Tuesday, August 16, 2011

Tak dapat kuar India, terima jemaah India pun ok juga..

Assalammualaikum..

Diam tak diam dekat sebulan aku x hapdet blog aku ni ye. Nampak sgt la tahap kebizian aku pd tahap gaban. Mesti pembaca tegar blog aku (hehehe) ingat aku dah selamat berada di bumi India khuruj fisabilillah huhu. Sebenarnya amat la tragis kisah aku nk kuar IPB ni. Awalnya aku plan nk kuar 15 Syaaban. Hubby kata tak ada masturat yg sedia nk keluar bulan puasa ni tp aku syor agar dibentangkan dlm masyuarat. Setelah takaza dibentangkan, maka 4 pasang telah bersetuju utk keluar pd 15 Syaaban. 1 pasang dr Felda Tenggaroh telah di'reject' tafakutnya atas masalah kesihatan. Sedih juga la aku dgr sbb makcik ni pernah keluar 3h dgn aku. Baik sgt makcik ni. Katanya nk mati di jalan Allah. Dah 4x dia & suaminya tafakut nk ke IPB tapi masih juga Allah tak pilih. Aku pulak setelah menulis surat memohon cuti, berbalas2 email dgn bosses aku, akhirnya boss aku kata dia izinkan aku cuti bermula 1 Ogos 2011. Aku kata pada hubby aku sedia 'beraya' di IPB. Pada aku raya ke, tak raya ke... sama aje. Lagi pun bukan anak2 tak pernah beraya tanpa aku & hubby. Pengalaman mengerjakan haji & beraya aidiladha di Mekah tidaklah seteruk yg aku bayangkan malahan lebih seronok lagi rasannya. Tapi bagaimana pulak masturat yg lain? Sediakah mereka?



Setelah berbincang dgn 2 lagi pasangan masturat, 1 pasang telah berstuju utk beraya bersama2 aku di IPB tapi 1 pasang lagi tidak bersedia. Oleh itu, aku pun mengalah. Aku kata 'tak apalah, tak payah tunggu aku. Anta semua keluarlah dulu...' walaupun dalam hati aku rasa amat sedih. Maka aku ambil keputusan untuk tunda keluar IPB. Dengarnya 2 pasang tadi selamat keluar ke India... dah nak balik pun mereka... Alhamdulillah...Tak apa... Allah tahu niat aku.. Pasti ada hikmahNya ...



Hubby ajak aku keluar 10 hari akhir Ramadhan tapi aku menolaknya. Aku 'terpaksa' bekukan cuti tahun aku utk cuti 40H november nanti. InsyaAllah. Minggu lepas, rumah aku telah Allah pilih utk terima masturat dr India. Alhamdulillah. Malam Sabtu lepas, aku kemas rumah aku macam esok nk raya. Aku kena pastikan rumah aku selesa untuk jemaah. Ini 2nd time aku terima masturat. Hari pertama mereka sampai aku rasa amat gembira sekali walaupun mengalami masalah komunikasi. mereka tidak pandai sangat berbahasa inggeris. lagi pun tertib mereka jauh beza dgn tertib masturat Malaysia. Apa2 pun aku rasa seronok walaupun 'lepak' yg amat sangat. hari pertama mereka di rumah aku tak ada org dtg nusrah sampai jemaah tanya aku sorang je ke karkunah kat sini?? huhuhu...semua ini asbab kelemahan aku. aku tak rajin nusrah org, ziarah org.. so org pun tak nak nusrah aku agaknya. tak pun depa tak tahu rumah aku?? ntah la... rupa2nya perkara ini telah menjadi kecoh di kalangan JT lelaki di sini. setelah di tasykil selepas taklim masturat , ramai la karkunah yg dtg 'memeriahkan' lagi progran taklim, muzakarah & bayan hinggakan ada yg iktikaf di rumah aku. alhamdulillah... Allah punye kuasa...


Jemaah berada di rumah aku selama 2 hari shj. Pagi Isnin mereka semua tangguh dalam keadaan hujan renyai-renyai.... Satu pengalaman baru utk aku yg hina ini... Bagaimana la keadaannya bila aku keluar IPB nanti? Hanya Allah yg tahu...



Jemaah mula bergerak ke route seterusnya. Moga Allah pelihara mereka..Amin..

3 comments:

  1. dahsyat tu...kira sambut jemaah tu kira terbaik la...

    ReplyDelete
  2. Moga Allah terima niat baik akak...
    Kuat jugak hati akak utk tidak beraya bersama anak2..

    p/s: sy rasa, mesti selesa depa dok kat umah akak.. (",)

    ReplyDelete
  3. Salam
    Kuatnya hati akak. Saya semlm suami cakap "abang plan kalau panjang umur ramadhan tahun depan abang nak kuar 40 hari n sayang raya tanpa abang".... Lalu saya buat muka sedih... Huhuhu iman lemah lg T_T

    ReplyDelete

Assalammualaikum, sila tinggalkan komen anda jika ada. Atas sebab masa & tuntutan kerja kemungkinan komen anda tidak dapat dijawab oleh saya. Harap maklum. Jazakallah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails