Friday, September 4, 2009

4 bulan hampir berlalu..

Salam, pejam celik pejam celik hampir 4 bulan masa telah berlalu. Ini bermakna lagi seminggu hubby akan tangguh. InsyaAllah. Kali ni anak-anak pun tak byk tanya tentang abah mereka. Alhamdulillah mereka dah mula faham. Cuma Sumayyah aje yg kebelakangan ini bila menangis akan panggil abah dia. Rindu agaknya. Tak macam tahun lepas anak2 sibuk nak telefon abah mereka masa hubby keluar 4B IPB. Tapi tahun ni semua tak kisah pon. Semalam bila ana kata lagi seminggu abah balik, ADDIN siap cakap "Eh! cepatnya abah dah nak balik. Abah lagi rasa cepat kan mama sebab abah yg keluar". Nampaknya Addin pun dah mula faham maksud khuruj di jalan Allah. Bila abah tak ada, Addin jadi pengganti abah. Addin berpuasa seperti biasa. Bila masuk berbuka Addin dengan duduk cara sunnah menjamah sedikit je makanan lepas tu terus keluar rumah. Mulanya ana terkejut juga.."Eh, Addin nak ke mana tu?" tanyaku. "Addin nk g solat la kat surau" jawabnya. MasyaAllah...anak mama...baiknya kamu...Walaupun abah tak ada tapi rutin setiap hari ikut abah solat berjemaah di surau tetap kau ingin lakukannya. Sejuk hati mama. Harap2 Addin istiqamah solat berjemaah di surau walaupun sebenarnya hati mama bimbang membiarkan engkau jalan seorang diri menuju ke surau. Cuma mama yakin jika engkau melakukan sesuatu yg baik pasti Allah akan pelihara engkau. InsyaAllah.

Sehingga hari ini sepanjang ketiadaan hubby semuanya berjalan seperti biasa. Siapa kata susah kalau ditinggalkan suami?? Ana rasa ok aje. Semuanya berjalan lancar & Allah bagi mudah segala urusan malahan Allah bagi rezeki yg melimpah ruah. Terima kasih juga pada karkunah2 di halaqah ana sbb dtg ziarah ana & bawa bermacam2 buah tangan.

Addin, Sumayyah & Fatimah waktu nk bangun sahur :)

4 comments:

  1. Alhamdullillah ..sejuk perut mamanya.. best lah addin nak gi solat jemaah..tumpang rasa seronok.
    Dah tak lama lagi ni husband ummu fatimah nak blk. Menunggu2 hari lah ni kan? Pejam celik2( campur projek2 yg byk, he he )dah nak blk dah cik abg awak..kalau saya tak tau lah..org kuat cam ummu fatimah relaks je lah..camna pun semoga bergembira menunggu detik2 mendebarkan tuh ( tunggu husband awak blk lah.. )

    ReplyDelete
  2. Al-hamd .... sedar tak sedar, 4 bulan sudah berlalu. Suami akak dah sempurnakan takaza agama. Semoga susah payah & pengorbanan suami, akak dan anak2 akan diberi ganjaran yg besar oleh Allah swt. :D

    ReplyDelete
  3. Salam, 4 bln ditiupkan ruh ke dalam rahim ibu, maka anak dalam kandungan dapat bergerak... jika dia berhenti bergerak, semua org risau... Doctor akan selidik kenapa anak ni tak bergerak. Dia akan usahakan agar anak ni terus bergerak...Begitulah usaha agama..4 bulan dah dapat ruh, tapi kalau pulang ke rumah, tidor, tak buat usaha tempatan, kita kena risau... Doctornya kita lah, si isteri...jgnlah biarkan dia tak bergerak...InsyaALLAH, saya yaqin suami awk akn teruskan kerja2 tempatan apabila dia pulang dgn semangat dan keyaqinan yg makin mantap...doakan kami juga.

    ReplyDelete
  4. salam,

    subhanallah! tabahnya kak.
    semoga bakal isteri sy jd macam kak juga.

    Doa kan sy ye kak.

    dah jd follower dan dah link ke blog ana...

    ReplyDelete

Assalammualaikum, sila tinggalkan komen anda jika ada. Atas sebab masa & tuntutan kerja kemungkinan komen anda tidak dapat dijawab oleh saya. Harap maklum. Jazakallah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails