Thursday, October 15, 2009

Apakah yg membezakan Ilmu & Iman?

Salam,
Hari ni ana terpanggil utk mengulas sedikit tentang apakah yang membezakan ilmu & iman. Sebenarnya sekian lama ana ingin menulis tentang tajuk ini tetapi baru hari ini Allah bagi kelapangan untuk ana menulis di dalam kesibukan harian.

Semalam, seorang teman yg agak rapat dengan ana berkata "aku ni sekolah agama tinggi tau. tapi ntah kenapa aku ni susah betul nak jaga solat. solat byk tinggal. rongak sana rongak sini". Ana diam aje. Ana memang perasan hamba Allah ni selalu culas tentang solatnya. Nk ana tegur rasa bersalah. Cara paling hikmah ana selalu kata kat dia, "engkau kalau nk solat pakai la telekung aku. telekung aku ada kat surau tu. pergi la solat...". sering aku kata begitu pada dia tapi akhirnya aku lihat dia tetap teruskan kerja dia sampai waktu zuhur berlalu dia masih tidak berganjak dr tempat duduk dia. aku faham, org perempuan ada masanya uzur tapi tentulah tidak uzur sentiasa kan?

Memandangkan semalam dia telah pun bukak cerita tentang dia culas menjaga solat dia maka sedikit sebanyak ana telah membawa fikir pada dia walaupun ana tau ana sendiri lemah & banyak kekurangan. nk jadi da'ieah tak perlu tunggu sampai diri kita perfect. Kalau nk tnggu sampai perfect, ajal dah tiba pun belum tentu sempurna iman & amal kita. Semua orang yg berilmu tahu akan kewajipan menunaikan solat. Hatta jika tanya pada budak tadika pun apa hukumnya menunaikan solat pasti sepantas kilat budak tadika tu akan jawab "WAJIB ustazah...". Apa pulak makna wajib? Sekali lagi kita yg berilmu akan kata wajib maknanya jika ditunaikan mendapat pahala, jika ditinggalkan mendapat dosa.

Tetapi kenapa kita yg berimlu ini tak amalkan?. Maksud ana kita tahu akan kewajipan solat tapi kita tak tunaikan solat itu? Sebab iman kita lemah. Kita kena usaha atas iman. Kalau nk kata kita tak beriman maka sama la taraf kita ni dengan org bukan islam. Jika kita beriman, pasti kita akan tunaikan solat. itulah yg membezakan antara ilmu & iman. Janji Allah, jika kita kembali padaNya dengan iman sebesar zarah sekali pun pasti Allah akan masukkan kita ke dalam syurga yg mana luas syurga itu 10 kali luas dunia ini. MasyaAllah..

Oleh itu usaha atas iman adalah penting. Bila kita khuruj ke jalan Allah, kita akan sentiasa perbaharui iman kita. bila kita lama tak keluar, mulalah lemah iman kita. Ana dah lama tak keluar masturat. Iman pun dah lemah. Nk caj balik kena tunggu Fatimah 2 tahun. Tapi itu bukan alasan. Walau tak keluar masturat still boleh nusrah jemaah & ikuti program masturat. Sekali lagi iman memainkan peranan. Jika kita ada iman tentu kita akan usaha bagaimana utk kita meningkatkan iman. Deepavali ni ana percaya ramai karkunah keluar masturat. Beruntunglah mereka yg Allah pilih untuk buat usaha agama ini lagi dan lagi sehingga kita tiada lagi. InsyaAllah.

3 comments:

  1. Aslm dik, rasanya tak perlu tunggu bila kuar masturat je iman kita akan meningkat...iman meningkat bila kita buat usaha atas iman.Salah satu cara yg paling bagus untuk meningkatkan iman ialah dgn dakwah manusia kepada iman... Cara2 lain antaranya baca quran, zikir, ibadat dll.Tp yg paling kuat kesannya pada iman ialah dgn dakwah kpd iman, manakala amal ialah buah kpd iman.Tentunya rakan adik tu akan mndpt buah jika dia juga usaha atas iman, insyaALLAH.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Umat pada hari ini masih tidak dapat membezakan antara iman dan ilmu. Mereka menyangka dengan banyaknya ilmu didada akan menjamin keimanan. Sebenarnya tidak begitu. Asas untuk memdapatkan ilmu adalah belajar untuk mendapatkan iman (mengenal Allah SWT). Asas untuk mendapatkan iman adalah dengan buat kerja nabi (dakwah).. Kerana tidak dapat memahami ini, maka umat hari ini terus-terusan dalam kemunduran..

    ReplyDelete

Assalammualaikum, sila tinggalkan komen anda jika ada. Atas sebab masa & tuntutan kerja kemungkinan komen anda tidak dapat dijawab oleh saya. Harap maklum. Jazakallah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails