Wednesday, May 20, 2009

Selamat Hari Lahir Maisarah


Anakku Nur Maisarah Suaidah menyambut ulang tahunnya yg ke 7 hari ini iaitu 20 Mei 2009. Sebenarnya birthday Yayah kami dah sambut pada bulan Rabiulawal yg lalu. Tapi setiap tibanya 20 mei ana akan belikan kek untuk Yayah sambut birthdaynya dengan kawan-kawan di sekolah. Thn ini ana tak beli kek tapi buat sendiri cupcakes untuk Yayah bawa ke sekolah. Sedikit info tentang anak ana yang ketiga ini.

Nama : Nur Maisarah Suaidah
Tarikh lahir : 20 mei 2002 / 8 Rabiulawal 1423
Tempat lahir : Johor Bahru
Sifat / peribadi : tak banyak cakap, pemalu, suka memerintah, agak "bossie" (sesuai jadi boss), berkira (bole jadi akauntan ni), a bit slow dalam pelajaran, mudah merajuk, agak cengeng orangnya, baik hati, prihatin pada adik beradik yg lain tapi kurang ngam dgn abangnya, suka pada muzik / nyanyian, penakut, mudah diserang penyakit (ini antara beberapa sifat Yayah pada pandangan ana sebagai mamanya)

ok, sekarang mari kita lihat peribadi mereka yg lahir pada bulan Mei mengikut kajian Dr Fadzilah Kamsah;

* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

Dan yang ini pulak personaliti mereka yang lahir pada bulan RabiulAwal..

Perwatakannya baik, mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga dalam pekerjaan, ramai yang menyenanginya. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras, dan mudah marah

Wallahualam.

4 comments:

  1. Hubby lahir 2hb Mei 1973. Agak boros n cepat marah. Alhamdulillah sejak buat usaha ni sifat2nye seperti marah ,boros n x suka duduk di rumah di gunakan atas maksud agama aje.

    Ahlia Azhar

    ReplyDelete
  2. hmmm...ramai pulak yg lahir bulan may ya? saya pun mmg agak boros orangnya juga mudah marah dan suka dengar lagu. memang keras hati & tegas (hubby pun dh faham perangai ahlia dia). semenjak buat usaha ni perlahan2 dapat buang sikit2 sifat buruk tu. alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. hppy b'day utk Nur Maisarah Suaidah (sedap nama)...moga membesar jadi anak solehah...

    ReplyDelete
  4. Salam ummu..selamat hari lahir juga utk maisarah.Ummu,maisarah,saya pun lahir dalam bulan 5
    Moga maisarah membesar dan jadi anak yang solehah ye sayang

    ReplyDelete

Assalammualaikum, sila tinggalkan komen anda jika ada. Atas sebab masa & tuntutan kerja kemungkinan komen anda tidak dapat dijawab oleh saya. Harap maklum. Jazakallah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails