Tuesday, April 26, 2011

Apa tajuk kuliah bulanan kita?

Assalammualaikum wbt...


Setiap hari Isnin jika tiada apa2 halangan ofis aku akan mengadakan masyuarat mingguan jam 3.30ptg. Tujuan masy diadakan utk membincangkan hal2 berkaitan daily operations, , masalah2 & jalan penyelesaian. Selalunya jabatan aku tak ada issue berbangkit. Semuanya settled. Setiap kali lepas meeting boss akan round table tanya setiap staff any other issue to highligt? Bila tiba part aku maka bermulalah dialog ini;



Boss : Pn R, ada apa2 issue tak?


Aku : Sya tak ada apa nk ckp cuma 1 perkara je boss berkenaan kuliah bulanan kita.


Boss : ok, apa dia?


Aku : Sya tgk setiap kali kuliah kita serahkan bulat2 pada penceramah nk bg ceramah apa pun x kisah. Jadi sya rasa kita perlu pilih tajuk kita sendiri. Apb kita ada tajuk, saya bole la buat memo utk kita tampal dekat tmpt punch card so tiap kali punch card crew2 tahu ceramah akan dtg berkenaan apa. Dari situ mungkin crew ada keinginan utk hadir sbb tajuk ceramah yg menarik. Kadang2 sya tgk ceramah tu bercelaru tak tahu apa point yg nk disampaikan.


Boss : betul.. yg saya perasan Ustz Latif tu suka bg ceramah berkenaan sunah Rasulullah saw & kisah sahabat. Ceramah yg lepas pasal sunah ye?


Aku : Bukan... pasal sifat sahabat iaitu yakin dgn kalimah syahadah (aku x ckp kalimah toyyibah sbb aku takut dia tak faham)


Boss : oooo... next ceramah nk pilih tajuk apa?


Aku : Sya ada listkan cadangan tajuk itu pun kalau boss agree.


Boss : ok..apa dia?


Aku : next month kita buat ceramah berkenaan solat yg khusyu' & khuduk.


Boss : okay..


Aku : lepas tu kita pilih tentang ilmu & zikir. then, ikram muslimin


Boss : ikram muslimin tu apa?


Aku : ikram ni maksudnya menunaikan hak sesama saudara islam kita tanpa menuntut hak kita. nak tau lanjut kena la dgr ceramah tu nnt...


Boss : oooo


Aku : lain2 tajuk yg sya rasa sesuai ikhlas niat & kepentingan dakwah bg umat Muhammad saw (aku ubah sikit la ayatnya tu supaya tak ketara sgt aku sedang cuba utk pilih semua tajuk ni berdasarkan 6 points sbb aku tak nak la boss aku tau ni 6 points org tabligh)


Boss : boleh la .... u buat la memo tiap kali nk buat kuliah bulanan tu. Jgn lupa tampal sekali dkt warehouse FZ5.


Aku : ok boss. staf lain kalau ada apa2 tajuk yg u all nk bole la bgtau saya. Contohnya tentang sakaratul maut ke. so kita sedar la sikit kita ni bukan nk hidup selamanya kan? (kataku sambil memandang staf yg lain tp suma dok diam aje. ntah depa setuju ntah tak? )


Boss : Ok la . u proceed..


Aku : Roger Boss!



Alhamdulilah Boss agree! Kesemua tajuk tu tak akan jadi masalah sebab Ustaz Latif karkun!selalunya kalau aku bg apa2 suggestion boss akan setuju. Aku juga sering jadi jurucakap bg staff2 lain utk sampaikan pada boss mngkn sbb aku agak berani melontarkan idea & bercakap pd pihak management bg pihak mereka. sampaikan boss aku selalu tanya nape diaorg tak ckp sendiri dgn saya? nape mesti u yg tlg cakapkan? ntah la boss...saya cuma sampaikan aje....


Boss aku pun geleng kepala...


Pernah sekali selepas meeting masa boss round table tiba giliran aku dgn selambanya aku kata;


"Saya tak brp suka kalau hisap rokok dalam meeting. Kalau nk hisap rokok sila merokok di luar. Bila u all merokok depan saya u all spt tak hormatkan saya & staff lain yg tak merokok. Bg saya tak ada bezanya u hisap rokok depan saya dgn u minum arak depan saya sbb kedua2nya HARAM."


time tu aku bercakap agak emosional sikit la. Tersentak boss aku dengar sbb dia yg mulakan merokok dlm ofis jadi anak2 buah pun ikut sama la. Yg jadi mangsa aku & lain2 staff wanita. tak pasal2 kena sedut asap rokok yg byk mendatangkan mudarat tu. Tp alhamdulillah since then semua staf tidak dibenarkan merokok di dalam pejabat lagi. lagi pun mmg ada gantung signboard no smoking kt dlm opis ni cuma depa je yg tak ikut arahan. Bila aku citer dgn hubby aku, hubby aku senyum aje sbb dia tau camana "kerasnya" ahlia dia ni..



Wassalam... Jumpa lagi @ next n3 :)

5 comments:

  1. assalamualaikum

    :-)..sukanya dgn sikap berani akak dlm mnyuarakn pendapat n pandangan:-).

    lagi2 bab teguran ttg merokok..pedas tp mengena:-)

    ReplyDelete
  2. kak, ana syor suruh crew Txx tu belajar 6 prinsip gak.. huhu, pastu boleh muzakarah 6 perkara, kejayaannya bila setiap crew boleh agama, ini tidak hari-hari depa dok cerita dunia je.. tau la depa tu kaya....

    ReplyDelete
  3. Salam ziarah,menarik artikel yang puan tulis,saya menjemput puan untuk memberi komentar,cadangan untuk penambahbaikan atau pandangan terhadap artikel terbaru saya.Semoga jasa puan dibalas oleh Allah SWT.Mana tahu kemungkinan kita berbeza pandangan,jesturu itu,di harapkan dapat berkongsi bersama.

    ReplyDelete
  4. Azlen > :)
    Ibnu dinar > i wonder who u are?
    Ank Pendang > InsyaAllah..

    ReplyDelete
  5. Kalau sy pulak, sy suka kalau penceramah ditukar2..buat rotation.. supaya lebih banyak variasi dalam penyampaian pandangan dan ilmu.. (",)

    ReplyDelete

Assalammualaikum, sila tinggalkan komen anda jika ada. Atas sebab masa & tuntutan kerja kemungkinan komen anda tidak dapat dijawab oleh saya. Harap maklum. Jazakallah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails