Wednesday, March 9, 2011

Menjadi tetamu Allah

"Catatan peribadi mama untuk tatapan Addin, Yayah, Ecah, Sumayyah & Fatimah. Pengalaman mengerjakan haji mama & abah tahun 2010 akan sentiasa di dalam ingatan"


Tentulah menjadi satu impian / niat seorang muslim untuk mengunjungi Baitullah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Begitu juga mama sekian lama mama berazam & niat untuk menunaikan haji sebelum umur mama mencecah 40 tahun. Semenjak mama bekerja di sini setiap bulan mama akan membuat potongan gaji ke dalam akaun tabung haji mama sebanyak RM100. Mama mula bekerja di sini pada tahun 2000. Seterusnya setiap kali mama mendapat kenaikan gaji mama akan terus menambah jumlah potongan tabung haji mama. Itu adalah salah satu usaha yg mama lakukan untuk merealisasikan impian mama untuk menunaikan haji. Tapi sebenarnya cara ini memang tak berapa berkesan sebab bila terdesak duit dalam akaun tabung haji akan dikorek untuk menampung desakan tersebut :(

Dalam masa yg sama niat & keinginan untuk menunaikan haji semakin membuak-buak. Begitu juga abah hinggakan mama & abah menetapkan tahun 2010 kita mesti pergi HAJI!!

Maka, pada tahun 2009 selepas hari raya aidiladha mama & abah pergi daftar di Tabung Haji. Setiap seorang kena ada RM1300. Bila dah daftar duit ni memang tak boleh dikeluarkan. Mama & abah tanya pada pegawai TH "Bole tak kalau kami nk pergi haji tahun depan?"

Pegawai TH kata "Itu encik kena buat rayuan dari sekarang"

hmmmm... nk buat rayuan memang bole tapi ongkosnya nggak ada dong..

Tetiba dapat durian runtuh yg entah gugur dari mana (ini suma Allah punye kuasa) mama & abah terus masukkan dalam akaun RM9000 seorang pada bulan Februari 2010 & terus buat surat rayuan kepada TH. Selepas itu mama & abah berserah aje pada Allah disamping doa moga Allah pilih mama & abah menjadi tetamuNya.

Pada bulan April 2010, ketika itu abah tgh kuar jalan Allah mama dapat surat dari TH.

"Sukacita dimaklumkan tuan / puan telah terpilih untuk menunaikan haji pada tahun 2010/1423H" . Meremang2 bulu roma mama bila baca surat tu. Hati berdebar gembira + takut pun ada. Tak sangka Allah makbulkan doa mama & abah. Mama anggap itu lah hadiah paling istimewa yg Allah bagi semasa abah tgh keluar 40H. Alhamdulillah.

Mama terus bagitau pada Atuk & Nenek. Atuk menangis dan bersyukur sebab doa atuk semasa di Mekah supaya Allah pilih anak2 atuk yg biayai atuk & nenek menunaikan haji agar mereka semua dapat juga menunaikan haji sebelum atuk meninggal dunia.
Mama juga maklumkan pada mak long, mak ngah, mak teh & semua pekerja mama yg mama & abah akan pergi haji tahun 2010. Tp sebenarnya dalam masa yg sama mama risau sbb mama ni banyak dosa. Mama takut Allah tak pilih mama untuk menjadi tetamuNya. Selagi mama tak jejakkan kaki ke Mekah mama kena terus berdoa moga Allah pilih mama.
Beberapa persiapan telah dibuat. Mama mohon cuti seawal bulan April 2010. Alhamdulillah cuti mama approved. Cuti haji selama 40H company bagi dengan bergaji sekali! Allahhu Akbar. Rezeki Allah. Alhamdulillah. Boss mama terus request assistant untuk mama supaya selama mama tak ada, assistant mama bole cover tempat mama. Sekali lagi Alhamdulillah. Syukur pada Allah.
Bersambung.....

1 comment:

Assalammualaikum, sila tinggalkan komen anda jika ada. Atas sebab masa & tuntutan kerja kemungkinan komen anda tidak dapat dijawab oleh saya. Harap maklum. Jazakallah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails