Thursday, February 26, 2009

6 sifat Sahabat yang unggul

Dah lama tak bermuzakarah lidah pun dah naik tergeliat nk menyebut 6 points. Lemahnya iman...hatta nak muzakarah di rumah dgn anak-anak 6 sifat pun tak ada kekuatan. Semalam alhamdulillah Allah lapangkan masa dan izinkan muzakarah bersama-sama hubby lepas baca taklim;

1. Yakin dengan kalimah toyyibah iaitu Lailahaillallah, Muhammadurrasulullah
2. Solat yg khusyuk & khuduk
3. Ilmu dan zikir
4. Ikram muslimin
5. Ikhlas niat
6. Dakwah & tabligh

Sehingga hari ini ana masih lagi tak faham kenapa belajar tinggi-tinggi, pandai cakap macam-macam tapi bila nk muzakarah 6 sifat lidah kelu dan tak boleh nk cakap. Setakat sebut pandai la tapi nak menghuraikan masih tak pandai-pandai. Oh ya ALLAH! Lancarkanlah lidahku ini untuk agamamu ya ALLAH..

3 comments:

  1. betul la..
    lama x buat muzakarah.
    paling last masa hari raya aidilfitri lepas.
    itu pun hanya sebut point masa lepas taklim.

    Allah swt telah meletakkan kejayaan manusia hanya pada agama yg sempurna.
    blank (memikirkan ayat seterusnya)

    Apabila kita dapat amalkan agama yg sempurna, akan ada bantuan dari Allah swt.

    Untuk mendapatkan agama yg sempurna kita perlu berusaha untuk amalkan beberapa perkara.

    Pertama yakin dengan kalimah Lailaha illah Allah, Muhammadur rasulullah.
    Kedua sembahyang khusyuk dan khuduk
    Ketiga ilmu dan zikir
    Keempat ikram muslimin
    Kelima ikhlas niat
    Keenam dakwah dan tabligh.

    eh, rasa mcm tgh buat muzakarah pulak dengan penulis blog ni.

    time kasih.

    ReplyDelete
  2. an2blur...
    mekasih singgah di sini. apa yg anti sebutkan sememangnya benar...Niat untuk belajar. Semoga dapat amalkan dan sampaikan. Sesama kita doa. Insya-Allah.

    ReplyDelete

Assalammualaikum, sila tinggalkan komen anda jika ada. Atas sebab masa & tuntutan kerja kemungkinan komen anda tidak dapat dijawab oleh saya. Harap maklum. Jazakallah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails