Showing posts with label My Journey. Show all posts
Showing posts with label My Journey. Show all posts

Thursday, March 22, 2012

Anda nampak tak?



apa yang anda nampak??

nampak tak muka dia, kaki dia , tali pusat dia?


addin, yaya, ecah, maya & mimah,

jangan tanya mama baby boy ke girl? berkali2 mama scan tp x juga nampak. baby nk bg suprise kat kita la ni. mama x kisah boy ke girl asalkan dapat jadi pembantu kepada agama Allah. InsyaAllah ...


pssssttt .... aku sgt teruja menanti kelahiran baby ni. bila dia mula bergerak2 di dalam perut & mula menendang2 aku selalu tergelak sorang2. bahagianya menjadi seorang ibu & dapat melahirkan zuriat sendiri. semua ini rezeki Allah. tambah anak , bermakna bertambahlah rezeki lagi ....


Monday, March 19, 2012

Khuruj lagi dan lagi...

Nisab telah tiba. Khuruj lagi dan lagi. Kemanisan keluar khuruj hanya akan dapat dirasai jika hati ikhlas semata-mata kerana Allah swt. Rancangan asal hubby nk keluar 2 bulan jalan kaki tetapi di saat2 akhir jemaah tidak dapat bergerak awal. Apb ditunda, masa tidak mengizinkan sebab hubby harus pulang sebelum aku bersalin yg dijangka pada awal Mei nanti. InsyaAllah.

"Macam mana kalau saya terbesalin awal?" tanyaku pada hubby bermaksud kalau aku bersalin dulu sebelum sempat dia balik.

"InsyAllah abang sempat balik. Kalau abang tak ada Allah kan ada..." aku terus diam.

Belajar2 untuk menjadi sahabiah. Cekal, tabah, sebagaimana tabahnya hati Siti Hajar ditinggalkan Nabi Ibrahim a.s. Susah nk dapat sifat sahabiah ni tapi kita kenalah cuba2 untuk tiru jadi sahabiah yg mana mereka ini diredhai Allah swt dan mereka ini telah berjaya dan dijanjikan janah sebagai ganjarannya.

Tatkala salam & kucup tangan hubby ketika dia mau berangkat, gugur jugalah airmata aku ... huhuhuhu... malu rasanya bila hubby melihat aku menangis. Aduhai ... abang cuma keluar 40hari je pun aku nk menangis. InsyaAllah hubby akan keluar ke negara jiran. Indon ke , Philipines ke, wallahualam... ikut sahaja lah mana Allah mau hantar ....


Antara kelebihan keluar jalan Allah;


1. Dr Aisyah r.ha meriwayatkan bahwa aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda : Tubuh badan siapa yg pernah dimasuki debu di jalan Allah swt maka Allah swt pasti akan mengharamkan keatasnya api neraka (HR Musnad Ahmad Tabrani)


2. Dr Abdullah bin Umar r.a. berkata bahwa aku tekah mendengar Rasulullah saw telah bersabda ; Bilamana kamu terlalu sibuk di dalam urusan jual beli, dan kamu memegang ekor lembu dan leka bercucuk tanam dan kamu meninggalkan jihad, maka Allah swt akan menimpakan ke atas kamu kehinaan yg tidak akan terluput sehinggalah kamu kembali kepada ugamamu (yang berjihad itu adalah sebahagian darinya) (HR Abu Daud)


3. Dr Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda : tiga manusia adalah merupakan tanggungan Allah swt jika mereka hidup, mereka akan diberi rezeki dan akan dibantu dalam pekerjaan yg mereka lakukan. Dan jika mereka meninggal dunia maka Allah swt akan memasukkan mereka ke dalam syurga. Pertama ialah orang yg masuk ke rumahnya lantas memberi salam, kedua org yg pergi ke masjid, ketiga orang yg keluar dijalan Allah swt (HR Ibn Hibban)


Ada byk lagi kelebihan2 keluar di jalan Allah. Sila dapatkan buku MUNTAKHAB AHADITH karangan Maulana Muhd Yusuff Al-Kandahlawi sebagai rujukan. InsyaAllah.

Wednesday, March 7, 2012

PERINGATAN BUAT PENGANTIN DAN KELUARGA SEMASA MAJLIS PERKAHWINAN BERLANGSUNG

Assalamualaikum wbt...



Sekadar peringatan kepada pengantin dan keluarga… kes ini berlaku pada aku ketika berlangsungnya majlis perkahwinan adik aku pada 4/3/2012 yg lalu. Majlis perkahwinan di adakan di rumah aku dgn gilang gemilangya ... cewah! Sebelum ni ada juga dengar cerita kes yg sama berlaku di sekitar Pasir Gudang … tp x pasti kesahihannya sebab hanya mendengar dari mulut orang je…



Sila berhati-hati semasa majlis berlangsung kerana ada kemungkinan di kalangan tetamu yg hadir mengambil kesempatan di atas kecuaian & kelekaan semasa org ramai sedang sibuk menyambut pengantin… maklumlah kadang2 x semua tetamu yg hadir dikenali oleh semua ahli keluarga tuan rumah… yg kita tidak kenal mungkin dianggap saudara jauh yg jarang jumpa @ kita ingatkan kwn kepada pengantin bersama ibunya yg dtg…
Kesnya begini, suspek terdiri daripada wanita dalam umur 50an bersama-sama dengan anak gadisnya akan berpura-pura menumpang bilik air atau berpura-pura sembahyang lebih kurang sekitar sejurus sebelum persandingan berlangsung atau dalam masa sibuk2 paluan kompang menyambut rombongan pengantin. Manakala suspek lelaki pula akan berada di luar rumah di kalangan tetamu yang hadir (bawah khemah mungkin)…
Suspek akan mengambil kesempatan ini untuk menyelinap masuk ke bilik2 terutamanya bilik pengantin yg biasanya kosong kerana semua org sibuk melihat pengantin bersanding, makan beradap dsbnya… siap masuk bilik pengantin dan menguncinya dari dalam… memang di kalangan ahli keluarga ada terperasan pintu berkunci tetapi tidak menyangka sama sekali penjenayah berada di dalam bilik tersebut… mungkin menyangka pintu tertutup sendiri akibat ditolak angin dsbnya… semasa sibuk mencari kunci bilik atau berusaha membuka pintu bilik inilah mungkin penjenayah cuba menyembunyikan diri di belakang pintu @ bilik air dan menyelinap keluar semasa tiada org yg memerhatikan… rumah yang besar terutamanya rumah bertingkat lagi mudah penjenayah ini melakukan kerja terkutuknya…
Sasarannya adalah wang tunai, barang kemas & Handphone, manakala beg duit dan isi dalamnya seperti I/C, lesen, kad bank & kad kredit akan dibuang merata-rata seperti dalam bilik air, dalam bakul sampah, di bwh timbunan kain, bawah telekung & sejadah & sebagainya… profesional betul pencuri ni ... tujuannya mungkin untuk melengah-lengahkan kita untuk bertindak seperti menyekat tetamu keluar @ melakukan spot check ke atas semua tetamu yg hadir. Sila sebarkan kepada kawan-kawan agar lebih berhati-hati terutamanya para pengantin dan keluarga yang akan mengadakan Majlis Perkahwinan, almaklumlah cuti sekolah pun hampir tiba dan biasanya masa nilah ramai orang akan ambil kesempatan mengadakan Majlis Perkahwinan… simpanlah brg berharga di tempat yg strategik bukan di dalam tempat2 yg biasanya penyangak ini akan aim untuk menyelongkar seperti dalam laci, dalam almari… sembunyikan bawah katil pun dapat digeledahnya… dalam bilik sembahyang pun disapunya juga… pastikan juga semasa agihan tugas2, kawalan keselamatan jangan dilupakan….



Ketika aku membuat laporan polis aku juga mendapat tahu bahawa kes yg sama berlaku pd hr tersebut di taman berdekatan rumah aku. Anggaran kerugian yg aku kira2 sekitar 7 ribu. Mangsa kecurian ialah aku (cash & brg kemas), kakak aku (cash, brg kemas & handphone yg beg tangannya diletakkan di bawah katil di bilik tingkat bawah yg telah ditutup dgn tudung anak dia), pengantin (cash & handphone) dan adik lelaki aku (cash sahaja). Apa2 pun aku bersyukur kerugian tersebut tidak lah byk sgt berbanding yg berlaku di Seri Alam (40k), Tmn Nusa Damai (30k) & Tmn Bkt Dahlia (18k) menurut sumber2 sahih dan boleh dipercayai.

Friday, December 9, 2011

Jumpa lagi InsyaAllah...

Assalam...
Lama rasanya sya tak update blog sya ini. Sya ingin update tp sya kesuntukan masa. Sya malu nk bg alasan sya sibuk wlp hakikatnya sya mmg sentiasa sibuk.
InsyaAllah sya akan ke TAWAU dari 12/12 - 26/12. Sya akan keluar masturat ke sana selama 15H. Itu shj pengorbanan yg mampu sya lakukan. Nampaknya sya belum lagi dijemput Allah utk berkelana di jalan Allah ke IPB. Sya skrg hamil 18 minggu. Alhamdulillah rezeki sya nk dapat anak lagi. Okay.. doakan yg baik2 utk sya ye. Doakan baby sya bakal jadi da'ie / da'ieah. Doakan juga Allah mudahkan segalanya untuk saya. Amin...

Monday, September 5, 2011

Raya 2011

PERSIAPAN RAYA


“yang, kita nk kuar 15 Syaaban ni baju raya, langsir & cat rumah kena buat awal2 ni. Nanti kita balik lg 2-3 hr nk raya tak sempat nak buat semua”
Okay… mama tgk muka abah. Mama senyum kambing. Abah tgk balik muka mama dgn kehairanan.
“nape senyum2?” tanya abah.
“Sahabat bila keluar jalan Allah, mengharap tidak akan kembali lagi. Kita nk keluar jalan Allah dah siap2 prepare macam2 bila balik nanti konon senang semua dh settle”
Ala.. kita pun tak pasti entah balik entah tak…” kata abah perlahan…


*******************************

TAK DE MOOD


Syawal 2011 mama rasa mcm x de mood langsung nk beraya. Mayb sebab hati dh niat nk beraya di India tp tak kesampaian. Seminggu Ramadhan baru pergi tempeh baju raya. Mujur kawan mama nk amik tempahan lagi. Tahun ni mama pun rasa malas nk jual kuih raya. Tempahan kek raya pun mama tak ambil. Tak sempat dah nk buat semua tu. Bagus juga bila tak biznes nk raya ni. Mama bole tumpukan pada ibadat puasa aje terutama pd 10 Ramadhan terakhir. Mama cuma order kuih raya utk rumah kita aje. Mana2 kawan rapat yg nk ode, mama odekan sekali. Berangan nk buat kuih raya sendiri tp tak sempat. Nk tukar langsir sebab dh 2 kali raya pakai langsir yg sama tp bila tanya kedai nk tempah mak oiiii… punye la mahal. So mama jahit sendiri la. Nk jimat. Dah lama tak menjahit, bila pegang mesin rasa syok pulak.


**********************************


CAT RUMAH


Lg sehari nk raya abah balik dr keluar 10 hari akhir Ramadhan. Mama dah kata tak payah la nk cat2 rumah. Biar je cat original tu. Tapi abah sibuk nk mengecat. Malu katanya org tgk rumah kita berconteng sana sini. Ala… ada aku kisah? Dah tentu anak kecik2 standad la tu dinding rumah ada lukisan.. hehehe. Sudahnya, raya ke 3 baru siap mengecat rumah.

***********************************


GILIRAN RAYA


Tak mcm org lain.. tak perlu nk berebut2 atau gaduh tahun ni giliran raya kt mana. Selalunya kalau thn ni pagi raya kat umah atok Majidi, thn depan pagi raya kt rumah atok Flora pulak. Jadi tak la tiap pagi raya asyik2 kt rumah atok flora. Ingatkan kita dh terlambat pergi rumah atok Majidi tp bila sampai sana rupanya sorang pun lum smpai lg. kesian atok & nenek…. Mujur pak uda dh hntar lauk pauk raya dulu utk atok & nenek. Tahun ni nenek tak masak sbb atok sakit. Hmmm..suma dah uzur. Dh tua… begitu la…

**********************************

SOTO RAYA


Eeee…. Malas betul nak masak utk raya. Selalu atok yg masak mama tinggal angkut je bawa umah atok majidi kita. Tapi sbb atok dh uzur x sihat maka kena la mama masak. Bukan apa, mama kurang gemar masak time raya ni sbb suma org masak benda yg sama. Lepas tu tak larat nk makan. Sudahnya makanan tu tak habis. Buang aje jawabnya. Membazirkan? Fikir punye fikir masak simple aje la. Mama masak SOTO for the 1st time & ever di hari raya! Hahaha… no ketupat, rendang, lodeh whatever… as simple as that but licin juga kena bedal dgn anak2 buah …. Ok la tu mama … sesekali tukar menu. Ini tak… tiap2 tahun menu yg sama aje smpai x yah tanya org pun tau apa menu raya kita hehehe..... mcm tak reti masak menu lain. Hahaha…

***********************************


DEMAM RAYA


Maybe sbb mama asyik kata x de mood nk raya, Allah betul2 bg mama tak beraya. Raya ke 2 & ke 3 mama demam teruk. Tak bole bangun & tidur aje. Bangun utk makan & solat. Raya ke 4 walaupun masih tak berapa sihat mama dh start keje. tp half day aje. Tak pernah mama demam time raya. Mayb sbb penat sgt. Kemas rumah, sapu, mop, lap kipas, gantung langsir, masak lagi… betul2 penat la bila x de bibik ni. Lesson learnt > jgn buat semua benda last minit. Kena buat sikit2 baru la tak penat ngeh..ngeh.. Ray ke 5 baru g beraya umah tok mak, uncle & aunty. Azam thn n ink g umah yg x pernah kita pergi.

**************************************

KERJA…KERJA…KERJA


Raya ke 4 dh mula kerja… sunyi sepi opis ni. Yg jauh2 dah balik kg. Org johor je la yg standby kt opis. Dh biasa dah mcm tu. Mama cuti lama nk wat apa kan? Kita nk pergi rumah atok pun x smpai stgh jam dh sampai dah. Tak habis dgr lagu raya dah pun smpai umah atok. Lg pun mama dah biasa musim raya ni kena uruskan crew & captain balik kg. mcm thn lepas, malam2 raya mama masuk port nk uruskan transport diaorg balik kg. abah juga la yg temankan mama kerja. Alhamdulillah abah faham. Staff operations lg kesian. Hampir tiap tahun depa kena kerja time raya. Cik man & cik jam kita pun kena kerja. Raya mcm dh tak de apa makna dah bg kita org tua. Anak2 aje yg happy sambut raya.

******************************************

SURGERY


Raya ke 4 juga mama menjalani surgery @ 2pm. Just minor surgery & took only 20 mins. Surgery apa mama? Cosmetic surgery… hehehe. K .. nnt mama citer lain kali ye… panjang la nk taip…
Apa2 pun Alhamdulillah surgery was successful & now time for recovery!

************************************


YR LIFE UPGRADED!


Thn ni juga kita menyaksikan ramai kawan2 & saudara mara kita yg hidup mereka lebih baik dr sebelumnya? Ramai sedara mara & kawan2 yg dh pindah rumah baru. Kalau dulu duduk rumah kecik, skrg rumah dh besar. Ish….ish… dahsyat betul diaorg ni. Byk betul duit dia beli rumah ratusan ribu…
Addin : kawan mama & pakcik abah ni org kaya ea? Besar betul rumah dia….
Mama : aah…dia org kaya Addin…. Tapi kita nk kaya kat dunia ke kat akhirat???
Serentak semua anak mama jawab “AKHIRAT…………….”
Target kita bukan nk kaya di dunia tp papa di akhirat. Kita nk kaya di akhirat. Namun kalau Allah bg kita kaya di dunia & akhirat itu BONUS utk kita! Bila dg tgk rumah org lain besar2, hebat2 … balik rumah kita rasa mcm rumah kita kecik pulak … hahaha…
Abah kata, itu belum lg kita tgk syurga. Kalau kita dpt tgk syurga, bg kita dunia ni langsung tak ada apa2. Kita akan menginginkan kehidupan di syurga. Allahuakbar!!

Monday, August 29, 2011

Salam Aidil Fitri

Wishing everyone a blessed Ramadhan and a very joyous Eid Mubarak with your family and friends.

Salam Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.

Abdul Najib Abdul Kahar
Ahliah Najib
Muhammad Izzuddin
Nur Maisarah Suaidah
Nur Aisyah Humaira
Nur Sumaiyah Syuhadah
Nur Fatimah Azzahra

Thursday, August 25, 2011

Aku menangis...

Ya Allah.. sungguh aku tak mampu untuk menahan air mataku bila membaca blog R Leen. Sekali pun aku baru mengenali Alyn melalui komen yg ditinggalkan di blog ini aku rasa amat simpati sekali atas apa yg menimpa Alyn. Moga Alyn tabah & sabar hadapi ujian dariNya.


*****************************


Kelmarin, FIL aku masuk hospital. MIL kata abah muntah2, x boleh bercakap & lemah selepas berbuka kelmarin. FIL suspek minor stroke. Hingga hari ini result MRI masih lg belum dapat. Hubby yg tgh kuar 10H pun pergi hospital semalam. Mujur la tgh kuar dekat2 aje kat "Pineapple town" :). Teringat masa abah aku sakit dulu. Kalau giliran aku yg jaga abah, walau dalam keadaan apa sekali pun, aku akan 'paksa' abah solat. bg yg x faham, mayb mereka kata aku zalim tp solat itu kan wajib. kalau x mampu jalan, kita boleh ambilkan wuduk dgn kaedah spray pada anggota wuduk. Kalau pakai pampers, kena pastikan dah beristinjak dulu dan dalam keadaan suci. Semalam aku tanya bapa mertuaku "Abah ingat tak nk solat macam mana?" dia angguk2 kepala. "Skrg dh masuk zuhur. Abah solat ye..." dia angguk2 lg... "Walaupun kita sakit, kita tetap kena solat. Kena ingat Allah. Kita doa supaya kita cepat sembuh..." Abah angguk2 kepala lagi tanda faham. Alhamdulillah. Hubby terus pergi beli spray . Lepas hubby tunjukkan pada adik iparku cara ambil wuduk guna spray dia sambung semula keluar 10H. Hubby sedia jaga FIL waktu siang memandangkan adik beradik yg lain bekerja. Kalau nk harap mak jaga siang malam, kesian mak. Tentu penat nanti. Lagi pun tak nak la mak pulak jatuh sakit nanti. Harap2 abah sembuh sebelum Hari Raya. Amin.


Semalam aku penat sgt bila kena drive sorang2 ke hospital. Lps tu aku parking jauh pulak terpaksa jalan kaki menuju ke wad. Dah la panas sgt, tekak pun rasa kering & dahaga. Aku rasa mcm nk minum air je time tu. Sampai kat rumah, lutut dh menggeletar. Tekak perit semacam. Ujian sungguh berpuasa dalam keadaan mcm ni. Hmmm.... tak ada org kat rumah... aku rasa macam nk minum air sejuk je time tu buat hilang dahaga. Mujur la aku waras lagi. Kalau la otak aku ni tiba2 jadi tak waras, dah tentu la aku akan teguk air sejuk sekali dua. Siapa yg tahu aku tak puasa kan? Tapi ALLAH tahu..... Sempat la aku berdoa dalam hati "Ya Allah, aku rasa mcm dah tak tahan nk teruskan puasa tapi aku cuba bertahan ya Allah. Aku berpuasa semata-mata utk mendapat redhaMu ya Allah. Bukan untuk mendapat lapar & dahaga Ya Allah..." Lepas tu terus aku baring & tidur....


Anak2 pulak setakat ini Addin, Yaya & Ecah dpt berpuasa penuh. Belum ada buang lg. Cuma aku teramat kesian pada Yaya. Dia selalu sakit perut tapi aku paksa jugak dia puasa. Aku suruh dia sabar. Tahan sakit. Kalau dah tak tahan sgt baru bole buka. Tiap kali dia sakit perut, diambilnya minyak yuyi sapu kt perut dia. bulan posa ni je dh 2 botol minyak yuyi dia pakai. kesian yaya... thn lepas bila dia kata sakit perut aku bagi dia buka tp thn ni aku terpaksa tegas sikit. bukan mendera tp utk melatih dia. sering aku kata pada dia "cuba taat perintah Allah, nnt Allah sembuhkan sakit yaya. InsyaAllah..." . Kalau aku tak sedar utk bgn sahur yaya pasti akan membebel kat aku. tp dia tetap juga teruskan berpuasa. Ecah pulak pandai nasihat Yaya "Sabar la yaya. Cuba engkau sabar sikit. Mama tak sedar nk buat mcm mana?" Aku tersenyum dgr Ecah ckp macam tu sbb ecah mmg terkenal dgn sifatnya "Sabar dan tahamul" kata hubby aku. Mungkin kesan pembawaan aku semasa mengandungkan dia 1st time hubby keluar 40H. Dalam keadaan sarat 7 bulan mengandung, aku sabar aje hadapi semuanya sendirian.


Aku merasakan Ramadhan ini adalah Ramadhan terbaik yg pernah aku lalui sepanjang 35 thn aku hidup. Kenapa ???? Biar la ianya menjadi rahsia antara aku & Allah.... :)

Wednesday, July 13, 2011

Panjang umurnya....

4 July yg lalu birthday abah. Jarang kita dapat celebrate birthday abah sebab selalunya abah tengah keluar 4B pada bulan July. Tapi berbeza pada tahun ini bila abah ada pada hari lahir abah. Pagi tu, kita semua buat bodoh aje. Tak ada sesape pun yg ucapkan happy bday pada abah. Tengahari abah ajak mama pergi lunch pun mama tak nak. Sebenarnya bukan apa, lunch hour tu la baru mama sibuk nak cari hadiah untuk abah. Balik keje Addin terus cakap dgn abah malam n ink makan kt luar. Abah orait aje. Mama pun malas nk masak. Bila abah dah pergi ghast, apa lagi … cepat2 kita bungkus hadiah utk abah. Lepas Isya’ kita semua standby tunggu abah balik. Kita tutup suma lampu. Abah ada call beberapa kali tapi mama tak angkat sebab mama tau mesti abah dh nak sampai ni. Bila abah sampai, abah pelik kenapa rumah kita gelap. Bila abah masuk rumah, mama terus buka lampu. Anak-anak terus lompat dari belakang sofa & cakap “Happy Birthday ABAH!!!!!” Wow..abah betul-betul surprise. Lepas tu semua bagi abah hadiah sorang satu. Last sekali mama pulak yg bagi. Abah Tanya ‘Apa ni?” belum sempat mama nak jawab RAHSIA sumayyah dah tolong jawab “Telepon”. Ceh! Tak surprise la macam ni… hampeh betulll … hehe …

Abah kata tadi masa balik abah berdebar-debar tgk rumah kita gelap. Gate terbukak pulak tu. Kereta pun tak kunci. Rumah org lain suma terang. Abah call tak angkat. Hati abah tak sedap. Kena rompak ke?? Ye la..skrg ni kan mcm2 hal berlaku…rasa Malaysia mcm dah tak berapa selamat dah.. bimbang juga perkara buruk berlaku. Yeah… kita berjaya suprisekan abah…hahaha…


Hadiah untuk abah. bantai aje sampul kartun2. dah itu aje yg ada kat umah :P Addin bg kopiah, yaya & mayah bg kayu sugi & minyak atar, ecah bg buku La Tahzan, Fatimah bg CD Quran



Hadiah dr mama untuk abah. henpon murah2 aje....



Ni henpon lama abah yg berusia 4 tahun. Dulu mama juga yg bg. Disebabkan henpon ni dh bengong, tu yg mama belikan henpon lain. Ini pun mama dah bukak getah yg abah ikat kat henpon tu. zuhud kan ??? hehehe

hmmmm ... bila org bg hadiah ada ke patut kita tanya berapa ringgit hadiah tu??? abah ni asyik tanya mama je berapa harga henpon tu. mama jawab murah aje abah tanya lagi ... huhuhu ....

Friday, July 8, 2011

S.P.E.E.C.H.L.E.S.S.

on this friday morning ... nothing to say ... just crying ...

and ... speechless ...

Friday, July 1, 2011

Good bye Miri...

Rasa kejap aje kuar ke Miri selama 5 hari hehehe... Esok mama akan balik ke JB dah... kalau ikutkan hati mama nk balik hari ni juga tapi disebabkan last flight pukul 4.25 ptg tak sempat la mama nk kejar sbb training habis pukul 4 ptg. So mama pilih flight yg terawal sekali iaitu pukul 6.25pg esok. InsyaAllah pukul 11.30pg sampai la mama ke JB. Rindu sangat dengan anak2 mama... : ) Rindu juga pada Abah :)


Di Miri mama stay di Imperial Hotel. Masuk je bilik lepas check-in tu alamak! Katil queen ada dua la... Hai.. ni yg mama seram ni. Sape pulak nk tido katil lg satu tu. Jujurnya, mama memang takut tidur sorang2 kat hotel ni. Malam tu mama tak boleh tidur langsung. Nk dekat subuh baru mama terlelap. Risaunya mama sape la nk temankan mama tidur kat sini. Rasa mcm nk terbangkan aje abah dtg sini tapi sape pulak nk jaga anak2. Rasa mcm nk terbangkan Yaya ke sini tapi bila mama pergi training sape pulak nk jaga Yaya. Tiba2 dtg nusrah Allah .. cewah! Kt tempat training mama nampak sorang perempuan pakai tudung duduk sorang2. Mama duduk sebelah dia & tegur dia. Borak punye borak oh, rupanya dia dr mother company yg sama dengan company mama tapi dia engineer, nama dia Faizah. Pastu mama Tanya dia dah kawen belum. Dia kata belum. Mama Tanya lagi dia duduk hotel mana .. dia kata dia mmg keje kt Miri. Pastu dgn selambanya mama Tanya dia “Awak nk tak temankan saya tidur kat hotel? Saya tak de kawan la..” (ini kes desperate sgt ni). Dia kata nnt ptg dia cnfmkan. Petang tu dia SMS mama kata dia boleh temankan mama. Syukur Alhamdulillah... Selamat mama... so kami pergi training sama2. Selama kat sini dia la yg bawa mama pergi makan2, jalan2, shopping sakan ... hehe...

Beg mama masa pergi suku je penuh.... tapi bila balik ??? Fatimah nk ikut ke? Bole masuk dlm beg ikut kargo Gambar sekitar kursus Yg pakai tudung tu la Faizah.. Bandar Miri dari jendela bilik mama ole-ole dari Sarawak, kek lapis, kain batik sarawak, magnetic fridge ... ni belum masuk lagi ikan terubuk masin...hmmm..suma untuk my staff yg pesan nk ole2 dari Sarawak & my family too. Sorry Yaya, mama tak ada beli anting2 yg Yaya pesan sebab Yaya kan alergic pakai anting2 biasa. Mama cuma beli pencil box & gelang manik aje. Hope Yaya suka ...

Thursday, June 23, 2011

Mama will be away..

Busy mama will be away for 6 days to MIRI. Yup ... mama akan keluar 6 hari ke Miri pada 26/6-2/7/2011. Bukan keluar jalan Allah da... keluar pergi training. Training apa mama? Ala... training first aider. Mamakan, sebenarnyakan malas tau nk pergi. Selalu kalau kena outstation g kursus ke , apa ke mama soh staff mama je pergi tapi disebabkan staff mama tgh mabuk2 maka terpaksa la mama pergi. Tak mampu mama nk menolaknya. Sebab course ini penting dihadiri oleh seorang wanita in case ada emergency pada staff wanita ada la first aider di kalangan wanita juga. Almaklum kat opis mama ni cuma kami berempat aje pompuan jadi kena la mama pergi juga.


Apa akan berlaku bila mama tak ada 6 hari?? ok la jgn kata 6 hari. 1 hari aje dah cukup masa minggu lepas mama kena pergi meeting kat KL ....


Mama : Assalamualaikum. Abang kat mana ni?

Abah : Waalaikumusaalam. Kt rumah.

Mama : Budak2 dh pergi sekolah?

Abah : Dah. tapi tadi terbangun lambat.

Mama : Mimah & Mayah dh pergi taska?

Abah : Belum..

Mama : Kenapa tak hantar taska?

Abah : Mimah terkencing dalam kereta. Mayah tak bawa baju sekolah. Baju sekolah mayah dekat mana?

Mama : Rasanya dalam bakul. Sya dh basuh cuma x sempat sidai je semalam.

Abah : okay...


Malamnya, mama call lagi. Tanya anak2 mama dah makan belum? yayah kata dah... Sape masak? Abah... Masak apa? Abah goreng mee....


Okay...mama senyum sorang2.


Sekembalinya mama dari KL, dah pun pukul 11 malam. Abah tgh siap2 nk keluar 3 hari pulak. Kerana mama, abah terpaksa skip bayan hidayat. Tiba2 mama terpandang bakul baju yg masih lagi elok terletak macam masa mama tinggalkan rumah ni. Ya Allah... baju yg mama basuh masih tak sidai2 lagi. Mama terus rasa nk pitam & pengsan....

Wednesday, May 18, 2011

Happy Birthday To Me :)

Nur Fatimah Azzahra memotong kek mewakili aku..

dalam sedar tak sedar, dah pun 35 tahun aku hidup di dunia ini. alhamdulillah atas segala nikmat yg Allah berikan. kronologi hidup aku amat cantik sekali Allah tentukan. sepanjang 35 tahun aku hidup dalam keadaan susah, senang, pahit & manis yg aku rasai. .....


18/5/1976 ~ Lahir ke dunia ini pada jam 5.50 pagi di kg aku di Batu Pahat. Bersamaan juga 19 Jamadilawal 1396h. aku anak yg ke 5 dr 8 beradik.


1983 ~ Bersekolah darjah 1 di Sek Keb Pengkalan Rinting, Tampoi


1988 ~ Batch pertama menduduki UPSR


1989 - 1991 ~ Bersekolah di Sek Men Dato'Abdul Rahman Yassin hingga tngktn 3


1992 - 1993 ~ Bersekolah di SMV Perdagangan JB


1994 - 1996 ~ Melanjutkan pelajaran ke Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan


1997 ~ Mendaftar diri di UKM ( tapi tidak pernah hadir kuliah huhuhu.... )



1997 ~ Mula bekerja di Digi telecom sbg Customer Service Officer


( mak aku sedih time ni sbb dia nak aku ambil degree tp aku tak nak. aku kata aku nk kerja, InsyaAllah lg 3 tahun aku akan dpt gaji besar mcm org ada degree hehehe ). Bertemu jodoh dgn hubby di sini. klik utk citer selanjutnya...


1999 ~ Tahun yg penuh tragis dlm hidup aku. Mendirikan rumahtangga pada tahun ini. Aku juga dibuang kerja pada thn ini kerana kesalahan 'menggodem sistem'. dapat anak pertama tahun ini tapi anak sulungku meninggal dunia kerana tak cukup bulan.


2000 ~ Mendapat kerja di sebuah sykt oil & gas & masih berkhidmat hingga kini


2001 ~ Mendapat cahayamata kedua Muhammad Izzuddin


2002 ~ Mendapat cahayamata ketiga Nur Maisarah Suaidah pada 20/5/2002. Hadiah paling istimewa sempena birthday aku yg ke 26. Hubby kali pertama keluar 3h pada thn ini & aku ketika itu amat benci dgn usaha dakwah ini sbb bila hubby tak ada aku susah nk pergi kerja & uruskan 2 org anak. aku tak pandai bawak kete....


2004 ~ Mendapat cahayamata keempat Nur Aisyah Humaira. Hubby 1st time keluar 40H tapi aku redha atas apa yg dia pilih. Aku juga mendapat hidayah pada tahun ini. Aku kena transfer ke KL tapi aku tak nak. Aku ckp kat Boss aku "Saya redha kalau rezeki saya disini cuma setakat ini. Sya tak akan pindah ke KL walaupun kontrak sya tak akn disambung" Mula setup business tahun ini sbg persediaan if I am jobless, tapi dlm masa yg sama boss tak jadi trsf aku ke KL. So aku kerja sambil uruskan business aku hingga kini .


2005 ~ first time keluar masturat 3H. Rasa kesal yg amat sgt kerana lambat dpt hidayat. Bila keluar ni baru aku sedar bahawa belajar tinggi2 tp tak tahu sunah rasulullah saw. apa yg aku belajar semasa keluar ni tidak pernah aku belajar semasa di sekolah mahu pun di politeknik dulu. azam utk bertudung labuh. aku kena berubah....Its now...or never...



2007 ~ Mendapat cahayamata kelima Nur Sumayyah Syuhadah pada anniversary aku yg ke 8 iaitu 4/4/2007.


2009 ~ Mendapat cahayamata ke enam Nur Fatimah Azzahra. Mula create blog ini sewaktu dlm pantang sekadar mengisi masa terluang.


2010 ~ Dinaikkan pangkat pada tahun ini tp aku tolak tawaran tersebut sbb takut tak terpikul tanggungjawab. Aku tak sign pun offer letter tu tapi mendapat gaji dgn tangga gaji yg baru. Alhamdulillah. Aku & hubby juga dapat menunaikan haji pada thn ini. Impian kami berdua sekian lama dan sejarah dalam hidup aku yg paling indah menjadi tetamu Allah swt.


18/5/2011 ~ Allah panjangkan umur aku utk membuat catatan di blog ini...


Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik. Kalau la aku tidak dibuang kerja pada tahun 1999, tak tahu la skrg ni aku jadi apa. Kemungkinan aku masih lagi bekerja di situ dgn memakai skirt pendek & tak bertudung. Asbab aku dibuang kerja maka hubby pun cr kerja di tempat lain. Hubby dpt kerja 1 opis dgn senior dia masa kat UITM. Senior dia ni la yg tasykil hubby kuar. Aku pulak dapat kerja yg lebih baik. Allah mudahkan rezeki aku. Dan aku merasakan kehidupan aku kini lebih baik berbanding dahulu.


Sesungguhnya Allah maha mengetahui. Jika kita tak dapat apa yg kita inginkan hari ini yakinlah Allah akan memberikan yg lebih baik dari apa yg kita inginkan pada esok hari. InsyaAllah.

Wednesday, May 11, 2011

Kenapa Allah menguji kita?

Semalam, tatkala aku tekun menyudahkan kerjaku tiba2 hp berdering.. di screen hp terpampang nama ANI. hmmm... pasti dia dh selamat bersalin. Pagi tadi aku dimaklumkan yg dia tidak dpt hadir bekerja kerana pergi ke hospital. Katanya sakit perut mcm nk bersalin. Sedangkan due date pada 3/6/2011.

'Assalammualaikum akak, Hani dh selamat bersalin pukul 7 pg tadi. Baby boy' terdengar suara suami Ani di hujung talian.
'Iye ke? alhamdulillah... tak sangka cepat pulak bersalin. tahniah2... baby boy pulak tu. bagi akak je la baby boy tu' kataku bergurau dengan suami ani.
'ok la kak, saya nk bgtau itu aje. tima kasih'
'ok. kirim salam ani ea'
talian telefon terus dimatikan.


Fikiranku menerawang jauh. teringat kembali saat aku melahirkan Nur Maisarah Suaidah 9 tahun yg lalu. Terasa aku berada di puncak kebahagiaan apabila dikurniakan seorang anak lelaki (Addin) dan seorang anak perempuan (Yayah) ditambah pula dengan anugerah seorang suami yg amat baik. Seperti lengkap sudah hidupku kini. Aku telah menjadi seorang isteri dan kemudian seorang ibu pula. Impian semua wanita pastinya seperti itu. Kadangkala, kita hidup mewah tapi Allah tidak kurniakan zuriat. Kita hidup miskin tapi Allah kurniakan zuriat yg ramai. Sedang kita hidup senang dan Allah kurniakan zuriat yg ramai maka nikmat manakah yg engkau dustakan?


tit.. tit..tit.... tanda bunyi sms di hp aku. kubaca sms dari ani "salam akak. ani dh selamat bersalin 7pg td. maaf lambat bgtau bru dpt hp dr husb. baby suspect down sindrom" ya Allah.. hatiku bagai direntap2 bila membaca msg itu. kesedihan terus menyelubungi aku. baby down sindrom?? satu hakikat yg sukar utk aku menerima apatah lagi ibu muda seperti ani. Lantas aku terus telefon ani. Inginkan kepastian. Ani kata muka baby mmg mcm down sindrom. baby masih lagi ditahan di wad. aku hanya mampu kata 'sabarlah ani... redhalah kalau itu telah Allah tetapkan'. Aku dengar dia menangis. Hiba sungguh hati aku. Ani kata mudah sgt dia melahirkan dan aku kata 'tgk tu.. engkau bersalin pun senang..insyAllah senang juga nk jaga bby ni nanti. pasti ada hikmahnya. sabar ye ani...' kataku lagi x pasti apakah itu kata2 yg terbaik utk memujuk duka di hati ani. 'iye kak..terima aje la. nk buat macam mana..' dari nada suaranya aku tahu dia kecewa.





seharian kepalaku terus memikirkan baby ani. sunggug berat ujian yg Allah berikan. berat bahu memandang berat lagi bahu yg memikul. dia baru berusia 27 tahun. anak keduanya down sindrom. ani adalah pekerjaku yg baik. taat, hormat dan sedikit lurus bendul. pekerja yg paling lama berkhidmat dgn aku. aku berharap kalau doktor sahkan mmg betul bby itu down sindrom moga tahap down sindrom itu tidak terlalu teruk. bukan mudah utk jaga baby down sindrom. perlukan tahap kesabaran yg tinggi. perlukan pembelajaran di sekolah kanak2 spastik. kadangkala ada masyarakat yg memandang rendah pada kanak2 down sindrom. aku harap ani tabah & sabar.



Oh ye...aku teringat ketika aku mengandungkan Addin, aku pergi pasar malam. sedang aku membeli, tiba-tiba seorang budak down sindrom menghampiri aku dan pegang perut aku sambil tersenyum. aku memang terkejut yg amat masa tu. cepat2 aku kata 'selisih nauzubillah.. jgn la aku terkenan budak ni'



Bermacam2 ujian yg Allah beri pada hambaNya. Mengapa Allah menguji kita?


1. Kerana Allah ingin menguji keimanan kita

2. Kerana Allah ingin menguji kesabaran kita

3. Kerana Allah sayangkan kita

4. Kerana Allah ingin kita dekat padaNya



"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut: 2-3)

Tuesday, May 3, 2011

SMS from hubby..

SMS 1 - camana nk masak bubur kacang


SMS 2 - nk masak masam manis apa bahannya


SMS 3 - nk masak 2 ekor ayam masak merah sms kuantiti bahan




bila kena khidmat taam mula la SMS aku tanya itu ini. Selalu kt rumah breakfast is ready! lunch is ready! dinner is ready! siap masak terus makan. kalau sedap dia diam. kalau x sedap baru dia komen. faham sangat perangai hubby...




memang hampeh kalau keluar bawak handphone. selalu kalau hubby kuar aku mmg boleh tahan tak SMS / call hubby. 4 bulan, 4 bulan la aku akan menyepikan diri. tp hubby pulak mesti ada aje nk SMS aku. kuar kali ni dia tak ada call cuma SMS aje... kadang kul 12 mlm dia SMS aku "dah tido?" hmmm .. saje la tu nk mengacau aku tgh2 malam. hahaha




"terima kasih atas ingatan abang, anna tau abang rindukan anna kan?" huhuhu

Tuesday, April 26, 2011

Apa tajuk kuliah bulanan kita?

Assalammualaikum wbt...


Setiap hari Isnin jika tiada apa2 halangan ofis aku akan mengadakan masyuarat mingguan jam 3.30ptg. Tujuan masy diadakan utk membincangkan hal2 berkaitan daily operations, , masalah2 & jalan penyelesaian. Selalunya jabatan aku tak ada issue berbangkit. Semuanya settled. Setiap kali lepas meeting boss akan round table tanya setiap staff any other issue to highligt? Bila tiba part aku maka bermulalah dialog ini;



Boss : Pn R, ada apa2 issue tak?


Aku : Sya tak ada apa nk ckp cuma 1 perkara je boss berkenaan kuliah bulanan kita.


Boss : ok, apa dia?


Aku : Sya tgk setiap kali kuliah kita serahkan bulat2 pada penceramah nk bg ceramah apa pun x kisah. Jadi sya rasa kita perlu pilih tajuk kita sendiri. Apb kita ada tajuk, saya bole la buat memo utk kita tampal dekat tmpt punch card so tiap kali punch card crew2 tahu ceramah akan dtg berkenaan apa. Dari situ mungkin crew ada keinginan utk hadir sbb tajuk ceramah yg menarik. Kadang2 sya tgk ceramah tu bercelaru tak tahu apa point yg nk disampaikan.


Boss : betul.. yg saya perasan Ustz Latif tu suka bg ceramah berkenaan sunah Rasulullah saw & kisah sahabat. Ceramah yg lepas pasal sunah ye?


Aku : Bukan... pasal sifat sahabat iaitu yakin dgn kalimah syahadah (aku x ckp kalimah toyyibah sbb aku takut dia tak faham)


Boss : oooo... next ceramah nk pilih tajuk apa?


Aku : Sya ada listkan cadangan tajuk itu pun kalau boss agree.


Boss : ok..apa dia?


Aku : next month kita buat ceramah berkenaan solat yg khusyu' & khuduk.


Boss : okay..


Aku : lepas tu kita pilih tentang ilmu & zikir. then, ikram muslimin


Boss : ikram muslimin tu apa?


Aku : ikram ni maksudnya menunaikan hak sesama saudara islam kita tanpa menuntut hak kita. nak tau lanjut kena la dgr ceramah tu nnt...


Boss : oooo


Aku : lain2 tajuk yg sya rasa sesuai ikhlas niat & kepentingan dakwah bg umat Muhammad saw (aku ubah sikit la ayatnya tu supaya tak ketara sgt aku sedang cuba utk pilih semua tajuk ni berdasarkan 6 points sbb aku tak nak la boss aku tau ni 6 points org tabligh)


Boss : boleh la .... u buat la memo tiap kali nk buat kuliah bulanan tu. Jgn lupa tampal sekali dkt warehouse FZ5.


Aku : ok boss. staf lain kalau ada apa2 tajuk yg u all nk bole la bgtau saya. Contohnya tentang sakaratul maut ke. so kita sedar la sikit kita ni bukan nk hidup selamanya kan? (kataku sambil memandang staf yg lain tp suma dok diam aje. ntah depa setuju ntah tak? )


Boss : Ok la . u proceed..


Aku : Roger Boss!



Alhamdulilah Boss agree! Kesemua tajuk tu tak akan jadi masalah sebab Ustaz Latif karkun!selalunya kalau aku bg apa2 suggestion boss akan setuju. Aku juga sering jadi jurucakap bg staff2 lain utk sampaikan pada boss mngkn sbb aku agak berani melontarkan idea & bercakap pd pihak management bg pihak mereka. sampaikan boss aku selalu tanya nape diaorg tak ckp sendiri dgn saya? nape mesti u yg tlg cakapkan? ntah la boss...saya cuma sampaikan aje....


Boss aku pun geleng kepala...


Pernah sekali selepas meeting masa boss round table tiba giliran aku dgn selambanya aku kata;


"Saya tak brp suka kalau hisap rokok dalam meeting. Kalau nk hisap rokok sila merokok di luar. Bila u all merokok depan saya u all spt tak hormatkan saya & staff lain yg tak merokok. Bg saya tak ada bezanya u hisap rokok depan saya dgn u minum arak depan saya sbb kedua2nya HARAM."


time tu aku bercakap agak emosional sikit la. Tersentak boss aku dengar sbb dia yg mulakan merokok dlm ofis jadi anak2 buah pun ikut sama la. Yg jadi mangsa aku & lain2 staff wanita. tak pasal2 kena sedut asap rokok yg byk mendatangkan mudarat tu. Tp alhamdulillah since then semua staf tidak dibenarkan merokok di dalam pejabat lagi. lagi pun mmg ada gantung signboard no smoking kt dlm opis ni cuma depa je yg tak ikut arahan. Bila aku citer dgn hubby aku, hubby aku senyum aje sbb dia tau camana "kerasnya" ahlia dia ni..



Wassalam... Jumpa lagi @ next n3 :)

Wednesday, April 20, 2011

Apabila kerja tidak dianggap sebagai IBADAT

Assalammualaikum,



Semenjak akhir2 ini aku rasa amat malas nk pergi kerja. Setiap kali bangun pagi rasa benci nk pergi pejabat. Setelah hampir 11 tahun berkhidmat disini, perasaan ini menghantui fikiran aku semenjak aku pulang dari mengerjakan haji. Suasana di pejabat amat berbeza berbanding 10 tahun dahulu. Aku merasakan ofis ini bukan lagi tempat yang selamat untuk aku ... apa sebabnya??



Dulu, staff kt sini tak ramai. Aku adalah staff yg pertama diterima bekerja di sini. Ketika itu aku cuma mohon kerja sbg secretary. Aku telah diinterviu selama 2 jam oleh Boss aku dan dgn kelulusan yang lebih sikit yg ada pada aku maka aku diambil bekerja utk Accounts & Admin Dept. Masa tu anak aku baru sorang. Bila ditawarkan jawatan yg agak baik dgn gaji yg agak lumayan ketika itu rasa amat bersyukur sgt walaupun aku satu2nya staff wanita ketika itu manakala yg lainnya adalah crew yg on & off ikut project. Company aku ni baru set up di Johor. Ibu pejabat di KL dan salah satu sykt oil & gas yg terbesar di Malaysia. Pada tahun 2000, aku cuma duduk di cabin office lebih kurang 3 bulan. Masa ni punye la mujahadahnya sebab terpaksa duk sama2 dgn staff lelaki yg kuat merokok. Bila balik kerja hubby selalu bising kuatnya bau rokok. Abis tu nk buat camno? Office baru belum siap lagi.



Bila ofis baru siap, alhamdulillah aku ada bilik aku sendiri. Jadi Allah pelihara aku daripada staff2 lelaki. Siapa yg tak ada urusan x payah la masuk bilik aku. Cuma aku tidak la sombong. Aku ada juga bertegur sapa & berbual dgn depa. Kemudian, company appoint pula driver, clerk & receptionist dibawah jabatan aku. Jawatan2 lain untuk warehouse, logistic & operations perlahan2 direkrut hingga menjadikan kesemuanya 12 orang. Ketika itu staff wanita menjadi 5 termasuk aku. Aku suka suasana kerja di sini ketika itu. Tiada politik, staff perempuan pun semuanya biasa shj. Kata orang tak ada la nk berlawan2 fesyen, barang kemas, kasut tumit dsb... semuanya sederhana. Yg best kami semua bawa bekal masing2 utk lunch & makan sama-sama. Kami ibarat satu keluarga. Namun panas yg ku harap hingga ke petang , rupanya hujan di tengahari. Staff wanita sorang2 berhenti hinggalah tinggal aku dgn clerk logistic. Company pulak tak appoint staff baru sebab kegawatan ekonomi maka utk dept aku, aku la clerk aku la receptionist... huhuhu



Lama jugak la aku bekerja sendirian di jabatan aku ni. Since 2004-2010. Tapi aku sabar aje la. Yg membuatkan aku bertahan kerja disini adalah faktor masa yg fleksible & boss yg memahami. Dtg kerja lewat , balik awal, keluar waktu pejabat tidak menjadi masalah asalkan kerja dibereskan ikut waktunya. Lunch hour pun ikut time sendiri. Maklum la kami kerja oil & gas ni mmg sentiasa sibuk sampai kan kadang makan pun x sempat. Tp kalau time free, free ya ampun... siap bole tido letak kaki atas meja lagi ( boss aku la, aku tak ye ... ). Lg pun aku x involve operations jadi aku tak la sibuk sgt berbanding staff lain. Aku tepat pukul 5.30ptg terus cabut balik tak tunggu lagi... Ada kalanya aku berminggu2 tak ada kerja. Kalau time bulan Ramadhan tiada halangan nk baca quran kalau x ada kerja. Nk solat dhuha pun x jadi masalah sebab boss aku pun amalkan solat dhuha & baca quran. Boss aku ni suka buat apa yg nabi buat. Suka amalkan sunah tapi sayangnya dia tak buat usaha dakwah. Doa untuk dia moga Allah pilih satu hari nanti. Amin...



Lately, aku kurang selesa & x berkenan dgn staff wanita baru yg mula kerja di sini since tahun lepas. Skrg total staff wanita ada 4 termasuk aku. Yg anak dara sorang je. Now yg dibawah jbtn aku admin assistant & cleaner. Aku dpt assistant pun asbab aku nk pergi haji hari tu baru la boss aku kelam kabut nk cari pengganti aku. Utk staff aku, siang2 lg aku dah bgtau tentang etika berpakaian & pergaulan di pejabat. Aku dh ckp tutup aurat sempurna & jgn suka nk melayan staff2 lelaki / client yg boleh tahan la tahap miang depa ni. So, staff di bawah jagaan aku dah settle. Masalahnya staff di bawah org lain tidak begitu. Aku lihat staff aku terpengaruh dgn staff jabatan lain yg mana aku tak mempunyai kuasa untuk menegur mereka. Jadi apa yang telah berlaku kt pejabat aku skrg ni? okay....




1. Pakaian - memang la pakai tudung tapi pakai baju ketat, seluar ketat hinggan nampak susuk tubuh dan segala lurah yg ada. Tudung pun x tutup dada sepenuhnya. Staff lelaki tiap2 hari cuci mata. Abis tu dah dia pakai baju pendek atas punggung nmpak la bumper tu kiut ke , besar ke. Mmg la tak dinafikan kata org badan masih bergetah walaupun anak dah ramai tapi pada pandangan aku mmg kurang sesuai & sakit mata ni melihat. Boss aku pun dah 2X bgtau tentang aurat wanita siap bg dalil lagi tapi aku tgk masih tiada kesedaran. masa tu aku ada la juga tambah sikit2 apa yg aku tau tntang bab auarat wanita ni. lps tu depa boikot aku pulak. depa tak bercakap dgn aku sbb depa malu ke atau depa marah dgn aku. Yg aku pelik husband diaorg ni mcm x kisah aje bila bini cantik dia ni ditengok orang. Bangga kot bini dia masih cantekk lagi..



2. Pergaulan - Ya Allah, sakitnya mata aku ni apb melihat mereka bertepuk tampar dgn yg bukan muhrim. Seolah2 macam tiada apa yg berlaku. Kan haram bersentuhan lelaki & perempuan. Gurau, gurau juga tapi tgn tu jgn la berjalan. Ini kalau yg pompuan dgn selambanya mengurut2 dada si lelaki apa cer citernya? Konon2 nk menyabarkan orang tu tapi tak kena caranya. Yg ini aku tak nmpak. Ada staff lain yg mengadu pada aku.Lagi satu suka pulak meleset2 dgn staff lelaki. Ckp dekat2. Nk discuss sesuatu duduk rapat2, tak pun tertonggeng2 sebelah staff lelaki ( cuba anda bayangkan)




3. Karaoke - Ha... jgn tak percaya skrg ofis aku dh jadi mcm pusat karaoke pulak. Bukak lagu kuat2 dan menyalak2 mcm ******. Yg hairannya staff perempuan tu yg berlagak mcm tu. kalau 2 orang melalak dalam ofis ni cuba bayangkan camana gamaknya. tak ke pening aku dibuatnya??




4. Skandal - Tak habis2 skandal. Dari mula masuk keje dh start buat affair dgn klient. Boss aku mengamuk & bg kata dua sayangkan affair atau sayangkan kerja. Sbb bila ada skandal dgn klien ianya memalukan boss aku. Habis kena hentam & aku pulak yg terlibat kena bagi sesi kaunseling. Tak pe la. Kita nasihatkan dia. Senyap sekejap lepas bersalin ada lagi skandal tapi dengan org luar pulak. Kali ni boss aku kata kalau tak melibatkan kerja boss aku tak nak masuk campur. Selidik punye selidik rupanya staff ni mmg suka ada skandal. Ank dah 5 , suami pun baik orangnya tapi kenapa jadi mcm tu? Agaknya sebab nk kemewahan. Lg pun sekali pandang mmg masih mcm anak dara. Perasan saham masih tinggi kot. Tapi kesian pada suami & anak2 dia... "Kalau laki aku kol ckp aku kat kapal ea...". Sorry, aku akan ckp ko dah balik kalau betul ko dh balik awal bukan atas kapal. Aku tak nk subahat..




5. Tabarruj - Staff baru nampaknya berlumba2 & berlawan2 siapa paling up to date. Berhias bukan main. Muka solek tebal. Aku tgk mcm muka burung hantu pun ada gak. ye la ... kalau depa nk compare dgn aku mmg aku sgt kolot & tak up to date. Aku tiap2 hari pakai jubah. Warna hitam pulak tu. baju itu, itu aje la... kasut pun tumit rendah aje bukan tumit tinggi. Bersolek jauh sekali la. brg kemas? buat masa ni aku cuma pakai gelang kayu koka je. tu pun pemberian mak aku masa dia balik haji. smpai skrg aku terus pakai. cincin kahwin pun aku tak pakai beb! kalau dh bersolek tu sayang la pulak nk amik wudhu'. Jadi tak solat la jawabnya. Pernah gak tegur kalau nk solat, pakai la telekung aku. sbb aku perasan dia tak bawa telekung. tp katanya uzur. takkan tiap2 hari uzurkan? lu pikir sendiri!




6. Percakapan - Cakap kasar sesama staff pun dh jadi perkara biasa. sikit2 "aku tumbuk kang..." , "nk kena penampar?". Itu la contoh2 percakapan yg sering aku dengar. Kalau cakap lu gua pun dah biasa dah... aku pun kadang2 ada gak cakap "Lu dh makan bro?" .. hehehe



Aku sering termenung sendiri memikirkan mereka di sekeliling aku. Ada kalanya aku tak mampu tidur lena. Aku bersyukur kerana punyai suami yg sering mengingatkan aku. Apb Allah beri kefahaman agama, walaupun sikit aku bole berfikir sendiri batas2 yg telah ditetapkan dlm islam utk muslimah. Tapi kesian pada mereka yg tiada sesiapa nk menegur mereka atau pun membimbing mereka. Kemungkinan aku bole menegur secara berhikmah cuma aku masih tak mampu utk lakukan perkara itu buat masa ini. Pernah juga aku terfikir utk highlight perkara ini di dalam meeting tp bagaimana pula penerimaan mereka nnt? Aku bukanlah mencari keburukan mereka. Aku juga bukanlah sesempurna mana. Tapi apb wanita memberi peluang utk dirinya diambil kesempatan oleh lelaki2 yg hidung belang tentu la si lelaki tak akan melepaskan peluang. Bagi aku pulak, situasinya berbeza. Staff lelaki amat hormati aku. Bila berdepan dgn aku mereka akan cakap dgn sopan dan tak akan berani nk bertepuk tampar dgn aku. Mereka juga tak akan pelawa aku join bowling tournament atau apa2 event yg mereka tahu aku pasti tak akan hadir. "Puan tak payah pergi la. Puan lain..." Kenapa depa kata begitu? Sebab mereka tahu aku ini jenis macam mana orangnya. Maka, apakah jalan terbaik utk mengatasi masalah umat ini??


( asbab diri aku yg amat lemah ini..... )

Monday, April 18, 2011

After 7 days..

Assalammualaikum..

Dah seminggu abah khuruj. Addin & Yayah setiap hari membilang hari membuatkan mama rasa lamanya 40 hari. Kalau Addin & yayah tak ingatkan mama rasanya mama tak la teringat sgt pd abah. Rindu la juga rasa di hati mama. Tp alhamdulillah rutin harian yg sibuk mengurangkan sedikit rasa sunyi & rindu mama pada abah. Semenjak abah khuruj ditambah lagi dgn ketiadaan bibik beginilah rutin harian mama;


5.30pg - bangun tido, solat subuh, buat breakfast, kejut anak2 siap2 nk ke sekolah (kalau x sempat wat sarapan, tapau aje...)

7.15pg - hantar Addin, Yayah & Ecah pergi sekolah pastu hantar Sumayyah & Fatimah pergi taska pulak...

8.30pg - 5.30 ptg - kerja ..kerja ...kerja


6.00 ptg - amik semua anak mama dari taska. singgah taska jap tgk2 apa yg patut. ada problem ke .. x de problem ke ...


6.30 ptg - sampai rumah terus sediakan bhn2 utk masak makan malam.


(kalau malas masak beli burger aje. lagi pun bila abah x de mama x makan malam. diet kononnya...) . Sambil2 tu baju kotor campak masuk mesin basuh


7.15 ptg - siap2 solat maghrib, baca taklim & muzakarah 6 sifat

8.00 mlm - masak utk mkn malam (masak simple aje) & sambil siap2 solat isya'

8.45 mlm - kalau siap masak cepat, makan pun cepat la.

Lepas makan malam , basuh pinggan, keringkan baju, lipat baju, susun baju, gosok baju sekolah & baju kerja mama, kemas rumah, buang sampah , siapkan baju2 nk bawa ke taska sampai pukul SIAP. Maknanya selagi tak siap tak tido la mama. Tapi kalau penat sgt mama tido aje....

Ni belum masuk lagi nk tgk homework anak2 semua. Fuhh.. jadi superwoman mama ...

The big problem here is menguruskan baju2. Letih mama tgk kalau 2 hari je baju dh berlonggok atas katil. Itu pun mama guna dryer so tak payah nk sidai2 tapi siap la bil elektrik melambung. Yg itu biar abah bayar nanti..hehe.. Begitulah aktiviti harian mama.


Bila weeknd pergi belanja brg dapur pulak untuk 3 rumah... Pastu nk kemas rumah, sapu, mop, nk lap kipas, nk cuci toilet lagi nak basuh kete lagi (tugas abah). Nak layan itu ini lagi. Mmg penat la.. tp inilah dinamakan mujahadah & jihad. Wanita yg menguruskan rumahtangga juga dikira jihad. Semuanya dapat pahala. Yg penting ikhlas. Kalau sambil menyapu sambil berzikir dapat pahala seperti menyapu masjidil haram. Subhanallah..besarnya ganjaran Allah bagi..Alhamdulillah....

Wednesday, April 6, 2011

Sudahkah anda menulis wasiat?

Gambar hiasan shj. Bukan milik penulis blog ini.
assalam semua,
terkejut juga apb membaca dalam suratkhabar tentang 42billion aset terpaksa dibekukan kerana aset tersebut adalah milik si mati yg tidak dapat diagihkan kepada pewaris. Selepas mendengar IKIM.FM yg membincangkan isu itu juga mama & abah telah berbincang tentang harta2 mama dan abah yg akan ditinggalkan kalau mama & abah dh meninggal nanti.


Abah : berapa jumlah rumah yg awak ada?

Mama : X biji aje...

Abah : Brp nilai semua rumah tu?

Mama : (mencongak2 jumlah aset semasa mama) ada la dalam RMxxx,000 (hehehe)

Abah : Duit dalam bank?

Mama : Ish abang ni, semua nak tahu.. tak nak la bgtau. kalau sya mati awak confirm jadi duda kaya (sambil masamkan muka)

Abah : kena la bgtau.. nanti kalau awak mati dulu sya juga yg susah nk uruskan harta awak (ayat yg mama tak bole tahan..)

Mama : eleh, ye ke? kalau sya mati dulu mesti awak kawen lain kan?

Abah : tak la....

Mama : Kawen la bang... sya dah tak de awak nk kawen brp pun sya x kisah (ikhlas cakap ni ;)

errr.. EPF kita dah buat penama kan?

Abah : Dah. kan 100% abg letak nama Anna..

Mama : (Senyum.. suka la tu..hehehe.. seingat mama penama EPF mama, mama letak nama addin, abah, atuk & nenek)


Perbualan mama & abah terhenti sampai disitu sebab masa tu dah pun sampai kat Taska nk hantar Sumayyah & Fatimah. Kemudian, mama teringat pada Saadah kawan baik mama. Sebelum mama pergi haji Saadah ada suruh mama tulis wasiat. Tapi disebabkan kesuntukan masa ketika itu mama tak dapat meneliti lanjut tentang cara wasiat itu ditulis. Tapi mama rasa perlu menulis wasiat sebab dalam Islam juga dianjurkan untuk menulis wasiat. Tetiba mama teringat apakah harta yang ditinggalkan oleh Rasulullah saw ketika baginda wafat? Begitu juga para sahabat baginda saw? Apakah pula harta yg akan mama tinggalkan kalau mama meninggal nanti? kalau ada, brp banyak pula nilainya? Tetiba mama rasa takut & risau. Semakin banyak harta kita, semakin lama kita akan dihisab di akhirat nanti. Apa yg telah kita gunakan pada harta tersebut? Bagaimana cara kita mendapatkan harta itu pula? Oh! mama pening ... mama pening.. mama risau...

Monday, March 21, 2011

Sedih...

Nape mama sedih?
Mama sedih sebab dia pergi tak akan kembali. Mama terpisah dengan dia jauh beribu batu. Terhalang oleh laut yg sentiasa bergelora. Setiap memori indah bersamanya segar dalam ingatan mama. Peribadinya sangat baik. Patuh, taat & setia. Dia juga sering menjadi tempat untuk mama bercerita. Dialah pembantu, dialah teman, dialah kawan. Itulah BIBIK kita. Yg setia berkhidmat dgn keluarga kita selama 2 tahun. Orangnya sgt baik. Pada hari terakhir dia berkhidmat dengan keluarga kita dia tidur jam 3 pagi menyudahkan semua kerja2 rumah yg masih tak beres sedangkan dia akan bertolak balik jam 6 pagi. Alangkah setianya dia.


Semasa mama & abah tiada, dialah yg jaga Addin, Yayah, Ecah, Mayah & Fatimah. Kalau Fatimah merengek tgh malam dia akan ketuk pintu bilik mama nak ambil Fatimah tidur dgn dia. Dia akan pujuk Fatimah sampai Fatimah tertidur. Kalau mama marah anak2 mama dialah yg akan ambil anak mama. Bila mama pukul Addin sebab Addin nakal dia akan tarik tgn mama supaya jgn terus pukul Addin. Sedihnya mama...


Seboleh mungkin mama cuba juga utk jadi majikan yg baik utk dia. Seingat mama sekali aje mama marah dia sbb dia timang Fatimah sedangkan masa tu Fatimah baru brp hari lahir. Tp silap mama juga. Dia baru sampai & tak tahu Fatimah tu baru dilahirkan. Lagipun mama rasa dia baru berumur 18 tahun walaupun dia kata dia 24 tahun. Tak kisah la berapa pun umur dia asalkan dia bole buat kerja dgn ikhlas & bertanggungjawab. Ke mana kita pergi dia akan ikut kita. Sebulan sebelum dia balik kita bawa dia jalan2 ke Bandung & Jakarta. Nampak dia gembira bersama kita. Mama tau dia masih nk kerja di sini tapi apakan daya mak & bapak dia tak benarkan. Walaupun tak mengharap, tapi bila dia bgtau dia tak dpt sambung kerja lagi mama betul2 rasa sedih. Terasa juga sunyinya rumah ni bila dia tak ada. Selalunya dia la yg temankan mama bila abah keluar khuruj 4 bulan. Jasanya pada keluarga kita akan mama kenang selamanya. Mama doakan yg terbaik untuk dia. Semoga dia mendapat kehidupan yg lebih baik di dunia mahu pun di akhirat. Semoga dia juga mendapat jodoh lelaki yg beriman. Amin..
"Arbainah, saya mohon ampun & maaf atas salah silap saya selama kamu kerja dgn saya. Jangan putus hubungan ye. Bila2 kalau anak2 mau bicara sama kamu saya akan telpon kamu ye"

Thursday, March 17, 2011

Tasykil Masturat IPB

wokei..insyaAllah siapa yg sedia untuk keluar MASTURAT 40H / 2 bulan ke India, Pakistan, Bangladesh?
Saya tuan...InsyaAllah pada November 2011. Azam....
Sape lagi yg sedia?? Angkat tangan!
( Sila angkat tangan jika anda sedia )

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails