Tuesday, August 24, 2010

Andainya Engkau Ada...

Hari ini genap 11 tahun engkau pergi meninggalkan kami. Andai engkau ada, usiamu sudah pun mencecah 11 tahun. Wajahmu tak ubah seperti Abah. Putih, berambut kerinting, dagumu sedikit panjang, keningmu lebar & hitam. Bila memandang wajah abah sedang tidur, sama seperti wajahmu yg mama cuma dapat tatap seketika sebelum engkau disemadikan selamanya.

Kepedihan & kesedihan kehilanganmu mmg tak dapat digambarkan bila mama berpantang tanpa adanya tangisan bayi. Sungguh pedih ujian yg Allah turunkan. Kehilangan anak sulung yg mama nanti2 kan. Allah lebih sayangkanmu. Engkau hanya bernafas di bumi Allah ini selama 5 jam shj. Doktor kata paru-parumu masih tidak matang. Engkau tidak mampu untuk bernafas sendiri memandangkan engkau baru nk masuk 5 bulan dlm kandungan mama. Mama tak tahu silapnya dimana. 3 hari air ketuban mama bocor tak berhenti. Berbagai cara doktor lakukan untuk menyelamatkan engkau. Masuk hari ketiga mama terus rasa sakit nk bersalin. Mama tak tahu apa yg perlu mama buat. Mama tak ada pengalaman. Bila doktor usung mama ke dewan bersalin mama redha. Mudah shj mama melahirkan engkau. Tapi ketika engkau keluar engkau langsung tak menangis. Mama dengar doktor jerit "baby cramp!" tapi mama masih tak faham.

Kemudian mama diusung ke wad pula. Ketika mama hampir terlelap, doktor datang & bagitau mama yg engkau 50-50 dan doktor kata apa2 pun yg berlaku mama kena tabah. Mama diam aje. Mama seperti dah jangka yg engkau mungkin tak dapat diselamatkan. Sebelum subuh Abah sampai. Abah datang & cium mama. Perlahan-lahan abah kata "Baby kita dah tak ada...". Seingat mama ketika itu mama tidak menangis sbb mama redha pada ketentuan Ilahi. Tapi selama berpantang mama sering menangis bila teringatkan engkau. Hinggalah mama terbaca tentang Syafaat anak yg meninggal semasa kecil membuatkan hati mama gembira. Nantikan mama & abah di syurga ye...

Mama doa agar mama cepat2 mengandung lagi. Alhamdulillah engkau punyai seorang adik lelaki & 4 orang adik perempuan. Namun Allah masih belum makbulkan doa mama untuk dapat seorang anak lelaki yg saling tak tumpah seperti wajahmu. MUHAMMAD FIKRI IZZUDDIN ...engkau sentiasa di dalam ingatan mama...selamanya...abadi di sini...


"Abah kata Abang Long dah jadi ahli jannah. Mama & abah kena usaha sungguh2 utk jadi ahli jannah juga"

Satu-satunya baby boy mama..Muhammad Izzuddin

11 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Sadis la pulak.. perut tengah lapar nih..

    ReplyDelete
  3. assalamu'alaikum kakak,

    Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi:
    Allah s.w.t berfirman: “Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). ”

    Hadis riwayat Imam Bukhari


    menitis juga air mata bila baca kisah ni...

    syukran di atas perkongsian...semoga Allah makbulkan doamu kak...

    ReplyDelete
  4. salam...

    sayu nyer.. insyallah mudah-mudahan ader rezeki lagi.. izuddin tgh tggu mama dan abah kt pintu syurga tu...

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. mudah-mudahan Allah makbulkan doa

    aminn

    ReplyDelete
  7. Berat mata memandang berat lg bahu yg memikul. Muga dpt lg anak lelaki (ntah bila la nk bersalin lagi...) hehehe

    ReplyDelete
  8. Salam ...

    Kak, sayu rasa hati bila baca entry akak. Insya-Allah, saham akak dan suami dah menunggu di sana. Di dunia memang sedih, tapi di akhirat kelak bahagia yang kekal abadi akan menanti ...

    ReplyDelete
  9. Salam
    Jangan terlalu bersedih..saya pun pernah kehilangan dia tersayang ketika usianya 32 minggu..sudah 5 tahun berlalu namun ingatan pada dia tidak pernah padam..sempat menatap dia yang sudah tiada hanya beberapa jam cukup membuatkan saya menyimpan rindu bertahun-tahun..Tabahla kerana anda masih punya cahayamata yang lain sedangkan saya? Hanya keseorangan..

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum..
    saya pon pernah kehilangan anak ke2 atas sebab yg sama dengan puan. masa tuh kandungan saya 23 weeks. dia cuma hidup dlm beberapa jam sebelum Allah ambilnya..dah setahun lebeh tp mmg ingatan kepada dia x pernah padam..smoga kita berdua tabah menghadapinya, insyaAllah..

    ReplyDelete
  11. Salam.

    Tak perasan tiba2 ada air mata mengalir ktk baca citer ni.... Sob sob sob. Wp sy blum bergelar ibu sy dapat rasakan keperitan akak. Semoga tabah. Beruntung org yg anaknya meninggal ketika kecik.



    r ktk baca citer ni.... Sob sob sob. Wp sy blum bergelar ibu sy dapat rasakan keperitan akak. Semoga tabah. Beruntung org yg anaknya meninggal ketika kecik.

    ReplyDelete

Assalammualaikum, sila tinggalkan komen anda jika ada. Atas sebab masa & tuntutan kerja kemungkinan komen anda tidak dapat dijawab oleh saya. Harap maklum. Jazakallah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails