Thursday, May 21, 2009

Kepentingan Usaha Masturat

Untuk peringatan diri sendiri tentang kepentingan usaha masturat (terasa semakin sejuk dah ni...)

Kaum lelaki byk habiskan masa di luar rumah (kerja agama). Yg tinggal di rumah adalah wanita. Wanita ibarat seperti kilang yg mencorakkan anak2 (sifat dan akhlak anak2 sama ada baik atau sebaliknya). Seperti bayi dalam kandungan, pembentukan jasad bergantung kepada makanan si ibu. Begitu juga pembentukan rohani itu yg mana bergantung kepada amalan si ibu. Jika makanan kurang sempurna risikonya anak akan cacat begitu juga jika amalan si ibu kurang sempurna maka pembentukan rohaninya akan cacat. Madarasah yg pertama anak-anak adalah diatas riba para ibunya. Dikatakan seorang wanita yg solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh. Tetapi seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dr 100 lelaki yg jahat. Dikatakan juga jika baiknya wanita maka baiklah sesebuah negara itu. Seperti usaha nabu Nuh a.s mengambil masa yg panjang kerana tidak ada fikir daripada wanita. Tetapi nabi saw dimana isteri2 berkongsi risau atas umat dan membuat pengorbanan maka hidayah telah tersebar dalam masa yg singkat ke seluruh alam. Yg penting bg kita kaum wanita ialah istiqamah takleem di rumah. Hidupkan takleem bukannya dgn taat perintah suami tetapi lakukanlah takleem harian di rumah dengan penuh fikir dan kerisauan atas agama dengan ini akan timbullah sifat pengorbanan , barulah nusrah Allah turun dan dgn itu tersebarlah hidayah. Selain itu hidupkan 6 pesanan, banyakkan istighfar & doa serta menangis. Program di rumah:
1. Masyuarat harian - hal & takazar agama, hal ehwal rumah
2. Takleem kitabi
3. Tilawah al-Quran
4. Muzakarah agama - 6 sifat, 6 pesanan, masail
5. Adab-adab sunah & usul
Dalam keadaan rumahtangga begini maka akan wujud fikir yg sama antara suami & isteri dan ahli rumah maka nusrah Allah akan turun dan akhirnya hidayat akan tersebar. Apabila ada fikir maka iman akan meningkat. Bila iman meningkat maka timbullah pengorbanan dan atas sebab pengorbanan tadi nusrah dan hidayat akan datang.

2 comments:

  1. Assalammualaikum wrt wbt ...

    Sama-sama lah kita bnykkan doa ye kak. Saya ni taklim pon dah lama tak pegi. Asik bz manjang dgn urusan dunia yg takde sudahnya. *astaghfirullah*

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Tumpang iklan. Product dari UK ke malaysia:

    http://www.bargainhunteronlineshop.com/

    Finie

    ReplyDelete

Assalammualaikum, sila tinggalkan komen anda jika ada. Atas sebab masa & tuntutan kerja kemungkinan komen anda tidak dapat dijawab oleh saya. Harap maklum. Jazakallah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails