamat untuk aku ... apa sebabnya??



Dulu, staff kt sini tak ramai. Aku adalah staff yg pertama diterima bekerja di sini. Ketika itu aku cuma mohon kerja sbg secretary. Aku telah diinterviu selama 2 jam oleh Boss aku dan dgn kelulusan yang lebih sikit yg ada pada aku maka aku diambil bekerja utk Accounts & Admin Dept. Masa tu anak aku baru sorang. Bila ditawarkan jawatan yg agak baik dgn gaji yg agak lumayan ketika itu rasa amat bersyukur sgt walaupun aku satu2nya staff wanita ketika itu manakala yg lainnya adalah crew yg on & off ikut project. Company aku ni baru set up di Johor. Ibu pejabat di KL dan salah satu sykt oil & gas yg terbesar di Malaysia. Pada tahun 2000, aku cuma duduk di cabin office lebih kurang 3 bulan. Masa ni punye la mujahadahnya sebab terpaksa duk sama2 dgn staff lelaki yg kuat merokok. Bila balik kerja hubby selalu bising kuatnya bau rokok. Abis tu nk buat camno? Office baru belum siap lagi.



Bila ofis baru siap, alhamdulillah aku ada bilik aku sendiri. Jadi Allah pelihara aku daripada staff2 lelaki. Siapa yg tak ada urusan x payah la masuk bilik aku. Cuma aku tidak la sombong. Aku ada juga bertegur sapa & berbual dgn depa. Kemudian, company appoint pula driver, clerk & receptionist dibawah jabatan aku. Jawatan2 lain untuk warehouse, logistic & operations perlahan2 direkrut hingga menjadikan kesemuanya 12 orang. Ketika itu staff wanita menjadi 5 termasuk aku. Aku suka suasana kerja di sini ketika itu. Tiada politik, staff perempuan pun semuanya biasa shj. Kata orang tak ada la nk berlawan2 fesyen, barang kemas, kasut tumit dsb... semuanya sederhana. Yg best kami semua bawa bekal masing2 utk lunch & makan sama-sama. Kami ibarat satu keluarga. Namun panas yg ku harap hingga ke petang , rupanya hujan di tengahari. Staff wanita sorang2 berhenti hinggalah tinggal aku dgn clerk logistic. Company pulak tak appoint staff baru sebab kegawatan ekonomi maka utk dept aku, aku la clerk aku la receptionist... huhuhu



Lama jugak la aku bekerja sendirian di jabatan aku ni. Since 2004-2010. Tapi aku sabar aje la. Yg membuatkan aku bertahan kerja disini adalah faktor masa yg fleksible & boss yg memahami. Dtg kerja lewat , balik awal, keluar waktu pejabat tidak menjadi masalah asalkan kerja dibereskan ikut waktunya. Lunch hour pun ikut time sendiri. Maklum la kami kerja oil & gas ni mmg sentiasa sibuk sampai kan kadang makan pun x sempat. Tp kalau time free, free ya ampun... siap bole tido letak kaki atas meja lagi ( boss aku la, aku tak ye ... ). Lg pun aku x involve operations jadi aku tak la sibuk sgt berbanding staff lain. Aku tepat pukul 5.30ptg terus cabut balik tak tunggu lagi... Ada kalanya aku berminggu2 tak ada kerja. Kalau time bulan Ramadhan tiada halangan nk baca quran kalau x ada kerja. Nk solat dhuha pun x jadi masalah sebab boss aku pun amalkan solat dhuha & baca quran. Boss aku ni suka buat apa yg nabi buat. Suka amalkan sunah tapi sayangnya dia tak buat usaha dakwah. Doa untuk dia moga Allah pilih satu hari nanti. Amin...



Lately, aku kurang selesa & x berkenan dgn staff wanita baru yg mula kerja di sini since tahun lepas. Skrg total staff wanita ada 4 termasuk aku. Yg anak dara sorang je. Now yg dibawah jbtn aku admin assistant & cleaner. Aku dpt assistant pun asbab aku nk pergi haji hari tu baru la boss aku kelam kabut nk cari pengganti aku. Utk staff aku, siang2 lg aku dah bgtau tentang etika berpakaian & pergaulan di pejabat. Aku dh ckp tutup aurat sempurna & jgn suka nk melayan staff2 lelaki / client yg boleh tahan la tahap miang depa ni. So, staff di bawah jagaan aku dah settle. Masalahnya staff di bawah org lain tidak begitu. Aku lihat staff aku terpengaruh dgn staff jabatan lain yg mana aku tak mempunyai kuasa untuk menegur mereka. Jadi apa yang telah berlaku kt pejabat aku skrg ni? okay....




1. Pakaian - memang la pakai tudung tapi pakai baju ketat, seluar ketat hinggan nampak susuk tubuh dan segala lurah yg ada. Tudung pun x tutup dada sepenuhnya. Staff lelaki tiap2 hari cuci mata. Abis tu dah dia pakai baju pendek atas punggung nmpak la bumper tu kiut ke , besar ke. Mmg la tak dinafikan kata org badan masih bergetah walaupun anak dah ramai tapi pada pandangan aku mmg kurang sesuai & sakit mata ni melihat. Boss aku pun dah 2X bgtau tentang aurat wanita siap bg dalil lagi tapi aku tgk masih tiada kesedaran. masa tu aku ada la juga tambah sikit2 apa yg aku tau tntang bab auarat wanita ni. lps tu depa boikot aku pulak. depa tak bercakap dgn aku sbb depa malu ke atau depa marah dgn aku. Yg aku pelik husband diaorg ni mcm x kisah aje bila bini cantik dia ni ditengok orang. Bangga kot bini dia masih cantekk lagi..



2. Pergaulan - Ya Allah, sakitnya mata aku ni apb melihat mereka bertepuk tampar dgn yg bukan muhrim. Seolah2 macam tiada apa yg berlaku. Kan haram bersentuhan lelaki & perempuan. Gurau, gurau juga tapi tgn tu jgn la berjalan. Ini kalau yg pompuan dgn selambanya mengurut2 dada si lelaki apa cer citernya? Konon2 nk menyabarkan orang tu tapi tak kena caranya. Yg ini aku tak nmpak. Ada staff lain yg mengadu pada aku.Lagi satu suka pulak meleset2 dgn staff lelaki. Ckp dekat2. Nk discuss sesuatu duduk rapat2, tak pun tertonggeng2 sebelah staff lelaki ( cuba anda bayangkan)




3. Karaoke - Ha... jgn tak percaya skrg ofis aku dh jadi mcm pusat karaoke pulak. Bukak lagu kuat2 dan menyalak2 mcm ******. Yg hairannya staff perempuan tu yg berlagak mcm tu. kalau 2 orang melalak dalam ofis ni cuba bayangkan camana gamaknya. tak ke pening aku dibuatnya??




4. Skandal - Tak habis2 skandal. Dari mula masuk keje dh start buat affair dgn klient. Boss aku mengamuk & bg kata dua sayangkan affair atau sayangkan kerja. Sbb bila ada skandal dgn klien ianya memalukan boss aku. Habis kena hentam & aku pulak yg terlibat kena bagi sesi kaunseling. Tak pe la. Kita nasihatkan dia. Senyap sekejap lepas bersalin ada lagi skandal tapi dengan org luar pulak. Kali ni boss aku kata kalau tak melibatkan kerja boss aku tak nak masuk campur. Selidik punye selidik rupanya staff ni mmg suka ada skandal. Ank dah 5 , suami pun baik orangnya tapi kenapa jadi mcm tu? Agaknya sebab nk kemewahan. Lg pun sekali pandang mmg masih mcm anak dara. Perasan saham masih tinggi kot. Tapi kesian pada suami & anak2 dia... "Kalau laki aku kol ckp aku kat kapal ea...". Sorry, aku akan ckp ko dah balik kalau betul ko dh balik awal bukan atas kapal. Aku tak nk subahat..




5. Tabarruj - Staff baru nampaknya berlumba2 & berlawan2 siapa paling up to date. Berhias bukan main. Muka solek tebal. Aku tgk mcm muka burung hantu pun ada gak. ye la ... kalau depa nk compare dgn aku mmg aku sgt kolot & tak up to date. Aku tiap2 hari pakai jubah. Warna hitam pulak tu. baju itu, itu aje la... kasut pun tumit rendah aje bukan tumit tinggi. Bersolek jauh sekali la. brg kemas? buat masa ni aku cuma pakai gelang kayu koka je. tu pun pemberian mak aku masa dia balik haji. smpai skrg aku terus pakai. cincin kahwin pun aku tak pakai beb! kalau dh bersolek tu sayang la pulak nk amik wudhu'. Jadi tak solat la jawabnya. Pernah gak tegur kalau nk solat, pakai la telekung aku. sbb aku perasan dia tak bawa telekung. tp katanya uzur. takkan tiap2 hari uzurkan? lu pikir sendiri!




6. Percakapan - Cakap kasar sesama staff pun dh jadi perkara biasa. sikit2 "aku tumbuk kang..." , "nk kena penampar?". Itu la contoh2 percakapan yg sering aku dengar. Kalau cakap lu gua pun dah biasa dah... aku pun kadang2 ada gak cakap "Lu dh makan bro?" .. hehehe



Aku sering termenung sendiri memikirkan mereka di sekeliling aku. Ada kalanya aku tak mampu tidur lena. Aku bersyukur kerana punyai suami yg sering mengingatkan aku. Apb Allah beri kefahaman agama, walaupun sikit aku bole berfikir sendiri batas2 yg telah ditetapkan dlm islam utk muslimah. Tapi kesian pada mereka yg tiada sesiapa nk menegur mereka atau pun membimbing mereka. Kemungkinan aku bole menegur secara berhikmah cuma aku masih tak mampu utk lakukan perkara itu buat masa ini. Pernah juga aku terfikir utk highlight perkara ini di dalam meeting tp bagaimana pula penerimaan mereka nnt? Aku bukanlah mencari keburukan mereka. Aku juga bukanlah sesempurna mana. Tapi apb wanita memberi peluang utk dirinya diambil kesempatan oleh lelaki2 yg hidung belang tentu la si lelaki tak akan melepaskan peluang. Bagi aku pulak, situasinya berbeza. Staff lelaki amat hormati aku. Bila berdepan dgn aku mereka akan cakap dgn sopan dan tak akan berani nk bertepuk tampar dgn aku. Mereka juga tak akan pelawa aku join bowling tournament atau apa2 event yg mereka tahu aku pasti tak akan hadir. "Puan tak payah pergi la. Puan lain..." Kenapa depa kata begitu? Sebab mereka tahu aku ini jenis macam mana orangnya. Maka, apakah jalan terbaik utk mengatasi masalah umat ini??


( asbab diri aku yg amat lemah ini..... )

7 comments:

  1. as salam Ummu Fatimah.
    semoga Allah memberi kesabaran kepada anti.

    ReplyDelete
  2. mashaAllah,apabila keadaan mcm tu,baru kita tahu betapa bernilainya usha dakwah nie ye puan...

    ReplyDelete
  3. actually puan pun bdose jugak sb kuar rumah tanpa darurat...
    Adapun Wanita Yg Ade Suami Atau Penjaganya Untuk Menanggung Sara Hidupnya Dan Pendapatan Suami Atau Penjaganya Itu Sudah Cukup Untuk Memenuhi Apa Yang Benar Benar Dihajatinya Dari Segi Syari’at. Buat Membantu Dalam Menyempurnakan Ibadat Kepada Allah Sementara Belum Mati, Maka Tiadalah Harus Ia Keluar Rumah Semata Mata Kerna Bimbang Bahawa Rezekinya Akan Putus. Kerana Ini Menandakan Ia Kurang Iman Dan Tiada Tawakkal Kepada Allah Dan Tiada Yakin Bahawa Rezeki Seseorang Itu Sudah Dijamin Allah Sejak Azali Lagi Seperti Maut Dan Jodoh.

    ReplyDelete
  4. Ummu Fatimah:
    Saya lihat, sukar untuk mendapati mana2 tempat kerja yang kita akan berpuas hati pada keseluruhannya..

    ReplyDelete
  5. Salam.
    Baru je dgr bayan masturat adhock drp Maulana Indonesia ttg hal2 ni.

    ReplyDelete
  6. salam,
    Mungkin ada hikmahnya Allah letak puan di situ. Mungkin puan blh tunjuk cth kpd mereka, mula2 mmg payah tapi lama2 bila kita istiqamah, tak terkesan dgn cara mereka, percayalh ada yang akan terkesan d hati. Memanglah yg terbaik bg perempuan ialah duduk dirumah menguruskan r/tangga tapi resam hidup kita tidak sama, ditentukan Allah dgn pelbagai corak dan warna. Ada wanita ditemukan Allah dgn lelaki yg boleh memberi segala-gala, ada pula ditakdirkan Allah membantu suami dgn cara bekerja, berniatlah utk bekerja itu dgn niat dakwah kerana Allah, InsyaAllah kita akan dibantu dan dipermudahkan olehNya. Allah Maha Mengetahui....sesungguhnya puan beruntung kerana dipilih Allah berada dijalanNya, gunakanlah peluang bekerja itu utk mengajak wanita2 diluar sana utk lebih dekat denganNya, bukankah Puan dihormati dgn cara tersendiri, inilah waktunya utk mendekati mereka dan berdakwah dgn cara paling berhikmah...Cubalah, InsyaAllah....saya doakan yg terbaik kpd puan, saya memahaminya kerana saya juga bekerja cuma bidang kerja kita saja yang berbeza

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum wbtuh..
    sila ambil perhatian puan.
    Sebenarnya tugas puan di tempat keperluan tersebut sudah sampai penghujungnya. Nak tak nak terpaksa puan meninggalkan suasana tersebut untuk memelihara diri kita.Sekarang bukan masayang sesuai untuk puan untk 'menunjukkan jalan hidayat' untuk terus berada di situ. Jika mahu puan boleh ziarah 'mereka' itu di rumah jika puan amat fikir risau akan mereka tersebut...tolonglah untuk memelihara fikir dan matlamat besar Nabi SAW..biarkan kami kaum lelaki yang bergerak dengan tugas puan menolak,'menekan' suami puan ber'kerja' agama di luar menyambut tugas tersebut..

    ReplyDelete

Assalammualaikum, sila tinggalkan komen anda jika ada. Atas sebab masa & tuntutan kerja kemungkinan komen anda tidak dapat dijawab oleh saya. Harap maklum. Jazakallah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails