Tuesday, November 10, 2009

IKHLAS


Didalam Hadith Qudsi, ada dinyatakan tentang bagaimana proses kejadian bumi oleh Allah SWT.

Pertama sekali Allah SWT telah liputi bumi ini keseluruhannya dengan air dan selepas dari itu telah keluarnya buih-buih dari air, maka telah terbentuknya tanah.

Kemudiannya bumi telah bergegar, maka Allah SWT telah menciptakan gunung-ganang sebagai pasak bumi.

Melihatkan kejadian ini maka para malaikat telah merasa takjub yang amat sangat. Malaikat telah bertanya kepada Allah SWT.

Malaikat : Ya Allah!! ada tak yang lebih hebat dari ini (gunung)?.
Allah SWT : Ya ada, besi.
Malaikat : Ada yang lebih hebat dari besi?.
Allah SWT : Ya ada, api.
Malaikat : Ada yang lebih hebat dari api?.
Allah SWT : Ya ada, air.
Malaikat : Ada yang lebih hebat dari air?.
Allah SWT : Ya ada, angin.
Malaikat : Ada yang lebih hebat dari angin?.
Allah SWT : Ya ada, amalan anak Adam yang sedekah dengan tangan kanannya, tangan kirinya tidak mengetahui (IKHLAS)*.

*Amalan ikhlas lebih hebat dari asbab-asbab dunia.

Semoga dapat ambil ikhtibar, amal dan sampaikan.

4 comments:

  1. Salam ana..

    InsyaAllah buat segala amalan kerana Allah dan meninggalkan segala kejahatan juga kerana Allah.

    p/s - InsyaAllah pas ni insuran kete amik ngan takaful ikhlas ye... hehehe.

    ReplyDelete
  2. Aslm, semoga kita dpt sifat ikhlas... perghh!!! susah tau...apa tu, mcm semut hitam berjalan di atas batu hitam di mlm gelap gelita, pakai rayban hitam...tmbh ajinomoto tu...
    Semalam akak tgok2 gmbar2 tadika addin, tahniah lah dpt bwt mcm tu, insyalh anak2 yg masuk situ akan jadi pewaris keje Nabi saw, amin.

    ReplyDelete
  3. Ahlia azharjaafar,
    Skrg mmg pakai insurans takaful ikhlas :)

    Umma Ali,
    Mekasih. Tadika itu hanya satu perniagaan yg mungkin tak untung di dunia tapi untung di akhirat. Azam untuk didik anak2 menjadi daie & daieah. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum
    subhanallah,ikhlas itu sungguh indah

    ReplyDelete

Assalammualaikum, sila tinggalkan komen anda jika ada. Atas sebab masa & tuntutan kerja kemungkinan komen anda tidak dapat dijawab oleh saya. Harap maklum. Jazakallah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails