Friday, July 31, 2009

Hadis Pilihan

Rasulullah saw bersabda "Di antara mereka yang sangat mencintai aku ialah orang-orang yang datang selepasku mereka menyesal alangkah baiknya dapat melihatku walaupun terpaksa belanjakan rumah, segala harta & ahli keluarganya (dikorbankan supaya dapat melihatku). HR Muslim.

Tuesday, July 21, 2009

Di sebalik Ijtimak Malaysia 2009

Tengahari itu usai sahaja tugas-tugas di dapur aku duduk bersandar di sofa rumahku sementara menanti Aqil pulang dari sekolah agama. Tiba-tiba aku mendengar suara perempuan memberi salam. Aku bingkas bangun dan membuka pintu kerana aku kenal benar dengan suara itu.

"Waalaikumsalam" jawabku sambil membuka pintu.
"Eh, Lia, jemput la masuk" aku mempersilakan adik iparku masuk sambil berfikir tentu dia mempunyai hajat hingga mendesak dia ke rumahku. Kami sebenarnya jarang bertemu walaupun tinggal di taman yang sama. Sesekali apabila aku membuat kenduri atau rumah terbuka barulah dia akan menjejakkan kakinya ke rumahku.
"Angah ada tak?" jerkahnya sambil membesarkan matanya. Nampak api kemarahan dari matanya itu.
"Angah tak ada.Kerja. Kenapa?" tanyaku ingin tahu sedang dia masih lagi tercegat di depan pintu rumahku. Tak sudi masuk barangkali.
"Akak tolong cakap pada Angah jangan runtuhkan rumahtangga kitaorang" dia berkata dengan suara yg tinggi dan aku pasti jiran-jiran dapat mendengarnya.
"Kenapa Lia cakap macam tu. Apa yang telah Angah buat sampai Lia kata Angah nk runtuhkan rumahtangga korang" aku masih cuba berlembut walaupun aku lihat muka Lia semakin merah menahan marah.
"Kenapa Angah ajak Lan pergi ikut tabligh ni? Kenapa? Kenapa mesti ajak Lan pergi perhimpunan kat Sepang tu? Itu nk runtuhkan rumahtangga kitaorang la tu...." tuturnya seperti peluru berpandu.
"Astaghfirullah...kenapa Lia cakap macam tu. Kerja tabligh ni usaha dakwah Rasulullah. Takkanlah Lia tak suka pada Rasulullah. Kalau kita tak ikut cara Rasulullah kita nak ikut cara siapa lagi??"
"Itu Lia tak tahu. Yg Lia tahu, Lia memang tak suka tabligh ni semenjak Lia belum kawen lagi dengan Lan. Jangan sesekali ajak Lan join tabligh ni" dia bercakap dengan mata yang masih nampak api kemarahannya itu.
"Lia, cuba tengok semenjak kami buat usaha dakwah ni hidup kami macam mana? Kami lebih tenang dan hidup kami lebih berkat. Allah mudahkan semua urusan kami. Allah bantu kami"
"Arrrrgh. Sudahlah. Lia tak suka. Tlg cakap pada Angah Lan tak akan ikut dia perhimpunan tu. Lan tak boleh tinggalkan Lia dan anak-anak!" dia terus berlalu. Jalan kaki hampir 1km untuk pulang ke rumahnya.
Dan aku pun menjerit (hampir histeria gamaknya) "Angah tak nak masuk syurga sorang-sorang. Angah akan bawa adik beradik dia masuk syurga sama-sama..." oh! emosionalnya aku ketika itu.

Aku terus terjelepuk ke lantai. Menangis. Menangis. (biasa la orang pompuan). Dan tetiba aku terkenang. Di suatu tengahari juga ketika aku sedang berehat-rehat sementara nak meneruskan tugas untuk memasak sedang hubby dah keluar entah ke mana.
Tiba-tiba datang tetamu memberi salam. Aku terkejut beruk. Alamak! Siapa ni datang umah aku ni dengan berpurdah?? Selepas dia memperkenalkan diri sebagai ahliah karkun aku pun mempersilakan dia masuk. Kemudiannya dia tasykil aku keluar 3 hari. Sedang aku ketika itu tidak faham. Terkulat-kulat dan benci dengan kehadiran dia. Benci yang amat. Tak tahu kenapa. Dan aku telah berlagak sombong konon-konon aku tak setaraf dengan dia. Aku hanya mendengar apa yg dia cakap sedang satu apa pun aku tak endahkan. Sehingga akhirnya dia mohon izin untuk pulang. Ya Allah. Ampunilah aku. Betapa ketika itu Engkau tidak memberikan hidayahMu. Dan aku rasa Lia juga seperti aku. Benci akan usaha dakwah ini sedang usaha ini begitu mulia sekali.
"Ya Allah. Kau tunjukkanlah jalanMu yang benar ya Allah. Moga Lia berubah dan masuk dalam usaha dakwah ini ya Allah. Dan Engkau kekalkanlah aku dan keturunanku di dalam usaha ini ya Allah sehingga aku tiada lagi...".

Dan ketika ijtimak berlangsung, hubby kata Lan ada turut serta. Bersama-sama jemaah dari taman kami menaiki bas menuju ke Sepang. Alhamdulillah.

** Cerita ini tidak ada kena mengena pada yg hidup atau yg telah mati. Jika ada persamaan ianya hanya kebetulan sahaja. Wallahualam.

Friday, July 17, 2009

Kisah sebilah kapak

Assalamualaikum wbr..

Utk renungan minggu ini:

Al-kisahnya seorang jutawan telah menulis satu wasiat -barang siapa yang dapat menjaganya di dalam kubur setelah beliau mati nanti akan diwarisi separuh dari harta peninggalannya. Lalu ditanya pada anak-anak semua adakah mereka sanggup menjaganya di dalam kubur nanti.

Lantas menjawab anak, mana mungkin kami sanggup menjagamu wahai ayah kerana pada masa itu ayah sudah pun menjadi mayat.

Selang keesokan dipanggil semua adik-beradiknya dan beliau berkata, "Wahai adik-adikku sekalian sanggupkah kamu menjaga akan daku setelah aku mati nanti bersama selama 40 hari di dalam kubur yang kuhias indah seperti banglo mewah ini dan aku juga akan memberi setengah daripada harta ku kepada di antara kamu yang sanggup bersamaku."

Adik-adiknya pun menjawab, "Wahai abangku, adakah engkau sudah gila mana mungkin manusia sanggup bersama mayat selama itu di atas bumi inikan pula di dalam tanah."

Lalu dengan sedih jutawan tersebut membawa diri ke kamarnya. Beliau masih bertegas dengan hajatnya yang ingin ditemani di dalam kubur nanti apabila beliau sudah mati nanti. Dipanggil setiausahanya supaya diwar-warkan di dalam akhbar dan media akan wasiatnya itu.

Akhirnya sampai jugalah hari di mana jutawan tersebut kembali ke rahmatullah. Kuburnya dihias indah dan digali seperti sebuah banglo di dalam tanah yang mempunyai kemudahan harian selama 40 hari.

Pada waktu yang sama seorang Tukang Kapak yang sangat miskin telah mendengar akan wasiat tersebut lalu diberitahu kepada isterinya apakah dia perlu mengambil kesempatan ini untuk menjadi kaya.

Isterinya berkata, “Wahai suamiku, apalah sangat menjaga mayat tersebut selama 40 hari dibandingkan kerja-kerjamu di dalam hutan bertemu harimau dan hantu bajang ketika menebang kayu. Lagi pun makanan disediakan.

Tukang kayu tersebut dengan tergesa-gesalah ke rumah jutawan tersebut untuk memaklumkan kepada waris jutawan tersebut akan niatnya.

Keesokan harinya dikebumikanlah jenazah jutawan tersebut walaupun mendapat bantahan dari orang-orang yang tahu akan agama. Si Tukang Kapak tu pun ikut sekali turun ke dalam tanah bersama kapaknya.

Setelah tujuh langkah para hadirin meninggalkan tanah perkuburan maka datanglah Mungkar dan Nakir ke dalam kubur tersebut.

Si Tukang Kapak yang tahu sedikit pasal agama menyedari akan siapa yang hadir itu pun menjauhkan diri dari mayat jutawan tersebut. Terdetik di fikirannya bahawa sudah tiba masanya jutawan tersebut akan disoal oleh Mungkar dan Nakir..

Tetapi sebaliknya yang berlaku, Mungkar dan Nakir telah menuju ke arahnya dan lalu berkata.

Apa yang kau buat di sini?

Aku menjaga mayat tersebut selama 40 hari untuk mendapat setengah harta wasiatnya.

Apa harta yang kau ada sekarang?

Aku cuma ada sebatang kapak ini sahaja untuk mencari rezeki.

Dari mana kau dapat kapak ni?

Aku membelinya.

Lalu hilanglah Mungkar dan Nakir di hari pertama di dalam kubur tersebut.

Hari kedua di tanya pula, apa yang kau buat dengan kapak ni?

Aku menebang pokok untuk dijadikan kayu api untuk dijual.

Hari ketiga di tanya lagi pasal kapak tersebut pokok siapa yang kau tebang dengan kapak ni?
Kat hutan mana ada orang punya pokok.

Adakah kau pasti?

Lalu hilang lagi Mungkar dan Nakir hari ke empat.

Adakah kau potong pokok tersebut dengan kapak ini ukurannya dan beratnya sama untuk dijual?

Aku potong cincai-cincai je, mana boleh ukur sama rata lalu hilang dan muncul Mungkar dan Nakir tersebut selama 39 hari dan soalannya tetap
sama berkisarkan kapak tersebut.

Di hari terakhir yang ke 40, datanglah Mungkar dan Nakir sekali lagi bertemu dengan Tukang Kapak tersebut.

Berkata Mungkar dan Nakir hari ini hari terakhir aku bersamamu buat seketika tapi aku akan bertanya pasal kapak ini. Belum sempat Mungkar
dan Nakir menyoal beliau, si Tukang Kapak tersebut telah melarikan diri ke atas dan membuka pintu kubur tersebut.lalu di perhatikannya begitu
ramai orang sudah menantikan kehadirannya untuk keluar dari kubur tersebut.

Si Tukang Kapak tersebut dengan tergesa-gesa keluar dan meninggalkan mereka semua dan sambil berkata ambillah korang semua harta tersebut dan
aku tidak menginginkannya lagi.

Sesampai di rumahnya lalu si isteri berkata wahai suami ku, di manakah setengah harta peninggalan jutawan tersebut.

Maka jawab si Tukang Kapak. Aku tidak mahukannya lagi. Sedangkan harta aku yang ada kat dunia ini hanya kapak. Tapi apa yang di soal Mungkar
dan Nakir selama 40 hari semuanya hanya pasal kapak ini…..

Apa akan jadi sekiranya harta aku begitu banyak. Bagaimana dapat aku menjawabnya ....

** Sahabat Rasulullah saw yg paling kaya ialah Abdul Rahman bin Auf. Dikatakan beliau adalah sahabat yang terakhir akan masuk syurga kerana lamanya masa yg digunakan untuk menghisab beliau. Cubalah kita hitung brp byk harta kita yang ada dan apa yg telah kita gunakan dengan harta tersebut. Masya Allah...takutnya ana! Kena banyak korban lagi ni.

Wednesday, July 8, 2009

IJTIMAK DUNIA akan diadakan di Tanah Lapang Belakang Masjid Kuaters KLIA (info traffic KL Seremban highway)

Assalamualaikum

IJTIMAK DUNIA akan di ada kan di Tanah Lapang Belakang Masjid Kuaters KLIA pada 9,10,11,12 Julai ini- datang2 lah semoga Allah Memberkati.


Dijemput semua muslimin menghadiri ijtimak Tabligh Dunia yang akan diadakan pada 9 hingga 12 Julai ini di : Tanah lapang belakang Masjid kuarters KLIA , Bandar ENSTEK dekat trek F1, Sepang.

Ijtimak (perhimpunan) ni jarang-jarang diadakan di Malaysia dan kali terakhir yang Saya ingat diadakan di Meru, Klang lebih kurang 15 tahun yang lalu.

Ijtimak Tabligh adalah perhimpunan orang Islam terbesar kedua terbesar selepas ibadah Haji di Mekah iaitu di Tongi, Bangladesh. Sesiapa yang berkelapangan , dijemput ke sana untuk merasakan suasana iman dan amal yang berbeza iaitu bersolat berjemaah secara besar-besaran memohon hidayat dan rahmat dari ALLAH swt. Selain
dari itu, beribu-ribu para pendakwah akan dikeluarkan di Jalan ALLAH untuk mendakwahkan kebesaran ALLAH SWT serta mengajak semua muslimin-muslimat kembali mengamalkan ajaran Islam dengan mentaati perintah ALLAH dan mengamalkan sunnah baginda Rasullulah swt.

Sekarang ini- Papan Tanda untuk ke “IJTIMAK” telah banyak di pasangkan dari hala Kuala Lumpur, Seremban, Banting.

Difahamkan ada disebahagian setesen bas menyediakan perkhidmatan bas terus ke tapak ijtimak tersebut.

Oleh itu, marilah sama-sama kita mengimarahkan majlis tersebut semoga ALLAH SWT MEMBERKATI kita semua muslimin muslimat dengan rahmahnya.AMIN !!!!!

Program Ijtimak Malaysia

( 9 Julai 2009 – 12 Julai 2009 )
Asar : Jemaah mula masuk ke tapak perhimpunan

9 Julai 2009 – KHAMIS
- Selepas Solat Asar : Ceramah Umum
- Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum
- Selepas Ceramah : Solat Isyak

10 Julai 2009 – JUMAAT
- Selepas Solat : Subuh Ceramah Umum
- 10.00 pg – 12.00 tgh : Bacaan Kitab Hadith (Taklim)
- Solat Jumaat
- Selepas Solat Asar
1. Ceramah Umum
2. Program untuk Pelajar Madrasah
- Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum
- Selepas Ceramah : Solat Isyak
- Selepas Solat Subuh : Ceramah Umum

11 Julai 2009 – SABTU
- 10.00 pg – 12.30 tgh : Bacaan Kitab Hadith (Taklim)
1. Program Untuk Ulama
2. Program untuk Khawas
3. Program untuk Pelajar
- Selepas Solat Asar : Ceramah Umum
- Selepas Solat Maghrib : Ceramah Umum
- Selepas Ceramah : Solat Isyak
- Selepas Solat Subuh : Ceramah Pendek

12 Julai 2009 - AHAD
- 9.30 pg – 12.30 (Sebelum Zuhur)

1. Nasihat Untuk Jemaah Yng Keluar Dan Musafahah
2. Doa Penutup Ijtimak

- Selepas Asar : Nasihat khas untuk Jemaah Khidmat semasa ijtimak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails