Saturday, September 26, 2009

Tragedi 1 Syawal 1430

Aidilfitri yg sepatutnya disambut meriah hanya dikecapi seketika apabila pada malam raya kedua Addin ditimpa kemalangan. Selepas berkumpul bersama-sama sepupunya Addin sibuk nk ikut akak ana balik rumah mertuanya sbb Addin tak puas jumpa & main dengan sepupu dia. Mulanya ana memang berat hati tapi bila Maisarah juga merajuk nk ikut sepupu dia balik maka ana terpaksa mengalah. Jam 9.45 mlm kak Teh call ...dan tetiba ana terdengar hubby kata;
"Addin??? Innalillah.... Cakap la dengan Anna sendiri..". Masa tu hati ana berderau. Kenapa? Siapa yang meninggal? Ya Allah...Janganlah Addin...satu-satunya anak lelaki mama..Di hujung talian terdengar suara Kak Teh,
"Anna, Addin terlanggar pintu sliding. Mulut dia koyak. Aku skrg kat hospital. Mulut dia kena jahit ni".
"Mulut dia koyak aje ke? Teruk tak? Habis macam mana?" tanyaku
"Teruk juga...errr ko nak refer doktor pakar atau doktor biasa? diaorang kata kalau doktor pakar mungkin dia jahit cantik sikit. Tapi doktor tu on call"
oh! nk jahit cantik ke tak. Masa tu ana dah blank kepala otak ni...
"Aku nak doktor pakar. Engkau suruh diaorang call doktor tu skrg. Kejap lagi aku datang sana"
Ana & hubby terus bersiap. Alhamdulillah ana mampu kawal perasaan & tak panik. Ana yakin Allah tetap pelihara Addin. InsyaAllah. Sampai kat hospital ana tgk Addin terbaring. Bila dia nampak ana, terus air mata dia meleleh sedangkan sebelum tu Kak Teh kata dia tak menangis pun.

Ana sangka cuma koyak sikit tapi bila doktor bukak kapas tu ana terkejut tgk mulut Addin yang koyak tu.

Ana cuba kuatkan hati. Terus cium & usap kepala Addin. Hubby terus menjauhkan diri. Dia tak sanggup tengok muka Addin. Ini bukan soal Addin nakal atau Kak Teh cuai tak jaga Addin betul2 tapi ini takdir Allah. Bagi ana yg terbaik ketika ini ialah memberikan kata2 perangsang supaya Addin tabah. Doktor pakar kata Addin kena masuk OT juga untuk jahit mulut dia tu. Addin masuk OT jam 11.15 mlm dan siap sejam selepas itu. Sebelum masuk OT ana pesan pada Addin sepanjang doktor jahit luka tu Addin jgn putus zikir pada Allah. Ingat pada Allah. Hanya Allah yg mampu membantu kita dalam apa juga keadaan. Ana juga tak putus zikir pada Allah moga Addin tak apa2.

Addin selepas lukanya dijahit. Ada la dalam 10 jarum kot. Kat kaki pun ada jahit juga. Jari tengah sebelah kiri pun ada luka tapi tak amik gambar. Doktor kata Addin kuat. Tahan sakit. Tak menangis pon. Anak mama tentulah setabah mama kan? :)


Makanya malam raya kedua ana & hubby tidor di hospital. Esoknya ana tanya Addin macam mana dia boleh langgar sliding door tu. Addin kata dia & sepupu2 dia main bunga api kat luar. Addin tak nak main tapi diaorang yg ajak. Kak Teh kata tiba2 dia nampak Addin terus berlari masuk dalam & langgar pintu tu. Rupanya asap bunga api membuatkan Addin tak nampak sliding door. Dan Addin nk masuk dalam sebab nk tgk Astro. Mlm tu MU lawan apa ntah..Hai Addin....sama la engkau dgn abah engkau ya. Peminat syaitan merah..sebab tu kat rumah kita ni tak ada TV. Apatah lagi pasang Astro. Sebab mama tahu kalau korang tgk bola memang tak ingat dunia. Namun, itu semua asbab. Allah jua yg tentukan. Doakan semoga Addin cepat sembuh. InsyaAllah.

10 comments:

  1. assalamu'alaykum warohmatullahi wabarokaatuh..

    ah..seram tengok luka pada mulut addin..

    moga Allah sembuhkan addin.. amiin ya Allah..

    ReplyDelete
  2. salam... waa~ dahsyatnyer... semoga cepat sembuh dan berbahagia selalu... semoga mulut addin akan digunakan Allah untuk berkata yang baik2 dan menjadi asbab ramai dapat hidayah... ameen~

    ReplyDelete
  3. semoga Addin cepat sembuh, insya-Allah.
    - dari kami sekeluarga.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum,makcik doakan Addin segera sembuh.kemalangan yang tak terduga kan ...

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum kak..
    innalillah...kami pun doakan addin cepat sembuh.insyaAllah..

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah Addin cepat sembuh..

    Semoga tabah dan sabar menghadapi ujian dari Allah.

    ReplyDelete
  7. Salam..ya Allah,kasihannya...mudah2an addin cepat sembuh yea..memang ujian aidilfitri nie...

    ReplyDelete
  8. Salam,

    Selamat hari raya saya ucapkan...saya terpanggil nak membaca tulisan saudari..subhanaallah..terperanjat saya melihat mulut addin tu...besar jugak koyaknya...hai..anak2 macam tulah..kalau sesuatu terjadi pada mereka naik hancur luluh hati ibu ayah dibuatnya...betapa kita kasihkan mereka..begitulah besarnya ALLAH sayangkan kita...semoga addin cepat sembuh dan sihat seperti sediakala...harap saudari banyak2 bersabar...

    ReplyDelete
  9. Salam, terima kasih atas doa kalian untuk Addin. Alhamdulillah Addin semakin baik & hari ini jahitan tu akan dibuka. Moga Addin akan menjadi anak yg soleh. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum wrt wbt.

    Ya Allah, kesiannya Addin. Moga cepat sembuh ya. Insya-Allah, ada hikmah yg tersembunyi di sebalik setiap kejadian.

    ReplyDelete

Assalammualaikum, sila tinggalkan komen anda jika ada. Atas sebab masa & tuntutan kerja kemungkinan komen anda tidak dapat dijawab oleh saya. Harap maklum. Jazakallah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails