Buku2 yg menemaniku di waktu terluang.
Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah & Muhammad itu pesuruh Allah..
Tengah buat apa tu?? Haaa... begini la suasana setiap pagi Jumaat di opis ana. Setiap hari sebelum mula kerja akan diadakan "tool box" pada jam 8.00pg. Pd setiap Jumaat pula akan dibacakan Taalim Kitab Fadhail Amal utk didengar bersama-sama serta sedikit tazkirah Jumaat. Usaha ini telah dilakukan oleh seorang karkun di tempat ana. Dia juga la yg telah mencadangkan setiap bulan diadakan kuliah bulanan sbg pengisian rohani. Karkun ni ahlia dia seorang mualaf yg dulunya menganut agama kristian. Bukan shj penganut kristian tp juga pendakwah kristian. Benarlah bahawa Allah swt boleh memberikan hidayahNya kepada mana2 hamba yg disukaiNya. Nanti kalau ana ada kelapangan ana akan ceritakan tentang bagaimana ahlia dia ni yg dulunya pendakwah kristian bole mendapat hidayah. InsyaAllah.
Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A'zam. Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat. Jadi ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’bah.
Alhamdulillah dgn izin Allah kuliah bulanan telah selamat diadakan di pejabat aku hari Jumaat lepas. Spt yg dirancangkan, tajuk bulan ini ialah "Solat yg khusyuk & khuduk". Sedikit perkongsian yg dapat aku catatkan drpd ceramah tersebut;
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut: 2-3)