
Alhamdulillah dgn izin Allah kuliah bulanan telah selamat diadakan di pejabat aku hari Jumaat lepas. Spt yg dirancangkan, tajuk bulan ini ialah "Solat yg khusyuk & khuduk". Sedikit perkongsian yg dapat aku catatkan drpd ceramah tersebut;
1. Solat adalah perintah secara langsung drpd Allah kepada Rasulullah saw semasa peristiwa israk mikraj
2. Apabila kita mandi 5X sehari maka tubuh badan kita akan menjadi bersih. Solat 5X sehari dapat menghapuskan dosa (sedarlah diri kita ini banyak dosa...)
3. Solat yg tidak sempurna akan dilempar semula ke muka kita seperti kain buruk.
4. Jagalaha wuduk kita. Solat yg sempurna bermula dari wuduk yg sempurna.
5. Jgn membazir air semasa berwuduk. Semakin byk air yg kita bazirkan maka semakin byk la ke'khusyuk'kan dalam solat kita yg hilang ( ini fist time aku dgr & baru aku tahu. Aku perasan hubby ambil wuduk dgn air yg sgt kecil tp aku tak pernah tanya kenapa. skrg baru aku faham)
6. Berwuduk dgn mengadap kiblat jika boleh.
7. Sunah Rasulullah berwuduk secara duduk. beliau tidak pernah mengambil wuduk sambil berdiri (ini pun baru aku tahu). Seorang sahabat yg uzur telah diminta oleh sahabat yg lain untuk berwuduk sambil berdiri. jawab sahabat tadi aku tidak pernah lihat Rasulullah berwuduk sambil berdiri oleh itu aku tidak akan sekali2 berwuduk sambil berdiri jawab sahabat tersebut.
8. Pakailah pakaian yg terbaik sekali semasa solat kerana kita akan mengadap RAJA seluruh alam.
9. Sahabat apabila bersolat tumpuan mereka hanya pada Allah. Ustaz ada cerita kisah Saidina Ali yg dicabut panah di kaki beliau ketika sedang bersolat sebab khusyuknya beliau dlm solat hingga tidak terasa sakit ketika panah itu dicabut.
10. Solat untuk selesaikan masalah dunia & akhirat. Jika solat tidak dapat menyelesaikan masalah dunia apatah lagi untuk menyelesaikan masalah akhirat.
11. Utk dapatkan roh dalam solat kita kena fikir & risau atas org yg tak bersolat. nasihatkan mereka dgn penuh kasih sayang. kita tak berhak untuk menghukum org lain.
12. Syaitan suka mengganggu org yg sedang bersolat. syaitan akan berbisik dan mengatakan solat kita tak diterima Allah. Kita kena yakin Allah akan terima solat kita dan doa...
13. Org yg bersolat berada di dalam jaminan Allah. Org yg tak bersolat maka Allah tidak akan menjamin dia.
14. Solat memudahkan rezeki. Solat sunat isyrak dan dhuha utk murah rezeki.
15. Allah akan buka akhirat dlm solat supaya dtg keinsafan dlm diri kita.
Selesai ceramah ada sesi soal jawab;
1. Kalau kita kerja offshore bolehkah kita solat jama' & qasar?
Solat jama' & qasar utk org yg bermusafir dan tidak pasti brp hari perjalanan. Kalau kerja offshore & kita dah tau brp lama kita akan berada di offshore maka solat jama' & qasar tidak boleh (maafkan aku kalau jwpn aku tersalah. yg ini aku ingat2 lupa & tak catat)
2. Sesetgh penceramah menganjurkan solat berjemaah di rumah bersama isteri & anak2 utk mengeratkan hubungan keluarga. mana lebih afdhal solat di masjid atau dirumah?
Org lelaki kena berjemaah di masjid. Ada hadis nabi mengatakan jika nabi tidak fikirkan wanita & anak kecil yg ada didalam rumah nescaya nabi akan bakar rumah org yg tidak solat berjemaah di masjid.
3. Boleh tak org perempuan solat berjemaah di masjid?
Kita tidak bole larang wanita bersolat di masjid. tetapi seelok2nya wanita bersolat di rumah dan di dalam biliknya sendiri. jika suami solat di masjid, maka wanita akan dpt juga pahala suaminya malahan lebih lagi sbb wanita itu juga dpt pahala dr solatnya sendiri.
4. Macam mana cara berwuduk dgn duduk?
Sama seperti wuduk biasa cuma kita duduk shj. atau pun kita bole mencangkung.
5. Solat hajat ada berjemaah ke? kena niat makmuman ke?
Solat hajat tak ada berjemaah. Bole solat bersama2 tp niatnya sendiri2.
Seronok rasanya bila ada sesi soal jawab begini. Ini bermakna staff ada kemusykilan. Pada yg malu2 tu depa jumpa ustaz secara personal. Sebelum kuliah juga buat pertama kalinya kami sama2 solat hajat mohon keselamatan di pejabat kami sbb baru2 ni ada berlaku kemalangan di site.
Di dalam meeting mingguan boss aku kata tajuk solat ni biarlah disambung lagi utk bulan jun & julai. Boss kata next kuliah mungkin bole minta ustaz tunjukkan cara solat yg betul serta praktikal wuduk. Boss juga minta diletakkan 1 kerusi di tempat wuduk & aku lihat skrg boss wuduk sambil duduk. Begitu juga staff2 yg lain mula amalkan sunah Rasulullah saw. Alhamdulillah... aku amat berharap agat keadaan di pejabat ini akan berubah sebelum aku letak jawatan satu hari nanti. InsyaAllah.