Tuesday, June 2, 2009

Tertib Usaha Masturat

Doa kamu tidak dikabulkan Allah kerana hati kamu telah mati disebabkan oleh 10 perkara;

1. Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak tunaikan hak-hakNya.
2. Kamu mengakui bahawa kamu cinta pada Rasulullah SAW tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
3. Kamu telah membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal menurut al-Quran.
4. Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
5. Kamu telah makan nikmat2 Allah tetapi kamu tidak tunaikan syukurNya.
6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar adanya tetapi kamu tidak beramal untuknya.
7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar adanya tetapi kamu tidak lari darinya.
8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar adanya tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
9. Kamu bangun dari tidur lalu menceritakan keburukan manusia tetapi kamu lupa tentang keburukan sendiri.
10. Kamu mengebumikan mayat2 saudara kamu tetapi kamu tidak jadikan pelajaran ke atas mereka.

Dari maulana Yusof RAH;
'Taklim adalah satu amalan yg penting lagi utama. Kita hendaklah duduk dengan beradab apabila menghadiri majlis-majlis taklim. Kita hendaklah menjaga adab2, peraturan2, ketinggian & kehormatan majlis itu. Kita hendaklah mengambil wudhu terlebih dahulu, janganlah sekali-kali duduk bersandar, janganlah sekali-kali meninggalkan majlis itu kerana desakan tabiat,janganlah sekali-kali berbual-bual dan berbisik-bisik semasa taklim sedang berjalan. Jika kita menghormati adab-adabnya nescaya majlis itu dilingkungi oleh para malaikat. Dengan itu ahli2 majlis akn mendapat taufik untuk mentaati Allah. Dengan menghormatinya nescaya dianugerahkan Nur Hadith yg mendatangkan Hidayat sejati untuk menjalankan sepenuhnya perintah-perintah Allah swt'.

5 comments:

  1. Assalammualaikum wrt wbt ....

    Doakan saya dapat pegi taklim hujung minggu ni ye kak. Lama beno dah tak gi, dah 'berkarat' dah ni. *Astaghfirullah*

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum...ada masa,lawatila blog ana ...syukri-abdullah.blogspot.com untuk kongsi ilmu

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum wrt wbt...

    Anggaplah saya seorang yang baru mendapat kefahaman dan tarbiyah dari Allah swt. Kak, masturat yang keluar 3hr,10hr dan dll tu adalah muslimah yang keluar bersama suaminya ker?
    muslimah belum berkahwin bleh kuar jugak tak?

    ReplyDelete
  4. Wsalam,
    masturat hanya dibenarkan keluar bersama suami atau anak lelaki. bagi yg belum berkahwin, boleh ikut ibunya untuk keluar masturat bersama. atau boleh nusrah jemaah dan ikuti program masturat bersama di tempat anti jika ada. cuba tanya2 pada ahliah karkun di tempat anti.

    ReplyDelete
  5. terima kasih kak. Nur hargai sangat apa yang akak dah jelaskan. Alhamdulillah.

    ReplyDelete

Assalammualaikum, sila tinggalkan komen anda jika ada. Atas sebab masa & tuntutan kerja kemungkinan komen anda tidak dapat dijawab oleh saya. Harap maklum. Jazakallah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails