Assalammualaikum...
Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana dengan izinNya rumah kita telah dpt menerima jemaah masturat 3H pada hujung minggu lepas. Ini adalah kali pertama rumah kita menerima jemaah walaupun niat dan azam tu dah lama ada tapi Allah tak pilih.
Macam biasa la bila nk terima jemaah kena la sediakan apa yg patut. Kena buat tabir. Ni penting. Dan kena pastikan tabir tu tebal sampaikan bayang2 pun tak nampak. Dan pastikan juga tabir tu labuh & menutup kiri & kanan dinding. Alhamdulillah abah kita pandai buat tabir walaupun mama mcm x confident aje .. hehehe
Lain2 persiapan kena pastikan tempat nk buat program selesa. Ada tempat utk letak taklim. Ada tikar atau karpet supaya jemaah tak sejuk duduk atas lantai. Ada tempat utk jemaah tidur. Ada bilik khas utk jemaah letak brg2 & salin baju. Brg2 taam pun kena cukup. Dulang, periuk, cawan suma kena ada. Kadang2 jemaah bawa sendiri set taam diaorang.
Nampaknya rezeki kita dapat jemaah international. Jemaah dari Singapore seramai 6 pasang & 3 pasang bawa anak dara. Berdebar2 juga hati mama bila abah bgtau pagi tu kita dpt jemaah Singapore. Mama ingatkan jemaah Johor je. Kelam kabut mama sebab mama expect jemaah Singapore mesti nak suasana selesa tapi alhamdulillah diaorg sederhana shj.
Selama jemaah ada kat rumah kita Addin ikut abah iktikaf kat masjid 3 hari. Mama pulak tak dapat nak ikut program sgt sebab mama banyak kena jaga Fatimah. Kebetulan hari yg sama bibik balik Indon jadi mama kena uruskan anak2 mama tanpa ada bibik. Mujahadah juga la sbb Fatimah manja sgt dgn bibik jadi dia asyik nk merengek aje. Sabor je la...
InsyaAllah, mama doa semoga pengorbanan kita yg sedikit ini Allah terima. Dan semoga asbab ini Allah dapat keluarkan lebih byk masturat utk khuruj terutamanya dari marhalah kita terutamanya mama yg azam nk keluar 40H IPB pd November 2011. Amin..
** Minta karkunah tlg bg pendapat bagaimana utk ana ajak jiran2 dtg nusrah / ikuti program kalau ada jemaah masturat keluar di rumah kita? Jazakillah
Salam kak Ummu,
ReplyDeleteAlhamdulillah..akhirnyer ALLAH pilih jugak rumah kak Ummu utk terima jemaah.Saye pun bln Januari lpas first time terima jemaah dari Pakistan.Banyk jugak kene belajar persediaan utk terima jemaah.
Sy syor seminggu sebelum program kita kaum ibu ngan suami pergi ziarah rumah jiran2 bagitau tntg program kita.Kemudian jmpt mereka datang jika ada kelapangan pada sekian2 hari,tempat dan waktu.InsyaALLAH moge ALLAH pilih mereka.
Saye pun lemah bab ziarah jiran nie...
Memang kena salam, ikram dan taam. Dan ini memang kena di usahakan sungguh sungguh dan setiap masa. Lepas tu bila dia dah feel confortable dgn kita, Insya Allah mudah. Tetapi jangan kita putus asa dan selalu kita kena ingat, dia tak faham, maka kita yg faham ni kenalah usaha bagi faham , tetapi mostly bukan dengan mengajak, tetapi dengan sifat.Insya Allah..
ReplyDelete