Thursday, May 7, 2009

Sayangkan isteri ditinggal-tinggalkan

Salam,
Pepatah lama mengatakan jika sayangkan isteri ditinggal-tinggalkan, sayangkan anak ditangan-tangankan. Masih relevankah lagi pepatah ini pada masa sekarang? Apabila ditanya pada rakan-rakan apakah maksud sayangkan isteri ditinggal-tinggalkan maka ramailah yg memberi pendapat dari pelbagai sudut & pandangan mereka. Itu ana tak akan komen disini kerana pendapat peribadi mereka itu tidak salah & dilihat dari konteks yang berbeza.

Untuk kesekian kalinya ana akan ditinggalkan lagi oleh hubby untuk khuruj di jalan Allah selama 4 bulan. Alhamdulillah cuti hubby telah lulus semalam. Ini kali kedua hubby dapat cuti selama 4 bulan. Di sykt hubby bekerja ni walaupun gaji tidaklah sebesar mana, increment pun tak dak, bonus pun sesekali tapi alhamdulillah barakah dari Allah telah mencukupkan keperluan kami sekeluarga dan hubby dapat jaga nisab dia untuk keluar setiap tahun. It is the best reward from Allah.

Ada baik dan buruknya apabila suami keluar di jalan Allah. Antara kebaikannya ialah :
1. Melatih isteri bermujahadah. Isteri mendapat pahala sama seperti keluar di jalan Allah.
2.Membetulkan iman yakin keluarga yang ditinggalkan. Tidak mengharap makhluk.
3. Memberi kefahaman kpd anak-anak kenapa perlu khuruj di jalan Allah.
4. Isteri mempunyai lebih banyak masa untuk bangun malam & berpuasa sunat.

Keburukannya pula...hmmm ana tak nampak apa-apa keburukannya apabila suami keluar khuruj kerana berdasarkan pengalaman ana sendiri Allah permudahkan segala-galanya apabila hubby tiada dan kehidupan ana lebih tenang.

p/s : Tulisan ini adalah berdasarkan pendapat peribadi penulis. Jangan dilihat dari pandangan anda yang berbeza jika anda tidak faham apa itu khuruj di jalan Allah. Wallahualam.

4 comments:

  1. alhamdulillah. betul 2. klr kt mane? muga Allah mudahkan segala urusan.

    Ahlia Azhar

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..istri ditinggal2kan supaya kat akhirat nanti dipertemukan.Alhamdullillah suami akak dpt cuti.. bila keluarnya? Suami saya pun baru je lulus cuti utk keluar 40 hari.. jarang 2 staff dpt kecuali kalau buat haji atau sakit. Semoga Allah beri kekuatan pada saya utk sama2 belajar korban..

    ReplyDelete
  3. Ummu fatimah,

    Allah pilih kita lagi dan lagi keluar di jalan Allah SWT, memberi kerahmatan dan kebahgiaan yang abadi kepada hamba-Nya. Al-hamdullillah, saudari kena selalu bersyukur untuk itu..

    Suami keluar kat mana? Semoga saudari sekeluarga sentiasa dalam perlindungan Allah SWT. Biras saya baru tangguh 40 days masturat ke Tawau, Sabah...seronok dengar karkuzari dia di sana..mujahadah sungguh...Harapan saya semua jemaah yang sedang bergerak menjadi sumber hidayat seluruh alam....

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum wrt wbt ...

    Doa malaikat pada Allah swt untuk org yg keluar dan org yg ditinggalkan :

    1. Ya Allah, engkau ampunilah dosa2 org yg keluar ke jalan mu.

    2. Ya Allah, engkau ampunilah dosa2 org yg ditinggalkan kerana agama mu.

    3. Ya Allah, engkau pertemukanlah mereka di syurga mu kerana di dunia mereka berpisah untuk agama mu.

    ReplyDelete

Assalammualaikum, sila tinggalkan komen anda jika ada. Atas sebab masa & tuntutan kerja kemungkinan komen anda tidak dapat dijawab oleh saya. Harap maklum. Jazakallah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails