Wednesday, February 16, 2011

Salam Maulidurrasul

Salam maulud nabi utk semua. Semalam Maulud nabi anta semua buat apa? Ana pergi jalan2 cari makan dengan anak2 & hubby. Hehehe. Kat surau taman ana ada buat majlis ceramah agama, jualan amal. Nanti 26hb baru buat sambutan maulud nabi pulak. Berarak & makan2 dalam dulang. Tapi betul ke cara sambutan maulud nabi sebegitu?
Mengimbau kembali ketika nabi wafat, Saidina Umar telah tidak dapat menerima hakikat. Beliau berkata "Barangsiapa mengatakan Muhammad telah mati nescaya aku penggal kepalanya"
Saidina Usman pula diam tidak berkata. Berhari2 beliau diam tanda sukarnya untuknya menerima hakikat akan kewafatan baginda yang mulia. Manakala Saidina Ali pula tidak mampu bergerak. Hanya tersandar duduk dengan lemah kerana terlalu berdukacita. Begitulah tanda cintanya para sahabat pada Rasulullah. Berbeza dengan Saidina Abu Bakar. Beliau telah mara ke depan dan berkata "Barangsiapa menyembah Muhammad, ketahuilah bahawa Muhammad telah menemui Tuhan-Nya. Barangsiapa yang menyembah Allah swt ketahuilah Allah itu tetap ada & akan kekal selama-lamanya". Lalu para sahabat bangkit. Saidina Abu Bakar telah dilantik menjadi khalifah pertama selepas kewafatan baginda. Mereka meneruskan usaha dakwah nabi saw. Dan usaha dakwah ini harus diteruskan walaupun nabi saw & para sahabat telah lama meninggalkan kita kerana tidak ada lagi nabi selepas nabi Muhammad saw.

No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum, sila tinggalkan komen anda jika ada. Atas sebab masa & tuntutan kerja kemungkinan komen anda tidak dapat dijawab oleh saya. Harap maklum. Jazakallah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails