Tuesday, July 21, 2009

Di sebalik Ijtimak Malaysia 2009

Tengahari itu usai sahaja tugas-tugas di dapur aku duduk bersandar di sofa rumahku sementara menanti Aqil pulang dari sekolah agama. Tiba-tiba aku mendengar suara perempuan memberi salam. Aku bingkas bangun dan membuka pintu kerana aku kenal benar dengan suara itu.

"Waalaikumsalam" jawabku sambil membuka pintu.
"Eh, Lia, jemput la masuk" aku mempersilakan adik iparku masuk sambil berfikir tentu dia mempunyai hajat hingga mendesak dia ke rumahku. Kami sebenarnya jarang bertemu walaupun tinggal di taman yang sama. Sesekali apabila aku membuat kenduri atau rumah terbuka barulah dia akan menjejakkan kakinya ke rumahku.
"Angah ada tak?" jerkahnya sambil membesarkan matanya. Nampak api kemarahan dari matanya itu.
"Angah tak ada.Kerja. Kenapa?" tanyaku ingin tahu sedang dia masih lagi tercegat di depan pintu rumahku. Tak sudi masuk barangkali.
"Akak tolong cakap pada Angah jangan runtuhkan rumahtangga kitaorang" dia berkata dengan suara yg tinggi dan aku pasti jiran-jiran dapat mendengarnya.
"Kenapa Lia cakap macam tu. Apa yang telah Angah buat sampai Lia kata Angah nk runtuhkan rumahtangga korang" aku masih cuba berlembut walaupun aku lihat muka Lia semakin merah menahan marah.
"Kenapa Angah ajak Lan pergi ikut tabligh ni? Kenapa? Kenapa mesti ajak Lan pergi perhimpunan kat Sepang tu? Itu nk runtuhkan rumahtangga kitaorang la tu...." tuturnya seperti peluru berpandu.
"Astaghfirullah...kenapa Lia cakap macam tu. Kerja tabligh ni usaha dakwah Rasulullah. Takkanlah Lia tak suka pada Rasulullah. Kalau kita tak ikut cara Rasulullah kita nak ikut cara siapa lagi??"
"Itu Lia tak tahu. Yg Lia tahu, Lia memang tak suka tabligh ni semenjak Lia belum kawen lagi dengan Lan. Jangan sesekali ajak Lan join tabligh ni" dia bercakap dengan mata yang masih nampak api kemarahannya itu.
"Lia, cuba tengok semenjak kami buat usaha dakwah ni hidup kami macam mana? Kami lebih tenang dan hidup kami lebih berkat. Allah mudahkan semua urusan kami. Allah bantu kami"
"Arrrrgh. Sudahlah. Lia tak suka. Tlg cakap pada Angah Lan tak akan ikut dia perhimpunan tu. Lan tak boleh tinggalkan Lia dan anak-anak!" dia terus berlalu. Jalan kaki hampir 1km untuk pulang ke rumahnya.
Dan aku pun menjerit (hampir histeria gamaknya) "Angah tak nak masuk syurga sorang-sorang. Angah akan bawa adik beradik dia masuk syurga sama-sama..." oh! emosionalnya aku ketika itu.

Aku terus terjelepuk ke lantai. Menangis. Menangis. (biasa la orang pompuan). Dan tetiba aku terkenang. Di suatu tengahari juga ketika aku sedang berehat-rehat sementara nak meneruskan tugas untuk memasak sedang hubby dah keluar entah ke mana.
Tiba-tiba datang tetamu memberi salam. Aku terkejut beruk. Alamak! Siapa ni datang umah aku ni dengan berpurdah?? Selepas dia memperkenalkan diri sebagai ahliah karkun aku pun mempersilakan dia masuk. Kemudiannya dia tasykil aku keluar 3 hari. Sedang aku ketika itu tidak faham. Terkulat-kulat dan benci dengan kehadiran dia. Benci yang amat. Tak tahu kenapa. Dan aku telah berlagak sombong konon-konon aku tak setaraf dengan dia. Aku hanya mendengar apa yg dia cakap sedang satu apa pun aku tak endahkan. Sehingga akhirnya dia mohon izin untuk pulang. Ya Allah. Ampunilah aku. Betapa ketika itu Engkau tidak memberikan hidayahMu. Dan aku rasa Lia juga seperti aku. Benci akan usaha dakwah ini sedang usaha ini begitu mulia sekali.
"Ya Allah. Kau tunjukkanlah jalanMu yang benar ya Allah. Moga Lia berubah dan masuk dalam usaha dakwah ini ya Allah. Dan Engkau kekalkanlah aku dan keturunanku di dalam usaha ini ya Allah sehingga aku tiada lagi...".

Dan ketika ijtimak berlangsung, hubby kata Lan ada turut serta. Bersama-sama jemaah dari taman kami menaiki bas menuju ke Sepang. Alhamdulillah.

** Cerita ini tidak ada kena mengena pada yg hidup atau yg telah mati. Jika ada persamaan ianya hanya kebetulan sahaja. Wallahualam.

7 comments:

  1. Nasib kau la Lan..

    Tabligh @ takbalik..

    ReplyDelete
  2. Masya-Allah ....
    sampai mcm tu sekali marahnye yee. Hmm ... sabar kak, Allah nak uji tu. Sama-sama kita doa, satu hari Allah swt beri hidayah & kefahaman kat dia, Insya-Allah.

    ReplyDelete
  3. Salam, izin copy ye.
    Boleh x?

    Agak menarik!

    ReplyDelete
  4. Affan Ruslan,
    Bole copy. Moga ada manfaatnya.

    ReplyDelete
  5. sob sob sob...sedih gak...huhu...moga diberi hidyat semua...

    ReplyDelete
  6. assalamu'alaykum warohmatullahi wabarokaatuh..

    lihat kisah ini teringat dengan diri sendiri saat dulu amat tak suka dengan wanita berpurdah..apalagi pasal tabligh.. tapi kini macam jatuh hati dengan orang2 yg hidup sunnah..

    semoga Allah beri hidayah untuk kita semua.. amiin ya Allah..

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum wrt wbt.

    Akak ada YM ??. Boleh tambah kenalan, Insya-Allah :)

    ahliahnizam@yahoo.com

    ReplyDelete

Assalammualaikum, sila tinggalkan komen anda jika ada. Atas sebab masa & tuntutan kerja kemungkinan komen anda tidak dapat dijawab oleh saya. Harap maklum. Jazakallah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails