Tuesday, December 1, 2009

Bayi menggigil di luar rumah

BATU PAHAT: Sangkaan mereka suara tangisan anak kucing kebasahan akibat hujan di luar rumah, namun sebuah keluarga di Lorong Naib Resam, Pekan Sri Gading di sini, sebenarnya dikejutkan dengan penemuan seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di anjung rumah mereka, pagi semalam.
Lebih menyayat hati, bayi yang baru dilahirkan itu ditemui dalam keadaan menggigil dan kebiruan akibat kesejukan serta dibaluti dengan sehelai kain batik basah.
Kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu benar-benar menggemparkan keluarga Rohizad Kasman, 42, sebaik anak keduanya, Nurul Hazimah, 12, terdengar tangisan bayi berkenaan ketika bersiap untuk ke sekolah agama bagi menduduki peperiksaan.
Katanya, pada mulanya Nurul Hazimah memberitahu ibunya, Daing Maizaton Daing Ahmad, 40, bahawa dia terganggu dengan bunyi anak kucing yang mendayu seperti menangis meminta tolong memandangkan kawasan itu sering menjadi lokasi penduduk membuang haiwan itu.
“Bagaimanapun, timbul perasaan curiga di benak anak saya apabila mendapati suara anak kucing itu semakin lemah dan disebabkan ingin tahu, dia membuka pintu dapur rumah.
“Nurul terus ke depan anjung sebelum menjerit memanggil ibunya sambil berkata ada bayi ditinggalkan di hadapan rumah,” katanya ketika ditemui, semalam.
Menurutnya, isterinya terpaksa menangguhkan solat Subuh sekejap dan bergegas keluar rumah untuk mengangkat bayi berkenaan yang sedang dibasahi hujan.
“Apabila saya mengangkat bayi berkenaan, saya dapati tali pusatnya masih belum dipotong manakala urinya terjatuh. Saya terus memanggil seorang saudara yang bekerja di Klinik Kesihatan Sri Gading untuk dibawa ke klinik berkenaan bagi mendapatkan rawatan.
“Selepas mendapat suntikan dan dimandikan, saya mengazankan bayi perempuan seberat 3.1 kilogram itu sekali gus menyebabkan saya menitiskan air mata mengenangkan nasibnya yang hampir menjadi korban akibat kejahilan manusia,” katanya.


* Alhamdulillah bayi tersebut masih panjang UMUR..

Bayi ini telah pun dibuang di rumah sepupu ana. Ana baru tahu kisah ini semasa Hari Raya Haji yg lalu. Ana x mahu komen apa2 cuma ana doakan si ibu bayi ini akan insaf dan mendapat hidayah. Walaupun si ibu seperti tidak berperikemanusiaan tetapi syukur bayi itu tidak dibunuh atau dibuang ke dlm tong sampah atau dihumban ke dlm sungai. Ini bermakna ibu bayi itu masih lagi waras dan fikir bagaimana bayi ini akan selamat dengan diletak di anjung rumah sepupu ana yg rata2 penduduk kampung itu berbangsa cina. Bayi itu sekarang berada di ICU kerana infection & keadaannya kritikal. InsyaAllah sepupu ana nak ambil bayi itu sebagai anak angkatnya. Moga bayi itu akan menjadi anak yg solehah.

p/s: "Addin, tak ada pulak orang nak buang baby boy kat umah kita ek. Kalau ada, mama nak baby tu. Boleh dia jadi kawan Addin" :) Oh! betapa susahnya untuk mendapat sorang lagi anak lelaki. Kalau ada sesiapa nak bagi baby boy ana sedia terima. InsyaAllah.

3 comments:

  1. Astaghfirullah ..!!!. Sedih betul baca cerita ni. Manusia sudah semakin hilang kewarasan lantaran iman yang semakin tipis.

    ReplyDelete
  2. cuba lg n lg n bykkn doa. ank lelaki ke pompuan ke, summernye kene jd daie. Korbankan utk agama Allah. masih ramai lg manusia d luar sana yg jauh dr agama.

    Moga Allah pelihara zuriat keturunan kite dr firnah dunia ini. Amin

    ReplyDelete
  3. salam...wah...nasihat yang berguna lagi manafaat...kerosakan wanita berpunca dari lelaki yang rosak...sebab itu, usaha hendak dibuat ke atas orang lelaki...takaza kita sekarang dan sampai kiamat jumpa setiap lelaki akil baligh di dalam rumah2 org islam,,ajak mereka kepada masjid..biar semua lelaki islam ada hubungan dgn masjid dan ada taaluk dengan Allah swt.

    ReplyDelete

Assalammualaikum, sila tinggalkan komen anda jika ada. Atas sebab masa & tuntutan kerja kemungkinan komen anda tidak dapat dijawab oleh saya. Harap maklum. Jazakallah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails