Monday, October 17, 2011

13.10.2010 - Johor Bahru - Jeddah - Madinah

Assalammualaikum...

Tibanya musim haji tahun ni, aku rasa rindu sekali saat2 aku menunaikan haji pada tahun 2010. Selepas setahun, baru rasa terpanggil nk menulis catatan perjalanan haji aku. Dah basi ceritanya tp tetap segar dlm ingatan aku. Aku telah terpilih menaiki KT13 pada 13/10/2010 iaitu penerbangan pertama dr Johor Bahru. Aku dijadualkan bertolak pada 12.20pmi. Setelah tidak tidur semalaman membuat persiapan terakhir, aku keluar rumah lbh kurang jam 7.00am menuju ke Airport Senai dengan iringan laungan takbir. Terasa hiba & sayu di hati saat melangkah keluar rumah. Semua keluarga aku hantar aku ke airport kecuali kak long manakala tiada seorang pun ahli keluarga suami aku yg hantar kami mungkin masing2 sibuk & tiada kesempatan. Anak2 mak ngah sibuk call aku tanya aku kat mana. Mereka seawal jam 4 pagi dah sampai ke airport tp aku selamba je pukul 7 pg baru nk bertolak.

Sampai di airport, kami terus mendaftar. Aku lihat hanya kurang dari 10 jemaah yg belum sampai termasuk aku. Setelah peluk cium semua ahli keluarga & anak2 dgn juraian airmata kami pun masuk ke balai berlepas. Entah kami kembali semula atau tidak itulah yg aku fikirkan. Panjang umur kita bertemu lagi. Kalau tak panjang umur selamat la aku bersemadi di bumi anbiya'..... Di airport kami menerima bermacam tajaan spt sling beg, tikar, uncang batu & kasut, brgn colgate, vitamin dan byk lagi lah.. Sebelum bertolak kami diberi taklimat oleh TH spt adab perjalanan, doa musafir, solat sunat musafir, tertib mengerjakan , doa2 dsb. Memandangkan aku bertolak awal, maka aku mengerjakan haji tamattuk. Tak perlu berpakaian ihram.

Jam 12.20 tengahari kami pun bertolak ke Jeddah Airport. Sampai di Jeddah airport jam 4.20pm waktu Saudi. Kami terus mengerjakan solat Jamak Zuhur & Asar.

Ketika itu susah juga la nk mengambil wudu' sbb KT13 shj berjumlah 300++ jemaah. Ni baru kat airport belum lagi kat Mekah. Bagaimanalah keadaan di Mekah nanti fikir aku. Jam 5pm kami mula check imigresen. Kami terpaksa beratur panjang dan siap pada jam 8.20pm. Aku lihat warga tua ada yg mula keletihan. Ketika ini, aku terfikir alangkah bagusnya kalau dpt menunaikan haji pada usia muda ketika kita masih sihat, ada kekuatan & tenaga. Namun, kuasa Allah siapa yg dpt menghalang? Kalau Allah bg kesihatan, wlp dah tua InsyaAllah kita mampu juga menunaikan haji.

Selepas selesai pemeriksaan imigresen, kami menunggu lagi bas menuju ke Madinah. Aku antara bas yg terakhir iaitu bas no 10. Kami semua dibahagikan mengikut bas. Duduk menunggu smpai naik letih dibuatnya. Setelah penat menunggu, bas kami tiba jam 10.45 mlm utk bertolak ke Madinah. Beg2 kami semua TH yg uruskan. Kami cuma bw beg sling & beg bimbit.

Jemaah haji KT13 -2010 sedang menunggu bas di Airport Jeddah


Perjalanan menuju ke Madinah sepatutnya cuma mengambil masa 8 jam shj tapi bas aku telah mengambil masa selama 12 jam. Kami smpai di Madinah jam 10.15pg. Ketika itu kaki aku dh mula bengkak akibat terlalu lama duduk di dalam bas. Dah smpai Madinah, driver bas mencari2 pula hotel Al-Haram. Pusing punye pusing akhirnya sampai juga di hotel tersebut. Alhamdulillah.

Room mate aku, dr kiri : kak mila, along, kak ruby, aku & mak ngah
Pemandangan kota madinah dr bilik aku ( Room 1103) - Al-Haram Hotel

Sampai di hotel aku terus bersiap2 nk pergi Masjid nabawi. Excited sgt aku nk pergi ke masjid. Buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke masjid nabawi utk solat zuhur.

Jemaah berbondong2 menuju ke masjid nabawi.

Monday, October 10, 2011

Musim Haji tiba lagi

** 26,000 jemaah haji Malaysia berkumpul di sini (Muzdalifah - 2010). Ketika ini aku dah 48 jam tidak tidur. Ajaibnya tidak pula terasa penat sambil muhasabah diri sendiri.



Assalammualaikum wbt...

Lama benar rasanya aku x update blog ni. Spt tiada mood sebenarnya sebab aku tgh 'malas' skrg (bukan ke ko mmg malas setiap hari? woha!). okay... aku memang pemalas..hehehe

Bulan ni.. musim haji tiba lagi. seronok rasanya bila lihat jemaah haji bertolak ke tanah suci. untungnya mereka yg menjadi tetamu Allah. Aku juga pasang niat untuk menjejakkan kaki lg ke sana menunaikan haji bersama anak2. InsyaAllah. Amin. Kalau dulu setiap kali org pergi haji aku akan berpesan untuk turut mendoakan aku & suami agar dapat pergi haji juga. Seingat aku, tak pernah la pulak aku kirim doa yang bukan2. Tapi kini, aku tetap minta kirim doa yg sama. Doakan moga aku terpilih lagi untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Walaupun mengerjakan haji itu jihad untuk wanita & amat mujahadah tapi itu semua semakin menguatkan keinginan untuk ke sana lagi. Alhamdulillah Allah memakbulkan doaku & suami untuk mengerjakan haji sebelum berumur 40 tahun.

Secara peribadinya, aku melihat ramai orang sekelililingku lebih drpd mampu untuk mengerjakan haji. Seringkali juga aku tasykil kawan2 untuk cepat2 menunaikan haji dikala usia masih muda, ada kesihatan, kekuatan dan ingatan utk mengerjakan rukun islam ke 5 ini. Tapi yg sering aku lihat ramai dikalangan kita lebih mementingkan keperluan duniawi mereka berbanding berazam untuk menyempurnakan rukun islam mereka.

Ramai di kalangan kita yg mampu untuk membayar deposit membeli kereta mewah melebihi 10 ribu, bahkan mampu pula untuk beli 2-3 biji kereta, atau pun mengubahsuai rumah mereka yg menelan belanja hingga ribuan ringgit tapi tidak ada sedikit niat pun untuk mendahulukan duit tersebut untuk menunaikan haji. Alasan yg sering diberikan 'belum sampai seru' , 'aku banyak dosa, kena bertaubat dulu'. Bagaimanalah hendak sampai seru jika niat pun tidak ada? buka akaun tabung haji pun belum lagi apatah lagi mendaftar haji? Bagaimana Allah nak bantu kalau kita sendiri pun tidak berusaha??

Aku sekadar ingin berkongsi pengalamanku. Aku mula menabung untuk pergi haji semenjak tahun 2000 iaitu ketika mula bekerja di tempat aku bekerja sekarang ini. Awalnya aku hanya menabung RM50 sebulan secara potongan gaji. Kemudian, bila gaji aku naik , kenaikan gaji itu tidak aku gunakan bahkan aku tambah lagi potongan gaji aku. Kata orang, pejam mata aje duit tu diketepikan. Kalau tak buat mcm tu sampai bila nak menabung? tapi adatlah.. bila terdesak, duit tu juga aku korek utk keperluan aku. dalam masa sama aku berniat & sering cakap pada kawan2 aku nk pergi haji sebelum umur aku 40 tahun. Pada tahun 2006, duit aku dah cukup untuk aku pergi haji bersama2 mak & abah aku. Tapi tak lepas pulak untuk hubby aku. Aku ada minta izin hubby untuk pergi haji dulu dgn mak & abah tapi hubby aku tak izinkan makanya aku batalkan niat aku & taat pada suami. Seringkali kami berdua doa moga Allah pilih kami pada tahun 2010 & alhamdulillah Allah makbulkan.

Aku sebenarnya mendaftar utk pergi haji pd tahun 2009 iaitu ketika selesai musim haji pada tahun itu. Aku & suami membuat surat rayuan pada bulan Februari 2010 & kemudian mendapat jawapan terpilih utk mengerjakan haji pada April 2010 ketika hubby sedang khuruj. Menitis airmata ketika membaca surat tawaran tersebut. Tak sangka Allah mudahkan segalanya. Alhamdulillah. Kini, mengikut laporan tabung haji, lebih 5 juta menjadi pendeposit tabung haji dan 775,000 pendeposit yg telah mendaftar utk menunaikan haji sedangkan kuota untuk Malaysia kebiasaannya ialah utk 26,000 jemaah shj. Dikatakan utk tahun 2011 kerajaan Arab Saudi menambah kuota untuk Malaysia menjadikan 30,000. Menurut tabung haji, jika daftar pada tahun ini giliran anda pada tahun 2030. Kawan aku yg mendaftar pada tahun 2005, gilirannya pada 2010 tapi atas sebab tertentu beliau menunda pemergian beliau pada tahun ini. Manakala aku mendaftar pada tahun 2009, giliran sebenar aku pada tahun 2023. Semakin lewat mendaftar bermakna semakin lamalah giliran anda. Oleh, itu segeralah mendaftar di Tabung Haji dgn simpanan minimum RM1,300. Belanjawan terkini pun dah bole guna duit KWSP. Apa tunggu lagii??? Tepuk dada tanya iman!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails