Showing posts with label Persediaan Menunaikan Haji. Show all posts
Showing posts with label Persediaan Menunaikan Haji. Show all posts

Monday, October 10, 2011

Musim Haji tiba lagi

** 26,000 jemaah haji Malaysia berkumpul di sini (Muzdalifah - 2010). Ketika ini aku dah 48 jam tidak tidur. Ajaibnya tidak pula terasa penat sambil muhasabah diri sendiri.



Assalammualaikum wbt...

Lama benar rasanya aku x update blog ni. Spt tiada mood sebenarnya sebab aku tgh 'malas' skrg (bukan ke ko mmg malas setiap hari? woha!). okay... aku memang pemalas..hehehe

Bulan ni.. musim haji tiba lagi. seronok rasanya bila lihat jemaah haji bertolak ke tanah suci. untungnya mereka yg menjadi tetamu Allah. Aku juga pasang niat untuk menjejakkan kaki lg ke sana menunaikan haji bersama anak2. InsyaAllah. Amin. Kalau dulu setiap kali org pergi haji aku akan berpesan untuk turut mendoakan aku & suami agar dapat pergi haji juga. Seingat aku, tak pernah la pulak aku kirim doa yang bukan2. Tapi kini, aku tetap minta kirim doa yg sama. Doakan moga aku terpilih lagi untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Walaupun mengerjakan haji itu jihad untuk wanita & amat mujahadah tapi itu semua semakin menguatkan keinginan untuk ke sana lagi. Alhamdulillah Allah memakbulkan doaku & suami untuk mengerjakan haji sebelum berumur 40 tahun.

Secara peribadinya, aku melihat ramai orang sekelililingku lebih drpd mampu untuk mengerjakan haji. Seringkali juga aku tasykil kawan2 untuk cepat2 menunaikan haji dikala usia masih muda, ada kesihatan, kekuatan dan ingatan utk mengerjakan rukun islam ke 5 ini. Tapi yg sering aku lihat ramai dikalangan kita lebih mementingkan keperluan duniawi mereka berbanding berazam untuk menyempurnakan rukun islam mereka.

Ramai di kalangan kita yg mampu untuk membayar deposit membeli kereta mewah melebihi 10 ribu, bahkan mampu pula untuk beli 2-3 biji kereta, atau pun mengubahsuai rumah mereka yg menelan belanja hingga ribuan ringgit tapi tidak ada sedikit niat pun untuk mendahulukan duit tersebut untuk menunaikan haji. Alasan yg sering diberikan 'belum sampai seru' , 'aku banyak dosa, kena bertaubat dulu'. Bagaimanalah hendak sampai seru jika niat pun tidak ada? buka akaun tabung haji pun belum lagi apatah lagi mendaftar haji? Bagaimana Allah nak bantu kalau kita sendiri pun tidak berusaha??

Aku sekadar ingin berkongsi pengalamanku. Aku mula menabung untuk pergi haji semenjak tahun 2000 iaitu ketika mula bekerja di tempat aku bekerja sekarang ini. Awalnya aku hanya menabung RM50 sebulan secara potongan gaji. Kemudian, bila gaji aku naik , kenaikan gaji itu tidak aku gunakan bahkan aku tambah lagi potongan gaji aku. Kata orang, pejam mata aje duit tu diketepikan. Kalau tak buat mcm tu sampai bila nak menabung? tapi adatlah.. bila terdesak, duit tu juga aku korek utk keperluan aku. dalam masa sama aku berniat & sering cakap pada kawan2 aku nk pergi haji sebelum umur aku 40 tahun. Pada tahun 2006, duit aku dah cukup untuk aku pergi haji bersama2 mak & abah aku. Tapi tak lepas pulak untuk hubby aku. Aku ada minta izin hubby untuk pergi haji dulu dgn mak & abah tapi hubby aku tak izinkan makanya aku batalkan niat aku & taat pada suami. Seringkali kami berdua doa moga Allah pilih kami pada tahun 2010 & alhamdulillah Allah makbulkan.

Aku sebenarnya mendaftar utk pergi haji pd tahun 2009 iaitu ketika selesai musim haji pada tahun itu. Aku & suami membuat surat rayuan pada bulan Februari 2010 & kemudian mendapat jawapan terpilih utk mengerjakan haji pada April 2010 ketika hubby sedang khuruj. Menitis airmata ketika membaca surat tawaran tersebut. Tak sangka Allah mudahkan segalanya. Alhamdulillah. Kini, mengikut laporan tabung haji, lebih 5 juta menjadi pendeposit tabung haji dan 775,000 pendeposit yg telah mendaftar utk menunaikan haji sedangkan kuota untuk Malaysia kebiasaannya ialah utk 26,000 jemaah shj. Dikatakan utk tahun 2011 kerajaan Arab Saudi menambah kuota untuk Malaysia menjadikan 30,000. Menurut tabung haji, jika daftar pada tahun ini giliran anda pada tahun 2030. Kawan aku yg mendaftar pada tahun 2005, gilirannya pada 2010 tapi atas sebab tertentu beliau menunda pemergian beliau pada tahun ini. Manakala aku mendaftar pada tahun 2009, giliran sebenar aku pada tahun 2023. Semakin lewat mendaftar bermakna semakin lamalah giliran anda. Oleh, itu segeralah mendaftar di Tabung Haji dgn simpanan minimum RM1,300. Belanjawan terkini pun dah bole guna duit KWSP. Apa tunggu lagii??? Tepuk dada tanya iman!

Thursday, March 10, 2011

Kursus Haji Intensif

Bersambung lagi kisah mama & abah tentang haji. Selepas habis kursus haji bersiri semua bakal jemaah haji yg telah tersenarai namanya untuk mengerjakan haji pada tahun 2010 akan diundang untuk menghadiri kursus haji intensif. Kursus ni berjalan selama sehari di Masjid Jamek Bandar Baru Uda. Alhamdulillah dalam kursus ni kefahaman mama tentang haji & umrah lebih baik. Mama & abah mula faham tentang perjalanan haji. Selesai kursus peserta dikehendaki menduduki exam. Kacang je exam tu.. hehehe... mama & abah tak tahu berapa kitaorg score tp yg pasti kitaorg lulus!! Alhamdulillah.
Bagi sesiapa yg tidak lulus, atau tak tau membaca 1 lg kursus khas akan diberikan. Tqvm to Tabung Haji atas sokongan & pelbagai effort yg mereka berikan demi untuk memastikan jemaah haji Malaysia dapat menyempurnakan haji & umrah dengan sempurna.
bersambung ....

Wednesday, March 9, 2011

Lambaian Kaabah

Sekembalinya abah dari keluar 40H mama & abah ikuti kursus haji bersiri di Masjid Air Biru. Kursus bermula 9 pagi - 11 pagi pada setiap hari Ahad. Mama terpaksa korbankan waktu taklim mingguan sebab nk ikuti kursus haji bersiri. Mama & abah semakin risau sebab susahnya nak faham bab haji & umrah ni. 'Pick-up" slow betul mama & abah ni. Masa kursus selalu tak nak tanya tapi bila balik mama & abah berbincang macam2 persoalan yg timbul. Semakin lama macam semakin tak faham bab haji & umrah ni. Tambahan pula mama & abah tak pernah buat umrah...


Sekitar kursus haji bersiri ni apa yg mama lihat kebanyakan yg hadir mereka yg telah berumur. Rasanya mama & abah antara yg paling muda. Dan bermacam2 juga kisah mereka. Ada yg dah 4 thn buat rayuan tapi masih tak dipilih untuk menunaikan haji. Ada yg dah dapat tawaran tapi last minit kena cancel sbb masalah kesihatan. Ada yg cukup serba serbi tapi masih tak dpt jawapan dr TH. Ketika ini mama terfikir "Sesungguhnya memang Allah nak pilih aku sebab aku baru je daftar tahun lepas, buat rayuan tak sampai 2 bulan dah dapat jawapan". Mama lihat Allah seperti permudahkan jalan untuk mama & abah menunaikan haji.


Mama juga akan bawa Nenek Ngah untuk menunaikan haji. Kesian dia tak de mahram. Jadi mama & abah setuju untuk menjadi mahram Nenek Ngah.
Bila mama & abah bagitau kawan2 atau sedara mara mama & abah terpilih untuk pergi haji tahun 2010 antara jawapan2 mereka ialah....
"patut la ko senang dapat, ko bawa sekali makcik ko"
"ko bole la pergi sekarang, ko kan dah KAYA"
" ko banyak duit. mesti tak de masalah nak pergi haji"
" ko tak kerja makan gaji, senang tak payah apply cuti"
okay..... tolong la nafikan makhluk. mama dan abah dipilih untuk pergi haji atas undangan Allah. Bukan kerana mama & abah nk bawa warga emas, ada masa, ada duit, senang dapat cuti dan sebagainya. Kami memang dipilih sebab memang Allah telah tetapkan kami akan pergi haji tahun 2010. Kena yakin ini semua pilihan Allah. Ini semua kerja Allah.
Yg paling mama tak tahan ada pulak yg tanya " kenapa ko nk pergi haji? ada orang sponsor ke???" bertanya dengan muka & nada suara tekejut!
Astaghfirullah...

Monday, October 11, 2010

Selamat tinggal .... Jumpa lagi...

Assalammualaikum...
Terlalu banyak yg ingin dicoretkan dlm blog peribadi ini tapi kesuntukan masa yg tak pernah cukup membataskan coretan ana di sini. InsyaAllah ana & hubby akan bertolak ke tanah suci pada 13/10/2010 dari Senai Airport. Ini adalah penerbangan pertama dari Johor. Jika tiada halangan ana akan berada di tanah suci selama 44 hari.
Sebenarnya semenjak dari bulan Syawal lagi ana dah mula membuat persiapan. Tapi yg sebenarnya bukanlah persiapan untuk mengerjakan haji. Lebih kepada persiapan pada yg akan ditinggalkan. Macam2 nk kena fikir dan uruskan untuk memastikan yg ana tidak menyusahkan pada yg akan ditinggalkan...Lagi 2 hari bertolak baru la sibuk nk uruskan diri sendiri. Huhuhu...
Dikesempatan ini ana ingin mohon maaf pada semua sepanjang ana menulis blog ini jika ada salah dan silap. Buat keluarga. teman2, dan sesiapa sahaja doakan semoga ana & hubby mendapat yg mabrur dan dipermudahkan segala urusan di tanah suci nanti.
Labbaik Allah humma labbaik
Labbaik la sharika laka labbaik
Innal hamdaWan-ni'mata
Laka walmulkLaa sharika lak.
Ya Allah... engkau pilihlah aku & suami untuk menjadi tetamuMu ya Allah....Mudahkan urusan kami. Berkati perjalanan kami. Ampunkan dosa-dosa kami. Moga kami mendapat haji yg mabrur. Amin..Ya Rabbal Alamin....

Thursday, July 29, 2010

Persediaan nk pergi Haji ~1

Buku Fadhilat Haji..1 hubby beli 1 hadiah dr Ahliah Abu Bakar. Bagus sgt buku ni. Bila baca baru la tahu mcm2 kelebihan haji. Semakin berkobar2 nk pergi haji. Pergi haji nanti pun nk bawa buku ni untuk rujukan.
Buku nota ni dapat ketika mengikuti kursus haji bersiri. Maklumat di dalam pun lengkap. Setiap tahun tabung haji akan kemaskini buku ni. Juga sgt bagus untuk rujukan.

Yg ini pulak dapat masa pergi kursus haji intensif. Semuanya PERCUMA.
Passport dah siap buat. Lepas ni kena buat visa pulak. InsyaAllah azam tahun 2011 nk keluar masturat 40H india sebelum passport tu mati.
Kasut lembut dah beli dah...murah aje tu..
Bangle pun dah dapat. Wah..dah bertahun tak pakai gelang. Pergi haji kena pakai gelang besi pulak. Gelang ni tabung haji yg bagi bukan I tempah u..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails