Saya menginginkan seorang lagi anak lelaki. Saya sering berdoa sepanjang kehamilan yg lalu agar Allah swt kurniakan kepada saya seorang bayi lelaki agar dia dapat meneruskan usaha dakwah yang suami lakukan. Namun, Allah swt tidak memakbulkan doa saya. DiberiNya lagi seorang puteri. Yg amat comel sekali. Lantas saya namakan dia NUR FATIMAH AZZAHRA. Mengharap agar dia semulia budi pekerti Fatimah puteri kesayangan Rasulullah saw. Saya tidak harus bersedih. Saya sudah punyai 2 orang putera tetapi seorang putera saya sekarang ini sedang menanti saya di syurga. InsyaALLAH. Fatimah adalah amanah & anugerah dari Allah. Tentu ada hikmahnya...
Dari Abu Said Al-Khuderi r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasullullah s.aw bersabda: Barangsiapa mempunyai tiga orang anak perempuan atau tiga orang saudara perempuan, atau dua orang anak perempuan atau dua orang saudara perempuan lalu dia menjalin hubungan yang baik dan melaksanakan segala hak-haknya dengan penuh ketakwaan kepada Allah swt, maka baginya adalah syurga.(HR.Tirmizi)MUNTAKHAB AHADITH( hal.560.)
Fatima Azzahra,
ReplyDeleteAllah telah menunjukkan lagi kuasa2-Nya.. bahawa kita hanya makhluk-Nya yang terlalu kerdil dan tak punya apa2...apa yang anda harapkan begitulah saya..mengharapkan anak lelaki..selain berdoa dengan penuh harapan..kaedah@nasihat@petua yang saya cari untuk menghasilkan anak Lelaki telah saya ikuti..namun, Allah belum mengurniakan lagi... sama2lah kita lebih tawajuh kepada Allah swt moga akan dikurniakan seorang putera suatu hari nanti..Insyaallah..
salam alayk. tak apa enti. sekiranya enti tidak mendapat cahaya mata lelaki, doakanlah agar ramai cucu cicit enti terdiri dari lelaki. Insya Allah, cita2 enti akan berjaya. ana doakan.
ReplyDeleteAssalamua'laykum, janganlah mengucapkan "ALLAH belum memakbulkan doa saya" tetapi gantikanlah dengan "alhamdulillahi a'la kullihal" (HR Baihaqi).. setiap yang berdoa, tentu ALLAH swt akan makbulkan, tetapi DIA akan makbulkan menurut kehendakNYA. saya doakan semoga zuriat keturunan saya dan juga akak adalah di kalangan mereka-mereka yang memegang panji ISLAM. ameen..
ReplyDelete