Showing posts with label Masturat. Show all posts
Showing posts with label Masturat. Show all posts

Friday, August 26, 2011

Kepulangan yg dicemburui

Epin dah balik dah... Upin Epin dh balik kg??? bukan... Hj Ariffin & ahlia dia dah balik dah. Semalam mereka dh sampai Pasir Gudang. hohoho... sungguh aku cemburu mendengar kepulangan mereka. Hj Ariffin dah selamat balik khuruj masturat 40H. Kenapa aku cemburu??? Mana taknya cemburu, aku yg tasykil dia kuar India sama2 dgn aku tapi akhirnya aku tak kuar dia yg dapat kuar. Hebatnya perancangan Allah....

Tak apa la.. belum rezeki aku nk menjejakkan kaki ke bumi India. Dengarnya Hj Ariffin keluar 20H ke India & 10H ke Sri Lanka. Bukan lama pun 40H tu. Sekejap aje dah balik... Rezeki dia... Allah mudahkan dia... Aku ni yg lemah... huhu

Tuesday, August 16, 2011

Tak dapat kuar India, terima jemaah India pun ok juga..

Assalammualaikum..

Diam tak diam dekat sebulan aku x hapdet blog aku ni ye. Nampak sgt la tahap kebizian aku pd tahap gaban. Mesti pembaca tegar blog aku (hehehe) ingat aku dah selamat berada di bumi India khuruj fisabilillah huhu. Sebenarnya amat la tragis kisah aku nk kuar IPB ni. Awalnya aku plan nk kuar 15 Syaaban. Hubby kata tak ada masturat yg sedia nk keluar bulan puasa ni tp aku syor agar dibentangkan dlm masyuarat. Setelah takaza dibentangkan, maka 4 pasang telah bersetuju utk keluar pd 15 Syaaban. 1 pasang dr Felda Tenggaroh telah di'reject' tafakutnya atas masalah kesihatan. Sedih juga la aku dgr sbb makcik ni pernah keluar 3h dgn aku. Baik sgt makcik ni. Katanya nk mati di jalan Allah. Dah 4x dia & suaminya tafakut nk ke IPB tapi masih juga Allah tak pilih. Aku pulak setelah menulis surat memohon cuti, berbalas2 email dgn bosses aku, akhirnya boss aku kata dia izinkan aku cuti bermula 1 Ogos 2011. Aku kata pada hubby aku sedia 'beraya' di IPB. Pada aku raya ke, tak raya ke... sama aje. Lagi pun bukan anak2 tak pernah beraya tanpa aku & hubby. Pengalaman mengerjakan haji & beraya aidiladha di Mekah tidaklah seteruk yg aku bayangkan malahan lebih seronok lagi rasannya. Tapi bagaimana pulak masturat yg lain? Sediakah mereka?



Setelah berbincang dgn 2 lagi pasangan masturat, 1 pasang telah berstuju utk beraya bersama2 aku di IPB tapi 1 pasang lagi tidak bersedia. Oleh itu, aku pun mengalah. Aku kata 'tak apalah, tak payah tunggu aku. Anta semua keluarlah dulu...' walaupun dalam hati aku rasa amat sedih. Maka aku ambil keputusan untuk tunda keluar IPB. Dengarnya 2 pasang tadi selamat keluar ke India... dah nak balik pun mereka... Alhamdulillah...Tak apa... Allah tahu niat aku.. Pasti ada hikmahNya ...



Hubby ajak aku keluar 10 hari akhir Ramadhan tapi aku menolaknya. Aku 'terpaksa' bekukan cuti tahun aku utk cuti 40H november nanti. InsyaAllah. Minggu lepas, rumah aku telah Allah pilih utk terima masturat dr India. Alhamdulillah. Malam Sabtu lepas, aku kemas rumah aku macam esok nk raya. Aku kena pastikan rumah aku selesa untuk jemaah. Ini 2nd time aku terima masturat. Hari pertama mereka sampai aku rasa amat gembira sekali walaupun mengalami masalah komunikasi. mereka tidak pandai sangat berbahasa inggeris. lagi pun tertib mereka jauh beza dgn tertib masturat Malaysia. Apa2 pun aku rasa seronok walaupun 'lepak' yg amat sangat. hari pertama mereka di rumah aku tak ada org dtg nusrah sampai jemaah tanya aku sorang je ke karkunah kat sini?? huhuhu...semua ini asbab kelemahan aku. aku tak rajin nusrah org, ziarah org.. so org pun tak nak nusrah aku agaknya. tak pun depa tak tahu rumah aku?? ntah la... rupa2nya perkara ini telah menjadi kecoh di kalangan JT lelaki di sini. setelah di tasykil selepas taklim masturat , ramai la karkunah yg dtg 'memeriahkan' lagi progran taklim, muzakarah & bayan hinggakan ada yg iktikaf di rumah aku. alhamdulillah... Allah punye kuasa...


Jemaah berada di rumah aku selama 2 hari shj. Pagi Isnin mereka semua tangguh dalam keadaan hujan renyai-renyai.... Satu pengalaman baru utk aku yg hina ini... Bagaimana la keadaannya bila aku keluar IPB nanti? Hanya Allah yg tahu...



Jemaah mula bergerak ke route seterusnya. Moga Allah pelihara mereka..Amin..

Friday, July 8, 2011

S.P.E.E.C.H.L.E.S.S.

on this friday morning ... nothing to say ... just crying ...

and ... speechless ...

Wednesday, July 6, 2011

Dear BOSS..

Bak kata ummi ali ; Yg bagi cuti ialah Allah.. hati manusia dalam genggamannya..


Aku cuma berusaha sahaja..
Yg pilih kita ialah Allah, bukan cuti, duit, visa ... anak-anak Allah yg akan uruskan...
Tingkatkan tawajuh, doa moga Allah pilih aku.. Aminnnnn ........

Thursday, March 17, 2011

Tasykil Masturat IPB

wokei..insyaAllah siapa yg sedia untuk keluar MASTURAT 40H / 2 bulan ke India, Pakistan, Bangladesh?
Saya tuan...InsyaAllah pada November 2011. Azam....
Sape lagi yg sedia?? Angkat tangan!
( Sila angkat tangan jika anda sedia )

Monday, February 22, 2010

Petikan Bayan Markaz Johor Bahru - 23/2/2010

Assalammualaikum...
Kelebihan wanita yg redha ditinggalkan suami untuk khuruj di jalan Allah maka isteri akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari suami..
Kelebihan isteri yang sama-sama keluar dgn suami khuruj di jalan Allah akan masuk syurga 1000 tahun lebih awal dari suami.
Ketika isteri melangkah masuk ke syurga..syurga menjadi gelap gelita. Datanglah bidadari bertanya "Siapakah engkau?"
"Akulah isteri kepada ...."
"Tahukah engkau tidak layak masuk ke syurga ini? Lihatlah keadaan diri engkau yg sudah tua..kerepot..hodoh...& kendur sana sini? Mana mungkin engkau layak di sini? Aku sahaja yg layak menjadi ketua bidadari" kata bidadari tersebut.
Sang isteri begitu sedih mendengar kata-kata sang bidadari yg amat jelita itu. Sesungguhnya Allah swt maha mendengar. Diturunkan 2 hujan. Hujan pertama menjadikan sang isteri cantik jelita. Lebih jelita dari bidadari tersebut. Hujan kedua pula menjadikan hati sang isteri bercahaya seperti NUR.
Bidadari terpegun & tidak mahu mengaku kalah.
"Engkau tetap tidak layak menjadi ketua bidadari di sini. Engkau Allah ciptakan dari tanah yg kotor & jijik. Sedang aku Allah ciptakan dari haruman kasturi. Aku lebih mulia dari engkau"
Sang isteri bersedih lagi. Namun Allah turunkan ilham kepadanya. Lalu berkatalah sang isteri..
"Benar. Memang Allah ciptakan aku dari tanah. Tapi aku punya perasaan sedangkan engkau tidak. Ketika suami aku keluar di jalan Allah..aku telan perasaan. Ketika aku bermujahadah sedang suamiku keluar di jalan Allah, aku telan perasaan. Aku bersabar dan tabah. Aku telan semua kepahitan dan susah payah ketika aku ditinggalkan suami untuk khuruj di jalan Allah. Dan aku redha serta ikhlas ketika suami aku keluar di jalan Allah".
Sang bidadari terdiam. Tewaslah dia dengan kata2 sang isteri tadi. Sang isteri mengambil alih tempat sang bidadari sebagai ketua bidadari. Begitulah kelebihan isteri para da'ie. Allah janjikan syurga yg serendah2nya sekecil dunia ini.
Insya-Allah.

Tuesday, June 2, 2009

Tertib Usaha Masturat

Doa kamu tidak dikabulkan Allah kerana hati kamu telah mati disebabkan oleh 10 perkara;

1. Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak tunaikan hak-hakNya.
2. Kamu mengakui bahawa kamu cinta pada Rasulullah SAW tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
3. Kamu telah membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal menurut al-Quran.
4. Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
5. Kamu telah makan nikmat2 Allah tetapi kamu tidak tunaikan syukurNya.
6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar adanya tetapi kamu tidak beramal untuknya.
7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar adanya tetapi kamu tidak lari darinya.
8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar adanya tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
9. Kamu bangun dari tidur lalu menceritakan keburukan manusia tetapi kamu lupa tentang keburukan sendiri.
10. Kamu mengebumikan mayat2 saudara kamu tetapi kamu tidak jadikan pelajaran ke atas mereka.

Dari maulana Yusof RAH;
'Taklim adalah satu amalan yg penting lagi utama. Kita hendaklah duduk dengan beradab apabila menghadiri majlis-majlis taklim. Kita hendaklah menjaga adab2, peraturan2, ketinggian & kehormatan majlis itu. Kita hendaklah mengambil wudhu terlebih dahulu, janganlah sekali-kali duduk bersandar, janganlah sekali-kali meninggalkan majlis itu kerana desakan tabiat,janganlah sekali-kali berbual-bual dan berbisik-bisik semasa taklim sedang berjalan. Jika kita menghormati adab-adabnya nescaya majlis itu dilingkungi oleh para malaikat. Dengan itu ahli2 majlis akn mendapat taufik untuk mentaati Allah. Dengan menghormatinya nescaya dianugerahkan Nur Hadith yg mendatangkan Hidayat sejati untuk menjalankan sepenuhnya perintah-perintah Allah swt'.

Thursday, May 21, 2009

Kepentingan Usaha Masturat

Untuk peringatan diri sendiri tentang kepentingan usaha masturat (terasa semakin sejuk dah ni...)

Kaum lelaki byk habiskan masa di luar rumah (kerja agama). Yg tinggal di rumah adalah wanita. Wanita ibarat seperti kilang yg mencorakkan anak2 (sifat dan akhlak anak2 sama ada baik atau sebaliknya). Seperti bayi dalam kandungan, pembentukan jasad bergantung kepada makanan si ibu. Begitu juga pembentukan rohani itu yg mana bergantung kepada amalan si ibu. Jika makanan kurang sempurna risikonya anak akan cacat begitu juga jika amalan si ibu kurang sempurna maka pembentukan rohaninya akan cacat. Madarasah yg pertama anak-anak adalah diatas riba para ibunya. Dikatakan seorang wanita yg solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh. Tetapi seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dr 100 lelaki yg jahat. Dikatakan juga jika baiknya wanita maka baiklah sesebuah negara itu. Seperti usaha nabu Nuh a.s mengambil masa yg panjang kerana tidak ada fikir daripada wanita. Tetapi nabi saw dimana isteri2 berkongsi risau atas umat dan membuat pengorbanan maka hidayah telah tersebar dalam masa yg singkat ke seluruh alam. Yg penting bg kita kaum wanita ialah istiqamah takleem di rumah. Hidupkan takleem bukannya dgn taat perintah suami tetapi lakukanlah takleem harian di rumah dengan penuh fikir dan kerisauan atas agama dengan ini akan timbullah sifat pengorbanan , barulah nusrah Allah turun dan dgn itu tersebarlah hidayah. Selain itu hidupkan 6 pesanan, banyakkan istighfar & doa serta menangis. Program di rumah:
1. Masyuarat harian - hal & takazar agama, hal ehwal rumah
2. Takleem kitabi
3. Tilawah al-Quran
4. Muzakarah agama - 6 sifat, 6 pesanan, masail
5. Adab-adab sunah & usul
Dalam keadaan rumahtangga begini maka akan wujud fikir yg sama antara suami & isteri dan ahli rumah maka nusrah Allah akan turun dan akhirnya hidayat akan tersebar. Apabila ada fikir maka iman akan meningkat. Bila iman meningkat maka timbullah pengorbanan dan atas sebab pengorbanan tadi nusrah dan hidayat akan datang.

Thursday, May 7, 2009

Sayangkan isteri ditinggal-tinggalkan

Salam,
Pepatah lama mengatakan jika sayangkan isteri ditinggal-tinggalkan, sayangkan anak ditangan-tangankan. Masih relevankah lagi pepatah ini pada masa sekarang? Apabila ditanya pada rakan-rakan apakah maksud sayangkan isteri ditinggal-tinggalkan maka ramailah yg memberi pendapat dari pelbagai sudut & pandangan mereka. Itu ana tak akan komen disini kerana pendapat peribadi mereka itu tidak salah & dilihat dari konteks yang berbeza.

Untuk kesekian kalinya ana akan ditinggalkan lagi oleh hubby untuk khuruj di jalan Allah selama 4 bulan. Alhamdulillah cuti hubby telah lulus semalam. Ini kali kedua hubby dapat cuti selama 4 bulan. Di sykt hubby bekerja ni walaupun gaji tidaklah sebesar mana, increment pun tak dak, bonus pun sesekali tapi alhamdulillah barakah dari Allah telah mencukupkan keperluan kami sekeluarga dan hubby dapat jaga nisab dia untuk keluar setiap tahun. It is the best reward from Allah.

Ada baik dan buruknya apabila suami keluar di jalan Allah. Antara kebaikannya ialah :
1. Melatih isteri bermujahadah. Isteri mendapat pahala sama seperti keluar di jalan Allah.
2.Membetulkan iman yakin keluarga yang ditinggalkan. Tidak mengharap makhluk.
3. Memberi kefahaman kpd anak-anak kenapa perlu khuruj di jalan Allah.
4. Isteri mempunyai lebih banyak masa untuk bangun malam & berpuasa sunat.

Keburukannya pula...hmmm ana tak nampak apa-apa keburukannya apabila suami keluar khuruj kerana berdasarkan pengalaman ana sendiri Allah permudahkan segala-galanya apabila hubby tiada dan kehidupan ana lebih tenang.

p/s : Tulisan ini adalah berdasarkan pendapat peribadi penulis. Jangan dilihat dari pandangan anda yang berbeza jika anda tidak faham apa itu khuruj di jalan Allah. Wallahualam.

Friday, March 20, 2009

Sunyi & sepi

Hari ini tiada apa yang menarik. Sakit kepala sbb mlm td Fatimah merengek. Sumaiyah juga merengek. Lepas siap buat kerja balik ke rumah. Lepas zuhur terus tidur. Sedar-sedar dah hampir jam 6 ptg. Terbabas lak. Hubby tak ada. Keluar 3 hari. Bila hubby tak ada, terasa amat sunyi & sepi. Itu baru 3 hari. Kalau 4 bulan lagilah sunyi dan sepinya ana. Petang tadi, ana cal Kak N. Rupanya Kak N sedang bersiap-siap skrg utk terbang ke India 40H. Jealous ana! Dulu pernah azam nak keluar sama dengan dia tapi ana ni asyik bersalin aje. Hahaha. Kak N inilah wanita yg membuatkan hati ana terbuka untuk menerima usaha agama ini. Dia datang ziarah ana masa hubby first time keluar. Masih lagi ana ingat waktu tu ana baru je terbang balik dr meeting di KL. Sampai rumah mak ana bagitau ada 'orang tabligh' datang. Waktu itu masih lagi maghrib. Ana kurang selesa. Lama pulak dia dtg. Jam 11 lebih baru dia balik sbb husb dia pergi masyuarat. Sedangkan ketika itu ana memang penat betul. Layan dia pun acuh tak acuh aje. Tapi Kak N sangat bagus. Dia menunjukkan akhlak yang baik. Ketika dia minta diri untuk balik, husb dia telah belanja barang dapur untuk ana. Terkejut betul ana. Bukan terkejut apa. Banyak betul barang dapur yang dia belanjakan untuk ana. Semuanya complete. Ikram betul. Cuma yang peliknya Kak N tak ada tashkil ana pun pada pertemuan pertama itu. Kemudian, setiapminggu ada saja ahliah karkun yg datang ziarah. Semuanya datang bukan dengan tangan kosong. Ada saja buah tangan yg dibawa sampai rumah ana dah jadi macam mini market :). Ketika itulah baru ana sedar tanggapan ana tentang 'orang tabligh' ni salah. Mereka ini kebanyakannya mempunyai sifat ikram yg tinggi. Ingat lagi ana, masa kali pertama hubby nak keluar ana siap bagi warning kat hubby. Kalau dia nak keluar pastikan tinggal belanja yang cukup. Huhuhu. Masa tu tak faham lagi. Alhamdulillah sekarang dah faham. Apa yang ditinggalkan?? Hanya ALLAH & RASUL!

Sunday, March 15, 2009

Taklim Masturat

Alhamdulillah hari ini Allah pilih ana dapat hadir ke taklim masturat selepas beberapa bulan tidak pergi kerana sibuk banget dgn urusan dunia sekitar Disember thn lalu. Kemudian, disusuli pula dgn kelahiran Fatimah. Tak ramai masturat yg datang mungkin kerana cuti sekolah. Nampak ramai muka-muka baru yg ana tak kenal. Dengar karkuzari dr masturat yg baru balik 2 bulan dr UK. Dia tasykil ana keluar sebab hubby dah ada lesen besar makanya boleh pergi serata dunia. Tp ana kena kuar India dulu 40 hari baru boleh keluar negara jauh. Seronok dengar karkuzari dr Kak M. Ana azam bila Fatimah dah 2 tahun nanti InsyaAllah ana akan keluar lagi..Doakanlah untuk ana. Sebenarnya cuti sekolah ni ada azam nak terima jemaah masturat tapi asbab tak ada kekuatan dan lemahnya iman maka Allah tak pilih. Sekarang ni terasa sgt ujianNya bila macam-macam masalah dunia tak selesai. Benarlah dunia ini penuh dengan tipu daya. Apabila kita tak korban untuk agama Allah akan banyak ujian dunia yg akan datang tetapi apabila banyak korban untuk agama Allah urusan dunia dgn mudahnya datang kepada kita. Malas ana nk fikirkan...tapi terpaksa pikir juga... huhuhu :(

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails