Wednesday, May 18, 2011

Happy Birthday To Me :)

Nur Fatimah Azzahra memotong kek mewakili aku..

dalam sedar tak sedar, dah pun 35 tahun aku hidup di dunia ini. alhamdulillah atas segala nikmat yg Allah berikan. kronologi hidup aku amat cantik sekali Allah tentukan. sepanjang 35 tahun aku hidup dalam keadaan susah, senang, pahit & manis yg aku rasai. .....


18/5/1976 ~ Lahir ke dunia ini pada jam 5.50 pagi di kg aku di Batu Pahat. Bersamaan juga 19 Jamadilawal 1396h. aku anak yg ke 5 dr 8 beradik.


1983 ~ Bersekolah darjah 1 di Sek Keb Pengkalan Rinting, Tampoi


1988 ~ Batch pertama menduduki UPSR


1989 - 1991 ~ Bersekolah di Sek Men Dato'Abdul Rahman Yassin hingga tngktn 3


1992 - 1993 ~ Bersekolah di SMV Perdagangan JB


1994 - 1996 ~ Melanjutkan pelajaran ke Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan


1997 ~ Mendaftar diri di UKM ( tapi tidak pernah hadir kuliah huhuhu.... )



1997 ~ Mula bekerja di Digi telecom sbg Customer Service Officer


( mak aku sedih time ni sbb dia nak aku ambil degree tp aku tak nak. aku kata aku nk kerja, InsyaAllah lg 3 tahun aku akan dpt gaji besar mcm org ada degree hehehe ). Bertemu jodoh dgn hubby di sini. klik utk citer selanjutnya...


1999 ~ Tahun yg penuh tragis dlm hidup aku. Mendirikan rumahtangga pada tahun ini. Aku juga dibuang kerja pada thn ini kerana kesalahan 'menggodem sistem'. dapat anak pertama tahun ini tapi anak sulungku meninggal dunia kerana tak cukup bulan.


2000 ~ Mendapat kerja di sebuah sykt oil & gas & masih berkhidmat hingga kini


2001 ~ Mendapat cahayamata kedua Muhammad Izzuddin


2002 ~ Mendapat cahayamata ketiga Nur Maisarah Suaidah pada 20/5/2002. Hadiah paling istimewa sempena birthday aku yg ke 26. Hubby kali pertama keluar 3h pada thn ini & aku ketika itu amat benci dgn usaha dakwah ini sbb bila hubby tak ada aku susah nk pergi kerja & uruskan 2 org anak. aku tak pandai bawak kete....


2004 ~ Mendapat cahayamata keempat Nur Aisyah Humaira. Hubby 1st time keluar 40H tapi aku redha atas apa yg dia pilih. Aku juga mendapat hidayah pada tahun ini. Aku kena transfer ke KL tapi aku tak nak. Aku ckp kat Boss aku "Saya redha kalau rezeki saya disini cuma setakat ini. Sya tak akan pindah ke KL walaupun kontrak sya tak akn disambung" Mula setup business tahun ini sbg persediaan if I am jobless, tapi dlm masa yg sama boss tak jadi trsf aku ke KL. So aku kerja sambil uruskan business aku hingga kini .


2005 ~ first time keluar masturat 3H. Rasa kesal yg amat sgt kerana lambat dpt hidayat. Bila keluar ni baru aku sedar bahawa belajar tinggi2 tp tak tahu sunah rasulullah saw. apa yg aku belajar semasa keluar ni tidak pernah aku belajar semasa di sekolah mahu pun di politeknik dulu. azam utk bertudung labuh. aku kena berubah....Its now...or never...



2007 ~ Mendapat cahayamata kelima Nur Sumayyah Syuhadah pada anniversary aku yg ke 8 iaitu 4/4/2007.


2009 ~ Mendapat cahayamata ke enam Nur Fatimah Azzahra. Mula create blog ini sewaktu dlm pantang sekadar mengisi masa terluang.


2010 ~ Dinaikkan pangkat pada tahun ini tp aku tolak tawaran tersebut sbb takut tak terpikul tanggungjawab. Aku tak sign pun offer letter tu tapi mendapat gaji dgn tangga gaji yg baru. Alhamdulillah. Aku & hubby juga dapat menunaikan haji pada thn ini. Impian kami berdua sekian lama dan sejarah dalam hidup aku yg paling indah menjadi tetamu Allah swt.


18/5/2011 ~ Allah panjangkan umur aku utk membuat catatan di blog ini...


Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik. Kalau la aku tidak dibuang kerja pada tahun 1999, tak tahu la skrg ni aku jadi apa. Kemungkinan aku masih lagi bekerja di situ dgn memakai skirt pendek & tak bertudung. Asbab aku dibuang kerja maka hubby pun cr kerja di tempat lain. Hubby dpt kerja 1 opis dgn senior dia masa kat UITM. Senior dia ni la yg tasykil hubby kuar. Aku pulak dapat kerja yg lebih baik. Allah mudahkan rezeki aku. Dan aku merasakan kehidupan aku kini lebih baik berbanding dahulu.


Sesungguhnya Allah maha mengetahui. Jika kita tak dapat apa yg kita inginkan hari ini yakinlah Allah akan memberikan yg lebih baik dari apa yg kita inginkan pada esok hari. InsyaAllah.

4 comments:

  1. Assalamualaikum,kak menarik karkuzari kehidupan akak ye,iyelah sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita,doakan saya ye kak, cuti sekolah nie balik semenanjung (balik tenggaroh)kami nak khuruj buat first time,mak saye semangat betul suruh kami keluar,coz dia nak jaga cucu2nya :) hehehe...bonus untuk kami bila mak dah ade fikir atas usaha ini...

    ReplyDelete
  2. Comelnya Fatimah Azzahra.. Meh kat uncle meh.. Uncle blanja makanan berkhasiat.. hehe..

    Kira terrer gak ummu fatimah menggodem sistem.. Cayalah.. (",)

    ReplyDelete
  3. Wsalam Marina,
    mai dtg umah akk bila balik Johor nnt. ada masturat tenggaroh nk kuar 10H thailand cuti sek ni. harap sgt dpt turut serta tp keadaan tak mengizinkan.

    Fuad, masa belum dpt hidayah kita gunakan kelebihan kita pada jalan yg tak sepatutnya. la ni dah dapat hidayah gunakan kelebihan yg ada untuk sebaik2nya. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  4. Expert gak akak bab-bab komputer.. Dah rasa macam nak blaja dgn akak je.. (",)

    ReplyDelete

Assalammualaikum, sila tinggalkan komen anda jika ada. Atas sebab masa & tuntutan kerja kemungkinan komen anda tidak dapat dijawab oleh saya. Harap maklum. Jazakallah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails