Friday, March 20, 2009

Sunyi & sepi

Hari ini tiada apa yang menarik. Sakit kepala sbb mlm td Fatimah merengek. Sumaiyah juga merengek. Lepas siap buat kerja balik ke rumah. Lepas zuhur terus tidur. Sedar-sedar dah hampir jam 6 ptg. Terbabas lak. Hubby tak ada. Keluar 3 hari. Bila hubby tak ada, terasa amat sunyi & sepi. Itu baru 3 hari. Kalau 4 bulan lagilah sunyi dan sepinya ana. Petang tadi, ana cal Kak N. Rupanya Kak N sedang bersiap-siap skrg utk terbang ke India 40H. Jealous ana! Dulu pernah azam nak keluar sama dengan dia tapi ana ni asyik bersalin aje. Hahaha. Kak N inilah wanita yg membuatkan hati ana terbuka untuk menerima usaha agama ini. Dia datang ziarah ana masa hubby first time keluar. Masih lagi ana ingat waktu tu ana baru je terbang balik dr meeting di KL. Sampai rumah mak ana bagitau ada 'orang tabligh' datang. Waktu itu masih lagi maghrib. Ana kurang selesa. Lama pulak dia dtg. Jam 11 lebih baru dia balik sbb husb dia pergi masyuarat. Sedangkan ketika itu ana memang penat betul. Layan dia pun acuh tak acuh aje. Tapi Kak N sangat bagus. Dia menunjukkan akhlak yang baik. Ketika dia minta diri untuk balik, husb dia telah belanja barang dapur untuk ana. Terkejut betul ana. Bukan terkejut apa. Banyak betul barang dapur yang dia belanjakan untuk ana. Semuanya complete. Ikram betul. Cuma yang peliknya Kak N tak ada tashkil ana pun pada pertemuan pertama itu. Kemudian, setiapminggu ada saja ahliah karkun yg datang ziarah. Semuanya datang bukan dengan tangan kosong. Ada saja buah tangan yg dibawa sampai rumah ana dah jadi macam mini market :). Ketika itulah baru ana sedar tanggapan ana tentang 'orang tabligh' ni salah. Mereka ini kebanyakannya mempunyai sifat ikram yg tinggi. Ingat lagi ana, masa kali pertama hubby nak keluar ana siap bagi warning kat hubby. Kalau dia nak keluar pastikan tinggal belanja yang cukup. Huhuhu. Masa tu tak faham lagi. Alhamdulillah sekarang dah faham. Apa yang ditinggalkan?? Hanya ALLAH & RASUL!

No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum, sila tinggalkan komen anda jika ada. Atas sebab masa & tuntutan kerja kemungkinan komen anda tidak dapat dijawab oleh saya. Harap maklum. Jazakallah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails