Monday, August 22, 2011

Kuliah Bulan Ogos 2011

Tajuk kuliah : Fadhilat Ramadhan & Malam Lailatul Qadar
Sedikit perkongsian tentang kuliah bulan Ogos 2011 yg sempat ana catat;


  • Malam lailatulqaadar adalah malam ganjil pada 10 Ramadhan terakhir

  • Niat dlm hati ingin dapatkan MLQ, mohon pada Allah moga ada rezeki utk jumpa MLQ

  • Solat hajat mohon mendapat taufiq dan hidayah Allah

  • Elakkan 10 malam terakhir itu dgn perkara-perkara lain spt buat kuih, jahit langsir / baju, shopping , tengok TV dsb..

  • MLQ lbh baik dr seribu bulan. para malaikat turun ke bumi.

  • Malaikat tak akan masuk ke rumah yg ada anjing, ada khinzir, ruma org yg dlm keadaan hadas besar kerana berzina, rumah yg ada patung / gambar bernyawa

  • Jika malaikat tidak masuk rumah kita maka 1 keluarga akan hilang rahmat Allah

  • Doa pada MLQ ;

  • “Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku).
  • Digalakkan iktikaf di masjid (alhamdulillah hubby tgh kuar 10 hari skrg)

  • Bg wanita yg uzur bole amalkan zikir & doa di atas

  • Selebihnya ustaz sambung kuliah yg lepas tentang "Solat yg khusyuk & khuduk" ;


  • Imam Abu Hanifah telah solat isya' dan subuh dgn wuduk yg sama selama 40 tahun

  • Pupuk dlm hati kebesaran Allah swt

  • Saidina Ali ra saat mengambil wuduk mukanya akan menjadi pucat. Apb ditanya jawab beliau "Tahukan kamu dgn siapa aku akan mengadap sebentar lagi?" (Wujud sifat takut pada Allah swt)

  • Jaga tertib solat. Apb rukuk tgk kaki, sujud tgk batang hidung, tahiyat tgk jari

  • Fahami ayat yg kita baca terutama surah Fateha

  • Setiap ayat Al-Fateha yg kita baca , Allah akan menjawab "Hambaku telah memuji aku", "Benar, Hambaku telah memuji2 aku", "Hambaku telah mengagungkan aku"

  • Jika kita bantu agama Allah, Allah pasti akan bantu kita..

  • Hari ini kita yakin tidak pada Allah. Cth : org islam yakin akan menang dlm peperangan jika ada senjata yg canggih. Sedangkan Rasulullah berperang tanpa senjata & tentera yg mencukupi tp mereka yakin Allah akan bantu maka Allah beri kemenangan pd org islam.

  • Kisah penaklukan Baitul Maqdis akhirnya tentera yahudi menyerah kalah & menyerahkan kunci Baitul Maqdis pada Saidina Umar. Mereka rasa terhina sekali. Tapi kata ketua mereka "Jgn bersedih..hari ini kita menentang manusia yg dalam hatinya ada kebesaran Allah. Jika kita bergabung dgn seisi alam sekali pun kita tak akan menang. Kita tunggu apb org Islam menjadi rosak maka kota ini akan dpt kita tawan semula"

  • Benarlah kata mereka, Baitul Maqdis akhirnya jatuh ke tangan Yahudi semula apb org islam menjadi rosak & dikhayalkan oleh dunia ciptaan mereka. Wallahualam.

2 comments:

  1. assalamualaikum Puan
    terima kasih atas perkongsian maklumat yang saangat berguna buat diri yang lupa ini

    ReplyDelete
  2. MLQ nampaknya lebih menguntungkan dari MLM.. (",)

    ReplyDelete

Assalammualaikum, sila tinggalkan komen anda jika ada. Atas sebab masa & tuntutan kerja kemungkinan komen anda tidak dapat dijawab oleh saya. Harap maklum. Jazakallah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails