Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah & Muhammad itu pesuruh Allah..
Tuesday, August 11, 2009
H1N1
Salam..
Sana-sini orang dok sibuk kata tentang H satu N satu. Semalam ana pergi belanja ada la sorang lelaki berkopiah ni tegur ana. Kebetulan waktu tu ana "lady in black" iaitu pakai serba hitam. Lelaki tu kata "Awak tgk tu, sana sini orang tutup mulut hidung. Takut dengan H1N1. Tu la dulu orang pakai purdah kata tak bole. Sampai ada yang kena buang kerja sebab pakai purdah. Haaaa.. skrg baru padan muka".
Ana cuma tersenyum aje. Malas nak kata apa2 sebab ana pun tak berpurdah. Hehehe. Kemudian, dia dtg lagi kat ana. "Betul tak apa saya cakap?" tanyanya lagi. Ana senyum lagi dan menjawab "ya, benar...". Lepas tu ana terus buat2 sibuk pilih bawang. Bukan apa dan terbiasa dengan yg bukan mahram tak berapa suka nk cakap lebih-lebih.
Sebenarnya kelmarin, anak ana ada bagitau cikgu suruh beli mask. Memang ana ada kata pada dia tak payah la pakai mask, pakai purdah aje. Dia kata malulah mama...kawan2 tak pakai purdah pun. Ana pulak tengah berkira-kira nk pergi opis pakai purdah esok. Sure terkejut gila budak2 opis ni. Azam dah lama nak pakai tapi tuntutan kerja yg kena turun site & turun naik kapal rasa macam tak sesuai pulak. kekadang kena entertain client pergi lunch lagi...hmmm...camana nak makan nanti ek? bukak purdah? kalau ditolak pergi lunch sama rasa mcm tak patut pulak. byk perkara yg nk kena difikirkan. lately pulak dah rasa bosan dgn kerja2 opis ni. bertimbun memanjang...bosan...bosan...hati sekarang tgh berbelah bagi sama ada nak terus kerja atau resign aje. Nampaknya kena tunggu hubby balik & masyuarat dulu dgn dia..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam ummu fatimah, br on computer nih..patutlah td bagitau nak jd housewife..jd tak pakai purdah hari ni? Anyway apa pun mesyuaratlah dulu ngan hubby, tak lama je lagi nak blk tu, lps tu istikharah k..take care.
ReplyDeleteAslm, sama fikir kita nmpaknya...tajuk posting pun sama...haa satu hati wpun tak pernah bersua...insyaALLAH, ayat Quran tentang hijab dah lama turun...ingat cerita sahabiah yg apabila dibtau oleh seorg budak bahwa wahyu mengenai perintah hijab dah turun, wanita tu terus hadapkan muka ke dinding dan minta bdk td pg rumah dia dan ambil kain spya dia dpt tutup wajah dia.Kenapa?Dia bole balik sendiri ambil kain tu tp dia taknak wpun satu langkahnya tak ikut perintah ALLAH.Maaf bkn nak mencabar cuma nak bg semangat...mmg kita lemah terutama di zaman pancaroba ini...tp yg bole mengubahnya ialah kita sendiri dgn iringan doa pada ILAHI.
ReplyDeleteSalam kak,
ReplyDeletemmmm,purdah erk?..insyaAllah,memula tu memang payah nak pakai waktu makan...tapi lelama boleh...saya pun kalu makan tempat tersorok..buka purdah,kalau ramai orang...makan je pakai purdah..tangan kiri tarik sket purdah ke depan..and then tangan kanan suapla ke mulut..hehe..memula kelakar gak, tak nampak mulut..tapi lelama ok..cam org buta tak nampak..alah bisa tegal biasa..:)
inilah natijah yang Allah turunkan untuk penduduk dunia seluruhnya yang mempertikaikan pakaian sunnah para isteri-isteri anbiya 'alaihis salam.
ReplyDeleteSebenarnya banyak reason untuk tak pakai purdah kalau nak ikutkan. Tapi saya pakai ourdah, kerja dengan mat salleh, kerja dengan electrical, soldering, dan on top traning production operator lagi. So, kalau nak kata susah pakai purdah sebab kerja, may be sebab kita sebenarnya takut dgn bayang2 sendiri..tulah yang saya rasa sebelum pakai purdah..tapi sesungguhnya Allah will make it easy bile kita jalankan perintahnya..
ReplyDeleteSalam sekali lagi, sorilaa nak bebel lg skit, dr komen2 yg akk bc, rsnya dah sampai serulah untuk awk pki purdah.InsyaALLAH akk doakan agar ALLAH beri awk kekuatan...mula2 mmg susah... lama2 nnti x rasa apa2 dah.Remind yourself, this is the best attire that ALLAH wants me to wear. HE is our creator, HE KNOWS BEST what is good for me.
ReplyDeleteSalam semua,
ReplyDeletemekasih atas sokongan , nasihat serta doa kalian semua. InsyaAllah akan pakai purdah. Tengah cari ni mana letaknya purdah tu (ish malu nak cakap). Bukan apa barang2 dah packing nk pindah umah sebenarnya. Jadi, purdah ana tu mesti ada dalam kotak2 tu..InsyaAllah belajar-belajar nak pakai ni..
salam ziarah..masa ijtima dulu,tgah tggu flight,ramai gak yg "bpurdah"..lelaki,pompuan,muslim,non-muslim pun pakai 'purdah'(penutup mulut)..yela..takut dijangkiti H1N1...walau apapun, sunnah bawa kejayaan...1 sunnah dhidupkn zaman krosakkan umat,100 pahala syahid...
ReplyDeleteassalamu'alaykum warohmatullahi wabarokaatuh
ReplyDeletewah..purdah... semoga Allah memudahkan wanita2 yang ingin memakai purdahnya... amiin ya Allah..