Thursday, April 23, 2009

Nusrah Jemaah

Salam,
Semalam ada jemaah 4B dari India masuk ke tempat ana. Alhamdulillah moga bertambah maju usaha ini. Hubby minta ana masak untuk makan malam. Makanya balik dari kerja semalam terus turun ke dapur. Masak simple aje. Kari daging & sayur tauge goreng serta ulam-ulaman. Tak tahulah masakan ana ni memenuhi citarasa mereka atau tak. Janji kenyang. Hubby pun nusrah habis-habisan pada jemaah ni. Hubby kata lately amalan dia buruk. Takut Allah tak bagi bantuan nak mohon cuti 4B. Jadi dia harap semoga Allah pandang nusrah dia pada jemaah ni. Kemudian, untuk sarapan ana sediakan chapati segera bersama kari daging lagi. Alhamdulillah utk tengahari ada orang tempatan yg nak masakkan utk jemaah & makan malam pula ada ahlia karkun lain yg sedia untuk khidmat masak. Kalau ana tak kerja insyaAllah ana sedia aje untuk memasak buat jemaah. Kalau tak kerja boleh juga masak beriani ke...masak merah ke...hmmm...lain kali la. InsyaAllah.

5 comments:

  1. Kat sini pun ada takaza untuk keluar masturat. Tapi tulah, kat sini mujahadah la bila nak tinggal anak.

    Dulu akak ada gak adik dok sekali jaga anak, sekarang dah balik malaysia. Nak tinggal rumah orang pun, faham2 ja lah, kat UK ni rumah pun comel2..

    Doa untuk akak jugak.

    ReplyDelete
  2. salam,
    saya baru pernah sekali keluar masturat...tu pun 6 thn dulu. Minggu lepas jemaah masturat dr melbourne dtg adelaide ni...saya n suami azam nak keluar..doa2kan ye. masalah anak2 katanya akan dimesyuaratkan kat melbourne...moga Allah permudahkan.

    ReplyDelete
  3. Salam kak,
    Insya Allah, semoga Allah pilih kakak untuk nusrah jemaah lagi. Banyak nusrah kita lagi dekat dgn Allah kan?

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah ana doakan ummi, suzi & izat dapat keluar masturat lagi dan lagi sehingga kita tiada lagi. Jika ada keazaman yakinlah Allah akan permudahkannya. Yang penting niat dan tujuan kita hendaklah betul dan lillahitaala..

    ReplyDelete
  5. slam...wah...minta doa pada semua org islam,doktor zainol amirsahad jemaah masturat markaz jitra kena gigit dengan lipan semasa sedng khuruj di sabah,so jemmaaah tu kena tangguh dan balik kedah balik,,dr sab skrg ada di hosptal alor setaq...info skrg di kwasan saya(pendang ada jemaaah borghuz arab yaman..) info jemaaah saya akan brgkat ke sabah pd 15/6/09 (jemaah student tau) minta di doakan semuanya...amin

    ReplyDelete

Assalammualaikum, sila tinggalkan komen anda jika ada. Atas sebab masa & tuntutan kerja kemungkinan komen anda tidak dapat dijawab oleh saya. Harap maklum. Jazakallah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails