Monday, October 12, 2009

Buah hati kesayangan hamba

Inilah buah hati kesayangan hamba. NUR FATIMAH AZZAHRA. Fatimah nak masuk 9 bulan pada 19 Oktober ni. Sekarang Fatimah dah pandai berdiri sendiri tak pegang apa2. Tak lama lagi pandai jalan la tu...


Tuesday, October 6, 2009

MV Doulos - Part 2

Mengisi masa lapang dengan mengunjungi pameran buku terapung di kapal MV Doulos menjadi agenda ana & anak2 pada last weekend. Ana pergi sekadar ingin membawa anak2 naik atas kapal sebab selama ni mama dia aje yg selalu turun naik kapal.
1st time ana naik kapal ni dengan kawan sepejabat rasa syok juga sbb tgk byk buku kanak2 & buku masak2. Teruja betul tgk buku2 yg murah tu espcially buku2 pasal kek. Tapi bila semakin lama menjelajah ke dalam kapal baru la ana perasan & yakin kapal ini berlabuh dengan agendanya tersendiri. Banyak buku2 kristian terdapat di sini.Dan misi mereka juga amat jelas dengan logo "Bringing knowledge, help & hope".

Misi halus mereka ini sama ada disedari atau tidak ternyata amat merunsingkan. Kanak2memang suka bila berada di atas kapal ini. Anda bole nikmati makanan & minuman dari kafe mereka & anda bole duduk2 di deck kapal. Terdapat juga segment "Discovery MV Doulos" selama 3 jam setiap ahad. Ana tak tengok la sebab time tu ramai orang datang dan keadaan kapal agak sesak.

Kapal ini berlabuh selama 12 hari di pelabuhan pasir gudang dan berakhir pada 6/10/2009. Kesemua krew kapal seramai 320 orang dikatakan adalah sukarelawan dari pelbagai negara. Kapal ini antara kapal tertua & terbesar di dunia iaitu semenjak 1914. Lebih kurang lahir sama dgn kapal Titanic tu.









Hubby beli buku ni - RM32
Bagus juga buku ni sebab ada details setiap negara seluruh dunia. Senang nanti kalau nk survey nk keluar BBNJ pulak.

Ana beli buku ni - RM40. Memang murah sebab ada 1001 macam resepi kek. Kertasnya pun berkualiti.



Buku untuk Aisyah & Yayah - Musical books cuma RM32 each

Buku bola untuk Addin cuma RM4 aje

Monday, October 5, 2009

MV DOULOS - Part1

Salam, anta semua layan dulu la gambar ni. Ana tengah sibuk ni. Nanti ana update story ok. InsyaAllah :)








Friday, October 2, 2009

Dahulukan puasa enam atau layan keluarga?

Soalan: Sempena hariraya, anak cucu saya pulang ke rumah. Selepas hariraya pertama ( 1 syawal) saya terus mula berpuasa enam. Isteri saya bersungut, katanya anak-anak balik dari jauh nak makan bersama-sama sedangkan saya berpuasa. Dia menyuruh saya berbuka sebab syawal masih banyak hari lagi, anak-anak pula cuti mereka pendek mereka hanya sempat beberapa hari sahaja bersama kami. Saya pula takut kehilangan fadhilat puasa enam syawal, apa yang patut saya lakukan. Jika saya berbuka nanti saya tidak dapat ‘raya puasa enam’. Minta huraian Dr..

Jawapan:

Ada beberapa perkara yang perlu disentuh mengenai soalan di atas;

Pertama: Adapun sunat puasa enam hari pada Bulan Syawwal, bukanlah terhad setakat enam hari berturut-turut selepas hariraya, sebaliknya enam hari pada Bulan Syawwal samada berturut-turut atau berselang-seli dalam bulan tersebut dianggap sebagai memenuhi maksud hadis:

من صام رمضان ثم أتبعه ستا من شوال كان كصيام الدهر

“Sesiapa yang berpuasa ramadhan, kemudian dia susulinya dengan enam hari dari Bulan Syawwal, maka ia bagaikan puasa sepanjang masa (tahun)” (Riwayat Muslim).

Walaupun di sana ada yang berpendapat yang afdalnya adalah berturutan selepas hariraya disebabkan ungkapan ‘ثم أتبعه’ (kemudian dia susulinya), namun fadhilat puasa enam ini tetap diperolehi oleh sesiapa sahaja yang berpuasa mana-mana enam hari dengan niat sunnah tersebut dalam Bulan Syawwal. Inilah yang disebut oleh al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) dalam Syarh Sahih Muslim.

Kedua: Seseorang yang berpuasa sunat dibolehkan berbuka apabila dia mahu. Bahkan, digalakkan berbuka jika itu dapat menguatkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan atau menjaga perasaan orang lain. Ini seperti hadis Abi Sa’id al-Khudri, katanya:

صنعت لرسول الله صلى الله عليه و سلم طعاما فأتاني هو وأصحابه فلما وضع الطعام قال رجل من القوم : إني صائم فقال رسول الله صلى الله عليه و سلم : دعاكم أخوكم وتكلف لكم ثم قال له : أفطر وصم مكانه يوما إن شئت

(Aku telah menyediakan makanan untuk Rasulullah s.a.w. Maka baginda dan sahabat-sahabatnya pun datang ke tempatku. Apabila makanan dihidangkan, seorang lelaki dalam kalangan mereka berkata: “Aku berpuasa”. Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Saudara kamu telah menjemput kamu, dan bersusah payah untuk kamu”. Kemudian baginda berkata kepada lelaki itu: “Bukalah puasa, dan berpuasalah satu hari lain sebagai ganti –jika mahu” (Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, dinilai hasan oleh al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fath al-Bari).

Dalam riwayat lain oleh al-Tabarani dalam al-Ausad baginda mengkritik lelaki tersebut dengan bersabda: دعاكم أخوكم وتكلف لكم ثم تقول إني صائم (saudara kamu telah menjemput kamu, dan bersusah payah untuk kamu kemudian kamu berkata ‘aku berpuasa!!).

Ini menggambarkan betapa menjaga hubungan baik itu patut diutamakan sementara puasa sunat pula boleh diganti pada hari yang lain. Puasa enam Syawwal pun demikian. Maka untuk menjaga hubungan kaum keluarga, maka eloklah ditangguhkan puasa tersebut jika hari-hari pada Bulan Syawwal masih banyak. Pada zaman ini, cuti yang terhad, waktu pertemuan sesama keluarga juga terbatas oleh kesibukan dan urusan yang berbagai, maka amalkanlah galakan Nabi s.a.w ini ‘berbuka dan ganti pada hari yang lain jika mahu’. Dengan itu hubungan keluarga dapat dikuatkan atau dijaga, puasa enam juga dapat dilaksanakan.

Ketiga: tiada dalam Islam apa yang dinamakan dengan ‘hariraya puasa enam’. Apatahlagi jika ia diiringi dengan ibadat khusus seperti solat tasbih sempena hariraya puasa enam yang dibuat di sesetengah tempat. Ini semua perkara yang diada-adakan yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda. Sabda Nabi s.a.w.:

مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ

“Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini (Islam) apa yang bukan daripadanya maka ia tertolak”. (Riwayat Muslim).

Allah Lebih Mengetahui;

Saturday, September 26, 2009

Tragedi 1 Syawal 1430

Aidilfitri yg sepatutnya disambut meriah hanya dikecapi seketika apabila pada malam raya kedua Addin ditimpa kemalangan. Selepas berkumpul bersama-sama sepupunya Addin sibuk nk ikut akak ana balik rumah mertuanya sbb Addin tak puas jumpa & main dengan sepupu dia. Mulanya ana memang berat hati tapi bila Maisarah juga merajuk nk ikut sepupu dia balik maka ana terpaksa mengalah. Jam 9.45 mlm kak Teh call ...dan tetiba ana terdengar hubby kata;
"Addin??? Innalillah.... Cakap la dengan Anna sendiri..". Masa tu hati ana berderau. Kenapa? Siapa yang meninggal? Ya Allah...Janganlah Addin...satu-satunya anak lelaki mama..Di hujung talian terdengar suara Kak Teh,
"Anna, Addin terlanggar pintu sliding. Mulut dia koyak. Aku skrg kat hospital. Mulut dia kena jahit ni".
"Mulut dia koyak aje ke? Teruk tak? Habis macam mana?" tanyaku
"Teruk juga...errr ko nak refer doktor pakar atau doktor biasa? diaorang kata kalau doktor pakar mungkin dia jahit cantik sikit. Tapi doktor tu on call"
oh! nk jahit cantik ke tak. Masa tu ana dah blank kepala otak ni...
"Aku nak doktor pakar. Engkau suruh diaorang call doktor tu skrg. Kejap lagi aku datang sana"
Ana & hubby terus bersiap. Alhamdulillah ana mampu kawal perasaan & tak panik. Ana yakin Allah tetap pelihara Addin. InsyaAllah. Sampai kat hospital ana tgk Addin terbaring. Bila dia nampak ana, terus air mata dia meleleh sedangkan sebelum tu Kak Teh kata dia tak menangis pun.

Ana sangka cuma koyak sikit tapi bila doktor bukak kapas tu ana terkejut tgk mulut Addin yang koyak tu.

Ana cuba kuatkan hati. Terus cium & usap kepala Addin. Hubby terus menjauhkan diri. Dia tak sanggup tengok muka Addin. Ini bukan soal Addin nakal atau Kak Teh cuai tak jaga Addin betul2 tapi ini takdir Allah. Bagi ana yg terbaik ketika ini ialah memberikan kata2 perangsang supaya Addin tabah. Doktor pakar kata Addin kena masuk OT juga untuk jahit mulut dia tu. Addin masuk OT jam 11.15 mlm dan siap sejam selepas itu. Sebelum masuk OT ana pesan pada Addin sepanjang doktor jahit luka tu Addin jgn putus zikir pada Allah. Ingat pada Allah. Hanya Allah yg mampu membantu kita dalam apa juga keadaan. Ana juga tak putus zikir pada Allah moga Addin tak apa2.

Addin selepas lukanya dijahit. Ada la dalam 10 jarum kot. Kat kaki pun ada jahit juga. Jari tengah sebelah kiri pun ada luka tapi tak amik gambar. Doktor kata Addin kuat. Tahan sakit. Tak menangis pon. Anak mama tentulah setabah mama kan? :)


Makanya malam raya kedua ana & hubby tidor di hospital. Esoknya ana tanya Addin macam mana dia boleh langgar sliding door tu. Addin kata dia & sepupu2 dia main bunga api kat luar. Addin tak nak main tapi diaorang yg ajak. Kak Teh kata tiba2 dia nampak Addin terus berlari masuk dalam & langgar pintu tu. Rupanya asap bunga api membuatkan Addin tak nampak sliding door. Dan Addin nk masuk dalam sebab nk tgk Astro. Mlm tu MU lawan apa ntah..Hai Addin....sama la engkau dgn abah engkau ya. Peminat syaitan merah..sebab tu kat rumah kita ni tak ada TV. Apatah lagi pasang Astro. Sebab mama tahu kalau korang tgk bola memang tak ingat dunia. Namun, itu semua asbab. Allah jua yg tentukan. Doakan semoga Addin cepat sembuh. InsyaAllah.

Wednesday, September 23, 2009

Selamat Hari Raya...

Salam, harapnya masih belum terlewat untuk ana mengucapkan selamat hari raya maaf zahir & batin buat semua ahli keluarga, sanak saudara & kengkawan blogger. Lama tak online sebab agak sibuk membuat persiapan menyambut suami balik hehehe ;)

tak lupa juga duit rayanya..hehe..

Hari raya pertama semua keluarga berkumpul di rumah ana. Terasa amat gembira sekali kerana mempunyai keluarga yg bahagia...

Majlis doa selamat juga diadakan pada raya pertama selepas zuhur untuk ahli keluarga terdekat

Namun begitu, kemeriahan menyambut hari raya hanya dapat dikecapi seketika. Malam raya kedua keluarga ana ditimpa musibah. Takdir Allah tiada siapa dapat menolaknya. Musibah apa ya? ana akan ceritakan kemudian nnt. makanya tahun ni ana tak beraya..huhuhu...:(

Friday, September 4, 2009

4 bulan hampir berlalu..

Salam, pejam celik pejam celik hampir 4 bulan masa telah berlalu. Ini bermakna lagi seminggu hubby akan tangguh. InsyaAllah. Kali ni anak-anak pun tak byk tanya tentang abah mereka. Alhamdulillah mereka dah mula faham. Cuma Sumayyah aje yg kebelakangan ini bila menangis akan panggil abah dia. Rindu agaknya. Tak macam tahun lepas anak2 sibuk nak telefon abah mereka masa hubby keluar 4B IPB. Tapi tahun ni semua tak kisah pon. Semalam bila ana kata lagi seminggu abah balik, ADDIN siap cakap "Eh! cepatnya abah dah nak balik. Abah lagi rasa cepat kan mama sebab abah yg keluar". Nampaknya Addin pun dah mula faham maksud khuruj di jalan Allah. Bila abah tak ada, Addin jadi pengganti abah. Addin berpuasa seperti biasa. Bila masuk berbuka Addin dengan duduk cara sunnah menjamah sedikit je makanan lepas tu terus keluar rumah. Mulanya ana terkejut juga.."Eh, Addin nak ke mana tu?" tanyaku. "Addin nk g solat la kat surau" jawabnya. MasyaAllah...anak mama...baiknya kamu...Walaupun abah tak ada tapi rutin setiap hari ikut abah solat berjemaah di surau tetap kau ingin lakukannya. Sejuk hati mama. Harap2 Addin istiqamah solat berjemaah di surau walaupun sebenarnya hati mama bimbang membiarkan engkau jalan seorang diri menuju ke surau. Cuma mama yakin jika engkau melakukan sesuatu yg baik pasti Allah akan pelihara engkau. InsyaAllah.

Sehingga hari ini sepanjang ketiadaan hubby semuanya berjalan seperti biasa. Siapa kata susah kalau ditinggalkan suami?? Ana rasa ok aje. Semuanya berjalan lancar & Allah bagi mudah segala urusan malahan Allah bagi rezeki yg melimpah ruah. Terima kasih juga pada karkunah2 di halaqah ana sbb dtg ziarah ana & bawa bermacam2 buah tangan.

Addin, Sumayyah & Fatimah waktu nk bangun sahur :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails