Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah & Muhammad itu pesuruh Allah..
Wednesday, February 11, 2009
AKU HANYA MANUSIA BIASA
Aku ini hanya manusia biasa. Yang seringkali berbuat dosa dan alpa. Tetapi Allah itu maha kuasa. Walaupun hambaNya berbuat dosa dan alpa diberiNya juga rezeki berupa makan, minum, kesenangan harta dan wang ringgit. Seringkali aku beristighfar jika rezeki yang Allah beri melimpah ruah. 'Ya Allah. Apakah yg engkau berikan ini sebagai ujian untukku? Apa lagi yg akan engkau berikan kepadaku selepas ini?'. Lalu aku bermuhasabah diri sendiri. Tak pernah terfikir Allah akan turunkan rezeki dan kesenangan seperti ini. Dulu kami hidup susah. Hutang keliling pinggang. Alhamdulillah sedikit demi sedikit Allah mudahkan urusan dunia kami hinggalah sampai ke tahap hari ini. Kami pun tak pernah terfikir akan sampai ke tahap ini. Seorang teman menasihati kami. Allah bagi kesenangan bukan untuk kita beli rumah besar & kereta besar. Tapi kesenangan itu adalah untuk membesarkan agama Allah. Allahuakbar!!!. Tersentak aku dari lamunan. Benar....Harta yang ada perlu diinfakkan ke jalan Allah. Seperti sahabat Abdul Rahman bin Auf r.a. Beliau seorang yg kaya raya. Semakin beliau membelanjakan hartanya untuk agama Allah semakin berlipat ganda harta beliau. Beliau adalah sahabat yang paling akhir akan masuk ke syurga kerana tempoh masa yg terlalu lama untuk menghisab harta beliau semasa di akhirat nanti. Itu Abdul Rahman bin Auf r.a. yang sudah ada kepastian akan masuk ke syurga. Ini kita yg hanya manusia biasa. Hatta segelas air kosong yg diminum pun akan dihisab di akhirat nnt. Ya Allah..ampunkanlah aku jika tahap korbanku utk agamaMU tak sehebat sahabat & sahabiah. Aku ini hanya manusia biasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam,
ReplyDeleteBErtemu di alam cyber. Semoga dapat kita sama2 berkongsi ilmu, maklumat untuk kuatkan iman dan amal kita.
MAaf, profile saya private. Boleh visit my blog from here:
http://mystoryourlife.blogspot.com/