Friday, February 13, 2009

My New Bibik

Salam,
Hari ini saya dan hubby pergi ke Kukup menjemput bibik baru kami yg berasal dr Tungkal, Jambi. Namanya Arbainah, berusia 25 thn. Pd mulanya saya malas nk pergi memandangkan saya masih lg di dalam pantang. Tetapi apb hubby kata takkan dia berdua shj dlm kereta dgn bibik baru kami nnt dr perjalanan ke Kukup ke PG yg mengambil masa lebih kurang 1 setengah jam barulah saya bersetuju untuk temankan dia. Bibik baru saya itu mmg masih muda. Orangnya bertudung dan yg penting saya lihat dia bersolat. Banyak yg saya kena beri tunjuk ajar. Almaklum dia betul2 dr kampung. 3x ajar dia menggunakan mesin basuh tak faham2 juga...Allah x bg kefahaman :). Akhirnya terpaksa saya tuliskan step by step button apa yg perlu ditekan utk membasuh baju. Sebenarnya saya lebih suka menguruskan rumahtangga dgn tangan saya sendiri kerana besar pahalanya di sisi Allah. Tapi saya terpaksa juga mengambil bibik kerana banyak perkara yg tak sempat diuruskan bersendirian. Lg pun hubby tak byk dapat membantu saya kerana selalu sibuk dgn ghaz, khusussi & masyuarat. Maka tugas seperti membasuh, ,menyidai & melipat baju, menguruskan keperluan anak2 ke sekolah & mengemas rumah saya serahkan pd bibik. Saya lebih suka menguruskan anak-anak spt melihat homework mereka, memasak dan menyediakan keperluan hubby. Kekadang hubby pun kata "Dah ada bibik biarlah bibik buat semua". Dia tak tahu saya ingin mendapat pahala lebih sebenarnya jadi biarlah saya uruskan juga hal rumahtangga saya bukannya 100% diserahkan pd bibik. Bibik baru ni saya lihat tak berapa pantas membuat kerja. Tapi untuk permulaan saya cuba cakap & tegur dia secara berhemah. Seboleh-bolehnya saya tak mahu marah2 atau meninggi suara pada dia. Tentu dia memerlukan masa untuk menyesuaikan diri di tempat yg baru dan asing bagi dia.

Dari ANAS r.a meriwayatkan, aku berkhidmat kepada Rasulullah saw di Madinah selama 10 tahun. Aku seorang yg belum dewasa, sebab itu semua layananku tidak sesuai dengan kesukaannya (kerana usiaku yang masih muda, banyak kesalahan yang aku lakukan selama 10 tahun ini). Meskipun begitu tidak pernah nabi saw berkata “uff” kepadaku atau berkata "kenapa buat begini” atau “kenapa ini tidak dibuat?” (HR Abu Daud) – Muntakhab Ahadith

Hadis di atas menunjukkan betapa tingginya akhlak Rasulullah saw. Saya tidak mahu bibik saya takut kepada saya & suami. Saya cuma mahu dia hormati kami sbg majikannya. Itu saja. Oh ya, pada hari yg sama juga saya terima SMS dr bibik lama saya yg telah berkhidmat selama 3 tahun dgn saya sebelum ini. Katanya dia semakin sakit skrg dan menderita tumor usus. Saya amat terkejut kerana selama dia bekerja dgn saya dia tidak pernah menunjukkan tanda2 jika dia ada penyakit itu. Saya berasa amat simpati sekali namun saya tidak mampu menolongnya dan hanya dapat menasihatkan dia semoga tabah dgn ujian Allah. Ini semua dugaan dan saya mendoakan agar dia cepat sembuh dr sakit itu. Saya akn ingati kebaikan dia selama dia berkhidmat dgn saya. Saya amat senang sekali dgn sikap dia pada kami sekeluarga. Hanya Allah yg dapat membalas jasanya. Begitulah dunia. Hari ini kamu sihat, esok kamu sakit. Hari ini kamu kaya, esok kamu miskin. Dan yang paling ditakuti hari ini kamu bernafas di bumi Allah tapi esok kamu telah pergi menghadap Ilahi... Beruntunglah mereka yg tergolong di dalam golongan orang-orang yg beriman...

No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum, sila tinggalkan komen anda jika ada. Atas sebab masa & tuntutan kerja kemungkinan komen anda tidak dapat dijawab oleh saya. Harap maklum. Jazakallah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails