Monday, June 18, 2012

Selamat Hari Bapa

Assalamualaikum ...
Bukanlah menjadi satu kebiasaan bagiku menyambut hari ibu / hari bapa setiap tahun. Bagi aku kedua ibu & bapaku harus dingati setiap hari bukan hanya pada hari ibu / hari bapa. Tetapi, sempena hari bapa yg lalu kami adik beradik mengambil kesempatan untuk berkumpul & meraikan abah juga bapa2 yg ada (abg iparku). Hubby masa tu tengah kuar 3h so x dpt la dia nk join. Kami pakat masing2 bawa makanan serba sedikit dan bahagian aku macam biasa la kena buat kek .. hehe ...

Pak aji potong kek ... 

Pak aji & menantu kedua ...

Pagi tadi dengar radio IKIM. Apakah kenangan yg tidak boleh anda lupakan bersama bapa anda?
Huhuhu .... bila aku ingat balik .... 1 kenangan yang tak dapat aku lupakan ialah ketika abah nk hantar aku mendaftar ke POLISAS melalui jalan Mersing, kete yg kami naiki pancit ditengah2 kawasan hutan & gelap. Susah payah abah tukar tayar untuk memastikan kami sampai ke Polisas pada jam 8 pagi esoknya. Itulah pengorbanan seorang ABAH! dan 1 lagi kisah semasa aku naik motor bersama abah nk beli barang untuk berniaga nasi lemak, waktu tu aku yang bawa motor, abah bonceng kt belakang motor aku tiba-tiba rosak. aku & abah terpaksa sorong motor agak jauh juga la ke kedai motor dalam keadaan cuaca panas. masa tu aku dh kawen tapi abah tetap sentiasa di sisi aku ketika susah. abah juga sering doakan kejayaan anak2 abah & asbab doa abah la Allah pilih aku pergi haji & abah menangis teresak2 terlalu gembira semasa aku bgtau abah aku terpilih untuk mengerjakan haji pada 2010 ...
Abah juga sering tanya pada aku kalau aku bagi abah duit lebih kenapa bagi banyak sangat??? ko ada duit belanja tak??? oh abah .... duit yg sya bg tu tak seberapa kalau nk dibandingkan dengan kasih sayang & pengorbanan abah pada saya selama ini  .... sob ..... sob ... (sambil kesat air mata)
  
 Tiba -tiba hati terasa sebak bila teringat allahyarham bapa mertuaku yg telah tiada. Hanya gambar sebagai kenangan bersama abah. Ketika ini abah sedang makan semasa aku mengadakan 'annual dinner' meraikan semua staff aku pada tahun 2010 selepas aku pulang dari mengerjakan haji. Bilaku tanya pada hubby apa kenangan yang x dpt dilupakan bersama abah? Kata hubby semasa kecil, abah sering bawa hubby ke tepi pantai LIDO tangkap ketam. Rasa seronok sangat dapat naik kete PROTON bersama abah. ....

Ahhhh .... tentunya sukar mengimbau kenangan bersama orang yg amat kita sayangi. Semoga diri kita sebagai ayah & ibu akan kekal berada di dalam hati anak-anak kita dan terus disayangi sehingga  ke akhir hayat kita . sebagai anak pula tidak perlulah berkecil hati kalau anda bukan anak yg berada di hati ibu & ayah anda. pandanglah mereka dgn kasih sayang & tunaikan tanggungjawab anda sebagai anak  walaupun seringkali kasih sayang anda itu tidak dihargai .... sesungguhnya Allah yang lebih tahu niat & hati anda itu ....

HAPPY FATHERS DAY!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails