Monday, October 10, 2011

Musim Haji tiba lagi

** 26,000 jemaah haji Malaysia berkumpul di sini (Muzdalifah - 2010). Ketika ini aku dah 48 jam tidak tidur. Ajaibnya tidak pula terasa penat sambil muhasabah diri sendiri.



Assalammualaikum wbt...

Lama benar rasanya aku x update blog ni. Spt tiada mood sebenarnya sebab aku tgh 'malas' skrg (bukan ke ko mmg malas setiap hari? woha!). okay... aku memang pemalas..hehehe

Bulan ni.. musim haji tiba lagi. seronok rasanya bila lihat jemaah haji bertolak ke tanah suci. untungnya mereka yg menjadi tetamu Allah. Aku juga pasang niat untuk menjejakkan kaki lg ke sana menunaikan haji bersama anak2. InsyaAllah. Amin. Kalau dulu setiap kali org pergi haji aku akan berpesan untuk turut mendoakan aku & suami agar dapat pergi haji juga. Seingat aku, tak pernah la pulak aku kirim doa yang bukan2. Tapi kini, aku tetap minta kirim doa yg sama. Doakan moga aku terpilih lagi untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Walaupun mengerjakan haji itu jihad untuk wanita & amat mujahadah tapi itu semua semakin menguatkan keinginan untuk ke sana lagi. Alhamdulillah Allah memakbulkan doaku & suami untuk mengerjakan haji sebelum berumur 40 tahun.

Secara peribadinya, aku melihat ramai orang sekelililingku lebih drpd mampu untuk mengerjakan haji. Seringkali juga aku tasykil kawan2 untuk cepat2 menunaikan haji dikala usia masih muda, ada kesihatan, kekuatan dan ingatan utk mengerjakan rukun islam ke 5 ini. Tapi yg sering aku lihat ramai dikalangan kita lebih mementingkan keperluan duniawi mereka berbanding berazam untuk menyempurnakan rukun islam mereka.

Ramai di kalangan kita yg mampu untuk membayar deposit membeli kereta mewah melebihi 10 ribu, bahkan mampu pula untuk beli 2-3 biji kereta, atau pun mengubahsuai rumah mereka yg menelan belanja hingga ribuan ringgit tapi tidak ada sedikit niat pun untuk mendahulukan duit tersebut untuk menunaikan haji. Alasan yg sering diberikan 'belum sampai seru' , 'aku banyak dosa, kena bertaubat dulu'. Bagaimanalah hendak sampai seru jika niat pun tidak ada? buka akaun tabung haji pun belum lagi apatah lagi mendaftar haji? Bagaimana Allah nak bantu kalau kita sendiri pun tidak berusaha??

Aku sekadar ingin berkongsi pengalamanku. Aku mula menabung untuk pergi haji semenjak tahun 2000 iaitu ketika mula bekerja di tempat aku bekerja sekarang ini. Awalnya aku hanya menabung RM50 sebulan secara potongan gaji. Kemudian, bila gaji aku naik , kenaikan gaji itu tidak aku gunakan bahkan aku tambah lagi potongan gaji aku. Kata orang, pejam mata aje duit tu diketepikan. Kalau tak buat mcm tu sampai bila nak menabung? tapi adatlah.. bila terdesak, duit tu juga aku korek utk keperluan aku. dalam masa sama aku berniat & sering cakap pada kawan2 aku nk pergi haji sebelum umur aku 40 tahun. Pada tahun 2006, duit aku dah cukup untuk aku pergi haji bersama2 mak & abah aku. Tapi tak lepas pulak untuk hubby aku. Aku ada minta izin hubby untuk pergi haji dulu dgn mak & abah tapi hubby aku tak izinkan makanya aku batalkan niat aku & taat pada suami. Seringkali kami berdua doa moga Allah pilih kami pada tahun 2010 & alhamdulillah Allah makbulkan.

Aku sebenarnya mendaftar utk pergi haji pd tahun 2009 iaitu ketika selesai musim haji pada tahun itu. Aku & suami membuat surat rayuan pada bulan Februari 2010 & kemudian mendapat jawapan terpilih utk mengerjakan haji pada April 2010 ketika hubby sedang khuruj. Menitis airmata ketika membaca surat tawaran tersebut. Tak sangka Allah mudahkan segalanya. Alhamdulillah. Kini, mengikut laporan tabung haji, lebih 5 juta menjadi pendeposit tabung haji dan 775,000 pendeposit yg telah mendaftar utk menunaikan haji sedangkan kuota untuk Malaysia kebiasaannya ialah utk 26,000 jemaah shj. Dikatakan utk tahun 2011 kerajaan Arab Saudi menambah kuota untuk Malaysia menjadikan 30,000. Menurut tabung haji, jika daftar pada tahun ini giliran anda pada tahun 2030. Kawan aku yg mendaftar pada tahun 2005, gilirannya pada 2010 tapi atas sebab tertentu beliau menunda pemergian beliau pada tahun ini. Manakala aku mendaftar pada tahun 2009, giliran sebenar aku pada tahun 2023. Semakin lewat mendaftar bermakna semakin lamalah giliran anda. Oleh, itu segeralah mendaftar di Tabung Haji dgn simpanan minimum RM1,300. Belanjawan terkini pun dah bole guna duit KWSP. Apa tunggu lagii??? Tepuk dada tanya iman!

7 comments:

  1. tringin nk gi haji sambil bwat ghast..

    ReplyDelete
  2. seronoknya kalau dapat pergi sana di kala muda... azam azam... akak doakan saya ye...

    p/s:kalau dalam akaun tabung haji dah lebih rm1300, adakah ianya bermakna secara automatik telah mendaftar utk tunggu giliran pergi haji atau kena daftar lain??

    ReplyDelete
  3. Hidayatullah,
    Alhamdulillah semasa di sana sya berkesempatan keluar masturat 3H. Hubby pula dpt buat ghast. Setiap jam 4.30ptg, karkun akan berkumpul di Menara jam utk buat ghast & masyuarat.

    Fuad,
    Setahu sya kalau simpanan melebihi 1,300 tidak otomatik dikira mendaftar utk mengerjakan hj. Ikut pengalaman, makcik akk dh bertahun2 simpanannya melebihi 10 ribu tp disebabkan beliau tidak mendaftar TH tidak pernah menawarkan beliau utk menunaikan haji hinggalah beliau berusia 70 thn dan bila beliau mendaftar beliau tetap kena buat rayuan utk dpt pergi awal atas faktor usia sudah lanjut.

    ReplyDelete
  4. oh ya, lupa nk bgtau once dh daftar, duit 1,300 itu akan dibekukan. bila terpilih, kena cukupkan simpanan ikut masa yg ditetapkan TH sebelum berlepas ke tanah suci.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,kak bila baca entry akak nie saye jadi bersemangat...baru2 nie saye dah mendaftar kat tabung haji pertama kali utk saye,dan kali kedua buat suami dan ibu mertua,sebenarnya saye cukup terharu kak,sebab mak mentua yang support untuk daftar haji ni,dan giliran kami pi haji mak jauhnya,tapi suami cakap takpe cukup duit kita buat rayuan...insyaAllah semuanya akan mudah jika kita banyak doa,betulkan kak...:)

    ReplyDelete
  6. Wsalam marina. Niat yg baik pasti Allah mudahkan. InsyaAllah. Tiada yg mustahil jika semuanya di dalam genggaman Allah swt.

    ReplyDelete

Assalammualaikum, sila tinggalkan komen anda jika ada. Atas sebab masa & tuntutan kerja kemungkinan komen anda tidak dapat dijawab oleh saya. Harap maklum. Jazakallah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails