Wednesday, August 5, 2009

Apabila kita berpisah kerana ALLAH



Suamiku,
hari ini genaplah 2 bulan kita tidak bertemu
tahukah kau betapa aku amat merinduimu
setiap masa & ketika aku akan terkenangkanmu
dan setiap moment-moment indah yang kita pernah lalui bersama
tapi kini kita terpaksa berpisah sementara
dan kau pergi meninggalkan aku ...


Suamiku,
seringkali aku mengungkapkan kata rindu & syahdu
dan seringkali juga aku kata aku cinta padamu
kau tersenyum dan mengucup dahiku
sabarlah wahai ahliahku..
jika engkau redha, Allah janjikan syurga untukmu
dan engkau akan masuk syurgamu 500 tahun lebih awal dariku
engkau akan menjadi ketua bidadari
dimana engkaulah yg paling cantik di kalangan mereka
tidakkah engkau menginginkan apa yang telah Allah janjikan?
jagalah amalanmu, dirimu & anak-anak kita sepanjang ketiadaanku
Biarlah kita berpisah sementara di dunia
asalkan kita bisa bergembira selamanya di syurga
ketika itu pastinya kebahagiaan hakiki
adalah milik kita ..

Suamiku,
aku akan sabar menantimu
saban malam kau akan hadir dalam mimpiku
kudrat Allah menyatukan hati dan fikir kita menjadi satu
walau aku terpaksa menahan rindu dan sendu..

6 comments:

  1. semoga Allah permudahkan segala urusan buat ummu fatimah sekeluarga.

    p/s: takpe sesekali berjauhan...makin rindu makin bertambah sayang hihihi...

    ReplyDelete
  2. Sayunye.... jgnlah begitu, kuatkan semangat. Selalu baca kisah2 sahabiah utk datangkan jazbah. Yakinlah Allah x akan sia2kan hambaNya yg korban diri n harta keranaNya. Ape2 kesulitan, 2 rakaat minta pd Allah. InsyaAllah, Allah akan buka jln n mudahkan segala urusan.

    p/s : bile2 free, cal le akak ye..

    ReplyDelete
  3. Salam kak.
    Ha'ah kak, setuju dengan kak A**. Banyakkan sabar, Insya-Allah.

    ReplyDelete
  4. Salam kak,
    Kesayaun dan kesedihan itu adalah lumrah dalam perjuangan sebagai isteri pendakwah..semoga sabar dan tabah mengahdapinyer..insyaAllah..:)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Ummu Fatimah..bawak bertenang..ala temporary je nih..takes your time..kan byk projek sekarang nih..he he. Takpe2 nanti kalau my hubby cuti weekend ( ntah bilalah tu ) saya mai ziarah ye, insya Allah..biasalah rindu2 nih..tu tanda sayang..he he..
    Dulu kak ahlia azhar bgtau, kita jgn ingat2 sangat hubby kita tu nanti dia tak tawajuh buat kerja..
    ok, take care..

    ReplyDelete
  6. Assalamualikum kak...sayuuuuu sgt2 la baca post ni.berderai air mata sy...moga Allah berikan akak kekuatan.

    ReplyDelete

Assalammualaikum, sila tinggalkan komen anda jika ada. Atas sebab masa & tuntutan kerja kemungkinan komen anda tidak dapat dijawab oleh saya. Harap maklum. Jazakallah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails