Friday, August 28, 2009

20 Amalan Murah Rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

Diantaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.)


2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.)


3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
"… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)


4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-ra'd: 28)


5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya." (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)


6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…" (Riwayat Muslim)


8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.


9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."


10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.


11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat Bukhari)


12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)


13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.)


14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)


16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: "… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)


17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim." Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.


18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.


19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
"Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) ." (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab .a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri "jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Thursday, August 27, 2009

Manfaat lapar untuk kesihatan hati


Luqman Al-Hakim menasihati anaknya, “Wahai anakku, apabila perut dipenuhi makanan, maka gelaplah fikiran, bisulah lidah dari menuturkan hikmah (kebijaksanaan) dan malaslah segala anggota badan untuk beribadah.”
Abdullah bin Mas’ud berkata, “Empat perkara yang mengelapkan hati atau melembapkan otak: perut yang terlalu kenyang, berkawan dengan orang yang suka membuat maksiat, tidak insaf terhadap dosa-dosa yang lalu dan panjang angan-angan.”

Berkata Dzunnun: “Saya tidak pernah kenyang kecuali saya berbuat maksiat atau berkeinginan untuk bermaksiat”.

Berkata ‘Aisyah r.aha:“Bid’ah pertama yang terjadi setelah Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam adalah kenyang sesungguhnya suatu kaum ketika kenyang perutnya keras nafsunya untuk mendapatkan dunia”

Berkata al Imam ash Shan’ani rahimahullah :“Sesungguhnya lapar itu adalah penjaga dari penjagaan Allah dan pertama yang terhindar dengan lapar adalah dorongan syahwat jima’ dan syahwat berbicara kerana bagi orang yang lapar tidak ada keinginan untuk berbicara kecuali sangat penting sehingga dia terhindar dari berbagai penyakit lisan, pada orang yang lapar juga tidak bangkit padanya syahwat jima’nya sehingga terhindar dari penyaluran syahwat yang diharamkan, orang lapar juga sedikit tidur kerana orang yang banyak makan dan minum akan banyak tidur yang dapat membawa kepada kerugian di dunia dan akhiratnya, terluput dari berbagai kemanfataan duniawi dan ukhrowi”.

Berkata Al-Imam Ibnu Rajab rahimahullah: “Lapar itu menyebabkan lembutnya hati, kuatnya pemahaman, lembutnya jiwa, lemahnya nafsu dan kemarahan. Sedangkan kenyang menyebabkan lawannya.”

Berkata Al-Hasan Al-Bashri rahimahullah: “Wahai Bani Adam, makanlah sepertiga perutmu, minumlah sepertiga perutmu dan biarkan sepertiga untuk bernafas dan berfikir.”

Ibnu Abi Dunya meriwayatkan bahawa Ibnu Umar berkata: “Aku tidak pernah kenyang sejak aku masuk Islam.”

Diriwayatkan dari Amir bin Qois, bahawa dia berkata: “Jauhilah oleh kalian kenyang, kerana kenyang itu mengeraskan hati.”

Telah berkata Malik bin Dinar rahimahullah: “Tidak semestinya, seorang mukmin menjadikan perutnya paling besar cita-citanya dan menjadikan syahwatnya menguasai dirinya.”

Berkata Al-Hasan Al-Bashri rahimahullah: “Adalah bapa kita Adam diuji dengan makan, dan terus kalian akan diuji dengan makan sampai hari kiamat.”Beliau juga berkata: “Barangsiapa mampu menguasai perutnya maka dia akan mampu menguasai amal solehnya.”Beliau berkata lagi: “Tidaklah hikmah itu berada di perut yang penuh.”

Diriwayatkan dari Abdul Aziz bin Abi Dawud bahawa telah dikatakan padanya: “Lapar itu banyak menolong seseorang bersegera melakukan kebaikan.”

Berkata Abu Imran Al-Juwaini: “Sesungguhnya nafsu, jika lapar dan haus maka bersih hati dan lembut dan jika perut kenyang dan lega maka hatinya buta.”

Beliau berkata: “Kunci dunia adalah kenyang dan kunci akhirat adalah lapar, dan pangkal segala kebaikan dunia dan akhirat adalah takut kepada Allah. Sesungguhnya Allah memberikan dunia ini kepada orang yang dicintai dan yang tidak, dan sesungguhnya lapar itu di sisi Allah ada simpanan yang ditunda dan tidak diberikan kecuali kepada orang yang dicintai-Nya.”

Berkata Al-Imam Asy-Syafi’i rahimahullah :“Saya tidak pernah kenyang selama 16 tahun, kerana kenyang itu memberatkan badan, menghilangkan kecerdasan, membuat banyak tidur dan melemahkan seseorang untuk melakukan ibadah.”

“Bukanlah puasa itu hanya sekadar menghentikan makan dan minum tetapi puasa itu ialah menghentikan omong-omong kosong dan kata-kata kotor.”
(H.R.Ibnu Khuzaimah)

Demikian kehidupan Rasulullah dan para shahabat. Beliau dan para shahabatnya lebih memilih banyak lapar dari pada kenyang kerana kefahamannya terhadap faedah lapar dan bahaya kenyang, lebih memilih mengekang syahwatnya daripada menurut syahwat, dan bukannya pada mereka tidak ada makanan tetapi beliau lebih memilih keadaan yang lebih baik dan lebih sempurna daripada lawannya. Mereka makan dan minum sekadar dapat melaksanakan ibadah, kerana hanya untuk itu (untuk beribadah) diciptakannya jin dan manusia.

source : http://adlizakaria.blogspot.com

Monday, August 24, 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

Ketenangan ada dalam IMAN. Bahagia ada dalam REDHA. Sihat ada dalam SOLAT. Damai jiwa ada dalam ZIKRULLAH. Dan tabah & sabar ada dalam RAMADHAN. Selamat berpuasa semua. Semoga Ramadhan ini membawa berkah di dalam kehidupan kalian. Mohon ampun dan maaf atas kesilapan ana.

Thursday, August 20, 2009

Updates

Sedikit updates tentang perjalanan hidup ana sepanjang ketiadaan hubby. Alhamdulillah Allah kasi mudah segala urusan walaupun sibuk banget. Biasa la kan kalau urusan dunia ni memang tak habis2. Masuk kubur nanti baru habis. Itu pun tak habis juga sebab dalam kubur nanti kena soal pulak macam-macam. Jadi kalau nak senang & aman damai dalam kubur kena istiqamah amalan berikut:

1. Banyakkan bangun malam & solat. InsyaAllah kubur akan terang benderang.
2. Banyakkan membaca al-Quran kerana ia akan menjadi teman di dalam kubur.
3. Bacalah surah al-Mulk setiap malam agar lepas dari azab kubur.

Sepanjang ketiadaan hubby, ana sebenarnya tak sedia menerima tetamu utk ziarah during weekdays. Bukan apa, kekadang balik lewat (selalu). Tiap2 hari kena wat site visit bila hubby tak ada. Rutin harian, lepas magrib kena baca taklim. Lepas tu nak memasak, lepas tu nak tgk homework anak-anak, lepas tu nak buat kek pulak kalau ada tempahan. Alhamdulillah tahun ni dah ada pembantu aka my bibik. Jadi beban kerja rumah dah kurang sikit la. Macam tahun lepas masa hubby kuar 4B IPB bibik lama ana terus balik Indon pasal masalah kesihatan. Wah! mujahadah betul. Namun, alhamdulillah dapat juga melaluinya dengan penuh kesabaran walaupun tengah pregnant masa tu.

Citer pasal bibik ni alhamdulillah bibik ana ni ok orangnya. Muda lagi baru 24 thn tp tangkas juga la buat kerja tak payah suruh2. Yg ana suka dia ni jaga solat & selalu solat awal waktu mengalahkan ana sendiri (Oh! malunya). Dan dia akan ajak anak2 sekali solat bersama. Syukur!

==========================================================


Currently ana tengah bzzzz mengemas rumah nk pindah. Plan awal nk pindah b4 posa. Konon2nya bila hubby balik nanti dah pindah la umah baru. Tapi bila fikir balik takut pulak nak pindah sbb kawasan tu masih sunyi lagi & belum ramai yg pindah.
So kena la tunggu hubby balik & insyaAllah akan pindah sebelum raya sebab adik beradik & mak abah nak beraya kat rumah ana. Azam rumah baru ni nanti nak terima jemaah masturat. InsyaAllah akan sedia untuk terima jemaah sentiasa. Mulanya hubby tak setuju nak pindah ke sini sebab dia kata 5 amal masjid tak hidup. Susah! Tapi entah macam mana masa dia keluar ni dia kata ada dengar satu bayan. Si pembayan telah berkata "Karkun tak payah beli rumah. Bagus pindah randah. Biar buat usaha merata supaya hidayat tersebar seluruh alam". Since then, kami berazam untuk hidupkan marhalah baru ni dengan usaha dakwah ni sebagaimana tempat skrg yg akan kami tinggalkan selepas kami hidupkan usaha dakwah di sini. (sikit je korban kami ni, masih tak setanding usaha sahabat2). Rumah di dunia yg Allah bagi agak selesa juga. Risau untuk rumah di akhirat nanti. Entah macam mana la agaknya bahagian kami nanti. Tuan2, puan2 tolonglah doa untuk kami..

Wednesday, August 19, 2009

Al-Fatihah...

Salam,
A friend of mine passed away last Thursday diagnosed to H1N1. She was 8 months expecting. When her hubby called me I was really shocked because last three days before I met her and we have a good chat about our kids. She left two son age 4 & 6 yrs old. A very condolence from me to her family. Semoga Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al-fatihah untuk beliau.

* Atas sbb2 tertentu ana tak dpt menyatakan nama beliau disini.

Wednesday, August 12, 2009

JAWATAN KOSONG

1. Guru Tadika
2. Pembantu Taska

- Kelulusan minima SPM & berumur 18thn ke atas
- Beragama Islam & wajib menutup aurat
- Suka & sayang pada kanak-kanak
- Sabar & prihatin
- Mempunyai pengalaman digalakkan memohon
- Lokasi: Pasir Gudang, Johor & Skudai, Johor
- Tempat tinggal disediakan
- Makan percuma pada waktu bekerja
- Ada potongan EPF & SOCSO


Sila hubungi 019-2866637

** Iklan ini adalah percuma.

Tuesday, August 11, 2009

H1N1


Salam..
Sana-sini orang dok sibuk kata tentang H satu N satu. Semalam ana pergi belanja ada la sorang lelaki berkopiah ni tegur ana. Kebetulan waktu tu ana "lady in black" iaitu pakai serba hitam. Lelaki tu kata "Awak tgk tu, sana sini orang tutup mulut hidung. Takut dengan H1N1. Tu la dulu orang pakai purdah kata tak bole. Sampai ada yang kena buang kerja sebab pakai purdah. Haaaa.. skrg baru padan muka".

Ana cuma tersenyum aje. Malas nak kata apa2 sebab ana pun tak berpurdah. Hehehe. Kemudian, dia dtg lagi kat ana. "Betul tak apa saya cakap?" tanyanya lagi. Ana senyum lagi dan menjawab "ya, benar...". Lepas tu ana terus buat2 sibuk pilih bawang. Bukan apa dan terbiasa dengan yg bukan mahram tak berapa suka nk cakap lebih-lebih.

Sebenarnya kelmarin, anak ana ada bagitau cikgu suruh beli mask. Memang ana ada kata pada dia tak payah la pakai mask, pakai purdah aje. Dia kata malulah mama...kawan2 tak pakai purdah pun. Ana pulak tengah berkira-kira nk pergi opis pakai purdah esok. Sure terkejut gila budak2 opis ni. Azam dah lama nak pakai tapi tuntutan kerja yg kena turun site & turun naik kapal rasa macam tak sesuai pulak. kekadang kena entertain client pergi lunch lagi...hmmm...camana nak makan nanti ek? bukak purdah? kalau ditolak pergi lunch sama rasa mcm tak patut pulak. byk perkara yg nk kena difikirkan. lately pulak dah rasa bosan dgn kerja2 opis ni. bertimbun memanjang...bosan...bosan...hati sekarang tgh berbelah bagi sama ada nak terus kerja atau resign aje. Nampaknya kena tunggu hubby balik & masyuarat dulu dgn dia..

Wednesday, August 5, 2009

Apabila kita berpisah kerana ALLAH



Suamiku,
hari ini genaplah 2 bulan kita tidak bertemu
tahukah kau betapa aku amat merinduimu
setiap masa & ketika aku akan terkenangkanmu
dan setiap moment-moment indah yang kita pernah lalui bersama
tapi kini kita terpaksa berpisah sementara
dan kau pergi meninggalkan aku ...


Suamiku,
seringkali aku mengungkapkan kata rindu & syahdu
dan seringkali juga aku kata aku cinta padamu
kau tersenyum dan mengucup dahiku
sabarlah wahai ahliahku..
jika engkau redha, Allah janjikan syurga untukmu
dan engkau akan masuk syurgamu 500 tahun lebih awal dariku
engkau akan menjadi ketua bidadari
dimana engkaulah yg paling cantik di kalangan mereka
tidakkah engkau menginginkan apa yang telah Allah janjikan?
jagalah amalanmu, dirimu & anak-anak kita sepanjang ketiadaanku
Biarlah kita berpisah sementara di dunia
asalkan kita bisa bergembira selamanya di syurga
ketika itu pastinya kebahagiaan hakiki
adalah milik kita ..

Suamiku,
aku akan sabar menantimu
saban malam kau akan hadir dalam mimpiku
kudrat Allah menyatukan hati dan fikir kita menjadi satu
walau aku terpaksa menahan rindu dan sendu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails