Wednesday, March 25, 2009

Amanah Yg Diberi Allah swt

Salam, inilah amanah yang Allah swt berikan kepada ana. Cahayamata ana yang pertama hanya bernafas di bumi Allah ini selama 5 jam sahaja kerana dilahirkan tidak cukup bulan. Masih lagi ana ingat saat itu betapa hanya Allah shj yang tahu kesedihan hati ana. Bayi lelaki pertama itu saling tak tumpah dengan wajah hubby. Ramai yang memberi kata-kata semangat pada ana ketika itu. Salah satunya yang masih ana ingat kata-kata dari seorang jururawat. Katanya hanya yg terpilih sahaja mendapat kelebihan mempunyai anak yang meninggal sewaktu kecil. Anak ini akan menjadi syafaat kepada ibu bapanya. Anak ini tidak akan masuk syurga selagi ibu bapanya tidak masuk syurga. Ana pernah terbaca taklim tentang perkara ini. InsyaAllah akan ana tuliskan disini kemudian. 10 bulan selepas itu, ana kembali hamil lagi. Maka lahirlah Muhammad Izzuddin. Dan kemudian Allah kurniakan lagi rezeki dan ana tak pernah menolak. Zuriat ini harta yang paling berharga. Juga amanah dari Allah.

MUHAMMAZ IZZUDIN ~ 4 MUHARAM 1422


NUR MAISARAH SUAIDAH ~ 8 RABIULAWAL 1423


NUR AISYAH HUMAIRA ~ 9 RABIULAWAL 1425


NUR SUMAIYAH SYUHADAH ~ 16 RABIULAWAL 1428


NUR FATIMAH AZZAHRA ~ 22 MUHARAM 1430

2 comments:

  1. salam. blog kiter nama sama. saya sgt berminat dgn blog ni. sbb sy byk bersetuju dgn penulisan ukhti. nama anak pun sama ;-)sudi2 jenguk blog saya
    http://nuratikahseman.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. semua yang bernyawa pasti akan merasai mati. besar ganjarannya bagi hamba ALLAH yang redho atas pemergian ank tersayang.

    Sy pun sedang belajar2 redho ngan ketentuanNya.

    Ahlia Azhar

    ReplyDelete

Assalammualaikum, sila tinggalkan komen anda jika ada. Atas sebab masa & tuntutan kerja kemungkinan komen anda tidak dapat dijawab oleh saya. Harap maklum. Jazakallah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails