Nape mama sedih?
Mama sedih sebab dia pergi tak akan kembali. Mama terpisah dengan dia jauh beribu batu. Terhalang oleh laut yg sentiasa bergelora. Setiap memori indah bersamanya segar dalam ingatan mama. Peribadinya sangat baik. Patuh, taat & setia. Dia juga sering menjadi tempat untuk mama bercerita. Dialah pembantu, dialah teman, dialah kawan. Itulah BIBIK kita. Yg setia berkhidmat dgn keluarga kita selama 2 tahun. Orangnya sgt baik. Pada hari terakhir dia berkhidmat dengan keluarga kita dia tidur jam 3 pagi menyudahkan semua kerja2 rumah yg masih tak beres sedangkan dia akan bertolak balik jam 6 pagi. Alangkah setianya dia.
Semasa mama & abah tiada, dialah yg jaga Addin, Yayah, Ecah, Mayah & Fatimah. Kalau Fatimah merengek tgh malam dia akan ketuk pintu bilik mama nak ambil Fatimah tidur dgn dia. Dia akan pujuk Fatimah sampai Fatimah tertidur. Kalau mama marah anak2 mama dialah yg akan ambil anak mama. Bila mama pukul Addin sebab Addin nakal dia akan tarik tgn mama supaya jgn terus pukul Addin. Sedihnya mama...
Seboleh mungkin mama cuba juga utk jadi majikan yg baik utk dia. Seingat mama sekali aje mama marah dia sbb dia timang Fatimah sedangkan masa tu Fatimah baru brp hari lahir. Tp silap mama juga. Dia baru sampai & tak tahu Fatimah tu baru dilahirkan. Lagipun mama rasa dia baru berumur 18 tahun walaupun dia kata dia 24 tahun. Tak kisah la berapa pun umur dia asalkan dia bole buat kerja dgn ikhlas & bertanggungjawab. Ke mana kita pergi dia akan ikut kita. Sebulan sebelum dia balik kita bawa dia jalan2 ke Bandung & Jakarta. Nampak dia gembira bersama kita. Mama tau dia masih nk kerja di sini tapi apakan daya mak & bapak dia tak benarkan. Walaupun tak mengharap, tapi bila dia bgtau dia tak dpt sambung kerja lagi mama betul2 rasa sedih. Terasa juga sunyinya rumah ni bila dia tak ada. Selalunya dia la yg temankan mama bila abah keluar khuruj 4 bulan. Jasanya pada keluarga kita akan mama kenang selamanya. Mama doakan yg terbaik untuk dia. Semoga dia mendapat kehidupan yg lebih baik di dunia mahu pun di akhirat. Semoga dia juga mendapat jodoh lelaki yg beriman. Amin..
Assalamualaikum....alahai kak syahdunya...karkuzari akak nie...tersentuh hati saya...kak, marina nie orang Johor jugak,mersing.suami muar.la nie duk kat Kuching kira2 baru 10 bulan...salam perkenalan ye kak :),kenal jugak ahlia Nizam,n dah pernah jumpa masa pi taalim mingguan.Jazakillah ye kak
ReplyDeleteWsalam Marina, salam perkenalan. Bagus tu duk di Kuching skrg. Karkun kena pergi merata tempat untuk sebarkan hidayat seluruh alam. Akk pernah keluar dgn karkunah dr Tenggaroh, Mersing. bagus2 org mersing nih :)
ReplyDeleteakak pernah keluar dengan karkunah tenggaroh ye..hehe dunia nie kecil jekan kebetulan marina orang Felda Tenggaroh jugak,:)
ReplyDelete