Showing posts with label Cahayamataku. Show all posts
Showing posts with label Cahayamataku. Show all posts

Wednesday, September 21, 2011

Anak mama & Puasa 6 .......

Alhamdulillah lagi sehari mama dapat habiskan puasa 6. Abah start puasa dulu jadi abah dh beraya dulu. Mama start lambat so lambat la mama beraya nampaknya....


Ecah & addin sama2 temankan mama puasa 6. Ecah kata dia nk ganti puasa 2 hari yg dia tinggalkan Ramadhan lalu sebab Ecah sakit gigi. Menangis2 Ecah masa sakit gigi. Mama pun terus suruh Ecah buka puasa. Lepas buka Ecah makan ubat tahan sakit.

"ngada-ngada sakit gigi sikit dah buka puasa" marah yaya pada ecah sambil menjeling tatkala lihat ecah berbuka puasa. Alhamdulillah ecah dah selamat ganti puasa dia walaupun ecah baru 7 tahun. Terharu rasa hati mama bila ecah kata waktu lunch ecah sembunyi bawah meja sebab tak makan. Ecah takut ustazah marah tak makan waktu lunch. Di sekolah ecah lunch mmg disediakan & pelajar diwajibkan makan. Mama dah kata cakap aje la dgn ustazah ecah puasa..takkan ustazah nk marah tapi ecah tak nak..


Addin pulak puasa penuh tapi addin ikut mama puasa sebab nk puasa 6 katanya. Mama dah 3 hari puasa 6 baru addin nak ikut puasa. mama janji dgn addin nanti mama dh habis puasa 6 mama akan temankan addin puasa pulak. mama ganti puasa mama yg dulu2 kalau ada yg tertinggal.


Yayah pulak ponteng puasa 1 hari. dia curi2 makan dalam bilik tapi mama tau yaya tak puasa sebab mama jumpa quaker oat bawah katil. yaya kata nk ganti puasa tapi bila mama kejut liat sungguh nk bangun. bila time orang buka, yaya buka macam dia pulak yg puasa. hmmm...yaya... yaya.... hidayat sikit anak mama yg sorang ni..


Sebenarnya mama terharu tgk anak2 mama. mama tak suruh pun ganti puasa atau puasa 6 tapi addin & ecah sendiri yg nak puasa. pd usia 7 thn & 10 thn mama rasa itu satu pencapaian yg baik. sedari kecil anak mama faham kewajipan berpuasa dan wajib ganti puasa apb meninggalkannya. mama & abah tak ingat bila mama mula puasa penuh di bulan Ramadhan. kalau tak silap mungkin masa mama darjah 4. puasa 6 pulak rasanya dah tua2 ni la baru tau kelebihan puasa 6. selepas masuk usaha dakwah ni. mama & abah dulu jahil. tak tau kelebihan sunnah Rasulullah saw.


Untuk anak2 mama, mama sentiasa doakan kebaikan & kejayaan semua di dunia & akhirat. moga jadi anak yg soleh & solehah. amin...

Wednesday, September 7, 2011

Tolong... Sumayyah terperangkap !!

Raya ke 5 kita pergi Plaza Pelangi sbb mama ada appointment dgn optometrist. Pasal hari Sabtu, mama bawa suma anak mama. Nnt abah bole tlg jaga. Selesai chck-up kita pun beredar. Masa nk keluar dr centre tu mama hati-hati supaya Fatimah tak tersepit pintu. Yg lain-lain semua dah menuju ke lift. Tiba-tiba …..

“Mama! Sumaiyah dah masuk lift!”


Ah sudah…. Maya masuk lift dulu pastu pntu lift tertutup.Aduhai… mama & abah dah panic. Sbb kita skrg kt tngkat 15. Maya pulak turun tngkat berapa ni??? Satu hal pulak nak cari dia kat tiap tingkat. Mama suruh abah turun dulu kalau2 maya dah turun kat basement. Tapi maya tak ada juga. Mama tekan2 lg butang lift kt tingkat 15 tu. Hati dah risau ni… Dulu Addin masa umur dia 2 tahun pernah juga kena mcm ni. Masa tu pergi A Famosa Resort. Duduk kat apartment tingkat 9. Sedang mama & abah sibuk masukkan beg dlm lift tiba2 pintu lift tertutup sedangkan Addin ada dalam lift dgn beg2 tu suma. Beberapa kali juga la mama & abah turun naik lift cari Addin tapi tak jumpa. Cuma dgr suara addin nangis tapi tak tau Addin kat tingkat berapa. Rupa-rupanya Addin cuma turun tingkat 8 aje cuma Addin dah berlari-lari keluar kat tingkat 8 tu…
Mama & yg lain2 masih tunggu depan lift dekat tingkat 15 tu. Mama tak gerak mana2 sebab tunggu abah kol kalau2 dah jumpa Sumayyah. Tiba-tiba pintu lift terbuka. Mama nampak budak comel ni dalam lift ….

Terus mama kata “Nape maya masuk lift dulu? Kan yg lain tgh tunggu mama….” Dlm hati rasa syukur dah jumpa Mayah semula.
“Maya turun bawah tak tadi?” tanyaku
“Tak….” Jawab Mayah
“Habis tu lift ni naik atas ke? “ tanyaku lagi
“Tak…. Dia tutup pintu aje tapi dia tak turun dia tak naik mama…”
“ooooo… habis tu Mayah tak takut?”
“ tak, Mayah takut ALLAH!”
Allahuakbar! Terkesima mama mendengar jawapan dari mulut Sumayyah.


Takut hanya pada Allah. Allah yg bg makan, Allah yg bagi rezeki, Allah Rabb, Allah segalanya. Makhluk tiada kuasa, Allah maha kuasa. Allahuakbar !

Sunday, June 26, 2011

Warkah Untuk MAMA

Pagi tadi sebelum subuh mama telah pun bertolak ke airport. Penerbangan mama pada jam 7.00pg. Sampai di airport mama terus check-in & menuju ke balai berlepas. Mama terus cari surau untuk solat subuh. Ketika mama tarik telekung mama dari dalam beg mama lihat ada kertas di dalam lipatan telekung mama ... Warkah dari Yaya...

Hati mama terus sebak membaca surat ini. Dah pandai tulis surat untuk mama rupanya anak mama. Sekali pun kata-katanya amat ringkas tapi cukup untuk membuat mama menangis. Ya Allah ... betapa aku sayangkan anak-anakku ya Allah. Engkau peliharalah mereka sepanjang ketiadaanku. Lepas maghrib, ketika mama baca taklim sorang2 dlm bilik hotel ini, tiba-tiba hati mama sayu lagi. Kali terakhir mama outstation pada tahun 2002 selama seminggu. Tika itu yaya baru 6 bulan. Masih lagi menyusu badan, Selepas itu, seringkali mama mengelak untuk outstation atas alasan anak2 tak ada orang jaga.. tapi kali ini mama tak mampu untuk mengelaknya.

Yaya, maafkan mama sebab terpaksa tinggalkan Yaya, Addin, Ecah, Maya & Mimah. Walaupun mama tak ada, jadilah anak yg solehah ye sayang. Sekian, wassalam.
( Pastinya mama juga rindukan Yaya & yg lain-lain. Semestinya bila mama tak ada tak akan sama dengan bila Abah tak ada kan? ~ Mama nangis ni... huhuhu )

Tuesday, March 29, 2011

Alahai anak mama....

Part 1

mama : Addin, bila la agaknya mama nk dapat baby boy ni?

addin : mama kata nak amik anak angkat, mama amik la baby boy

mama : mmg la mama nk amik anak angkat tp x ada org nk bagi

addin : mama cari la kat INTERNET

mama : ???

(kalau la ada jual kat internet, cnfm aku dah beli sepuloh ..woha!)


Part 2

mama : sumayyah dah solat belum?

sumayyah : belum

mama : nape sumayyah tak solat

sumayyah : mayah kan kecik lagi

mama : ???? (4 tahun kecik lagi ke?)


Part 3

aisyah : mama, kalau org gemuk kita tak bole panggil dia gemuk kan?

mama : aah, tak boleh. nanti dia malu

aisyah : kita panggil dia COMEL kan

mama : aah..

aisyah : mama COMEL...


Part 4

mama : kenapa mayah tak pergi tadika tadi

sumayyah : mayah kan cuti

mama : kenapa pulak mayah cuti

sumayyah : mayah nak balik INDON...


Part 5


Aisyah : kita nk solat apa sekarang?


Sumayyah : solat isyak la


Aisyah : mana ada solat isyak siang2 ni


Sumayyah : solat maghrib la..

Friday, February 18, 2011

InsyaAllah .... Azam ....

Sekarang ada pembaharuan yg dibuat di rumah. Maaf la. Maybe mama terlewat membuat pembaharuan ini. Abah dah beberapa kali tekankan kepentingan taklim pada mama tapi asbab kelemahan mama maka mama tak dapat istiqamah. now cuba nk improve.
Setiap kali lepas maghrib taklim akan dijalankan. Memandangkan addin, yayah & ecah dh pandai membaca maka bacaan taklim akan dibuat secara bergilir. bacaan taklim cuma amik masa dalam 15 minit. Lagi 15 minit muzakarah 6 sifat. semua anak2 mama kena ajar muzakarah 6 sifat termasuk Fatimah yg baru berusia 2 tahun. Alhamdulillah anak mama dapat sebut point dulu setakat ini. Abah kata lepas muzakarah kena tashkil.
Mama : InsyaAllah azam. Sape sedia??
Addin : saya 4 bulan
yayah : Saya 3 hari
Aisyah : Saya 3 hari
Bibik : (Senyum aje)
Mama : Mama 2 bulan IPB...InsyaAllah
okay...insyaAllah semua sedia. Kita tutup dengan tasbih kifarah.

Tuesday, August 24, 2010

Andainya Engkau Ada...

Hari ini genap 11 tahun engkau pergi meninggalkan kami. Andai engkau ada, usiamu sudah pun mencecah 11 tahun. Wajahmu tak ubah seperti Abah. Putih, berambut kerinting, dagumu sedikit panjang, keningmu lebar & hitam. Bila memandang wajah abah sedang tidur, sama seperti wajahmu yg mama cuma dapat tatap seketika sebelum engkau disemadikan selamanya.

Kepedihan & kesedihan kehilanganmu mmg tak dapat digambarkan bila mama berpantang tanpa adanya tangisan bayi. Sungguh pedih ujian yg Allah turunkan. Kehilangan anak sulung yg mama nanti2 kan. Allah lebih sayangkanmu. Engkau hanya bernafas di bumi Allah ini selama 5 jam shj. Doktor kata paru-parumu masih tidak matang. Engkau tidak mampu untuk bernafas sendiri memandangkan engkau baru nk masuk 5 bulan dlm kandungan mama. Mama tak tahu silapnya dimana. 3 hari air ketuban mama bocor tak berhenti. Berbagai cara doktor lakukan untuk menyelamatkan engkau. Masuk hari ketiga mama terus rasa sakit nk bersalin. Mama tak tahu apa yg perlu mama buat. Mama tak ada pengalaman. Bila doktor usung mama ke dewan bersalin mama redha. Mudah shj mama melahirkan engkau. Tapi ketika engkau keluar engkau langsung tak menangis. Mama dengar doktor jerit "baby cramp!" tapi mama masih tak faham.

Kemudian mama diusung ke wad pula. Ketika mama hampir terlelap, doktor datang & bagitau mama yg engkau 50-50 dan doktor kata apa2 pun yg berlaku mama kena tabah. Mama diam aje. Mama seperti dah jangka yg engkau mungkin tak dapat diselamatkan. Sebelum subuh Abah sampai. Abah datang & cium mama. Perlahan-lahan abah kata "Baby kita dah tak ada...". Seingat mama ketika itu mama tidak menangis sbb mama redha pada ketentuan Ilahi. Tapi selama berpantang mama sering menangis bila teringatkan engkau. Hinggalah mama terbaca tentang Syafaat anak yg meninggal semasa kecil membuatkan hati mama gembira. Nantikan mama & abah di syurga ye...

Mama doa agar mama cepat2 mengandung lagi. Alhamdulillah engkau punyai seorang adik lelaki & 4 orang adik perempuan. Namun Allah masih belum makbulkan doa mama untuk dapat seorang anak lelaki yg saling tak tumpah seperti wajahmu. MUHAMMAD FIKRI IZZUDDIN ...engkau sentiasa di dalam ingatan mama...selamanya...abadi di sini...


"Abah kata Abang Long dah jadi ahli jannah. Mama & abah kena usaha sungguh2 utk jadi ahli jannah juga"

Satu-satunya baby boy mama..Muhammad Izzuddin

Tuesday, February 9, 2010

Jangan Gelak Okay...



Tetiba aje terjumpa gambar ni dalam my camera. Ni mesti kerja si kakak Maisarah. Dia ikatkan rambut Sumayyah n then amik gambo. Mayah pun apa lg la..siap posing maut gitu. Si kecik Fatimah pun tumpang sekaki. Apa punye gaya ni? Ala-ala model tak terlatih. Gaya orang tgh susah hati pun ada juga tu. Gelagat anak-anak permata hatiku :)

Thursday, December 24, 2009

Nur Fatimah Azzahra

Salam, 22 Muharam ni genap la Fatimah setahun. Alhamdulillah Fatimah dah pandai jalan ketika umur dia 10 bulan setengah. Addin dulu jalan umur 11 bulan. Bermakna Fatimah telah pecah rekod. InsyaAllah bila mama & abah ada masa nanti plan nk buat majlis kenduri akikah & birthday Fatimah & Addin sekali. Addin lahir pada 4 Muharam. So boleh celebrate sekali :). Plan nk buat akikah dah lama tapi asyik tertunda aje. Maklumlah bizi memanjang dengan urusan dunia. huhuhu

Monday, October 12, 2009

Buah hati kesayangan hamba

Inilah buah hati kesayangan hamba. NUR FATIMAH AZZAHRA. Fatimah nak masuk 9 bulan pada 19 Oktober ni. Sekarang Fatimah dah pandai berdiri sendiri tak pegang apa2. Tak lama lagi pandai jalan la tu...


Monday, October 5, 2009

MV DOULOS - Part1

Salam, anta semua layan dulu la gambar ni. Ana tengah sibuk ni. Nanti ana update story ok. InsyaAllah :)








Saturday, September 26, 2009

Tragedi 1 Syawal 1430

Aidilfitri yg sepatutnya disambut meriah hanya dikecapi seketika apabila pada malam raya kedua Addin ditimpa kemalangan. Selepas berkumpul bersama-sama sepupunya Addin sibuk nk ikut akak ana balik rumah mertuanya sbb Addin tak puas jumpa & main dengan sepupu dia. Mulanya ana memang berat hati tapi bila Maisarah juga merajuk nk ikut sepupu dia balik maka ana terpaksa mengalah. Jam 9.45 mlm kak Teh call ...dan tetiba ana terdengar hubby kata;
"Addin??? Innalillah.... Cakap la dengan Anna sendiri..". Masa tu hati ana berderau. Kenapa? Siapa yang meninggal? Ya Allah...Janganlah Addin...satu-satunya anak lelaki mama..Di hujung talian terdengar suara Kak Teh,
"Anna, Addin terlanggar pintu sliding. Mulut dia koyak. Aku skrg kat hospital. Mulut dia kena jahit ni".
"Mulut dia koyak aje ke? Teruk tak? Habis macam mana?" tanyaku
"Teruk juga...errr ko nak refer doktor pakar atau doktor biasa? diaorang kata kalau doktor pakar mungkin dia jahit cantik sikit. Tapi doktor tu on call"
oh! nk jahit cantik ke tak. Masa tu ana dah blank kepala otak ni...
"Aku nak doktor pakar. Engkau suruh diaorang call doktor tu skrg. Kejap lagi aku datang sana"
Ana & hubby terus bersiap. Alhamdulillah ana mampu kawal perasaan & tak panik. Ana yakin Allah tetap pelihara Addin. InsyaAllah. Sampai kat hospital ana tgk Addin terbaring. Bila dia nampak ana, terus air mata dia meleleh sedangkan sebelum tu Kak Teh kata dia tak menangis pun.

Ana sangka cuma koyak sikit tapi bila doktor bukak kapas tu ana terkejut tgk mulut Addin yang koyak tu.

Ana cuba kuatkan hati. Terus cium & usap kepala Addin. Hubby terus menjauhkan diri. Dia tak sanggup tengok muka Addin. Ini bukan soal Addin nakal atau Kak Teh cuai tak jaga Addin betul2 tapi ini takdir Allah. Bagi ana yg terbaik ketika ini ialah memberikan kata2 perangsang supaya Addin tabah. Doktor pakar kata Addin kena masuk OT juga untuk jahit mulut dia tu. Addin masuk OT jam 11.15 mlm dan siap sejam selepas itu. Sebelum masuk OT ana pesan pada Addin sepanjang doktor jahit luka tu Addin jgn putus zikir pada Allah. Ingat pada Allah. Hanya Allah yg mampu membantu kita dalam apa juga keadaan. Ana juga tak putus zikir pada Allah moga Addin tak apa2.

Addin selepas lukanya dijahit. Ada la dalam 10 jarum kot. Kat kaki pun ada jahit juga. Jari tengah sebelah kiri pun ada luka tapi tak amik gambar. Doktor kata Addin kuat. Tahan sakit. Tak menangis pon. Anak mama tentulah setabah mama kan? :)


Makanya malam raya kedua ana & hubby tidor di hospital. Esoknya ana tanya Addin macam mana dia boleh langgar sliding door tu. Addin kata dia & sepupu2 dia main bunga api kat luar. Addin tak nak main tapi diaorang yg ajak. Kak Teh kata tiba2 dia nampak Addin terus berlari masuk dalam & langgar pintu tu. Rupanya asap bunga api membuatkan Addin tak nampak sliding door. Dan Addin nk masuk dalam sebab nk tgk Astro. Mlm tu MU lawan apa ntah..Hai Addin....sama la engkau dgn abah engkau ya. Peminat syaitan merah..sebab tu kat rumah kita ni tak ada TV. Apatah lagi pasang Astro. Sebab mama tahu kalau korang tgk bola memang tak ingat dunia. Namun, itu semua asbab. Allah jua yg tentukan. Doakan semoga Addin cepat sembuh. InsyaAllah.

Wednesday, September 23, 2009

Selamat Hari Raya...

Salam, harapnya masih belum terlewat untuk ana mengucapkan selamat hari raya maaf zahir & batin buat semua ahli keluarga, sanak saudara & kengkawan blogger. Lama tak online sebab agak sibuk membuat persiapan menyambut suami balik hehehe ;)

tak lupa juga duit rayanya..hehe..

Hari raya pertama semua keluarga berkumpul di rumah ana. Terasa amat gembira sekali kerana mempunyai keluarga yg bahagia...

Majlis doa selamat juga diadakan pada raya pertama selepas zuhur untuk ahli keluarga terdekat

Namun begitu, kemeriahan menyambut hari raya hanya dapat dikecapi seketika. Malam raya kedua keluarga ana ditimpa musibah. Takdir Allah tiada siapa dapat menolaknya. Musibah apa ya? ana akan ceritakan kemudian nnt. makanya tahun ni ana tak beraya..huhuhu...:(

Friday, September 4, 2009

4 bulan hampir berlalu..

Salam, pejam celik pejam celik hampir 4 bulan masa telah berlalu. Ini bermakna lagi seminggu hubby akan tangguh. InsyaAllah. Kali ni anak-anak pun tak byk tanya tentang abah mereka. Alhamdulillah mereka dah mula faham. Cuma Sumayyah aje yg kebelakangan ini bila menangis akan panggil abah dia. Rindu agaknya. Tak macam tahun lepas anak2 sibuk nak telefon abah mereka masa hubby keluar 4B IPB. Tapi tahun ni semua tak kisah pon. Semalam bila ana kata lagi seminggu abah balik, ADDIN siap cakap "Eh! cepatnya abah dah nak balik. Abah lagi rasa cepat kan mama sebab abah yg keluar". Nampaknya Addin pun dah mula faham maksud khuruj di jalan Allah. Bila abah tak ada, Addin jadi pengganti abah. Addin berpuasa seperti biasa. Bila masuk berbuka Addin dengan duduk cara sunnah menjamah sedikit je makanan lepas tu terus keluar rumah. Mulanya ana terkejut juga.."Eh, Addin nak ke mana tu?" tanyaku. "Addin nk g solat la kat surau" jawabnya. MasyaAllah...anak mama...baiknya kamu...Walaupun abah tak ada tapi rutin setiap hari ikut abah solat berjemaah di surau tetap kau ingin lakukannya. Sejuk hati mama. Harap2 Addin istiqamah solat berjemaah di surau walaupun sebenarnya hati mama bimbang membiarkan engkau jalan seorang diri menuju ke surau. Cuma mama yakin jika engkau melakukan sesuatu yg baik pasti Allah akan pelihara engkau. InsyaAllah.

Sehingga hari ini sepanjang ketiadaan hubby semuanya berjalan seperti biasa. Siapa kata susah kalau ditinggalkan suami?? Ana rasa ok aje. Semuanya berjalan lancar & Allah bagi mudah segala urusan malahan Allah bagi rezeki yg melimpah ruah. Terima kasih juga pada karkunah2 di halaqah ana sbb dtg ziarah ana & bawa bermacam2 buah tangan.

Addin, Sumayyah & Fatimah waktu nk bangun sahur :)

Wednesday, May 20, 2009

Selamat Hari Lahir Maisarah


Anakku Nur Maisarah Suaidah menyambut ulang tahunnya yg ke 7 hari ini iaitu 20 Mei 2009. Sebenarnya birthday Yayah kami dah sambut pada bulan Rabiulawal yg lalu. Tapi setiap tibanya 20 mei ana akan belikan kek untuk Yayah sambut birthdaynya dengan kawan-kawan di sekolah. Thn ini ana tak beli kek tapi buat sendiri cupcakes untuk Yayah bawa ke sekolah. Sedikit info tentang anak ana yang ketiga ini.

Nama : Nur Maisarah Suaidah
Tarikh lahir : 20 mei 2002 / 8 Rabiulawal 1423
Tempat lahir : Johor Bahru
Sifat / peribadi : tak banyak cakap, pemalu, suka memerintah, agak "bossie" (sesuai jadi boss), berkira (bole jadi akauntan ni), a bit slow dalam pelajaran, mudah merajuk, agak cengeng orangnya, baik hati, prihatin pada adik beradik yg lain tapi kurang ngam dgn abangnya, suka pada muzik / nyanyian, penakut, mudah diserang penyakit (ini antara beberapa sifat Yayah pada pandangan ana sebagai mamanya)

ok, sekarang mari kita lihat peribadi mereka yg lahir pada bulan Mei mengikut kajian Dr Fadzilah Kamsah;

* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

Dan yang ini pulak personaliti mereka yang lahir pada bulan RabiulAwal..

Perwatakannya baik, mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga dalam pekerjaan, ramai yang menyenanginya. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras, dan mudah marah

Wallahualam.

Wednesday, March 25, 2009

Amanah Yg Diberi Allah swt

Salam, inilah amanah yang Allah swt berikan kepada ana. Cahayamata ana yang pertama hanya bernafas di bumi Allah ini selama 5 jam sahaja kerana dilahirkan tidak cukup bulan. Masih lagi ana ingat saat itu betapa hanya Allah shj yang tahu kesedihan hati ana. Bayi lelaki pertama itu saling tak tumpah dengan wajah hubby. Ramai yang memberi kata-kata semangat pada ana ketika itu. Salah satunya yang masih ana ingat kata-kata dari seorang jururawat. Katanya hanya yg terpilih sahaja mendapat kelebihan mempunyai anak yang meninggal sewaktu kecil. Anak ini akan menjadi syafaat kepada ibu bapanya. Anak ini tidak akan masuk syurga selagi ibu bapanya tidak masuk syurga. Ana pernah terbaca taklim tentang perkara ini. InsyaAllah akan ana tuliskan disini kemudian. 10 bulan selepas itu, ana kembali hamil lagi. Maka lahirlah Muhammad Izzuddin. Dan kemudian Allah kurniakan lagi rezeki dan ana tak pernah menolak. Zuriat ini harta yang paling berharga. Juga amanah dari Allah.

MUHAMMAZ IZZUDIN ~ 4 MUHARAM 1422


NUR MAISARAH SUAIDAH ~ 8 RABIULAWAL 1423


NUR AISYAH HUMAIRA ~ 9 RABIULAWAL 1425


NUR SUMAIYAH SYUHADAH ~ 16 RABIULAWAL 1428


NUR FATIMAH AZZAHRA ~ 22 MUHARAM 1430

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails