Thursday, April 16, 2009

Doa Sang Isteri



InsyaAllah bulan Mei nanti hubby azam keluar 4 bulan lg. Yang hubby rancangkan keluar 2 bulan, kemudian selepas ijtima' akan keluar 2 bulan lagi. Tahun lepas alhamdulillah hubby dapat keluar 4 bulan ke India & Bangladesh. Sebenarnya azam untuk keluar 4 bulan memang dah lama. Tahun 2007 hubby memang azam nk keluar IPB. Hubby minta izin dr ana. Terus terang sahaja ketika itu berat hati ana nak melepaskan hubby pergi. Ana tak sedia sebab ketika itu Sumaiyah baru sahaja 2 bulan. Walaupun begitu ana izinkan juga tetapi dalam hati hanya Allah shj yang tahu betapa ana berdoa agar hubby tak dapat cuti. Teruknya ana ketika itu. Lemahnya iman ana... Tiba-tiba pulak memang cuti hubby untuk 4 bulan tak lulus. Dia cuma dapat cuti 40 hari shj. Ana gembira sekali. Tapi hubby tak tahu kalau ana sebenarnya suka dia tak dapat keluar 4 bulan. RAHSIA. 

Kemudian tahun 2008, ana pulak yang josh sangat. Ana yang beria-ia sangat suruh hubby keluar IPB 4 bulan. Waktu tu ana fikir karkun lain ramai yg dah keluar 4B tapi hubby masih tak keluar-keluar lagi. Hati ana ketika itu benar-benar ikhlas dan redha untuk ditinggalkan selama 4 bulan sehingga ana syor pada hubby kalau tak dapat cuti, resign aje! Dan tanpa disangka-sangka cuti hubby untuk 4 bulan diluluskan oleh COO sykt tempat dia bekerja (itu makhluk aje, yg bagi cuti sebenarnya ALLAH swt). Syukur!!

Jemaah dibentuk ketika Jor di Benut, Pontian. Hubby dan jemaahnya pun mohon visa untuk ke India. Tapi malangnya visa tak lulus. Bila hubby call kata visa tak lulus ana terdiam. Lepas letak telefon, ana menangis, menangis dan menangis lagi…. Ini sahajalah peluang untuk hubby keluar. Bukan mudah nak dapat cuti 4 bulan. Kalau tak dapat keluar IPB sia-sialah cuti yang lulus ini. Hubby kemudian bertolak ke Sri Petaling. Disana jemaah bermasyuarat dan sepakat untuk memohon visa di Penang. Malangnya sekali lagi permohonan visa ditolak dan melayanglah lagi RM untuk 2 kali mohon visa ini. Ketika hubby call dia berkata “Anna, mungkin amalan saya buruk. Saya & jemaah tak dapat visa ke India. Visa ke Pakistan pun tak dapat. Anna tolonglah doa untuk saya dan jemaah supaya dapat visa sebab skrg nak cuba mohon kat KL pulak”. Hati isteri mana yang tak sedih bila suami kata begitu. Ana menangis. Hubby pesan minta solat hajat agar Allah pilih dia. Maka ana pun solat hajat dan berdoa bersungguh-sungguh didalam tangisan mohon pada Allah agar hubby dapat keluar juga ke India. Mungkin ini sekadar ujian Allah ingin melihat kesungguhan hambaNya. Hubby dan jemaahnya juga turut meningkatkan amalan & tawajjuh mereka dengan harapan Allah terima & pilih mereka. Akhirnya… visa yang dimohon di KL lulus!! Dari jemaah hubby hanya 3 orang shj yang lulus (kalau tak silap). Hubby ucapkan terima kasih atas doa dan korban ana. Maka berangkatlah hubby ke India selama 2 bulan, kemudian ke Bangladesh pula selama 2 bulan. Begitulah doa seorang isteri. Jika berdoa dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh InsyaAllah akan dimakbulkan. Apabila suami redha kepada isterinya maka Allah juga redhda kepadanya.

Pengalaman semasa hubby keluar 4 bulan tidaklah seteruk yang ana sangkakan. Alhamdulillah ana yang ditinggalkan ini dapat menjalani kehidupan yang lebih tenang & mudah. Apatah lagi ketika itu maid ana pun tamat permit & balik ke Indon. Maka ana sendirian menguruskan rumah, anak-anak, bisness & kerjaya sendiri. Memang mujahadah tapi inilah yang dikatakan JIHAD. Isteri yang menguruskan hal rumahtangga ketika suami keluar dijalan Allah dikira berjihad dan mendapat ganjaran yang besar. Dan melalui pengalaman ana juga apabila suami keluar dan tawajjuh maka anak isteri yang ditinggalkan akan dipelihara dan dimudahkan urusannya. Anak-anak pun tak meragam seakan mengerti bahawa ayah mereka sedang keluar di jalan Allah. Alhamdulillah Allah bagi kefahaman walaupun sedikit pada ana atas usaha dakwah ini. Azam untuk meneruskan usaha ini lagi dan lagi sehingga ana tiada di dunia ini lagi. InsyaAllah.

9 comments:

  1. Alhamdulillah.
    Masa hubby klr ipb(2003), ank sy (Muhammad Ammar) masuk hosp sb demam panas. Hanya Allah sj yg tahu perit getirnye. (2005) hubby klr German-Switzerland - x de ape2 ujian. releks je. (2009)- InsyaAllah x de ape2 kot. Byk doa moga Allah mudahkan segala2nye, Amin

    Ahlia Azhar

    ReplyDelete
  2. Alahai orang2 4 bln, saya ni baru nak kena tinggal 40 hari dah rasa goyang2 ni...
    kena banyak doa nangis2 ni nampaknya mintak semua berjalan lancar.
    Masa kena tinggal 40 hari dulu, dugaan ada la sikit..

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya semasa husband kita keluar ni, apa saja dugaan insyaAllah boleh dihadapi. Cuma yang ana tak sanggup pandangan serong orang lain terhadap usaha ini. Lebih-lebih lagi jika orang itu dr keluarga kita sendiri. Selalunya kalau ada apa-apa masalah masa hubby keluar sedaya upaya ana akan selesaikan sendiri. Tak mahu menyusahkan orang lain.

    ReplyDelete
  4. Betul tu. Pesan hubby sy waktu nk klr ari 2, belajar2 mujahadah cam sahabiah. Smlm, 16/04/09 kul 9pg pegi ambil air ubat Muhammad Ammar di HKL. Berat 1 kotak 12kg. Angkat sorang2 20 kotak. Allah huakbar, Allah saje yg tahu penatnye. cam nak pengsan.

    Ahlia Azhar

    ReplyDelete
  5. Assalamualykum my dear sisters,

    Moga beri taufiq utk dpt manfaat terus dari zatNya, sentiasa mudahkan dgn nusrahNya dlm setiap mujahada yg dilalui. Jazakumullahu khayran, rasa inspired dgr kisah2 ahlia. Mohon doa kakak2 moga Allah beri saya taufiq utk turut serta bantu usaha agamaNya secepat mungkin.

    -Jannah

    ReplyDelete
  6. salam,,,,,
    boleh x sy nak bekenalan dgn sis,,,,
    sy mmg betul2 nak kenal dgn isteri karkun,,
    tp xpena dpt,,,,bile jumpe isteri karkun kat area rumah sy...sy asyik segan jek

    ReplyDelete
  7. salaw,,wah,,,mujahadahnya masturat ni....semoga Allah jadiakn masturat....sebagai penggerak agama Allah..

    ReplyDelete
  8. saya paling lama hubby keluar pun 20 hari(tak dpt cuti)...tu pun sy balik kg...
    tak rasa sgt mujahadah lagi...
    kami azam nk keluar masturat kat sini sblm balik m'sia..doa2kan kami ye...

    p/s:nak anna pun ada nama Sumaiyyah ke?...moga jadi anak solehah..

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum wrt wbt ...

    Sejak ada anak ni, dah lama dah tak keluar masturat.Ya Allah, pilihlah kami & zuriat kami untuk buat usaha agama ke seluruh alam hingga hari kiamat, Ya Allah.
    Amin

    ReplyDelete

Assalammualaikum, sila tinggalkan komen anda jika ada. Atas sebab masa & tuntutan kerja kemungkinan komen anda tidak dapat dijawab oleh saya. Harap maklum. Jazakallah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails